GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Mekanik Di Dapur. Show all posts
Showing posts with label Mekanik Di Dapur. Show all posts

Jan 31, 2023

Tukang masak import dari Pekan

 Tukang masak import dari Pekan

Sayur dan dedaunan kutip dari pasu rumah
Terima kasih Kak Ina ajar masak kari utara.
Pergh.
Terbalik meja.
Apapun.
Syukur seadanya.

Feb 26, 2018

Cuba Buat Sendiri Kimchi Di Rumah



Salam Alaik
Hi guys..
lama tak bersiaran dalam blog ni
Sawang - sawang jangan ceritalah, punyalah banyak.
kononya..
Tak tahu lagilah masih relevent atau tidak penulisan blog lately ni sejak kebanjiran instagram dn medial social yang lainnya.

Dari merepek panjang - panjang..
kami nak share resepi kimchi malaysia buatan tangan kami sendiri..
takdelah sendiri, jumpa resepi pun dalam facebook.


Bahan - Bahan:

5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia
2 biji epal merah
2 sudu besar serbuk cili (baba's boleh, faiza boleh..)
3 sudu besar sos ikan
garam 
gula

sayur - sayuran kegemaran korang..


Cara - cara:

potong semua sayur ikut suka.
tabur garam kan ketepikan
kisar kesemua bahan - bahan tadi
cuci sayur tadi bersih - bersih dan gaulkan dengan bahan - bahan kisar
serasikan garam gula.
simpan dalam bekas kedap udara
macam saya, saya tak simpan bekas kedap udara.
dan sayur -sayur saya asingkan.
dah rasa macam jeruk sayur aka jelatah tapi sedap..
pedas - pedas, masin sikit, manis sikit, masa sikit.







selamat mencuba.

Apr 6, 2015

Salam Senin : Saya Suka Masak Lor : Chicken Chop Ala Satay / Ayam Bakar Ala Satay




Chicken Chop ala Satay
yang ni lawak sebabnya:

Pergi NSK nak beli lidi satay
Sekali Lidi Satay Mahallllllllll..
cancel buat satay cucuk..
buat yang ala - ala chicken chop sudah!






Meh - Meh Resepi meh


ayam chicken chop 3 keping : cuci bersih - bersih arr

bawang putih 1 1/2 bunjut : kisar

bawang merah kecik  5 - 6 ulas : kisar

Halia  1 inci : kisar

Lengkuas  1/2 inci : kisar

Serai 3 - 4 batang : kisar

Serbuk kunyit : ikut suka

Garam dan gula : ikut suka



Caranya :


peram ayam dengan kesemua bahan tadi. minimum 30 min.nak lagi sedap 24jam

lepas tu bolehlah dibakar atau digoreng dengan sedikit minyak ikut suka korang

May 12, 2014

Chocolate Stick Recipe

Salam Isnin guys..
alhamdulillah..
Esok cuti ..korang cuti tak?!
biskut panjang nama diberi...
resepi?!
mudah je...

150g mentega
1 cawan icing sugar
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking soda
1 sus teh esen vanila
2 biji telur

Panaskan ketuhar 180 degree celcius
Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan bahan - bahan kering : tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan baking soda
Akhir sekali masukkan esen vanila
Isikan ke dalam piping beg dan pipekan di atas dulang pembakar
Bakar pada suhu 170 degree celsius selama 10 - 15min

Selamat mencuba


May 5, 2014

Moroccan Spiced Tangy Dressing


Salam Guys..

sound familiar?!
look familiar?!
in the end who has been picked?
tak tahukan or we already know.
all around about favoritism, I guess.
But ni citer lama...
biarlah..
Buat pengalaman dalam berblogging.
in the end, kami just betulkan niat.
Share as much as you can with other as life lesson.




