GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Zahraa'. Show all posts
Showing posts with label Zahraa'. Show all posts

Aug 3, 2024

Peneman 24 jun 2024

Peneman:
Kg Durian Tawar Bera,Pahang - Batu Caves,Selangor
Alhamdulillah.
8.51pagi - 10.58 pagi.
Makan dulu
pastu anta sekolah.
Exam hari tu sejarah dan bm kertas 2.
Reward sikit achievement semalam,sebelum takde masa.
Semalamnya dah anta abg long balik Pekan.

Ps: nebes awek tu sejarah kuar bab 1 smpai 4. Bab 3 la banyak detail. Risau la kawan. Tahun lepaa dah dpt anugerah semalam.tahun ni boleh sustain tak?
Tibeh .
Pesanan penaja: study je. Pandai tu kalau tak usaha.tak guna juga.
😆😆



 

Aug 2, 2024

Throwback : Congrats Mek Ara (22th June 2024)


Congrats Ara for your achievement.
Anak no 2.
Biasalah.
Kadang enjin lambat panas.
Kadang spark plug tak ignite.
Slowly but gradually.
Among 14 recipient.
Alhamdulillah.
Majlis pagi tadi.
Komen dari mek ara:
tak pernah dapat apa - apa dari masa sekolah rendah. Tak tahu nak sedih ke terharu. ( pastu gelak nakal). 😏😏





 

Dec 20, 2023

#ABANGLONGAKU

 

Dekat nak cuti sekolah tempohari, hari - hari mek ara tanya bila abang balik.
Hari - hari terlepas mulut tu kata rindunya kat abg long.
Korang tengoklah sendiri,senyum lebar sampai mata sepet - sepet dah.
Kemain lagi bila dapat jumpa abg kesayangan.

Kalah dua insan bercinta.😁
Masa kecik apa je dia tak buat ke abang longnya..
Gigit la,marah - marah,pastu semua benda tak nak mengalah.
Si abg long dulu kuat kelahi juga dengan mek ara masa umur 5 ke 6 tahun.
Dan masuk 7 tahun,protected pula.
Sama - sama ingat kalau beli benda atau makan something.
Rasa bersalah dan sedih kalau memasing ada episod luka dalam diari persekolahan mereka.

Sama - sama nasihat dan memotivasikan diri kalau masing - masing down.
Tapi itulah, mek ara masih kuat nyakat abg longnya..
Paling tak boleh blah,nak makan masakan abg longnya.
Siap compare: abg long masak lagi sedap dari ibu.
Hampeh punya budak!🤣



Dec 10, 2023

ATOK DAN MEK ARA.


Balik Meru,mengundi.
Atok jalan - jalan dengan mek ara jelajah pekan meru naik motor.
Cerita ara:
Masuk kedai runcit cina,tokey cina tu sembang - sembang dengan atok.cakap melayu,cakap jawa. 🤣🤣

Pegi medang kedai kopi, ada aunti belanja. ( adeh,nampak sangat anak2ku jenis urban. Guna ganti nama diri pada wanita dewasa sebagai puan/auntie.)
Auntie tu siap tanya pada atok: ni anak ke cucu?
Ah melampau la dik ko bergurau.ahhaha😆😆
Tu belum lagi ada kawan - kawan baik atok gurau - gurau 'showoff' jari masing - masing dan mengundi.



 Anak lahir kat bandar dan duduk pinggiran bandar.

Terkadang balik kampung,memang macam anak rusa terlepas dari belukar.
Siap rekod video lagi pusing - pusing kampung and sembang dengan atok atas motor.
Moga berbahagia selalu buat orang tuaku dan anakku.
Amin.

Dec 3, 2023

Sekitar Acara Merendah Desa SMK Selayang Bahru 2023 : 28hb Julai 2023

 


Sekitar Acara Merendah Desa SMK Selayang Bahru ( Sebar) pagi tadi.
Mek ara halfday sekolah je.



(abang dan kakak senior PPKI dan keperluan khas)

Nak tengok jiwa bangsa negara?
Sekolah inilah antaranya.
Dari pelbagai bangsa, agama dan hingga pelajar istimewa.


Ada hikmahnya mek ara di sini.
Kenal dan terokai jati diri sebagai anak bangsa Malaysia.
Menyambah rasa syukur atas setiap kelebihan yang Allah taala berikan : fizikal dan mental.


Hikmah lain: Bukan Membanding Kesempurnaan Tapi Sama - Sama Bergandingan.
Ps: kelas Mek Ara ada pelajar keturunan Murut Kadazan. 🌷🥰
Ps 2: eh.jangan tatau. Mak Teh dia Orang Bidayuh/Melanau.



Nov 28, 2023

Throwback 23 July 2023 = Water Color Sunset 01 - Bila Mek Ara Hobinya Melukis



- on youtube, mek ara bikin sendiri.
- gitulah, melayan hobi.
Tapi riuh mulut :
Ibu,adik buat cenggini boleh?
Ibu, orang buat tak jadilah..
😄😄😄🤣🤣🤣😆
Biasalah..
Tadi kita berkebun,asyik manggil - manggil dia.
Dia balas dendam la.
😅😅

Jul 21, 2023

SEKHAR PUN MANJANG SIBUKK,TAK KURANG KALAHNYA DENGAN SEKOLAH SERAMA.



