Monday, June 30, 2008

10 perkara yang harus diperbaiki dalam ubuntu

Tidak ada satupun sistem operasi yang sempurna. Manakala ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang baru berusia 4 tahun -- sudah tentunya penuh dengan liku-liku kearah kematangan. Saya tertarik untuk mengutarakan perbincangan dalam linux.com dalam satu artikel bertajuk "Ten sticking points for new users". Ianya satu analisis adil berkenaan ubuntu, atau satu kritikan yang sangat membina dan harus diberikan perhatian serius oleh komuniti pembangun itu sendiri. Antaranya;

1.Screen setup : Meskipun saya tidak pernah berhadapan dengan masalah ini, namun terdapat segelintir dari pengguna ubuntu yang membaca blog ini pernah bertanya saya tentang mengapa tulisan dan ikon dalam ubuntu terlalu besar atau terlalu kecil? Ianya berkaitan dengan screen resolution yang sepatutnya autodetect ketika proses installasi. Namun entah kenapa (saya andaikan ubuntu tidak detect grafikkad anda) menyebabkan screen resolution adalah terlalu besar atau terlalu kecil. Manakala penyelesaian bagi masalah ini biasanya melibatkan pencarian driver bagi grafikkad atau editasi keatas fail xorg.conf config. Untuk pengguna baru, ianya sama sekali tidak mesra pengguna!

2.Boot management : Meskipun bagi saya masalah ini tidaklah terlalu susah untuk diselesaikan, namun persepsi bagi pengguna baru ubuntu adalah berbeza. Berfikir ditempat "orang yang tidak tahu apa-apa" adalah berbeza dengan berfikir ditempat kita berada. Kerana itulah perlunya sesuatu sistem itu mesra pengguna dan tidak melibatkan tricks yang terlalu "geeky". Saya juga mendapat banyak pertanyaan tentang bagaimana untuk reinstall windows yang telah di dual-boot dengan ubuntu.Oleh kerana sistem windows akan mengambil alih peranan grub semasa proses boot, lalu kita terpaksa install balik grub loader itu tadi melalui live cd ubuntu.

3.Mounting : Meskipun saya beranggapan linux merupakan sistem operasi yang paling mengenali kebanyakkan format partition (NTFS, HFS+, FAT32 etc), namun masih terdapat masalah diluar sana yang agak sukar untuk diselesaikan seperti perkara yang berkaitan dengan permission.

4.Installation : Nampaknya penulis artikel dalam linux.com ini tidak berpuas hati dengan proses installasi ubuntu. Bagi saya, cara install ubuntu adalah sangat senang berbanding dengan install windows. Namun komplikasi ketika sistem ubuntu ingin menentukan jenis network membuatkan timbulnya error-error yang agak "nonsense" bagi sesetengah orang.

5.Sound configuration : Rasanya sudah beberapa kali saya telah ulas tentang masalah berkaitan sound dalam ubuntu yang terlalu melecehkan. Walaupun penyelesaian tentang masalah tersebut tidaklah terlalu sukar, tetapi tanpa membuat pencarian di google dan sebagainya sudah tentu masalah itu tidak dapat diselesaikan. Tidak hairanlah saya menerima respon dari pembaca "saya sudah berpindah ke xp balik sebab masalah sound dalam ubuntu". WOw!

6.Networking -- IPv6 support : Anda hairan mengapa kepantasan internet dalam ubuntu berkurang berbanding windows? Ianya adalah kerana ubuntu support IPv6 (internet protocol) yang merupakan versi baru kepada IPv4. Oleh kerana kebanyakkan ISP(internet service provider) masih menggunakan IPv4 lalu menyebabkan koneksi internet dalam ubuntu secara umumnya lebih perlahan berbanding sistem operasi windows. Meskipun pengguna masih boleh enablekan IPv4 support dalam ubuntu namun ia melibatkan proses editasi terhadap fail configuration. Mengapa tidak disediakan GUI untuk proses ketetapan ini?

7.Power and hibernation : Penulis artikel mengatakan, dalam kebanyakkan laptop yang menggunakan ubuntu, ubuntu tidak sleep secara sempurna. Betul ke? Mungkin betul tetapi ada satu lagi masalah yang berkaitan dengan overheating.

8.Email migration : Oleh kerana penulis di linux.com menganggap pengguna ubuntu hanyalah dikalangan mereka yang pernah menggunakan windows, lalu timbullah cadangan ini supaya proses migrasi email itu lebih lancar. Walaupun saya menggangap ianya bagus jika sesuatu seperti itu dapat direalisasikan, namun ia bukanlah satu prioriti.

9.Documentation : Dicadangkan supaya penerangan tentang cara untuk berhadapan dengan masalah yang biasa berlaku itu lebih detail, mudah diikuti dan membantu. Antaranya ialah berkaitan dengan networking , screen resolution dan seumpamanya agar pengguna tidak perlu menggunakan google untuk mencari maklumat atau penyelesaian apabila sesuatu seperti itu berlaku. Rasanya cadangan ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk direalisasikan.

10.Building from source : Hmm, saya agak jarang sebenarnya compile package menggunakan source file. Dan saya beranggapan bagi pengguna baru tidak perlu mencari perisian yang tidak disupport oleh komuniti ubuntu.

Oleh kerana rakan penulis di melayubuntu (alHakim) telah membuat catatan awal terhadap Intrepid Ibex, lalu ada baiknya sekiranya 10 perkara ini dijadikan fokus untuk diselesaikan dalam versi 8.10 yang akan datang. Apapun yang bakal diperbaiki, saya telah mengambil nota tentang semua permasalahan ini dan mencari penyelesaian paling effektif untuk dimasukkan kedalam buku praktikal. Setakat ini 30% telahpun disiapkan. Alhamdulillah.

Sunday, June 29, 2008

Ubuntu 8.10 `Intrepid Ibex` Alpha 1

Selepas keluarnya Hardy Heron, kumpulan Ubuntu telah berusaha keras untuk keluaran yang berikutnya iaitu dijangka akhir bulan Oktober nanti dengan diberi nama Intrepid Ibex. Saya pon tak pasti apakah itu Intrepid Ibex. Nama binatang kalau tak salah saya.

Dalam 2 atau 3 hari lepas, Ubuntu telah mengeluarkan Ubuntu Intrepid Ibex untuk cubaan Alpha 1 kepada semua pengguna didunia supaya kita dapat mencuba dan melaporkan sebarang ralat atau pepijat didalam keluaran tersebut sebelum ia dilepaskan pada bulan Oktober nanti.

Secara ringkasnya, Intrepid Ibex menggunakan kernel linux bermula 2.6.26 dan gnome 2.23.4. Dan anda boleh mendapatkan iso Intrepid Ibex di laman web distrowatch.com (http://distrowatch.com/?newsid=04969).



Untuk membaca review lebih detail tentang Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex ini, anda boleh melayari laman web http://www.phoronix.com (http://www.phoronix.com/scan.php?page=article&item=ubuntu_810_alpha1&num=1).

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan ingin memberi sumbangan (tidak kisah samada ada dalam bentuk melaporkan ralat atau pepijat yang terdapat dalam Ubuntu ini, atau membuat penterjemah bahasa atau lain-lain) kepada pembangunan Ubuntu, anda bolehlah pergi ke laman web launchpad di http://www.launchpad.net dan pendaftaran adalah percuma. Oleh itu, kita sama-sama dapat membangunkan Ubuntu tanpa hanya perlu mengharapkan orang lain.

Setelah search di google.com, berjumpalah dengan gambar Intrepid Ibex ni:



Sekian

Wednesday, June 25, 2008

POP Dan Yahoo! Mail (UPDATE!!)

Atas permintaan ramai, saya menulis untuk mengenablekan pop anda dalam akaun yahoo! mail anda. Ia sebenarnya mudah dan tidak melecehkan jika anda ikut tutorial ini satu persatu. Pastikan JANGAN ada langkah-langkah yang ditinggalkan.

1. Buka akaun Yahoo! mail anda.
2. Masukkan nama pengguna serta kata laluan anda.
3. Cari dan klik 'OPTION'

4. Cari dan klik 'POP & Fowarding'




5. Cari dan Klik 'Set up or edit POP & Fowarding'. Firefox akan membuka lagi satu tetingkap yang lain berkaitan 'POP & Fowarding'.




