GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Pekan. Show all posts
Showing posts with label Pekan. Show all posts

Jul 5, 2023

UKHWAH FISABILLILLAH - KIRIMAN YANG TERSAYANG SERTA RINDU SEORANG TEMAN.

 

Amboi.
Tajuk tak hengat.🥰
Alhamdulillah. Dimurahkan rezeki dari Allah swt membelah darat berkendera aci engkol dan gandar berkuasa dandang berganda,maka sampailah di bumi Pekan. 18.06.2023
Asal sekadar ingin buat kejutan buat si anak bujang.
Namun,asbab kiriman ibu ayah buat anak di sekolah bersebelahan...terbuka juga rezeki kejutan buat anak dara bertemu sahabat karib dari zaman taman asuhan.
Syukur juga,sepanjang mencari juadah buat anak - anak semua..
Tempat dan masa menunggu,Allah mudahkan dan percepatkan.
Maaf juga kalau ada serba serbi kurang cik ayu yang menitipkan.
Sebab baru kali pertama mencoba melawat abang long di perantauan.
1. Abang long dan teman - teman sekelas. 3 Abu Darda dan kawan baiknya Amir Aqil F4. Jangan terkejut.abg long mmg rapat dgn senior. Dari F1 lagi. Tu yg dia dah lali kalau ada yang palau atau ignore dgn dia. Lagipun dia sejenis introvert juga. Cakap bila perlu. Beraksi bila perlu.


2. Si manis shyma dan sumayyah. Maaf kalau kurang lebih ye kak ina dan kuna. Terima kasih sebab sebelum ni kalian selalu tolong barang dikit buat abg long.


3. Safiyyah.adiknya sumayyah. Asbab kiriman cik kuna ni la kami dapat jejak ke dalam mrsm tar. Siap mek ara dapat jumpa bff nya si farah.Allah dah atur cantik sangat - sangat perjalanan ini.
4. Farah yang menten comel. Tak thu kenapa peluk dia erat - erat. Rindu mungkin. Dengan maknya pun sama - sama berkawan baik. Moga anak - anak kita kawan sampai Jannah. ( mek ara dh pelik kenapa bffnya peluk ibunya tak lepas. 🤣🤣 - jejak kasih la)



Seronok tengok anak - anak makan.
Menambah - nambah.
Sayu sebenarnya sebab dapat jenguk abg long.
Sayu juga bila teringat dia dan kawan - kawan juga selalu disantuni oleh ibu ayah yang lain.
Hanya Allah sahaja yang mampu balas kebaikan dan budi baik kalian atas anak - anak yang di perantauan ni.



Mula - mula tu babahnya risau ada ke kawan abg long ni.
Allah..geli hati la. Sebab semua tu la kawan - kawan abg long.
Siap pass lagi kudapan ke kawan - kawan aspuri.
Siap babahnya menyakat - nyakat abg long dan kawan - kawan.
Kemain lagi.
Kami tengok muka masing - masing pasrah je kena sakat dengan pakcik tu. Adei.
Lepas makan,masing - masing pamitan.
Biasalah..
Waktu semuanya harus berlatih berenang. Ytjt 😄



Abg long?lepak dengan kami dan Amir sampai jam 5.
Seronok tengok mereka berdua beramas mesra.
Sebak juga sebab rasa macam 'buddy' sangat dia dengan dak amir.
Sembang la macam - macam.
Masa nilah menemubual bicara siapa sahabatnya selama ni.
Ada cerita juga.
Abg long kena gigit semut charlie
Hari ketiga baru nak ke klinik sebab dah mula nak pecah nanahnya.
Bila tanya kenapa tak pergi awal.
Katanya teduh sebab sapu krim yang memang letak dalam 1st aid kit dia.
Nama cream tu econyzm
Memang kami sekeluarga pakai untuk inflamation + infection + insect bite.
Oh ye.
Sempat singgah tapau mertabak mengkasar tu.
Macam biasa
Kalau tak beli,memang terasa kurang kalau ke Pekan.



Terima kasih ibu ayah yang baca.
Terima kasih buat ibu ayah yang menyantuni abg long di sana.
Kami doakan kalian semua sihat dan dalam rahmat Allah swt selalu.
Moga di lain kali,kami corat - coret lagi

Dec 22, 2021

Travbel Log Pahang Day 4 Part 1 : Belum Habis Lagi la Cerita Jalan - jalan ni. hihih (SBPI TUN ABDUL RAZAK , MRSM TUN ABDUL RAZAK, RUMAHTAMU ANGKASA PERAMU JAYA, KUIH BAKAR AINA , PEKAN)

 