Moroccan Spiced Lemon Dressing 

Preparation Time and Cooking Time : 10 - 15min




Ingredients:


  • 1/4 cup lemon juice
  • 2 tablespoons nonfat plain yogurt
  • 1 1/2 teaspoons honey
  • 1/4 teaspoon ground cumin *grind
  • 1/4 teaspoon ground cinnamon *grated
  • 1/4 teaspoon ground ginger *grated
  • 1/4 cup extra-virgin olive oil
  • 1/4 teaspoon salt, or to taste
  • *some chili flakes if you love heat


 ni la yogurt tu..
demimu yogurt! (sangatlah pun...)





Combine  lemon juice, yogurt, honey, cumin, cinnamon and ginger in a small bowl until blended




 Slowly whisk in oil so that the dressing becomes smooth and emulsified. Season with salt and pepper.



Sprinkle with chili flakes if you love heat and serve with hot prata bread or can be marinated sauce for grill fish.



itu jelah nak share..
DSLR pun tak transfer lagi gambo
have a nice and good monday guys..
yeay!!students dah exam.it's about time to relax

btw, kami tetap suka masak dan kongsi resepi.
no hassle



Apr 24, 2014

Resepi Oreo Brownies : Langkah Demi Langkah

Salam Guys dan selamat hari selasa KHAMIS (macamana aku boleh typo?!nampak sangat bz nau)
alhamdulillah arini dipanjangkan umur lagi tuk buat entry dan berceloteh moteh
sorry la arini lambat sikit kuar entry sbb gi sekolah ara kejap tadi
ada sambutan harijadi anak2 bulan april kat sekolahnya
makanya entry arini tertunda sedikit

Baiklah..
hari ini nak kongsikan resepi mudah je dan kacang buat kawan - kawan yang suka baking dan suke memasak
ala, baking simple - simple je
insyaa Allah satu family kenyang janji ikhlas dan penuh kasih sayang.


Bahan - bahan:

4 biji telur
1/2 cawan gula pasir (castor sugar)
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair / marjerin cair
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung *diayak
1/2 cawan serbuk koko*diayak
1 sudu teh baking powder *diayak
oreo cookies *ikut suke korang la nak banyak mana



cara - cara:


pukul telur dengan gula sampai kembang, masukka minyak/mentega/marjerin cair dan pukul lagi sehingga sebati


masukkan adunan tepung tadi dan esen vanila



pukul lagi hingga sebati



tuangkan batter dalam loyang size 12 inchi atau 10 inch yang telah digriskan 


bakar pada suhu 175 degree celsius selama 20 - 25min
pastikan oven telah dipanaskan selama 10minit (minimum) sebelum membakar brownies anda



boleh la hiaskan dengan caramel coklat buatan sendiri atau coklat cair.



Selamat Mencuba!!



Apr 23, 2014

Butterscotch Cake and Chewy Cocoa Brownies

Salam guys..
Minggu ni penuh saje dengan dengan resepi, dengan entry
ehehehe..
masuk blog kami memang penuh dengan gambar makanan, cerita pasal anak - anak, cerita pasal adik beradik kami, citer pasal bisnes cake kami, cerita pasal bisnes kambing golek and catering family kami
Nak cerita pasal melancong, ade rezeki setahun sekali ada la citer kami gi jenjalan ke mana - mana
kalau takde rezeki, balik - balik citer makanan.
Paling kuat pun ade la terselit sebutir dua butir citer kami gi tempat makan best - best sikit
bukan xnak update sangat sebab memang kami rajin masak dirumah..dan keduanya sebab selalu sangat makan kat luar, duitnya pun cepat susut.
ahahahaha...
nak - nak dengan kegawatan ekonomi yang tak bape nak stabil ni..
dah ade kerja pun kena buat bisnes jual cake sikit - sikit
dapat la tampung mana yang patut dan tak patut
satu lagi, kami dari asalnya keluarga melarat.
jadi, nak makan di luar adalah aktiviti yang sangat jarang kami lakukan.
tapi tak tahulah esok dah tua, badan - badan dah tak larat..
bolehla mintak anak - anak belanja makan sedap sebulan sekali
insyaa Allah.amin
jadi mak ni tak banyak mintak pada anak -anak.
jangan derhaka , jangan sombong, jangan membazir
sudah..
selebihnya..itu rezeki dari Allah.
nak cantik, nak pandai, nak kaya
janji usaha.abis usaha kalau tak dapat.tu semua kerja Allah

Ish ish ish..
banyak nau daku membebel...
moh la layan gambo cake dari kedai cake alam maya kami ni sedas dua
pada sesiapa yang tingin - tingin nak order
dialu - alukan..