6. Tick 'Web & POP Access'



7. Klik pada 'POP Setting'




8. Pastikan semua port sama dengan tutorial yang saya buat sebelum ini.





**PASTIKAN ANDA SETTING UNTUK POP DAHULU SEBELUM SETTING EVOLUTION
Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan Yahoo! Mail yang boleh didapati secara percuma seperti kebanyakan anda tetapi menggunakan .co.uk bukan .com. Saya rasa ia bukan satu masalah untuk perkhidmatan POP anda Forwarding. Saya HANYA pernah membaca tutorial mengenai setting GMail sahaja dan saya menggunakan konsep DIY untuk mendapatkan setting yang betul untuk Yahoo!. Sebelum saya berjaya menggunakan Evolution, saya mencuba dahulu didalam telefon bimbit saya dan hasilnya memuaskan dimana saya boleh membaca email saya dimana berada dengan sokongan GPRS @ 3G. Cuba ulangi langkah-langkah diatas jika berlaku sebarang masalah. Semoga berjaya!!

Tuesday, June 24, 2008

Ubuntu Mirror di Malaysia

Dua hari lepas saya melayari laman web myfenris dan terdapat post tentang Ubuntu mirror di Malaysia. Satu menggunakan server oscc.org.my dan satu lagi server mmu.edu.my.

Artikel asal adalah disini : http://blog.myfenris.net/?p=457

Walaubagaimanapun saya belum pasti tentang kelajuan sebenar kedua-dua server ini. Saya pernah terbaca semalam mengatakan server mmu mempunyai kelajuan 100Mbps dan oscc mempunyai 10Mbps. Saya sendiri telah mencuba server mmu dan average kelajuan yang saya dapat menggunakan streamyx 512Kbps ialah dalam 45KBps.

Cara-cara untuk memasukkan senarai kedua-dua mirror ini adalah seperti dengan menjalankan arahan berikut di terminal (pilih salah satu):

Server mirror.oscc.org.my :-

sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/oscc.list -O /etc/apt/sources.list.d/oscc.list

Server ubuntu.mmu.edu.my:-

sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/mmu.list -O /etc/apt/sources.list.d/mmu.list

Kemudian sila type sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade.

Tq kepada sesiapa yang telah membuat mirror ini. Dan rasanya usaha ini amat bermakna bagi pengguna Ubuntu. Cuma saya harap mirror ini dapat terus bertahan sampai bila-bila supaya Ubuntu dan Linux akan terus berkembang di Malaysia.

Tiada internet buat masa ini

Kemana zul.malc atau syahid_zul ini menghilang sejak akhir-akhir ini? Seperti tertera pada tajuk, sekarang ini saya berada diluar zon internet. Bagaimana boleh hidup tanpa internet? Senang sahaja, buat tiada apa-apa perubahan dan tumpukan pada tidur. Ops, sebenarnya juga saya dalam zon kajian dan eksperimen kearah menyiapkan buku praktikal ubuntu. Ramai yang bertanya bila nak siap, bila nak siap - sabar!

Saya belajar dari penulis novel terkenal seperti Sydney Sheldon dan seangkatan dengan beliau yang menulis tentang realiti dan bukan hanya teori atau khayalan. Apabila Sydney Sheldon menulis tentang suasana bandaraya singapura, dia tidak menulis berdasarkan khayalan beliau tentang bandaraya singapura tetapi beliau pergi dan merasai sendiri tentang suasana sebenar setiap lokasi dalam novel beliau. Tidakkah itu yang dinamakan kualiti?

Setidak-tidaknya saya mencuba semampu mungkin kearah sesuatu yang benar-benar praktikal, mudah faham dan tidak begitu melibatkan pembacaan berat, teoritipikal, dan definisifikal.

Sebenarnya saya cukup bersyukur kerana terdapat beberapa penulis lain yang terus menerus memeriahkan blog ini dengan artikel dan tulisan yang padat dengan maklumat. Oleh kerana ada ura-ura dari pembaca (atau dari peminat dalam ym - hehe) yang bertanyakan kemanakah kelibat saya beberapa hari ini, saya harap entri ini dapat menjawab kegusaran tersebut.

Teruskan membuntu!

Memerlukan Internet Explorer Dalam Ubuntu ?

Setelah sekian lama saya melayari pelbagai laman web di internet, saya dapati ada diantara laman web yang menyokong kesemua pelayar, namun terdapat juga laman web yang hanya menyokong satu pelayar sahaja. Dan kebiasaannya ia akan melibatkan pelayar seperti Internet Explorer dimana untuk menggunakan system atau untuk melayari laman tersebut kita perlulah menggunakan IE ini. Namun ini menjadi masalah kepada mereka yang mahukan pembaharuan dengan berubah kepada Ubuntu/Linux daripada Microsoft Windows.

Namun sekarang ia tidak lagi menjadi masalah kepada para pengguna Ubuntu kerana Internet Explorer kita dapat dijalankan didalam Ubuntu anda dengan bantuan WINE yang telah pun mencapai release yang paling stabil buat masa ini iaitu WINE 1.0 (setelah melalui perjalanan yang panjang). Sila update Ubuntu anda sekarang untuk mendapatkan wine-1.0 ini.

Sebelum memasang ies4linux, anda perlu memasangkan WINE (sekiranya masih belum memasangnya) dahulu dengan menggunakan arahan dibawah:

sudo apt-get install wine cabextract

Untuk memudahkan pemasangan, anda perlu mendownload script arahan untuk memasang Internet Explorer kedalam Ubuntu anda. Anda boleh memasang IE6 dan IE7. Namun IE7 masih diperingkat ujian beta, dan tidak digalakkan.

*anda tidak perlu menggunakan arahan sudo untuk memasang software ini.

Sila type atau copy dan paste kan arahan dibawah dalam terminal anda.
wget http://www.tatanka.com.br/ies4linux/downloads/ies4linux-latest.tar.gz
tar xvfz ies4linux-latest.tar.gz
cd ies4linux-*
./ies4linux
Kemudian klik Enter (Return), dan akan muncul satu windows seperti dibawah:

Disini anda boleh membuat pilihan untuk memasang IE version 6, 5.5 atau 5. Atau anda boleh memilih ketiga-tiga sekali. Kemudian anda juga boleh memasang Flash Player dan tempat dimana icon IE akan diletakkan sama ada pada menu atau Desktop.


Anda perlu menetapkan dimana IE akan dipasangkan. Anda bebas untuk memasanganya dimana-mana. Namun adalah lebih baik menggunakan default settings. Sekiranya anda ingin memasang IE7 anda bolehlah check pada ruangan Beta. Namun ia amat tidak digalakkan oleh saya kerana ia masih diperingkat beta.


Proses pemasangan IE sedang dilakukan oleh installer. Sekiranya anda menerima ralat, jangan risau, anda cuma perlu memulakan semula installer tadi. Semasa saya memasangkan software ini, saya perlu ulang benda yang sama sebanyak 5 kali kalau tidak silap saya la (tapi hasilnya memuaskan :-)..


Akhirnya pemasangan telah berjaya dilakukan. Dan ini adalah icon IE6 yang terdapat pada Desktop saya.

Tanpa membuang masa, saya pun terus menjalankan IE6 dan berjaya !!! saya dah tak memerlukan windows lagi untuk menggunakan IE6.. Terima kasih diucapkan kepada Developer WINE dan mereka yang telah berusaha membuat ies4linux installer ini.

Sekian.

Keselamatan : Firestarter Firewall

Selain daripada virus, kita perlu juga sedar bahawa firewall adalah pertahanan terawal diantara kita dan juga internet. Didalam linux kita tidak perlu risau akan virus, namun kita perlu berjaga-jaga kerana linux terutama server seringkali di exploit oleh para hacker. Jadi cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan exploit adalah dengan menggunakan firewall untuk menutup port-port yang tidak perlu.

Didalam kernel Linux terdapat module yang menjalankan tugas menapis data yang keluar masuk kedalam komputer kita. Module tersebut dipanggil iptable dan ipchain. Selain itu didalam Ubuntu sendiri telah terdapat satu lagi software penapisan atau firewall yang dipanggil UFW (Uncomplicated FireWall), walaubagaimanapun buat masa ini ketiga-tiga firewall diatas adalah agak rumit kepada mereka yang baru dalam dunia Ubuntu/Linux kerana configuration ketiga-tiga software ini adalah berasaskan teks (text based). Jadi saya mahu memperkenalkan Firestarter Firewall yang mempunyai GUI (graphical user interface) dan juga mudah untuk mengendalikannya.

Untuk memasang software ini, anda boleh menggunakan Add/Remove Application atau menggunakan Synaptic Package Manager. Bagi saya lebih selesa menggunakan terminal dengan arahan:

sudo apt-get install firestarter

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai firewall ini di

http://www.fs-security.com/

Apabila anda sudah siap memasang firewall ini, anda bolehlah menggunakan shortcut menu Applications -> Internet -> Firestarter atau System -> Administration -> Firestarter. Saya tidak tahu kenapa shortcut ini dibina dua kali secara default. Kita perlu memasukkan sudo password untuk menjalankan firestarter.

Kemudian kita perlu membuat sedikit setting yang dijalankan oleh Wizard software ini. Amat mudah.


First time run kan firewall wizard ini akan keluar dahulu.


