GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label RESEPI DARI PEMANGGANG AJAIB. Show all posts
Showing posts with label RESEPI DARI PEMANGGANG AJAIB. Show all posts

Jul 22, 2014

Resepi Dari Pemanggang Ajaib : Apam Balik Buatan Rumah (HOMEMADE)




Salam Selasa Guys
Ye hari ni nak kongsi resepi buat apam balik plak..
sape - sape nak cuba, boleh lah..
rasanya ramai dah mencuba resepi senang ni
tapi yang ni style kami, kami olah sendiri
cedok sana sikit, sini sikit.
adapt mana yang patut dan mudah je
sape - sape ade pemanggang ajaib tu ke..takde pun takpe..guna non stick frying pan pun boleh..





APAM BALIK HOMEMADE
Bahan  - bahan:
1 cawan air
2 biji telur
2 cawan tepung
1 susu besar yis kering (kami guna brand mauripan)
1 1/2 cawan gula
secubit garam
sedikit kacang tanah yang dikisar
1 tin jagung manis dalam tin
marjerin untuk mengoreng




Cara - caranya:


  • satukan telur dengan gula




  • putar sampai kembang




  • masukkan yis kering dan garam, putar sedikit





  • masukkan tepung dan pukul sampai sebati, simpan selama 1 - 2 jam





  • panaskan sedikit marjerin dalam frying pan, tuang 1 senduk kecil adunan apam balik tadi
  • taburkan gula, jagung dan kacang




  • periksa bahagian bawah tu sekali sekala. Bila dan mula masak, lipar dua dan maska lagi selama 2 minit lagi

siap dihidang...


Jul 10, 2014

Resepi Lapis Roti BBQ Daging Bercheese : Langkah Demi Langkah (Resepi Dari Pemanggang Ajaib)



Salam guys..
Tentera Jepun dah kalah perang
yay!!
sambung pose balik.seronok mak, noks!
hamboi kemain lagi haku kan?!
tak senonoh sikit pangai arini
tapi takpelah
arini nak kongsi resepi yang rasanya terlalu ramai orang dah buat, tapi aku baru nak buat.


Resepi Lapis Roti BBQ Daging Bercheese
Bahan - bahan:

400gram daging lembu kisar (brand ramly kami guna)
2 ulas bawang besar
1 - 2 biji telur
Cheddar cheese slice secukupnya
1/2 mangkuk kecil perapan BBQ 
*resepi boleh refer kat sini :
 http://iceboxrivet.blogspot.com/2014/07/make-your-own-bulgogi-bulgogi-recipe.html
roti putih  secukupnya
1 sudu teh serbuk kiub ayam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil basil kering



Cara - caranya:
Potong dadu bawang putih dan bawang besar




Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau




Masukkan daging, serbuk herba dan rempah, serbuk halia, serta serbuk kiub ayam.




Masukkan perapan sos BBQ dan masak hingga daging mula terpisah sedikit demi sedikit





Masukkan garam dan gula dan reneh sehingga daging betul masak dan empuk. Ketepikan dan biarkan sejuk 





Pukul telur sampai kembang dengan sedikit garam, susu segar dan lada hitam kasar. (saya tambah lada hitam dan susu ni sebab suka)




Potong cheddar cheese memanjang. Senang sikit nak tabur pada roti nanti





Ni la inti daging yang dah siap tadi.





So, bolehlah kita susun dalam casserole atau dalam bekas aluminum foil sebelum bakar dalam oven atau pemanggang ajaib
aturannya lebih kurang begini : 
ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE  - SOS CILI - THOUSAND ISLAND SOS  
*(2 sos cili tu saya tambah sendiri)


1.Mula - mula begini



2.Kemudian begini



3.Akhir sekali begini. kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan (180 degree 15 - 20min) atau dalam pemanggang ajaib dengan menggunakan bekas aluminum foil berdasarkan size pemanggang ajaib masing - masing.





Tara!! dah siap.memang hangit sikit atasnya sebab saya suke hangit - hangit..






Heavennya..


Selamat Mencuba!!


