Showing posts with label crossover. Show all posts
Showing posts with label crossover. Show all posts

Tuesday, November 04, 2008

Crossover dan Wine dalam ubuntu : Kongsikan screenshot anda!

Anda memasang perisian windows tertentu dalam ubuntu menggunakan crossover dan wine? Kongsikan screenshot dan sedikit komen berkenaan prestasi perisian tersebut dengan pembaca blog ini dengan menghantarnya kepada saya : zul.malc (@) gmail.com. Saya akan update entry ini setiap kali menerima kiriman screenshot daripada anda.

Berikut merupakan beberapa screenshot yang saya terima dari rakan pembaca melayubuntu;

1. Microsoft Office 2003 yang dikirim oleh bro mustakim. Ianya dipasang menggunakan crossover dalam ubuntu.



2. Perisian Rhinoceros yang dihantar oleh bro noracom. Ianya dipasang menggunakan wine dalam intrepid ibex. Menurut bro noracom, ianya sangat stabil dan tidak ada apa-apa masalah.

Photobucket

3.Quranflash menggunakan wine dalam ubuntu 8.04 dan dihantar oleh bro Abu Qush. Sebenarnya ada isu tentang flash dalam samada ubuntu versi 8.04 dan saya masih perasan dalan versi 8.10 iaitu setiap kali menggunakan flash atau melawati laman web berflash, cpu komputer akan digunakan dalam kadar yang agak tinggi.



4.Dihantar oleh bro khusairie;
Microsoft Office Excel 2007
Ubuntu 8.04
Wine 1.1.5


Ingin berkongsi? Hantarkan screenshot ada pula!

Wednesday, October 29, 2008

Install Crossover dalam Ubuntu Linux

Saya menganggap anda telah berjaya mendapatkan 2 software crossover iaitu crossover pro dan crossover game. Mungkin ada newbie yang tidak ada idea bagaimana untuk menguruskan fail berformat .SH yang kedua-duanya bersaiz 25MB itu bukan? Cara install kedua-dua fail tersebut ialah;

1.Right click pada fail crossover tersebut > properties > permissions > allow executing file as program > tutup.

2.Double click fail yang sama > run in terminal

atau..

buka terminal dan taipkan (dalam folder yang mengandungi fail crossover tadi)
./namafail.sh
contoh : ./install-crossover-pro-7.1.0.sh

Saya telah cuba memasang Mic.Office 2007 yang mana CD nya adalah hasil dari laman web torrent. Namun nasib tidak menyebelahi saya kerana crossover gagal untuk memasangnya mungkin kerana berubah dari versi CD original. Lalu saya membuat anggapan bahawa crossover mungkin hanya support software ori dan jika anda ingin memecahkan peraturan tersebut, anda akan mendapat error.

Tuesday, October 28, 2008

Crossover diberikan percuma pada 28 Oktober

Ini adalah berita yang baru saya terima dan saya bergegas menulisnya supaya ramai dari kita yang dapat mengambil manfaat. Crossover akan diberikan secara percuma bermula 28 oktober (waktu US la kot) termasuk Crossover Office dan Crossover Games. Crossover merupakan perisian berbayar berfungsi seakan Wine yang membolehkan pengguna Mac OSX dan Linux menjalankan perisian windows dalam sistem operasi Osx dan linux.

Memetik laporan dari sumber syarikat mereka
On Tuesday, Oct. 28, 2008, any one visiting the CodeWeavers' Web site (www.codeweavers.com) will be given a deal code that will entitle them to one free copy of CodeWeavers' award-winning CrossOver software. Each copy comes complete with support.
Crossover mempunyai kelebihan berikut (beberapa perkara menyamai Wine);
  • Boleh menjalankan perisian windows tanpa perlu reboot
  • Boleh menjalankan perisian windows tanpa perlu mempunyai OS Windows
  • Boleh menggunakan perisian windows directly and seemlessly dalam OS OSX dan Linux
  • Menjalankan perisian windows dengan kelajuan normalnya
  • Installasi perisian windows secara 1 klik
  • GUI installer untuk proses pemasangan perisian windows
  • Mempunyai Bootles (portable virtual windows environments)
  • mempunyai koleksi perisian tertentu yang disokong dan diuji terlebih dahulu
  • Sokongan Teknikal
Bermacam jenis Game, Adobe Photoshop CS3, Microsoft Office 2007, InDesign CS2 dan bermacam lagi jenis perisian boleh dipasang tanpa memerlukan OS Windows mulai hari ini (selepas anda mendapatkan perisian crossover). Ini adalah masa terbaik untuk pengguna windows beralih ke Ubuntu dan blog ini akan sentiasa menyediakan maklumat yang tepat untuk peralihan tersebut.

UPDATE :


Anda boleh mula mendownload sekarang... Tapi server website mereka sedang bertarung...

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...