Main window untuk software ini.

About Firestarter

Antara configuration software yang terdapat didalam software.

ICMP filtering akan boleh digunakan sekiranya anda tidak mahu komputer lain ping ke komputer anda. Ini bagi mengelakkan serangan Denial of Service (DoS).

Didalam software ini anda dapat menetapkan supaya port mana yang dibuka dan ditutup. Didalam contoh diatas saya menutup port 110 dan 25 yang selalu digunakan oleh POP dan SMTP iaitu penghantaran mesej elektronik (email). Saya juga menghalang sebarang connection kepada IP Address 124.68.135.63 (Ntah mana2 punya IP buat demo ja..). Ada beberapa setting atau policy lain yang boleh dibuat. Cuma buat masa ini saya hanya menunjukkan yang ini sahaja dahulu.


Ini adalah contoh Firestarter sedang melakukan tugasannya. Menurut laman web Firestarter, sekiranya tulisan ini berwarna hitam, ia menunjukkan perkara biasa. Namun sekiranya ia berwarna merah, maknanya ada pihak yang cuba membuat sambungan ke komputer anda tanpa pengetahuan anda atau sambungan tersebut datang daripada host atau service yang diblok.

Setakat ini sajalah dulu tentang firewall ini. Sekiranya anda mempunyai masalah, bolehlah menyatakan diruang comment dibawah.

Sekian.

Sunday, June 22, 2008

Mobile Media Converter

Sekiranya anda ingin mengubah format video atau bunyi untuk handphone anda, saya rasa software ini adalah yang terbaik. Ia sebenarnya adalah GUI untuk ffmpeg dan mampu untuk mengubah format MP3/Wave/WMA ke format AMR, WMV (kecuali versi 9) dan MPEG ke format 3GPP atau 3GP.

Software ini boleh didownload daripada laman ini
http://www.miksoft.net/mobileMediaConverter.htm

Kemudian anda boleh mengekstrak file mmc-lin.tar.gz kedalam mana-mana folder yang anda mahukan. Anda boleh menggunakan Archive Manager atau menggunakan arahan tar xzfv mmc-lin.tar.gz. Didalam archive ini terdapat dua file iaitu Mobile Media Converter dan juga ffmpeg. Simpan didalam satu folder yang baru.

Selepas itu, anda mungkin perlu menginstall Standard C++ Library. Untuk memasangnya, lakukan perintah berikut pada terminal:

sudo apt-get install libstdc++5

Kemudian anda bolehlah menjalankan software ini dengan double klik diatas Mobile Media Converter.

Disini terdapat beberapa screenshot tentang software ini.


Main window untuk software ini.

Configuration yang lebih detail.

About Mobile Media Converter.


Sekian.

Friday, June 20, 2008

Keselamatan : Antivirus AVG Free Edition

Bagi saya masalah utama kepada para pengguna komputer ialah tentang keselamatan komputer kita. Ia termasuklah keselamatan dari penceroboh mahupun virus yang semakin hari semakin canggih terutama untuk platform microsoft windows. Walaupun pengguna Ubuntu/Linux tidak perlu risau akan virus-virus ini kerana mengikut satu laporan buat masa ini hanya terdapat beberapa virus untuk linux sahaja, namun lebih baik kita berhati-hati.

Antivirus ini juga berguna kepada mereka-mereka yang membuat dual boot dimana didalam system mereka terdapat partition dan juga software microsoft windows yang dijangkiti virus dan masalah virus itu boleh diselesaikan didalam Ubuntu.

Terdapat beberapa antivirus untuk Ubuntu/Linux, namun kali ini saya ini me'review'kan antivirus AVG Free. Disini perkataan free bukanlah bermaksud freedom yang diperjuangkan oleh kumpulan OpenSource tetapi ia bermaksud software ini boleh digunakan secara percuma. Terdapat satu lagi antivirus untuk Linux yang berasaskan opensource yang dipanggil ClamAV. ClamAV akan direview selepas ini.

Untuk menginstall antivirus ini anda perlu ke laman web AVG Free Edition di:

http://free.grisoft.com/ww.download?prd=afl
(Sila klik diatas gambar untuk lihat gambar besar)




Anda perlu mendownload package untuk Ubuntu/Debian (.deb). Selepas mendownload package ini, anda bolehlah samaada menggunakan GUI (gdebi) dengan double klik package tersebut atau menggunakan terminal dengan arahan sudo dpkg -i avg75fld-r51-a1243.i386.deb

Anda boleh menjalankan software ini dengan menggunakan shortcut di Application -> Accessories -> AVG for Linux Workstation. Sekira anda menggunakan software ini tanpa kebenaran Super User (sudo) anda hanya boleh mengimbas (scan) folder didalam home folder account anda dan temporary file sahaja. Sekiranya anda ingin scan seluruh komputer atau mengemaskinikan antivirus anda, anda perlu menjalankan dengan kebenaran Super User. Arahannya ialah sudo avggui.

Dibawah ini beberapa screenshot semasa saya menggunakan antivirus AVG Free ini.

Ini adalah skrin semasa pertama sekali apabila jalankan AVG Free

Configuration yang ada didalam AVG Free untuk Linux

Pilihan untuk membuat imbasan (scan). Untuk imbasan seluruh komputer perlu menggunakan kebenaran super user atau root.

Setting untuk update AVG Free. Perlu dijalankan menggunakan arahan sudo.

AVG Free sedang menjalankan tugasnya. Yahooo!!!! tiada virus..

Object test 115 ja ?? saja nak buat demo.. Malas nak scan banyak2, bukan ada virus pon..

AVG Free sedang mengemaskinikan virus definition..

About AVG Free

Kepada mereka yang risau akan virus bolehlah menggunakan antivirus ini untuk mengimbas Ubuntu/Linux anda dan juga partition microsoft windows.

Sekian.

Thursday, June 19, 2008

Splashy Menggantikan Usplash

Anda mungkin sudah bosan dengan gambar ini



dan ingin menggantikan dengan ini


*maaf gambar tak lawa sebab ambil guna handphone..

Atau ingin memasukkan gambar sendiri.. jadi sila baca sepenuhnya..

Untuk memudahkan anda membaca, artikel ini terbahagi kepada tiga bahagian dibawah iaitu cara menginstall splashy, cara mengubah splashy dan cara membuat gambar splashy sendiri. Tujuan saya memilih splashy berbanding Usplash adalah kerana splashy lebih mudah untuk diubahsuai berbanding Usplash yang merumitkan.

Cara Memasang Splashy.

pada terminal taipkan arahan dibawah:
sudo apt-get install splashy splashy-themes
*diingatkan package manager akan automatic membuang usplash daripada komputer anda.

apabila siap dipasang, anda perlu menambah vga=791 pada menu grub.

*vga=xxx ini adalah mengikut monitor screen komputer kita. anda boleh merujuk table dibawah untuk monitor screen anda.

Colours 640x400 640x480 800x600 1024x768 1152x864 1280x1024 1600x1200
--------+--------------------------------------------------------------
4 bits | ? ? 770 ? ? ? ?
8 bits | 768 769 771 773 353 775 796
15 bits | ? 784 787 790 354 793 797
16 bits | ? 758 788 791 355 794 798
24 bits | ? 786 789 792 ? 795 799
32 bits | ? ? ? ? 356 ?

*saya mempunyai monitor LCD 19" jadi saya memilih 791 yang mempunyai resolusi 1024x768.

sudo gedit /boot/grub/menu.lst

pada kernel list tambahkan vga=791


title Ubuntu 8.04.1, kernel 2.6.24-19-generic
root (hd0,0)
kernel /boot/vmlinuz-2.6.24-19-generic root=UUID=xxxxxxxx ro
quiet vga=791 splash
initrd /boot/initrd.img-2.6.24-19-generic
quiet


Kemudian restart komputer anda.






Cara Untuk Mengubah Gambar Pada Boot.

Anda boleh menaip

splashy_config --info

untuk dapat kan senarai splashy yang ada dialam komputer anda. dan menaip

sudo splashy_config -s namasplash

untuk setkan splashy yang baru anda. kemudian perlu jalankan

sudo update-initramfs -u -t -k `uname -r`


dan anda bolehlah merestart komputer anda selepas itu.