#pecanbutterscocthcake
hat ni memang sepenuh jiwa raga membuatnya
frosting guna caramel butter-cream frosting
sauce nya plak buat caramel sauce
size 10 inch



hat hitam manis ni chewy brownies
size 10 inch jugak
drizzle dgn salted caramel sauce
bawk masa friday talk kulliyyah

alhamdulillah..
Allah beri kelapangan sedikit dalam kesusahan..
minta nak order?!
email kami iceboxrivet@gmail.com




Apr 22, 2014

Metafora Devil Chocolate Cake : With Recipe kot?!

Salam Guys.
Lately banyak jugak resepi sedap - sedap yang timbul dalam instagram
ehehhee...
kami kalau tak berblog tu..
memang lat fb atau insta la
Bukan ape..
saje - saje nak cuci mata and tambah ilmu sambil berniaga cake juga.
sambil menyelam, kenalah kentut.
jangan minum air plak.nanti kembung...

Petang - petang ni rasanya nak kongsilah pengalaman mungkin barang sedikit dengan pembaca blog kami ni
ade ke yang baca blog kami ni?!
macam takde sangat kan?kan?

takpelah..
mana - mana yang rajin singgah tu
terima kasih saya ucapkan

Bahan - bahan asas dalam nak menbuat devil chocolate cake ni kami tgk...
memang kena gunakan coklat, mentega dan buttermilk
lagi bagus kualiti coklat tu,lagi sedap cake.
ade jugak resepi yang guna serbuk koko
brand yang betul2 berkualiti dan sedap adalah  Valrhona , tu pasei cake ni memang mahey klu beli dari baker2 yang mantap
hat murah sikit tu mcm kami sbb guna brand biasa tapi yg sedap la.


penggunaan telur jugak memainkan peranan penting
telur tak cukup atau pukul tak cukup gebu pun cake tak naik cantik


ni hasil pertama dari percubaan cake kami
hmmm...beselah..
orang tak berguru, memang tak lawa mana hiasan cakenya


kali ketiga dan terakhir
huhuuhuh..
budak kecik kat sebelah tu memang excited kalau bab cake - cake ni



see.. tak dapat muka jari pun nak interframe



ni la final productnya



keratan rentas sebelah dalam..
rasanya?!
nyamannnnnnnnnnnnnnn...




Bila Anak Bujang Nak Jadi Masterchef


Salam guys
selamat hari selasa
semoga kehidupan dan pekerjaan anda hari ini dirahmati Allah taala
hari ini nak berkongsi kisah si abang long
anak bujang kami yang sihat membesar bak juara.
tiap - tiap pagi mesti sarapan nasi lemak lauk ayam.
dia suke makan dan buat kerja2 kraf tangan dan jugak tolong kacau Ibu dia ni memasak



kisah disuatu malam
masa kami nak siapkan order cake tempahan dari customer
boleh plak dia request aqil nak tolong , aqil nak cake
nak tak nak kenalah amik bowl semula and amik bahan - bahan yang mudah untuk buat.



nasiblah dia ni
kadang - kadang dia ok je guna tangan kanan
kadang - kadang dia pun boleh kidal


senyum simpul abang long
siap suh amik gambo lagi.




gembiralah sungguh hati dia



amboi..nampak gigi kapak.
buat ape tu abang long?!
Congo bars ke?


hat ni dia khusyuk
memang tak respono lansung dia bila kami usik



ni la batter tu sebelum masuk oven..



ehehhee..bangga la tu ko ye abang long.
Thor baiklah..




Apr 21, 2014

Resepi Spaghetti Daging Berkrim


Salam Guys
Happy monday morning
semoga dipermudahkan urusan oleh Allah taala hari ini

disatu malam yang hening - hening baru - baru ini
tekak ni kepingin nak makan spaghetti
akan tetapi bahan - bahan nak buat bolognese semua tak cukup
sudahnya otak ni berpikir la mikir nak buat lagu mana

akhirnya tejadilah resepi di atas
janji boleh makan kan?!

Bahan - bahan:

150g spaghetti (rebus dan toskan)
1 keping burger (kami guna premium beef brand Saudi.so, daging tebal sikit)
*grill  atau panggang ikut   suka dan potong kecil - kecil
3 ulas bawang putih
* diketuk
1/2 ulas bawang besar
*dimayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 kuib pati ayam
1 sudu teh mixed herb kering
1 cawan susu segar
sedikit minyak untuk menumis


Cara - cara:

Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan - bahan tadi kecuali daging dan susu serta spaghetti
Setelah naik bau, masukkan susu dan daging
Biarkan reneh seketika, kemudian masukkan spaghetti
Serasikan garam dan gula
Siap dihidang

Mudah bukan?!
ada berani?!CUBALAH!





Apr 16, 2014

Buat Caramel Sendiri Dirumah : Dari Caramel Mudah Ke Salted Caramel


salam guys..
lama tak bersiaran..
as usual, kami busy kerja dan takde mood sangat nak blogging/fbing..
yelah..
bila xde duit sangat, memang effct semua benda kan?
semua benda perlukan duit tapi jangan jadi hamba duit.

Okay, back to storyline...
even kami hibernate pun, membaking and improve baking skill still carry on
takde masalah..
tak boleh nak baking big volume, kami enhance skill in cooking, making sauce,etc.
Baking is subjective ye...tapi aurat tetap satu.jangan dok pusing2..
esok, pagi neraka tu dok baham...
Jangan sesal tak sudah, tak payah la..


check out the recepi:

1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
2 sudu besar marjerin / mentega (kalau nak buat salted caramel, guna 4 ke 6 sudu besar)
Double cream/ heavy cream/ susu sejat/ susu segar (anggran 1/2 cawan atau ke 1 cawan)
*secubit garam untuk reseip salted caramel

Dalam periuk kecik, masukkan gula dan air.
Nyalakan api sederhana
Biarkan gula masak sehingga berbuih kecil, kacau sekali sekala untuk menggelakkan gula dari hangus
Tinggikan nyalaan api kepada med high, masak lagi sehingga gula bertukar warna 'amber'
Ketepikan periuk dari dapur, masukkan marjerin/metega seketul demi seketul sehingga cair
Akhir sekali masukkan double cream/ heavy cream/ susu sejat/ susu segar
(secubit garam ditambah bgi resepi salted caramel)
Biarkan sejuk sehingga ianya pekat sendiri.

Mudah bukan?!!
selamat mencuba!!
untuk lebih jelas, boleh rujuk kepada video di bawah :







Apr 4, 2014

Triple Choc Brownies dengan Strawberry Snowcheese Cake Leleh.



Salam jumaat guys
lama tak bersiaran
since orang umah dah tukar keje, rutin harian pun berubah
bangun sebelum subuh, kuar umah matahari baru nak timbul, blik malam - malam buta
yelah, demi nak mencari rezeki yang halal dan meningkatkan taraf hidup lebih baik.

Mood super saiya pun tadak untuk beberapa minggu ni
dengan cuaca sekarang tidak menentu
dengan tak cukup rehatnya
uruskan anak - anak
dengan perniagaan yang sedikit slow
tapi apa mau buat, paling tidak pun punya pekerjaan untuk menampung kehidupan


mekasih la korang ye sebab baca bebelan kami minggu ni
saja nak kongsikan jugak order dari customer
memang slow sekarang
maybe sbb kami tak rajin buat iklan kot?
entah...
enjoy.