Day 4 Part 1
Lepas kemas apa patut di Homestay tu
Atok nenek and Aqil ajak pegi tengok sekolah jap sebelum cuti sekolah aka balik selangor.
Melayan diaorg selfie berdas - das.
Siapa yang tak bangga kan?
Kalau atok nenek bangga.
Ibu babah apatahlagi.
Kemudian..
Pegi beli kuih bakar lagi.
Buat bekal orang - orang meru.
Kuih bakarnya lemak - lemak manis.
Takde potong kaki.
Beli sikit bingka kelapa.
Just nice.
🥰🥰
Ps: ngape mrsm menyelit tu?
Tiber.
Huuuu.
Kes tgh panaskan.
Haraplah keadilan dapat ditegakkan (updated 14hb Dis 2021 - 10 orang pelajar yang terlibat telah dibuang dari mrsm)
 











 

Dec 19, 2021

Travel Log Pekan : Day 3 Part 2 (Melawat Nenek Sudara di Kg Permatang Badak , Kuantan, Pahang)

 

Day 3 : 11hb Disember 2021
Part 2
Menjenguk Nenek saudara di Permatang Badak, Kuantan , Pahang.
Buat pengetahuan korang
Kami ada nenek saudara di sini.
Nek sariah, nek shamsiah , atok mansor dan nek Zaharah Sangiring
Tak dapat setahun sekali jenguk.
Bila lapang atau sasar ke sana.
Singgahlah.
Kali ni dapat bawak mak abah jenguk mereka.
Jangan risau.
Kami jaga sop.
Kami semua vaksin.
Terima kasih sebab sudi terima kunjungan orang selangor.
Terima kasih juga sebab sudi tumpangkan barang - barang aqil sedikit dua.
Bonet tak muat.
Nanti datang lagi sekali kami ambil ye nek.
Masakan nenek mantop.
Menamboh - namboh babahnya makan nasi dengan sambal tempoyak.
xoxo
 








 

Dec 18, 2021

Travel Log Pekan Day 3 : Part 1 (Sarapan di Taman Mentiga Jaya, Pekan, Pahang)

 

Day 3 : 11hb Disember 2021
Part 1
Sarapan pagi di Gerai Makanan dan Minuman Taman Mentiga Jaya, Pekan.
Maciem - maciem ada.
Nasi lemak berlauk.
Kuih karipap 3 biji singgit.
Roti canai (ni bukan mamak)
Nasi berlauk pun ada.
Pulut serunding pun ado.
Babah dengan abang long sukalah sebab stail sarapan negeri kelahiran masing - masing.
Nak - nak abang long dah serasi dengan masakan pahang /pekan.
Kami?
Layan nasi lemak sambal ikan tongkol.
Mak sempat tapau tapai pulut bungkus daun hijau apa ntah.
Rare la sbb kat KL banyak yang bungkus guna daun pisang.
😆😆😆
Kali ni banyak berjalan sungguh sebab orang tua ngikut.
Kena betul - betul maaa.
 
 
nasi lemak ikan tongkol
 

sebelum pegi sarapan, abg long layan atok amik video area homestay
 
 

mek ara. blur je 24jam.
 
 

lawa mak kami. pakai tudung ala - ala neelofa
 
 

darah daging 2 ketul
abang long duduk asrama 35 hari
memang susut gila badan dia.
 
 

pulut kurap kot kata orang - orang situ.
kalau belah - belah KL selangor kita biasa jumpa pulut panggang.
yg ni just tanak pulut pastu gaul serunding tu.
sedap. just nice. tak pedas and tak berempah sangat.
 
 

kalau dari jalan besar la. tak jauh dari pejabat pendidikan pekan pahang.
food court  Taman Mentiga Jaya
 
 

bila dah keluar sarang and tak dapt outing sebab covidkan..
so macam - macam dia makan.
kalau gemok balik jangan salahkan ibu.
ekekke
 




ni barisan kedai - kedai yang kitaorang beli makanan.
order air dari kedai no 5 tu sebab akak owner kedai sediakan meja tuk kami berenam. siap cakap: air order kedai akak ye.makan aok boleh pilih mane - mane kedai.
 
 



kami dan mak.
 

percaya atau tidak. karipap di sini masih 3 biji rm1
tapi biasalah.
saiznya tidak besar.
dah kata kuih - muih kan.
kecil tapi sedap.
 






abah.
 

dreba kami. tq babah tolong ibu bawak mak abah berjalan - jalan.
 

kami dan abah. abah minum teh o kosong je sekarang.



lawa mak.


roti canai banjir.
beli kedai hujung.
kat sini roti canai mamak takde kat foodcourt ni
orang melayu tempatan yang buat.
kuah kari dia kari melayu.
sedap, berasa rempahnya.
parpu pun sedap. lagilah sambalnya.
dah sambal orang melayu.
 
btw, kami rekomen jalan - jalan sini.
ade lagi sambung tempat makan melayu yang okay.
sepanjang kat sini, pendatang asing susah nak jumpa.
kedai tomyam pun beroperasi malam.
kami tak makan sangat tomyam sebab kl pun banyak kedai - kedai tu.
so..rezeki bawak mak abah jalan - jalan, asal berhenti. mesti jumpa tempat makan tempatan dan masakan asli pahang.
 
alhamdulillah.
 

Para Sarip and Saripah Janjang