Membuat Gambar Splashy Sendiri.

salin salah satu file dalam /etc/splashy/themes ke Desktop. contohnya salin folder ubuntusplashy ke Desktop. dan ubahkan nama folder menjadi apa-apa nama yang anda suka. dalam contoh ini saya menggunakan nama myboot. anda boleh membuang semua gambar ubuntu dan file readme didalam folder itu. cuma yang perlu ialah file theme.xml. tujuan saya meminta anda menyalin seluruh folder tersebut adalah supaya anda dapat memahami struktur folder theme splashy ini.

kemudian masukkan gambar yang ingin anda jadikan gambar untuk boot nanti kedalam folder tadi dan diingatkan gambar mestilah dalam format png saiz yang sesuai mengikut screen monitor komputer masing-masing. saya menggunakan size 1024 x 768. klu format selain png sila convert menggunakan GIMP.

contohnya saya memilih gambar ini:



kemudian buka file theme.xml menggunakan gedit. dan cari baris seperti dibawah:


   <background>
<boot>mypic.png</boot>
<shutdown>mypic.png</shutdown>
<resume>mypic.png</resume>
<suspend>mypic.png</suspend>
<errorimg>mypic.png</errorimg>
<!-- resolution of the images. this value affects where
the progressbar will be drawn. If VALUE <= 0, then
percentages of the screen width and hight will be assumed -->
<dimension>
<!-- NOTE: x and y are not used by splashy -->
<x>0</x>
<y>0</y>
<width>0</width>
<height>0</height>
</dimension>
</background>



dan tukarkan nama gambar diatas dengan nama gambar yang anda inginkan. dalam contoh ini saya menggunakan nama mypic.png.
*anda boleh membuat setiap event gambar berasingan contohnya waktu boot gambar satu.png, waktu shutdown gambar dua.png dan anda juga boleh mengubah warna, saiz dan kedudukan progressbar.



savekan file tersebut dan buat salinan folder tersebut ke /etc/splashy/themes.

sudo cp myboot /etc/splashy/themes/

kemudian pada terminal type:

sudo splashy_config -s myboot

*myboot adalah nama folder tadi. anda perlu menggantikan nama ini dengan nama folder yang anda lakukan sebelum ini.

selepas itu kita perlu update initramfs supaya menggunakan gambar yang baru. jika tidak, gambar penguine yang asal akan terus dijalankan tanpa menggunakan gambar yang baru. update initramfs menggunakan perintah dibawah:

sudo update-initramfs -u -t -k `uname -r`

Kemudian anda bolehlah merestart komputer anda.

Selamat berjaya.

Sekian.


Lebih 8 juta download dalam 24 jam : Firefox 3 kearah rekod dunia

Laman web spreadfirefox mengumumkan dalam masa 24 jam yang lampau firefox 3 telah menerima lebih dari 8 juta download. Meskipun saya menggunakan ubuntu (yang mana update setiap perisian diurusselia oleh update manager), namun saya tetap download firefox 3 didalam mac osx sebagai tanda sokongan kepada kempen mencipta rekod dunia oleh pembangun firefox.

Jika satu installer firefox 3 bersaiz 17.2MB (dalam mac osx) didarab dengan 8,000,000 , maka jumlah perpindahan data yang berlaku selama 24jam tersebut ialah 137,600,000 MB atau 137,600 GB atau 137 TB.

Bagi jumlah download mengikut negara pula, US mencatatkan lebih 2 juta download manakala malaysia 30,000 download. Yang peliknya, negara yang mempunyai rakyat yang ramai seperti indonesia hanya mencatatkan 21,000 download sahaja. Mungkin angka-angka ini boleh menjadi indikator kepada beberapa perkara termasuk populariti sumber terbuka, kelengkapan internet bagi sesebuah negara dan sebagainya.

Pun begitu, saya benar-benar kagum dengan mereka yang mencetuskan idea ini dan semua mereka yang terlibat untuk merealisasikan impian tersebut termasuk menyediakan server yang mampu menampung jumlah bandwidth sebesar itu. Syabas!

Wednesday, June 18, 2008

Mengakses Akaun Yahoo! Mail Anda Dari Evolution

Sebelum bermula, sila pastikan email anda sudahpun diubah setting pop3 nya.Ini Bagi membolehkan ia berfungsi dalam Evolution.

Langkah-langkah:

1. Buka Evolution dan klik pada EDIT -> PREFERENCES dari menu di atas.

2. Pada bahagian sebelah kiri, pastikan MAIL ACCOUNTS telah di high-lighted kan. Klik ADD.

3. Klik FORWARD.

4.
Masukkan maklumat peribadi anda. Klik Forward setelah selesai.

5. Pilih POP untuk jenis server.

Masukkan nilai berikut:

SERVER: plus.pop.mail.yahoo.com:995 (pastikan nombor port sama dengan akaun anda)

Username: username Yahoo! anda TANPA @yahoo.com

Use Secure Connection: SSL Encryption

Authentication Type: PASSWORD

Remember Password: Checked

6. Klik FORWARD.

7.
Pilih mengikut kehendak anda.

8. Klik FORWARD.

Masukkan nilai berikut:

Server Type:SMTP

SERVER: plus.smtp.mail.yahoo.com:465 (
pastikan nombor port sama dengan akaun anda)

Server requires authentication: tandakan pada ruang ini.

Use Secure Connection: SSL Encryption

Authentication: Plain

Username: username anda TANPA @yahoo.com


9. Klik FORWARD.

10. Masukkan nama setting tersebut, saya menggunakan: Yahoo!

11. Selamat Mencuba

Terbitnya WINE 1.0 selepas 15 tahun dibangunkan

38831DCE-1BAA-45B3-9993-0075612EC3DF.jpg
1993 sehingga 2008. Satu tempoh masa yang sangat panjang untuk mengeluarkan buat pertama kalinya versi yang stabil memakai no versi 1.0. Biarpun compatibility tidak dijamin perfect, namun WINE sudah terbukti mampu digunakan untuk memasang beribu-ribu perisian windows didalam linux.

17 Jun 2008 bersamaan dengan tarikh firefox 3 dilancarkan. WINE menemui versi 1.0.

Oh ya, bagi anda yang tidak tahu apa itu WINE, WINE ialah perisian emulasi yang membenarkan seseorang pengguna untuk memasang perisian windows (.exe) kedalam linux. Untuk mengetahui lebih lanjut perisian apakah yang berjaya diinstall kedalam linux menggunakan WINE, sila layari laman >>>http://appdb.winehq.org/.

Dengan WINE ini juga seseorang boleh memasang dan memainkan game Windows seperti Half-Life, Command & Conquer, Counter Strike, Battlefield dan sebagainya.

Baru saya teringat yang saya belum pernah menulis apa-apa tutorial yang detail untuk menggunakan WINE. Insyaallah dimasa akan datang.

Gagal connect melalui streamyx dalam ubuntu?



Herm..kelihatan terdapat beberapa pengguna yang gagal untuk access internet melalui streamyx dan mendapat error seperti dalam screenshot diatas (sorry afiq, aku guna screenshot ko). Apabila ditanya, ternyata error diatas biasanya muncul bagi kes pengguna yang menyambungkan modem ke lebih dari satu komputer.

Saya bukan pengguna streamyx dan oleh itu saya bukan orang yang layak untuk menyelesaikan masalah ini.

Ada cadangan untuk selesaikan masalah ini amatlah dialu-alukan!


UPDATE
Komen dari alhakim ;
klu modem tu direct ke router, dan komputer lain connect ke router, aku rasa cuba jalan senang dulu gunakan network manager.

System -> Administration -> Network.

Unlock pastu klik pada Wired connection, uncheck Enable roaming mode, tukarkan Configuration kepada Automatic configuration (DHCP). Klik ok. pastu dia akan try connect ke router.

try ping ke router. klu berjaya try plak ping ke google.com atau yahoo.com ke.

Waktu kat Universiti aku takde masalah langsung. Aku guna Ubuntu connect ke switch pastu connect ke modem+router dan kami menggunakan streamyx. tp pasti kan modem tu bleh connect ke internet.

Masalah keluar alert tu mungkin sebab network manager control eth0, jadi PPPoE takleh nak guna dah interface tu.. jadi try cara diatas dulu.

sekurang-kurang nya pasti boleh ping ke router klu sambungan semuanya betul.

Manakala faiz pula;
Mencadangkan beli Switch.

alhakim sekali lagi mencadangkan beli modem+router terus. Bukan mahal sangat katanya.



Tuesday, June 17, 2008

Tema Gnome untuk ubuntu : Terbaik antara yang terbaik

Saya terfikir sesuatu yang menarik, dan mudah untuk dicuba. Apakata kalau saya aplikasikan tema terbaik (yang mendapat highest rated) di gnome-look.org iaitu tema GTK, Metacity, Icon, dan Wallpaper. Apakata?

Tema-tema yang mendapat highest rated;

GTK : Aurora GTK Engine

Metacity : Blended

Icon Theme : Dropline NOU!
Note: Tema ini masih belum siap.

Wallpaper : Worldmap (pilihan saya - blue)

Hasilnya?

thebestsmall.png



Pasang MMS plugin untuk pelayar web ubuntu anda untuk memainkan streaming video dan audio online

Untuk memainkan video atau audio streaming yang biasanya memerlukan MMS data transfer protocol (Microsoft Media Server) dalam ubuntu, anda perlu memasang MMS plugins menggunakan add/remove applications. Jika anda pengguna mac osx, anda perlu memasang perisian bernama flip4mac dan memasang codecs dalam mac osx adalah tidak semudah dalam ubuntu. Dalam ubuntu, kesemua itu disokong oleh fungsi add/remove applications.