- salam jumaat.
- tak terkejar program - program mek ara kat sekolah.
- harap pada makluman pihak sekolah dan guru kelas sahaja di dalam whatss app group dan telegram.
- pejam celik pejam celik dah jumaat.dah hujung minggu.
- sekolah abg long sibuk KOT. Sekolah mek ara pun banyak aktiviti.
- begitulah,tak kurang tak lebih sebenarnya mana - mana sekolah yang Allah dah tetapkan untuk anak - anak kami.
- Mek ara jadi Crew TV PSS Sekolah . Lolos interview awal april/may. Antara minat dan kemahiran yang dia suka: video editing.
- sebelum raya, dapat jadi Pengawas Pusat Sumber (percubaan). Setiap Isnin bertugas menjaga Khutub Khanah.
Mudahan istiqamah.
Ada yang merisik, dah move on ke rayuan?
Sudah.😁
Tambahan hampir hujung tahun.
Fokus pada sedia ada.
Insyaa Allah untuk Form 4 akan mohon semula.
Mungkin SMT/KV.
Tengok minat pada aliran apa mek nak sambung.
Kalau tidak,sekolah sahajalah di SEBAR hingga F5.
Tambahan pula,rasanya sama sahaja bila mek menguruskan semua sendiri di rumah.
Kami pun dah tak banyak spot check selalu macam awal - awal persekolahan mek.
Sekadar tengok nota dan beberapa kertas ujian mek yang ada dalam beg sekolah.
Alhamdulillah.
English dan Geografi antara matapelajaran kegemaran mek.
Oklahkan.anak cerdik sikit dari ibunya yang sekolah tak berapa pandai ni.
Yes no thank you jelah.😄
Oh ye.malam tadi ada taklimat dan ujian saringan kesihatan untuk peralihan dan tingkatan 1.
Senyap - senyap mek arrange sendiri. Guna tablet abg long.
Ring light tu memang dia punya.
Rm10 je.
Dia request dulu sebab nak buat menda ntah masa ada tiktok.
Tapi sekarang takde tik tok sebab bosan katanya.
Wallahualam.
Selesai semua dalam 1 jam lebih,dia screenshot gambar dia attend slide per slide.
Oh kawan - kawan.
Terima kasih kerana membaca sampai habis.
Saja mencoret panjang tentang mek ara.




Jul 10, 2023

MELEPASKAN SESUATU AGAR DAPAT SESUATU.



Tahun ni Mek Ara dah inform dia tak nak aktif chess dan aktif koko di sekolah.
Minta izin untuk fokus pada akademik, cuba istiqamah full attendance dan bagi hint untuk polish balik skill melukis dia.
Jujur,kami okay je dia ada matlamat - halatuju - paham kepentingan sesuatu atau kekuatannya dia pada satu - satu masa.






Untuk yang kenal dan tahu.
Mek Ara mula melukis masa ukur 5 - 6 rahun.
Pantang jumpa whiteboard,kertas kosong dan apa2 medium melukis.dia lukis.
Tak termasuk apa - apa media yang dia guna.
Marker pen,pen biasa, magic pen...
Bersepah - sepah dulu doodle dia buat.
Sampai ada la video - video dia ralat melukis dalam keret waktu balik sekolah.
Semalam,lepas balik keje,rewardkan dia alatan melukis.
Yang proper sikitlah.
Bagi latihan balik tangan yang dah keras tu.
Lama juga dia tinggal. Setahun dua.
Kendian kami pula tak terpikir nak enroll sekolah seni.
Yelah,ilmu pun tak berapa cukup masa tu.
Sudahnya, tak simpan pun port folio lukisan - lukisan dia selama ni.
Sayangkan? 🥺
Untuk set ini kami beli yang asas.
Reward sebab dia perform paper Geo and English untuk test baru - baru ni.
Alhamdulillah.
Buat permulaan just beli
- drawing blog size a4
- sketch book siz3 a4
- pensil lakaran biasa dari 2B,Hb and so on.
- dakwat dan berus china painting
- set warna pensil asas dan magic pen
- LED DRAWING COPYBOARD (ni bagus tuk beginner yang tak reti melukis atau tekap lukisan + nak asah semula hand coodination bagi beginner yang lama tinggal melukis)
Next step kalau murah rezeki, nak carikan dia mini digital tablet drawing tablet pula.
Tu tengok kalau perform lagi result cun - cun / kaw kaw.
Kalau tak pun, boleh tambah lagi set mewarna poster / watercolor.



LED DRAWING COPYBOARD



Oh ye.
Kami ni sejenis suka anak - anak fokus pada kemahiran dan hobi yang berpekdah la sikit.
Mujur budak - mudak jenis = kalau ada ye rezeki,takde ye bukan rezeki.
Dia orang 2 beradik pun layan je anime, novel thriller/horror, main game problem solving, hand coordination yang bukan e-sport.
Apa remaja lain suka buat,diaorg buat je.
Cumanya diaorang ni bukan kipassusahmati onlinegames sampai nak beli yang bukan - bukan dalam apps tu.
Yelah,pada diaorang.duit boleh simpan buat makan - makan, belanja poket kala bercuti atau outing. Sebab diaorang alert sangat - sangat susahnya ibubabah cari rezeki halal dan berkat.
Itulah serba sedikit cerita Mek Ara.
Introvert tapi entahlah.
Mak dia ni tak reti sangat nak share.
Tpi bila benda tu macam amazing, mesmerize..
Kami share la sesekali sebab tuan punya badan tak nak dikenali sangat.
Siap kata: adik okay je ibu share pasal abg long. Adik segan kalau ibu cerita pasal adik selalu. Takut riak.
Kami: baiklah Mek Ara aka Makngoh Jaroh aka Aini aka QAZ.
Ps: QAZ tu initial dari nama penuh dia. Just break the code uols.
Ps 2: kalau ade rezeki nak juga enroll dengan Jaja Yusof atau kelas online Tn Hj Ismail Batik Art Resource. Biasalah angan - angan free.
🤣
 

Para Sarip and Saripah Janjang