IKLAN BERBAYAR

Nak tengok entry lama?? search je

Tuesday, December 7, 2021

JAM ANTIK


Yang kiri jam nikah.
Yang kanan jam 2 tahun selepas nikah.

Tapi yang aku nak cerita pasal jam belah kanan tu. 
Teringat memori masa syarul bagi memang terkejut sangat.

Masa tu dia keje shift petang, so tengah malam baru sampai rumah. Selalunya memang aku da tido time dia balik. 

"Sayanggg bangun..." dia dok kat katil sambil kejut aku. Pastu aku bangun, dia hulur box.

Ya Allah, terkejut segar terus mata aku tengok jam.
Terharu sebab aku tau la gaji suami aku brapa masa tu. So takde la nak demand macam macam.

Aku hargai effort dia untuk buat aku rasa special dengan hadiahkan jam ni.

Aku ni tak reti sangat nak beli jam. Sebelum kawin jam aku brand Vincci je. Beli, pakai pastu bila rosak buang terus 😅

Kiranya dua ni la jam paling mahal pernah aku pakai 16 tahun lepas. Alhamdulillah masih elok dan masih aku guna buat ganti ganti dengan jam yang baru. 

Tunggu 10 tahun lagi, boleh up harga ni kategori barang antik 🤣


#sentimentalvalue 



No comments: