Nama saintifiknya: Pandanus odoratissimus
nape nama dia gitu?
aku pun tak thu.
ni bukan pokok pandan yerkengkawan.
macam sama tapi bukan.
ni pokok mengkuang.
tumbuh di kawasan berpasir.
daunnya berduri tajam.
org dulu - dulu buat tikar guna benda ni.
sekarang pun mcm - mcm kan boleh buat dengan mengkuang ni.
buat bakul,etc
sometimes kalau bini pas beranak,depa letak duri pokok ni dalam rumah tuk mengelakkan 'benda - benda' dtg kacau budak kecik n mak budak tu.diselit dicelah - celah dinding.
n also mengkuang ni buat ubat untuk orang yang hilang ingatan.
kalau tak silap aku,duri mengkuang ni campur dengan daun gulang dan duri rakan.
rebus semua daun - daun tu atau rendam dengan air panas buat mandian.
jangan korang tanyer plak cara penyediaan dengan aku.
mana aku tahu!
kenapa aku cite pasal mengkuang ni.
sebab,teringat dulu time sekolah rendah dulu,
sebab takde duit nak beli kertas warna tuk aktiviti matapelajaran seni lukis kat sekolah tuk adik aku,
mak aku petik daun mengkuang ni n rendam dengan pewarna dari tumbuhan lain.
sudahnya,cikgu adik aku accept jer sample tikar mengkuang guna real punyer mengkuang yg mak aku buatkan tuk adik aku tu.
tapi la ni aku selalu confius kalau mak aku buat kuih ijau - ijau macam serimuka ker, puteri mandi ker,,etc (sebab mak aku mgm guna pandan).
sebab mengkuang dengan pandan ni kan lebih kurang jo!!