Showing posts with label hardware. Show all posts
Showing posts with label hardware. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Hardware yang dicadangkan untuk ubuntu

Antara perkara yang sukar untuk dipenuhi oleh sesuatu sistem operasi seperti Ubuntu ialah mampu bertindakbalas dengan semua ciri-ciri hardware yang pelbagai. Tidak sebagaimana Mac OSX yang hanya boleh digunakan dalam komputer model apple dan sekaligus memudahkan kerja syarikat apple, Ubuntu disasarkan untuk digunakan dalam semua model komputer yang terdapat di pasaran. Windows juga sama, tetapi pengeluar hardware biasanya menyediakan driver proprietary khas untuk sistem operasi windows menjadikan ianya "seolah-olah" mudah digunakan.

Nasib ubuntu tidak sebaik windows dan ubuntu terpaksa bergantung kepada "ihsan" pengeluar hardware itu tadi samada untuk menyediakan driver atau tidak menjadikan ubuntu (linux) "seolah-olah" susah untuk digunakan. Begitu juga dalam kes aplikasi. Pembangun aplikasi membangunkan aplikasi yang hebat untuk windows namun tidak untuk ubuntu sekali lagi menjadikan ubuntu "seolah-olah" susah untuk digunakan.

Saya berani mengatakan sekiranya pengeluar hardware dan aplikasi berlaku adil dengan menyamaratakan fokus kepada windows dan juga ubuntu, kebanyyakkan dari pengguna komputer pada hari ini tidak akan pernah bangga menggunakan sistem operasi Windows.

Baru-baru ini saya ditanya oleh seseorang melalui email tentang hardware yang dicadangkan untuk ubuntu. Apakah laptop yang kesemuanya berfungsi dengan baik dalam ubuntu. Apakah printer yang terbaik dan disokong oleh ubuntu dan sebagainya. Terima kasih kerana bertanya. Jika anda juga ingin tahu tentang perihal diatas, sila ke laman web berikut;


Disini disenaraikan pelbagai hardware dan jenama laptop yang berfungsi dari yang terbaik hinggalah kepada yang paling terburuk dalam linux (ubuntu pelbagai distro lain). Jika anda ingin membeli hardware baru atrau inginkan kepastian tentang sesuatu hardware samada ia boleh digunakan dalam ubuntu linux atau tidak, anda boleh membuat sedikit kajian kerana laman web diatas menggunakan data-data yang dikumpul daripada pengguna itu sendiri.

Saya harap maklumat ini membantu =)

Saturday, April 11, 2009

HardInfo : System Profiler untuk ubuntu (linux)

Ianya tidak sukar untuk mengetahui profail (hardware) komputer anda. Buka terminal dan taipkan "lshw".Sekelip mata terminal akan memaparkan senarai panjang output yang berkaitan dengan hardware komputer yang sedang anda gunakan. Namun kadangkala ianya tidak seronok/sesuai untuk membaca tulisan-tulisan pada terminal. Kerana itu mungkin anda perlukan HardInfo, satu aplikasi kecil yang berfungsi memaparkan (hampir) kesemua hardware yang terdapat pada komputer anda (termasuk yang bersambung melalui USB dan sebagainya).

HardInfo boleh mengumpulkan maklumat tentang hardware komputer yang anda gunakan, sistem operasi yang sedang anda gunakan, melakukan benchmark (prestasi), dan menghasilkan laporan dalam bentuk yang boleh dicetak samada melalui format HTML atau text kosong.

Untuk memasang HardInfo dalam ubuntu, sila muatturun fail pakej DEB dari laman web getdeb.net.

Kebaikan anda memasang aplikasi sebegini dalam ubuntu ialah untuk mengenalpasti setiap hardware yang terdapat atau tersambung ke komputer anda. Melalui percubaan saya, hardinfo boleh mengesan data yang begitu terperinci sekali berkenaan setiap hardware yang terdapat atau tersambung ke laptop saya.

Buat masa ini saya belum mencuba fungsi benchmark yang terdapat pada hardinfo. Namun kesimpulan awal saya ialah, ianya sangat sesuai untuk pengguna newbie ubuntu yang masih kabur tentang profail komputernya sendiri.

Sunday, February 01, 2009

Intel Moblin V2 Core Alpha : Boot Netbook dalam beberapa saat!

Intel telah memulakan projek sumber terbuka dipanggil Moblin pada tahun 2007 dan kini versi kedua pada tahap pembangunan alpha sudah mula menampakkan betapa besarnya "tenaga keupayaan" yang dimiliki oleh projek ini. Pertamanya, mungkin ini kali pertama anda menyaksikan komputer(Netbook) boot sepantas ini;



Dalam video ini, sebelah kiri ialah Samsung NC10 dan sebelah kanan ialah Lenovo Ideapad S10 kedua-duanya menggunakan processor Intel Atom dengan NC10 mempunyai keupayaan 32GB OCZ Core Series V2 SSD dan 2GB DDR2 memory.