Tanpa memasang MMS, apabila anda cuba play video atau audio streaming, anda akan memperolehi error berikut;
wmv.png


Apabila keluar error begini usah panic dan terus bertanya kepada saya melalui YM. Buka add/remove applications dan taipkan "plugin";
plugins.png


Nampakkan plugins for mms? Ops bukan mms sahaja, malah wavpack dan quicktime juga disokong oleh plugin ini. Bermakna pengguna juga boleh memainkan video streaming yang secara normalnya memerlukan anda memasang quicktime dalam windows.

Medibuntu repositories and howto play .rmvb video format in ubuntu hardy heron

Beberapa hari lepas, saya menerima satu email dari pembaca blog ini bertanyakan bagaimana untuk play .rmvb video format(format untuk realplayer) dalam ubuntu. Dia telah mengikuti tutorial dari laman web ini tetapi masih gagal untuk play .rmvb video format. Mulanya saya termenung untuk mengingati memori-memori lalu (kerana saya teringat yang saya pernah play format yang sama suatu ketika dahulu tetapi terlupa kerana tiada nota).

Kemudian barulah teringat kepada medibuntu repositories yang menyediakan sumber kepada perisian yang mempunyai isu copyright, patent dan sebagainya dan tidak mendapat support daripada komuniti ubuntu (kerana komuniti ubuntu hanya support perisian open source). Repo ini menyediakan perisian seperti
  • acroread (Adobe Acrobat Reader)
  • alsa-firmware -- diperlukan untuk beberapa audio card
  • Sokongan AMR dan FAAC untuk MPlayer dan FFmpeg
  • Googleearth
  • restricted video codecs (ppc-codecs, w32codecs, w64codecs)
  • Skype
  • dan banyak lagi..
Untuk memasukkan medibuntu kedalam repo ubuntu hardy heron sila lakukan berikut pada terminal;
sudo wget http://www.medibuntu.org/sources.list.d/hardy.list -O /etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list
dan kemudian;
sudo apt-get update && sudo apt-get install medibuntu-keyring && sudo apt-get update
NOTA : Jawab "Yes" ditempat yang sepatutnya.

Untuk mendapatkan package komponen non-free daripada medibuntu, lakukan;
sudo sed -e 's/ non-free//' -i /etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list
Ketika ini, anda sudah boleh install beberapa perisian yang saya listkan diatas. Untuk memainkan video berformat .rmvb, sila install w32codecs. Cthnya untuk i386 (intel processor)
sudo apt-get install w32codecs
Untuk versi ubuntu lain dan processor lain, sila rujuk laman web ini.

Semoga bermanfaat!

Monday, June 16, 2008

Membuang Data Daripada Harddisk Anda ?

Mungkin didalam harddisk anda mempunyai data yang penting atau rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain dan dalam masa yang sama anda ingin menjual atau memberi harddisk tersebut kepada orang lain. jadi anda sudah tentu perlu untuk membuang data tersebut daripada harddisk anda.

Mungkin ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa sekiranya kita membuang data dengan hanya menggunakan perintah rm atau klik kanan kemudian Move to Trash dan mengosongkan Recycle Bin, anda sebenarnya belum melenyapkan actual data tersebut daripada harddisk anda. Kerana cara yang dinyatakan diatas hanya akan membuang pointer didalam index (partition) harddisk kita sahaja yang secara tidak langsung membuatkan OS kita tidak dapat membaca data tersebut.

Perkara ini juga sama sekiranya kita menformat harddisk kita.

Bagi mereka yang berkemahiran dan mahu mendapatkan semula data tersebut, tidak akan menjadi masalah kerana terdapat banyak software yang boleh digunakan untuk mengembalikan data tersebut.

Jadi bagi mereka yang mempunyai data penting anda boleh lah menggunakan beberapa tool atau cara untuk membuang data secara selamat daripada harddisk anda.

Amaran, artikel ini mengandungi kod arahan yang akan menyebabkan data anda akan hilang tanpa dapat dikesan lagi. Jadi saya tidak bertanggungjawab diatas segala apa yang berlaku sekiranya anda menjalankan arahan tersebut. Arahan ini bukanlah untuk cuba-cuba. Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda lakukan.

Antara cara yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan arahan shred. Contohnya ialah:

shred [option] namafile

contohnya:
shred -fvu -n 5 namafile.txt

arahan ini akan menindih(overwrite) file yang kita nyatakan dengan kod-kod yang dijana secara rawak dan kemudian membuang file tersebut.

antara option lain yang ada ialah:



-f force
-v verbose
-n hendak menindih(overwrite) berapa kali. lagi banyak lagi bagus
tetapi memakan masa. (dalam contoh diatas n diberikan input 5
bermakna shred akan menindih(overwrite) 5 kali file tersebut)
-u kalau hendak membuang file tersebut selepas ditindih(overwrite).
-z mengisi ruang file tersebut dengan bit kosong.



untuk maklumat lebih terperinci bolehlah menggunakan enjin carian atau menggunakan manual shred.

Cara diatas digunakan sekiranya anda hanya ingin membuang satu atau beberapa file yang penting. Namun sekiranya terdapat banyak file dan bertaburan didalam harddisk macam mana ?

Jawapannya adalah dengan 'wipe'kan (<--taktau bahasa melayu dia ape..) harddisk kita. Sekiranya kita ingin wipe harddisk atau partition lain yang tidak digunakan untuk run linux, maka kita bolehlah menggunakan arahan:
sudo dd if=/dev/urandom of=/dev/sdb

arahan ini menyuruh harddisk ditulis dengan bit yang dijana secara rawak. sebelum itu anda perlu tahu yang mana satu harddisk atau partition yang betul supaya anda tidak tersilap wipe harddisk atau partition. selalunya harddisk utama(primary) akan di'link'kan dalam /dev/sda dan partition pertama dalam harddisk pertama akan di'link'kan pada /dev/sda1.

Sekiranya anda hanya ingin me'wipe'kan partition pertama dalam harddisk kedua, arahannya ialah:

sudo dd if=/dev/urandom of=/dev/sdb1

Sekiranya anda menggunakan harddisk jenis PATA, alamat harddisk akan menjadi /dev/hda atau /dev/hdb.

Selain daripada menggunakan /dev/urandom, anda juga boleh menggunakan /dev/zero yang akan menulis bit kosong kedalam harddisk atau partition yang dinyatakan.

Cara ini juga boleh digunakan untuk USB Pendrive atau sewaktu dengannya..

Masa yang diambil untuk melakukan wipe ini adalah bergantung kepada size partition atau harddisk. Dan proses ini akan memakan masa yang amat lama. Contohnya harddisk saya yang 80G, memakan masa dalam 5 jam untuk melakukannya dan cara ini, kita tidak akan diberitahu akan process atau progress yang berlaku. Dan terpulanglah kepada kita untuk menamatkan process ini pada bila2 masa.

Sekiranya kita ingin me'wipe'kan keseluruhan harddisk kita termasuklah yang ada didalam komputer kita (primary), anda bolehlah menggunakan Darik's Boot and Nuke (DBAN) untuk melakukannya.

Sekian, sekali lagi diingatkan, tanggung risiko sendiri..

Isu integriti maklumat dan ubuntu

Mengapa sesuatu seperti ini terlintas dibenak saya buat ketika ini? Ada lebih kurang 100 member ym yang terdiri daripada peminat ubuntu seluruh negara yang add saya melalui ym untuk bertanya soalan yang sangat pelbagai. Sudah tentu saya tidak mengenali mereka ini dan blog ini telah menghubungkan mereka dan saya. Ajaib tetapi bukan itu isunya disini.

Ubuntu dan mana-mana jua distribusi linux menyediakan satu platform yang membenarkan anda sebentar menjadi advance user! Ianya sesuatu yang anda tidak dapat lakukan dalam windows dan selari dengan kehebatan itu juga muncul isu keselamatan dan kestabilan sistem. Antara perkara yang sangat saya pentingkan dalam artikel saya ialah integriti maklumat yang saya sediakan. Saya tersangat risau jika apa yang saya tulis dan apa yang saya tutorialkan anda ikut dan kemudian ianya menyebabkan kehilangan data, kerosakkan sistem dan seumpamanya.

Saya perasan akhir-akhir ini (melalui pengalaman sendiri atau melalui pengalaman 100 member ym ubuntu yang saya nyatakan tadi) banyak tutorial advance diluar sana tidak begitu sesuai untuk diikuti oleh semua pengguna ubuntu. Melalui pengalaman saya juga, kebanyakkan tutorial tersebutnya biasanya menggunakan terminal untuk mendapatkan keistimewaan administrasi dan dengan beberapa kesilapan boleh merosakkan atau konflik antara perisian-perisian yang kesannya akan mengurangkan kestabilan sistem atau ketidakfungsian beberapa fungsi.

