Monday, February 28, 2011

Maverick untuk Win7 : Tema Ubuntu Untuk Windows 7

Saya tidak pasti, tidak tahu, dan tidak mampu mengagak samada entry kali ini adalah untuk anda ataupun tidak. Namun sememangnya ianya bukan untuk saya kerana saya tidak menggunakan windows.

Sekiranya anda pengguna windows 7 dan ingin ianya kelihatan seperti ubuntu maverick, tema yang dihasilkan oleh dpcdpc11 ini mungkin sesuatu yang berbaloi untuk dicuba.

Klik imej untuk tumbesaran

Sila lihat screenshot di atas. Percaya atau tidak, ianya adalah sistem operasi Windows 7 yang memakai tema Maverick untuk Win7.

Sekiranya anda berminat untuk mencubanya, sila klik : http://dpcdpc11.deviantart.com/art/Maverick-for-Win7-194347855

Sunday, February 27, 2011

Sembang Hujung Minggu : Max OSX Lion dan Windows 8!

Bagi penggemar dunia pengkomputeran, pengumuman Steve Jobs baru-baru ini berkenaan sistem operasi Mac OSX terbaru mereka iaitu versi 10.7 dan memakai kod nama "Lion" adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Apple telah memperkenalkan beberapa fungsi dan ciri terbaru dalam sistem operasi Lion yang bakal dilepaskan sekitar hujung tahun ini dengan diinspirasikan oleh frasa "Back to the Mac".

Mengapa? Ini kerana Apple telah membuat keputusan untuk membawakan ciri-ciri seperti Screen App, Full Screen App, dan sebagainya yang dahulunya mereka bangunkan untuk iOS ke sistem operasi Mac OSX.





Bagaimana pula dengan Microsoft? Ya, mereka masih ada terlalu banyak peluru untuk dilepaskan sekurang-kurangnya untuk bersaing (sepatutnya) secara adil dengan pembangunan sistem operasi lain. Salah satu peluru mereka ialah Windows 8 yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan antaramuka serba baru.

Baru-baru ini, Microsoft juga telah memperagakan apa yang mungkin kita boleh anggap sebagai "Sistem Operasi Masa Hadapan" bagi Microsoft dan sebahagian besar penduduk bumi yang bergantung kepada sistem operasi ini. Di bawah adalah video peragaan Microsoft tersebut.



Saturday, February 26, 2011

Postler : Aplikasi Email Elementary Dilepas Bebas

Elementary atau Projek Elementary, merupakan sebuah projek yang bercita-cita besar untuk menghasilkan sesuatu yang lebih besar dari sekadar tema, ikon dan seumpamanya. Mereka ketika ini sedang bergerak ke arah sesuatu yang mereka gelarkan Elementary-OS yang boleh dirujuk melalui http://elementaryos.org/.

Untuk mencapai objektif itu, pembangun projek Elementary telah menghasilkan pelbagai idea, dan juga aplikasi berserta kod yang telah siap untuk dicuba dan antaranya ialah Postler, iaitu satu aplikasi Email Client sepertimana Evolution (yang kurang digunakan dalam ubuntu) atau Thunderbird.

Kini, aplikasi Postler ini boleh dipasang ke dalam sistem operasi ubuntu menggunakan PPA dan kata arahan berikut;
sudo add-apt-repository ppa:postler-dev/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install postler
Selepas pemasangan, Postler boleh dilancarkan melalui Applications > Internet > Postler


Selamat Mencuba!

Sunday, February 20, 2011

New Theme GEKOS Leopard Elementary (for Nautilus Elementary)


Yups, kepada pengguna ubuntu yang tergila-gilakan tema ala-ala Mac OSX, kini anda mempunyai pilihan lain selain Mac4Lin iaitu tema yang boleh dimuatturun dari pautan ini: http://gekos.no/themes/gtk.html

Daripada screenshot yang dilampirkan, saya merasakan tema ini adalah yang paling hampir untuk menyerupai tema Mac OSX sebenar.

Sekian kemaskini ringkas daripada saya. (Takde idea nak tulis dah..haha)

Tuesday, February 15, 2011

Mengemaskini Openshot ke versi 1.3.0


Sekiranya anda pembaca setia blog ini, anda tentunya biasa dengan aplikasi video editor yang diberi jolokan OpenShot ini. Kini, versinya telah dikemaskini kepada 1.3.0 yang pastinya menawarkan fungsi-fungsi baru seperti;

  • A new user interface and icons
  • Timeline and interface animations
  • Smooth scaling
  • Easier filtering of files/effects/transitions
  • Video upload support for YouTube and Vimeo
  • New 3D animations* (Snow, Particles, world maps and Lens Flare)

Untuk mengemaskini ke versi terbaru ini, sila masukkan kata arahan dibawah ke terminal;
sudo add-apt-repository ppa:jonoomph/openshot-edge
sudo apt-get update && sudo apt-get install openshot
Selamat mencuba.

Monday, February 07, 2011

29 cara untuk mengekalkan saya melawat blog anda berulang-ulang kali

Di petik dari Problogger.net, khas untuk rakan blogger.

Nota : entry ini tiada kaitan dengan ubuntu.

1. Ajarkan saya cara untuk melakukan sesuatu
2. Hiburkan saya
3. Ransangkan pemikiran saya
4. Beritahu saya satu cerita
5. Hadiahkan saya dengan keputusan sesuatu kajian yang menarik
6. Buatkan saya ketawa
7. Ulas sesuatu produk atau perkhidmatan supaya memudahkan saya membuat pilihan
8. Beritahu saya mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku untuk saya
9. Tunjukkan saya sebuah kajian kes dari sesuatu yang telah anda (atau orang lain telah) lakukan
10 Buatkan saya merasa seperti bukan saya seorang yang...
11. Ramalkan apa yang akan berlaku seterusnya
12. Kumpulkan apa yang orang ramai perkatakan tentang...
13. Berikan saya inspirasi
14. Berikan saya satu projek yang membolehkan saya cuba melakukannya
15. Berikan saya rasa seperti dimiliki
16. Jelaskan apakah maksud sesuatu
17. Simpulkan sesuatu topik atau isu
18. Bangkitkan keghairahan saya
19. Kenalkan saya kepada seseorang yang diminati
20. Beritahu saya pendapat anda
21. Linkkan kepada sesuatu yang saya ingin untuk lihat dan baca
22. Kongsikan sesuatu yang saya ada kaitan dengannya
23. Sediakan saya dengan satu senarai sumber
24. Ransangkan saya untuk memasuki sesuatu dialog atau debat
25. Berikan saya satu pandangan yang berbeza dengan yang lain
26. Galakkan saya untuk terus mengusahakan sesuatu yang dirasakan sukar
27. Kekalkan saya supaya terus terkemaskini dengan berita semasa atau perkembangan dalam bidang yang saya minati
28. Bimbing saya melalui sesuatu proses
29. Selesaikan masalah saya

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...