Amacam?

Via : Phoronic.

Wednesday, December 31, 2008

Linux Desktop pada harga RM788

Tadi ada seorang sahabat menghantar gambar ini kepada saya yang mungkin bagus untuk dikongsi disini. Menurut sumber, ini ialah pamplet yang diperolehinya ketika berkungjung ke Tesco (err aku lupa plak Tesco mana). Sebuah desktop (mungkin tiada monitor disertakan) yang menggunakan processor AMD @ Athlon LE 2650 dengan 1GB Memory dan 160GB disk space pada harga RM788.

Menurut sumber juga, ini adalah kali pertama beliau menemui satu komputer yang dijual menggunakan Linux OS sebagai default. Ini mungkin satu perkembangan yang bagus kepada perkembangan linux di Malaysia khasnya. Namun, komuniti linux masih suram tanpa idea-idea baru dan akhir-akhir ini barulah kita melihat beberapa perubahan samada dari segi dokumentasi dan kegiatan komuniti.

Sunday, October 12, 2008

Prestasi Printer All-In-One HP Deskjet F4185 dalam Ubuntu



Selepas melakukan sedikit survey, saya mendapat tahu bahawa printer yang mempunyai support yang baik untuk linux ialah printer jenama HP. RM250 dan saya mendapatkan sebijik HP Deskjet F4185 - terus membawanya pulang untuk dicuba dalam ubuntu. Tidak ada CD driver untuk linux, tidak ada quote "support linux" dan tidak ada sepatah haram pun perkataan linux pada cd installer mahupun pada buku panduan - Rilek dan nantikan "keajaiban".

Selepas setup printer, sambungkan usb ke laptop 100% ubuntu, dan? Walla!



Terus muncul notis diatas pada panel. Huih, belum pape dah ready for printing? Dalam screenshot tertulis Deskjet-F4100. Itu tak jadi masalah kerana mungkin ia menggunakan driver versi sama untuk siri Deskjet-F41**.

OK, printer mungkin tidak ada masalah bagi mana-mana printer all-in-one. Saya pernah mempunyai Epson PM-A750 dan fungsi scanner tidak boleh digunakan (dalam gutsy).

Ubuntu detect fungsi scanner Deskjet F4185 dengan jayanya menggunakan xsane. Meskipun saya tidak begitu berpuas hati dengan kualiti gambar yang discan, tetapi secara keseluruhan kesemua fungsi printer boleh digunakan dalam ubuntu tanpa perlu install driver tambahan.

Sunday, July 27, 2008

Atheros keluarkan 802.11n driver untuk Linux!

Kalau kau nak beli wireless card, baik kau beli yang atheros punya. Model atheros ni senang sket nak setup dalam linux. Pastu jangan beli yang USB punya. Susah nak cari driver.
Itulah nasihat yang saya terima dari seorang rakan beberapa bulan yang lalu. Lalu saya mengetip bibir, yakin kepada nasihat itu dan membeli sebuah/sekeping pc card untuk laptop yang dibeli tanpa fungsi wireless dengan harga tak sampai RM100 (tak ingat harga sebenar). Nampaknya nasihat rakan saya itu "boleh pakai" -- kerana saya tidak perlu melakukan apa-apa untuk ia berfungsi dalam ubuntu.Hanya perlu masukkan dalam ruang pc card pada laptop dan ubuntu detect secara automatik.


inilah rupa pc card yang aku maksudkan

Ramai yang beranggapan ubuntu linux susah nak guna kerana tidak compatible dengan hardware itu dan ini. Masalahnya ialah mereka menyalahkan ubuntu dan linux itu sendiri sedangkan jika anda membeli sebuah usb wireless, didalamnya terdapat CD yang hanya untuk windows. Hey! Manufacturer yang buat hardware tu beranggapan pelanggan mereka hanyalah pengguna windows. WTHxF??

Atheros sebagai pembangun kepada wireless chipset bagi saya agak bijak dalam merencanakan bisnes mereka kerana mereka menganggap pelanggan mereka bukan sahaja dari pengguna windows. Jadi kepada pengguna ubuntu atau bakal pengguna ubuntu (dan linux) sila beli mana-mana komputer yang ada chipset atheros dalam wireless card mereka kerana hidup anda akan tenteram selepas itu.

Berita yang lagi baik ialah, atheros telah keluarkan driver untuk linux bagi standard wireless network 802.11n (sebelum ini setakat 802.11g) untuk kelajuan wireless sehingga 540MBs (max) dan jarak sejauh 50 meter (max).