Samada anda pengguna baru atau pengguna pertengahan saya cadangkan;
  • Elakkan ikuti tutorial yang melibat script yang masih diperingkat percubaan
  • Kurangkan menggunakan keistimewaan administrasi (sudo)
  • dan sila check adakah perisian yang ingin diinstall melalui terminal tersebut sudah terdapat dalam package yang disokong oleh add/remove applications
  • Ikuti tutorial yang anda tahu apakah result yang akan anda perolehi sahaja (jangan suka-suka try & error)
  • pastikan anda tahu cara untuk backup disaat kecemasan



Antara kesimpulan lain juga, penggunaan GUI adalah yang terbaik untuk semua task. Sebenarnya skop-skop sebeginilah yang mendatangkan idea kearah buku praktikal ubuntu yang bakal dihasilkan. Isu integriti maklumat dalam sesebuah buku sangat penting. Skop yang akan menjadi bingkai pemisah dan penunjuk supaya pembaca faham setakat mana sesuatu tutorial itu boleh diikuti dan setakat mana sesuatu tutorial itu harus dielakkan.

Mengubah CPU Frequency Scaling

Dalam ubuntu/linux terdapat module cpu frequency scaling yang mengawal kelajuan cpu komputer kita. Tujuan utama module ini adalah untuk meminimakan penggunaan cpu dan secara tidak langsung akan mengurangkan tenaga (elektrik) yang diperlukan dan juga haba yang dibebaskan. sebab inilah linux dikatakan lebih bersifat mesra alam berbanding OS yang lain (green operating system). sekiranya kita ingin melihat info mengenai cpu kita, pada terminal kita bolehla menaip:

cat /proc/cpuinfo


arahan ini akan memberi output seperti berikut:


processor : 0
vendor_id : AuthenticAMD
cpu family : 15
model : 107
model name : AMD Athlon(tm) 64 X2 Dual Core Processor 4400+
stepping : 2
cpu MHz : 1000.000
cache size : 512 KB
physical id : 0
siblings : 2
core id : 0
cpu cores : 2
fdiv_bug : no
hlt_bug : no
f00f_bug : no
coma_bug : no
fpu : yes
fpu_exception : yes
cpuid level : 1
wp : yes
flags : fpu vme de pse tsc msr pae mce cx8 apic sep
mtrr pge mca cmov pat pse36 clflush mmx fxsr
sse sse2 ht syscall nx mmxext fxsr_opt rdtscp
lm 3dnowext 3dnow pni cx16 lahf_lm cmp_legacy
svm extapic cr8_legacy 3dnowprefetch ts fid
vid ttp tm stc 100mhzsteps
bogomips : 2011.23
clflush size : 64



jika kita lihat disini, kelajuan AMD Athlon64 X2 4400+ sebenarnya ialah 2.33 Ghz, tapi pada output diatas menunjukkan hanya 1000 MHz (1Ghz). ini kerana sekiranya kita tidak menjalankan software yang memerlukan penggunaan cpu yang tinggi maka kernel linux akan menurunkan kelajuan cpu kita.

untuk melihat frekuensi cpu kita secara mudah adalah dengan menggunakan gnome-applets seperti gambar dibawah. untuk menggunakan applet ini klik kanan pada panel, kemudian klik Add to Panel, pilih applet CPU Scaling Frequency Monitor. Anda juga dapat mengubah frequency ini. sila teruskan pembacaan mengenaiperkara ini.



bagi mereka yang mementingkan kepantasan (performance) daripada tenaga dan haba yang dibebaskan oleh cpu, anda dapat mengubahnya dengan menggunakan beberapa cara. antaranya ialah menggunakan gnome-applets seperti diatas tetapi anda perlu menjalankan applet itu menggunakan root. jadi setelah anda menambah applet itu pada panel, anda perlu menaip arahan berikut untuk:

sudo dpkg-reconfigure gnome-applets


kemudian akan anda akan ditanya seperti berikut:





pilih ok dan yes kepada dua-dua soalan tersebut.

kemudian pada applet di panel anda bolehla klik untuk mengubah kelajuan cpu anda mengikut scaling pada system anda. pada komputer saya scaling yang ada ialah 1 GHz, 1.8GHz, 2GHz, 2.2GHz dan 2.3GHz.

anda juga boleh mengubah kelajuan cpu pada terminal dengan menggunakan arahan

sudo cpufreq-selector -f 1000000


sekian.

Thursday, June 12, 2008

Ubuntu Di Dalam Cakera Keras Luaran.

Adakah anda pengguna Acer Aspire??Anda inginkan Ubuntu anda dalam pemacu keras luaran(externall hardisk)?? Ikut langkah-langkah berikut:

1) Beli sebuah MyBook 320GB cakera keras(oleh Western Digital)

**Langkah seterusnya diperlukan bagi anda inginkan sambungan wifi melalui router**


2) Beli sebuah Zonet wireless card (Acer Aspire wireless terbina tidak menyokong Ubuntu)

3) Ikut langkah-langkah yang amat menyukarkan bagi membolehkan ia beroperasi dalam Windows.

4) JANGAN GUNAKAN ZONET CARD SEKARANG, Windows akan merosakkan keadaan.

5)
A[abila MyBook berfungsi, formatkan ia kepada format NTFS. Apabila proses mengformat hampir selesai, dengan sengaja anda perlulah memberhentikan proses tersebut. Ia kedengaran seperti GILA!kerana akan menyebabkan partition anda corrupt. Tapi lakukan sahaja untuk membolehkan langkah seterusnya.

6) Muat turun Ubuntu versi terbaru dari internet.

7) Tulis fail tersebut menjadi ISO didalam CD

8)
Restart komputer anda untuk menggunakan LiveCD.

9) Apabila LiveCD sudah boot, pilih opsyen pertama "normal install"

10) Masuk GParted dan cari cakera keras 320GB anda.

11) Ia sepatutnya menjadi 1 partition dimana formatnya tidak dikenali. Padam partition tersebut dan apply.

12) Tutup GParted. Kembali kepada desktop dan mulakan proses pemasangan Ubuntu secara biasa.

13) Masukkan segala data yang diperlukan dalam proses pemasangan.

14) Pilih untuk memasang untuk keseluruhan cakera keras 320GB.

15) Pasang Ubuntu secara normal, tidak perlu mengubah konfigirasi yang lain.

16) Apabila sudah selesai,restart sistem anda.Apabila GRUB bootloader yang baru sudah keluar,pilih untuk mulakan dengan Ubuntu.

17) Ia akan menggunakan Ubuntu yang terdapat dalam cakera keras anda.Tahniah!!

**Jika tidak mahu memasang wireless,langkau ke langkah 24**

18) Shut down dan pasangkan Zonet card anda. Masuk semula kedalam Ubuntu.

19) Dalam Ubumtu, pergi ke network options.

20) Setkan wireless terbina ke 'roaming mode' jika anda masih belum berbuat demikian.

21)
Setkan Zonet card kepada konfigurasi manual. Masukkan SSID
router anda dan pilih "Automatic DHCP configuration".

22) Apply dan tunggu sehingga berfungsi.

23) Mulakan Firefox, jika bernasib baik, ini bermakna anda sudah berjaya.

24) Nikmati!!

Ubuntu Tanpa Kata Laluan.

Ubuntu anda secara default terpasang secara automatik mempunyai kata laluan. Bagaimanakah untuk membolehkan orang lain menggunakan Ubuntu anda tanpa mengetahui katalaluan anda??

Di sini saya akan menunjukkan cara mudah untuk membolehkan orang lain menggunakan Ubuntu anda.Ini berbeza berbanding tidak menulis kata laluan (autologin) langsung.

1. Reka satu pengguna yang lain:
system/administration/users and group
anda boleh memasukkan huruf-huruf yang fancy di dalam ruangan real name, bukan username.

contohnya:
username: guest
real name: invité (ikut anda untuk meletakkan apa sahaja nama mengikut kesukaan anda)
profile: desktop user (jangan gunakan Administration)
password: password

Tekan close.

2. Buang kata laluan untuk akaun Guest.

Buka terminal
sudo passwd -d guest
3. Benarkan untuk login dengan tanpa kata laluan dalam gdm
sudo sed -i 's/#PasswordRequired=false/PasswordRequired=false/' /etc/gdm/gdm.conf
4. Benarkan untuk login dengan tanpa kata laluan dalam pam
sudo sed -i 's/nullok_secure/nullok/' /etc/pam.d/common-auth
Anda sekarang sudah boleh menggunakan akaun Guest tanpa kata laluan.