Mar 21, 2014

Semalam Resepi Roti Canai, hari Resepi Roti Gepeng Plak!!




Salam Guys...
semalam al kisahnya roti canai punya resepi..
hari ini nak update resepi roti gepeng la plak..
Gepeng dalam bahasa jawe mean leper/rata..
base omputihnya rata..
tak mau banyak bunyi..
jadi kita mulakan operasi...




 Bahan - bahan :
1/2 kg tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan mentega cair (kami guna marjerin je)
1 sudu besar gula
air secukupnya

Cara- cara:
Uli tepung sampai lembut..
Jangan berhenti - henti atau kejap2 gi tandas sbb takut gluten dalam tepung tu tak baik..
karang dohmu keras dan bantat

 Ambil sejemput dan ratakan pada papan pencanai dengan rolling pin atau dengan botol kicap/sos pun boleh
Bukan nak cantik2 sangat..
Janji Rata..


 Panaskan frying pan korang atau kuali korang dengan sedikit minyak
Apelagi..
Masaklah roti tu..



 Biarkan beberapa minit atau menggelembung sebelum di terbalikkan permukaannya



See..
Macam ni la rupanya...
gebu..kembang..
tapi lepas dah angkat and letak dalam pinggan..
Dia kempis..
ahahhaha....


Mar 20, 2014

Resepi Roti Canai Mudah

Salam Guys,
Sudah masuk hari khamis
esok adalah hari terakhir dalam minggu bekerja
lama tak update atau lama juga tak berkunjung ke blog korang seme..
terima kasih banyak - banyak sebab rajin jenguk blog kami
baik yang meninggalkan jejak atau tidak
semoga Allah merahmati kalian semua
Hari ini mahu berkongsi satu lagi resepi cubaan yang telah berjaya kami buat
since anak - anak memang suka makan roti canai, prata, flat bread..
makanya hari sabtu lepas, kami pun buatlah selepas goole mcm2 resepi dalam internet ni


Bahan - Bahan


1/2 kg tepung gandum 

1 sudu besar gula 

1 sudu kecil garam 

2 sudu besar susu pekat 

1 biji telur 

1 ½ cawan air 

1 sudu besar mentega/ marjerin 








Cara-Cara untuk Membuat Roti Canai


1) Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air di dalam bekas. Kacau sehingga semua bahan larut. 

2) Masukkan tepung dan uli sehingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal. 

3) Menguli sehingga menjadi doh, rehatkan doh selama 10 min. 

4) Uli lagi selama 6 minit -8 minit (Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali –uli dan rehatkan doh).

 
5) Sehingga doh menjadi kenyal dan tidak melekat. Jangan risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ianya masih lembik lagi selepas kali kedua uli dan rehat, tambahlah sedikit tepung (1 sudu besar). 

6) Bentukkan doh tersebut menjadi bebola kepada 10 biji dan salut dengan mentega atau marjerin. Perap selama 3 jam atau lebih. 

7) Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min untuk menggelakkan mengecut semasa ditebar. 

8) Ambil satu keping yang telah dinipiskan dan diperap, bolehlah ditebar atau ditarik untuk mengelakkan koyak. Tangan mesti sentiasa berminyak, apabila doh cukup nipis, renjiskan banyak sikit minyak dan lipat. Kalau kurang minyak, doh mudah kering dan mudah terkotak di tengah-tengah. 

9) Panaskan pan dengan api sederhana. Letakkan sedikit minyak dan masak sehingga perang sambil terbalikkan roti. 

10) Doh Roti Canai ini boleh disimpan dalam peti ais sehingga 2 hari. 







Tips: Jangan uli doh tersebut sehingga menjadi terlalu kenyal kerana akan menyebabkan roti susah nak ditebar dan keras. 


selamat mencuba

*kredit kepada : http://resepiroticanailembut.blogspot.com/

Para Sarip and Saripah Janjang