Wednesday, July 23, 2008

Setup printer dalam ubuntu?


Eh, serius ke saya belum buat apa-apa tutorial tentang tajuk ini? Oh ya, saya pernah buat satu entri tentang printer tetapi hanya menyentuh sipi-sipi dan bukan sebagai rujukan yang kuat. Buat masa ini saya "agak" tidak sempat untuk menghasilkan tutorial sendiri tentang masalah ini. Oleh itu bagi pengguna ubuntu yang inginkan rujukan tentang printer, saya menemui sebuah blog dalam bahasa melayu yang menerangkan bagaimana penulis blog berkenaan setup printer HP1200 dalam ubuntu.

Anda juga mungkin mendapat idea baru dari thread ini.

Monday, May 12, 2008

Bagaimana anda install printer driver dalam windows?

Bagi printer yang baru dibeli, semestinya disertakan CD untuk kegunaan setting dan proses installasi driver kedalam windows. Namun bagaimana kalau CD yang disertakan semasa pembelian printer itu hilang?? Caranya mudah iaitu melawati laman web syarikat pembuat printer tersebut dan download driver yang dikehendaki.

Lalu, bagaimana pula dengan ubuntu? Semua orang tahu yang banyak hardware hanya menyokong sistem operasi windows dan mac osx. Namun dalam ubuntu ceritanya seperti berikut;



Sambungkan printer ke komputer, dan satu pop-up comel seperti diatas akan muncul. Menariknya, bilangan printer yang disokong adalah terlalu banyak dan memasang drivernya juga adalah secara automatik (paling tidak pun perlu mencari driver yang sesuai dalam senarai).

Dalam gambar diatas, saya sambungkan printer EPSON PM-A750 yang turut merupakan printer all-in-one. Kelemahannya ialah, driver yang terinstall hanyalah bagi printer dan tidak bagi fungsi yang lain iaitu scan. Untuk fungsi scan, saya masih belum mempunyai apa-apa idea. Tetapi untuk install driver printer adalah tersangat mudah.

Friday, January 18, 2008

Android diHack kedalam hardware


Masih ingatkah anda lagi tentang Android?Harapan kita untuk melihat Google mengeluarkan GPhone bagi membayangi populariti iPhone akhirnya diganti dengan sesuatu yang dinamakan Android yang dibangunkan berasaskan sumber terbuka.Saya tidak begitu pasti adakah Android yang dimaksudkan adalah software atau hardware, namun apabila dikategorikan sebagai open source, ia tentunya software(kerana saya tidak pernah mendengar hardware open source).

Tidak mengapalah.Apa yang saya faham melalui Android SDK yang pernah saya cuba ialah, ia perlu dipasang/install kedalam hardware untuk ia menjelma menjadi gadget yang boleh digunakan.Sehingga yang saya tahu, masih belum ada apa-apa hardware yang keluar secara official dari syarikat Google sejak Android diperkenalkan tahun lepas.

Namun, percayakah kalau saya katakan hackers telah berjaya install Android kedalam beberapa hardware seperti Sharp SL-C760, Sharp Zaurus C3000M dan SL-C3x00?

Lihat video-video dibawah:





Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Wednesday, January 16, 2008

Komputer berharga $72


Apakah pandangan anda tentang MacBook Air?Satu inovasi tahap tertinggi dalam bidang elektronik kepenggunaan(consumer electronics) oleh Apple Inc.Menonton speech(atau presentation) yang disampaikan oleh Steve Jobs dalam event semalam menjadikan kita kagum tentang bagaimana teknologi dicipta dan direalisasikan supaya teknologi itu sampai kepada pengguna dalam apa jua kos sekalipun.

Kita mungkin dengan mudah untuk mengulas "MacBook Air menggunakan processor Intel Core 2 Duo yang bersaiz 60% daripada saiz asal" namun yang tersirat disebalik misteri tentang bagaimana saiz tersebut boleh dicapai tetap mengangumkan peminat teknologi, dan saya salah seorang dari mereka.

Ok, disini saya tidak bergitu teruja untuk mengulas tentang sebuah notebook ternipis didunia yang memerlukan kita membayar RM5858.44 untuk mendapatkannya.Apa kata kalau saya ulas tentang sebuah komputer yang;
  • bakal menelan belanja RM234.468 untuk dihasilkan
  • tidak menggunakan hard drive(menggunakan USB flash drive)
  • tidak menggunakan OS windows atau Mac OS X(menggunakan Damn Small Linux sebagai OS)
  • memerlukan 4jam untuk disiapkan(beerti anda perlu pasang sendiri)
  • Intel Celeron 500MHz Processor
  • ATX Power supply
  • dan lain-lain..
Seakan satu kerja gila, tetapi jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, laman popular science adalah tempat rujukan anda.

Selamat membaca!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...