Untuk memudahkan memilih akaun semasa login, pilih skrin bergrafik yang mudah seperti HUMAN LIST.
system/administration/login window/local tab
Selamat mencuba!


AddThis Social Bookmark Button

Menyerap kesan kenaikan harga minyak : Howto

Kita sudah terlewat untuk berpaling kebelakang dan memperbaiki kisah lampau. Jika korea selatan, taiwan dan malaysia diera 1970-an merupakan negara yang hampir sama dari segi pecutan ekonomi dan pendapatan perkapita rakyat, kini keadaan sudah jauh berbeza. Sekarang, pendapatan purata perkapita bagi rakyat korea ialah RM5500 sebulan, RM4358 bagi rakyat taiwan, amat berbeza dengan malaysia yang hanya RM1500 sebulan.

Baik. Kita bertanya mengapakah perbezaan ini timbul sedangkan negara kita diwar-warkan media tempatan sebagai negara yang dipimpin oleh pakar-pakar ekonomi, para-para genius dan politikus yang mempunyai minda 20 tahun kehadapan. Bukan itu sahaja, dengan purata penduduk 27juta dan dikurniakan hasil bumi yang melimpah (Note : pendapatan hasil minyak hanya sekitar 38% dari keseluruhan hasil pendapatan negara), pendapatan perkapita rakyat malaysia sepatutnya samada lebih tinggi dari korea selatan dan taiwan atau paling tidak pun mencapai angka yang kompetitif. Namun itu tidak berlaku. Mengapa?

1. Terlalu banyak projek mega membazir! KLCC, KLIA, SEPANG, BAKUN dan bermacam yang tertinggi, yang terbesar, yang terpanjang, penganjuran terbaik (Komanwell) sbg.

2.Polisi kerajaan dalam pembahagian kontrak - Memberikan kontrak secara direct award kepada syarikat terpilih dan tidak menggunakan konsep open tender yang akan menjimatkan kos dengan kualiti yang terbaik.

3.Ketidaktelusan dalam perbelanjaan wang negara - Rujuk laporan audit negara.

4.Duit negara disalurkan ketempat yang tidak perlu

Cara mengatasi

Oleh pihak kerajaan;

1)Rakyat bersedia untuk ubah cara hidup. Maka kerajaan juga perlu sedia ubah cara berbelanja! Lakukan langkah penjimatan semaksima mungkin dengan menganggap setiap sen pendapatan kerajaan merupakan duit rakyat yang perlu dikembali semula kepada rakyat dan amanah itu bakal dipertanggunjawabkan di depan Allah.

2) Menaikkan kadar gaji minimum untuk pekerja sektor kerajaan dan swasta dengan kadar yang serta-merta

3)Mengurangkan atau membatalkan apa jua projek mega yang hanya bertujuan untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke Malaysia. Yg dah ada cukup sangat dah!

4)Membatalkan apa jua penajaan hiburan samada untuk artis tempatan mahupun bollywood. Ianya tidak perlu lansung!

5)Mencari altenatif kepada penggunaan petrol kepada gas, biodiesel, dan sebagainya. Laburkan sedikit wang negara dalam RND dalam universiti tempatan!

6)Perbaiki mutu dan perkhidmatan awam dan pastikan tambangnya tidak terlalu mahal untuk meminimakan pergantungan kepada petrol.

7)Hentikan/kurangkan pemberian insentif (subsidi la tu) kepada syarikat-syarikat besar yang tidak ada atau memberi keuntungan yang sedikit kepada kerajaan.

8)Perkenalkan konsep pendidikan percuma dari darjah1 hingga ke tingkatan5!

9)Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan!

Oleh rakyat biasa;

1)Minimakan pergerakkan menggunakan kenderaan berpetrol. Jika bergerak, usah terlalu laju dan sentiasa berhemah.

2)Hentikan menghantar sms untuk mengkayakan astro, celcom, maxis, digi dan sebagainya semata-mata untuk hiburan.

3)Mai pilihanraya, pastikan anda lebih bijak dari calon.

4)Kekalkan kuasabeli dengan mood membeli yang biasa kerana ini akan menstabilkan pecutan ekonomi secara umum.(Aku takut kalau semua orang save duit. Ekonomi akan mengucup! percayalah!)

Sebenarnya aku terpanggil menulis entri ini selepas membaca dan melihat sendiri rintihan rakyat yang benar-benar hidup terhimpit dalam keadaan serba dhaif. Jika anda orang berada, mungkin anda tidak merasai perit jerih mereka. Namun apabila anda ditempat mereka, bahu yang memikul sentiasa lebih berat dari mata yang sekadar memandang. Good luck untuk semua rakyat malaysia!

Firefox 3 lembab dalam hardy heron? Ini penyelesaianya!

Ramai yang mengeluh mengapa pembangun ubuntu menggunakan firefox 3 beta 5 sebagai browser utama sedangkan ianya masih diperingkat beta dan banyak pula 'songehnya'. Ternyata keluhan tadi ada asasnya kerana firefox 3 beta 5 (dan kemudian terupdate ke versi release candidate) ternyata mempunyai satu kelemahan yang sangat nyata iaitu melembabkan komputer! Jika anda menggunakan firefox untuk beberapa ketika (dengan agak lama), dan kemudian anda periksa system monitor (system - administration - system monitor), anda akan dapati firefox menyebabkan komputer menggunakan hampir 100% resources processor anda.

Teori &amp; Penyelesaian.

Sila pergi ke;
/home/NAMAUSER/.mozilla/firefox/IDUSER.default
dan anda akan temui 1(atau 2) file yang bernama urlclassifier3.sqlite (dan urlclassifier.sqlite-journal - jika ada). Periksa saiz file ini dan jangan terkejut jika ia bersaiz 20MB keatas - saya punya 40MB!

Fungsi baru dalam firefox3beta5 untuk mengenalpasti website berbahaya, forgery, phishing etc merupakan fungsi yang memberatkan firefox dan komputer. Untuk sementara waktu ini(sehingga firefox dan ubuntu fix this bugs) saya cadangkan langkah berikut;

Dalam firefox, pergi ke Edit - Preferences - Security dan uncheck(untick) items berikut;



TUTUP firefox dan pergi ke folder diatas (yang menempatkan urlclassifier.sqlite) dan delete urlclassifier.sqlite &amp; urlclassifier.sqlite-journal (jika ada).

Restart firefox dan rasai perbezaan!

p/s : Penyelesaian ini merupakan antara masalah dan penyelesaian yang akan dimuatkan kedalam buku praktikal ubuntu yang bakal dihasilkan. Ada banyak lagi masalah dan penyelesaian seperti ini yang akan dimuatkan dan saya mengharapkan sokongan anda. Terima Kasih!

Wednesday, June 11, 2008

Masalah PulseAudio dalam hardy heron (update)

Jika anda perasan, dalam hardy heron anda tidak boleh memainkan flash dan video atau perisian audio dalam satu masa. Sekiranya anda cuba berbuat demikian, anda akan hanya dapat mendengar audio untuk perisian yang lebih dahulu dirun. Lebih buruk lagi, jika anda sudahpun membuka browser dan melayari youtube kemudian cuba untuk memainkan video menggunakan totem media player (misalnya), anda akan dapati video tersebut tidak boleh dimainkan secara normal dan tersekat-sekat (macam slideshow). Audio sudah tentu tidak ada!

Semua masalah diatas disebabkan oleh PulseAudio, satu fungsi baru dalam hardy heron. Biarpun ubuntuos.com menamakan pulseaudio sebagai penyelesai kepada mimpi ngeri linux audio, namun saya tidak nampak kebenaran artikel tersebut. Bagi saya pulseaudio adalah satu mimpi ngeri kepada reputasi ubuntu yang sebelum ini work out of the box! Dengan kata lain, pulseaudio is sucks! Ianya mengunci audio anda hanya untuk satu perisian dalam satu masa. Tidakkah itu sangat merimaskan?

Dalam artikel terdahulu, saya mencadangkan pembaca untuk install libflashsupport. Namun tindakan tersebut sebenarnya mengundang masalah lain iaitu ketidakstabilan bagi firefox. Selepas install package berkenaan saya dapati firefox sangat kerap tertutup secara tiba-tiba terutamanya ketika membuka laman web yang mempunyai flash. Ianya super merimaskan!

Saya ada memikirkan cara seperti uninstall pulseaudio menggunakan synaptic package manager dan sebagainya namun tidak begitu berkeyakinan untuk membuat demikian. Satu lagi penyelesaian yang ada ialah, sound preferences! Apabila saya buka sound preferences (system - preferences - sound) rupanya kita boleh pilih samada untuk guna pulseaudio atau tidak! Setelah saya setkan sound preferences kepada berikut,



selepas restart kelihatan tidak ada lagi mimpi ngeri yang disebabkan oleh pulseaudio. Bagi pembaca blog ini, sila cuba penyelesaian ini dan respon.

p/s : Sebenarnya saya sedang mengumpul masalah dan penyelesaian untuk dimasukkan kedalam buku. Apa jua masalah sila forward kan kepada saya untuk membantu memperkemaskan buku tersebut. Terima kasih.

Cara install ubuntu : guna wubi atau dual boot?

Wubi adalah ciri baru yang diperkenalkan dalam ubuntu hardy heron. Ianya sangat memudahkan kerja terutamanya bagi pengguna windows yang sedang teragak-agak untuk membuat keputusan (samada dual-boot terus atau mencuba dahulu ubuntu). Namun bagi pengguna wubi terdapat beberapa perkara yang perlu ada tahu iaitu;
  • menggunakan wubi bermakna ia tidak edit partition dalam harddisk
  • ia juga tidak edit boot loader
  • ia akan melambatkan proses access (capaian) data dalam harddisk - beerti performance ubuntu anda bukan 100%
  • tidak menyokong proses hibernation bagi komputer
  • ia membenarkan anda install dan uninstall ubuntu melalui windows (seperti program windows yang lain)
  • lebih terdedah kepada kegagalan sistem bekalan kuasa (elektrik) - jangan simpan data penting dalam ubuntu yang diinstall menggunakan wubi
  • anda boleh transfer ubuntu yang diinstall menggunakan wubi kedalam partition dan menikmati performance dual-boot jika anda berpuas hati dengan ubuntu! [rujuk sini]
Apabila anda faham beberapa perkara diatas, barulah anda boleh membuat keputusan samada untuk install ubuntu kedalam komputer menggunakan wubi atau dual-boot terus. Ketika saya berkenalan dengan ubuntu, ketika itu wubi tidak dan menyebabkan saya dual-boot ubuntu dengan windows vista. Apabila saya mendapati windows vista mempunyai banyak masalah yang membuat fikiran berserabut, saya membuat keputusan untuk delete keseluruhan harddisknya.

Dalam hardy heron, terdapat beberapa isu tentang stabiliti, dan bugs yang agak merimaskan. Insyaallah semua masalah ini akan dapat diatasi sedikit masa lagi.

Tuesday, June 10, 2008

Request tips, tricks, tutorial, artikel dan peluang menjadi penulis

Untuk makluman pembaca melayubuntu dan pengguna ubuntu yang membuat rujukan disini, akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan beberapa projek dan diantaranya ialah projek buku praktikal ubuntu. Kerja-kerja merangka konsep, menyediakan bahan, dan membuat rujukan sudah pun bermula.

1 - Saya khaskan entri ini untuk pengguna ubuntu yang ingin request tips, tricks, tutorial dan artikel. Jika anda ada kemusykilan atau persoalan tentang perkara tertentu, sila nyatakan diruangan komen. Ini akan memudahkan saya dan penulis lain untuk mencari idea menulis dan seterusnya update blog ini.

2 - Biarpun blog ini sudah mempunyai 7 orang penulis, namun oleh kerana penulis lain mempunyai banyak komitmen yang perlu disegerakan, saya melihat bilangan itu belum cukup. Sekali lagi kepada sesiapa jua yang ingin menjadi penulis (syarat : pengguna ubuntu), sila tinggalkan email anda diruangan komen atau menghubungi saya terus melalui email, YM dan sebagainya. Saya akan menilai penulis-penulis blog ini dan insyaallah kalau tiada halangan melintang, setiap penulis bakal menerima buku praktikal ubuntu tulisan saya secara percuma.

Untuk pengetahuan pembaca juga, saya merancang banyak benda dimasa depan dan saya akan melakukannya secara berperingkat. Harapan saya, semoga usaha yang kecil ini bermanfaat!

Sunday, June 08, 2008

New Project : Konsep Buku Praktikal Ubuntu dalam bahasa melayu!

Saya secara rasmi mengumumkan (atau bercadang) satu projek baru yang saya ilhamkan berdasarkan hasil dari respon pembaca terhadap blog ini, emaj, dan soalan melalui email dan YM. Projek ini secara kasarnya boleh dihuraikan sebagai, menghasilkan sebuah buku rujukan asas ubuntu dalam bahasa melayu. Ianya bukan produk elektronik tetapi sebuah buku penerangan praktikal tentang ubuntu dengan beberapa idea segar dan menarik.

new project.png


Mengapa idea ini timbul.


1.Saya ingin membina satu tapak yang sesuai yang bakal menjadi pusat kepada rujukan ubuntu dalam bahasa melayu. Selama ini rujukan yang ada terpisah dan pengguna baru terkial-kial mencari maklumat seperti apa itu terminal, apa itu nautilus, apa itu pidgin dan sebagainya. Sistem blog yang memaparkan entri terkini pada page paling hadapan dan konsep ini tidak begitu sesuai untuk pusat rujukan seperti yang saya maksudkan. Pengguna ubuntu yang baru masih lagi terkial-kial mencari maklumat atau mungkin penyelesaian yang diingini dalam proses pembiasaan diri dalam ubuntu.

2.Saya fikir pengguna ubuntu memerlukan satu rujukan yang praktikal, boleh dibaca tanpa perlu membuka komputer dengan penerangan yang ringkas, huraian yang padat disertakan dengan gambar dan screenshot secara detail.

3.Terdapat command-command tertentu yang sangat berguna tetapi sangat sukar untuk diingati lebih-lebih lagi kepada mereka yang fobia. Keperluan untuk mewujudkan satu asas rujukan yang boleh dicapai ketika waktu diperlukan adalah sesuatu yang pasti.

4.Setiap kali saya fresh install ubuntu, setiap kali itulah saya mencari kembali (walaupun saya sendiri yang menulisnya dalam blog ini) beberapa maklumat tertentu supaya ubuntu saya itu lebih mudah digunakan. Ini berlaku kerana maklumat tersebut agak detail dan spesifik dan mustahil untuk diingati.

Konsep Buku Praktikal Ubuntu


1.Ianya berkongsepkan buku manual yang menyediakan maklumat yang praktikal tentang ubuntu untuk kegunaan komputer peribadi (bukan untuk server).

2.Saya bercadang menggunakan layout landscape secara mendatar dalam kuantiti muka surat = 100~200pg.

3.Kurangkan text, banyakkan penerangan bergambar dan screenshot. Text hanya berfungsi untuk menerangkan definisi, huraian asas, dan penerangan gambar. Kertas yang digunakan untuk buku ini semuanya berwarna dan menggunakan kertas yang berkualiti.

4.Maklumat disusun mengikut garis masa (timeline) mengikut aturan berikut;
Pengenalan ubuntu---Cara install---Cara setup internet & install driver---Apa perlu dilakukan selepas install---Penerangan sistem ubuntu---Tips&Tricks---Masalah biasa dan penyelesaian---Index,Rujukan,Penutup.

07062008245.jpg


5.Buku yang dipasarkan akan disertakan dengan sekeping CD ubuntu (Intel,AMD/32,64bit)

Tujuan entri ini


Seperti yang nyatakan sebelum ini (ubuntu bukan agenda peribadi tetapi komuniti), saya masih memerlukan bantuan daripada pembaca supaya plan yang dirancang bukan sekadar ala-kadar, tetapi setelah dibuat kajian yang detail dan spesifik. Apa yang saya ingin pembaca respon;

1.Jika sesuatu seperti ini terhasil dan anda terserempak dengannya dipasaran (kedai buku etc), adakah anda akan membelinya. (saya yakin harganya lebih murah dari sekeping CD album mawi dan jauh lebih murah dari ebook cara dapat duit dari internet).

2.Adakah saya perlu mencari publisher (tak publish sendiri) dan bagaimana untuk proceed ke proses tersebut?

3.Terdapatkah dikalangan pembaca yang ingin menjadi partner? Saya memerlukan beberapa orang yang berpengetahuan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk projek ini.

4.Adakah konsep yang saya cadangkan diatas mempunyai kecacatan, tidak elok, atau ada cadangan yang lagi segar dan menarik?

5.Untuk tujuan printing, apakah bentuk file yang standard?
UPDATE : PDF - settled.

Komen


Dalam imaginasi saya buat ketika ini, saya sudah dapat membayangkan bentuk dan konsep buku yang bakal terhasil. Saya perlukan buku tersebut untuk rujukan peribadi. Saya banyak membaca ebook tentang ubuntu dan kebanyakkannya menerangkan perkara yang tidak perlu atau terlalu detail dan susah untuk difahami. Saya inginkan sesuatu yang mudah faham, praktikal, bergambar, kertas yang berkualiti (supaya tahan lama) dan boleh dicapai ketika diperlukan. Saya harap pembaca blog ini dapat beri respon samada melalui email, komen, YM dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...