Jul 8, 2014

Make Your Own Bulgogi : Bulgogi Recipe (Sapa Nak Cuba, Marilah) / Resepi Dari Pemanggang Ajaib



Salam Selasa  guys..
sorry if buat kalian terliur
yup, I am meat fan and love anything with grill, BBQ, baked and toast, etc.
and again, I am a super fan of Bobby Flay and of course Michael Symon
and yet, my dream in future nak menulis buku dan berkongsi resepi tentang grill, bbq ni
semoga dipermudahkan


kali ni nak share my own recipe untuk buat grill Bulgogi sendiri kat rumah
and yet, I never ever try any coffee bulgogi recipe
maybe sebab tak penah makan kat seoul garden and maybe sebab kami tak cuba lagi buat sendiri



Bahan - bahan:

400 - 500 gram daging (potong memanjang dan halus - halus)

Bahan - Bahan Kisar 

1 bili lada benggla merah  (layurkan sekejap atas stove sampai naik bau)

1 batang cili merah ( layurkan seperti lada benggala)
 4 - 5 biji bawang putih (bakar sekejap pada stove sampai kuar bau wangi)
1 biji bawang holland (potong dadu)
4 sudu besar mixed herbs
2 sudu besar serbuk basil
2 sudu besar serbuk rosemary
2 sudu besar serbuk oregano
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar hot sauce (boleh dapat di kedai barangan arab, kalau takde takpe)
1 kiub ayam
3 cawan sos tomato
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar 5 spices
1 sus besar serbuk halia
1/3 cawan Winchester sauce
garam dan gula ikut suka




Mula - mula selepas kisar semua bahan, perap la daging tadi dengan bahan - bahan kisar tersebut
Pakling kurang pun 1 -2 jam




Panaskan kuali dengan sedikit minyak kalau suka
kalau tak nak pun takpe
kalau korang ada non stick pan / pemanggang ajaib, boleh la guna





Masukkan daging tadi dan balik - balikkan




Bila dah agak kering or dah mula karamel, bolehlah angkat
Daging ni baik nipis - nipis je keratnya supaya cepat masak.




Mudah bukan?!
Selamat mencuba.








Feb 17, 2014

Resepi Dari Pemanggang Ajaib : Kerang Bako Cincai Style


salam Guys..
Selamat hari isnin..
penat dan letih sedikit kot?
entah..
rasanya blur..
kami dh sihat belum?!
belum lagi la..
masih batuk dan ade sedikit hingus tak lepas2 kat kerongkong..
resdung kot?!
entah!

hari ni nak share resepi kerang bako simple je guna pemanggang ajaib



Kerang Bako Cincai Style
 tu kerang tu basuh bersih - bersih dulu



 Panaskan pemanggang ajaib


 Bako kerang - kerang tu tanpa minyak


 Nak tahu masak ke tidak, cuba peratikan kerang tu..
kalau dah ternganga dan terbukak, kira dan mula masak la tu


 Dekat aluminum foil, bubuh la rempah / sambal tuk kerang tu
resepi aku punya sambal ni boleh refer kat sini :
http://iceboxrivet.blogspot.com/2014/01/resepi-dari-pemanggang-ajaib-sotong.html



 Dah curah kat kerang tu...kan...



 balutlah kemas- kemas...


 kemudian bako sekejap tuk serasikan bau dan rasa sambal tu pada kerang tadi




tara!!siap sudah!!!



selamat mencuba!!


Jan 28, 2014

Resepi Dari Pemanggang Ajaib : Sotong Bakar Ala Pedas Masam

Salam hari Selasa Guys..
Semoga diberkati Allah selalu pekerjaan kalian dan kehidupan kalian..
semoga hari ini lebih baik dari semalam.

hari ini seperti biasa dan kebiasaannya...
nak share resepi dari pemanggang ajaib kami..
sape - sape nak try cuba, bolehlah...




 Sotong Bakar Ala Pedas Masam

Bahan - bahan:
7 - 8 ekor sotong yang sederhana besar
1 peket pes tomyam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan cili giling
garam dan gula ikut suka
sedikit perahan limau nipis


Cara - cara:
Bersihkan sotong dan kelar - kelar sedikit
Gaul dengan garam dan ketepikan

Bancuh pes tomyam dan sos cili tomato dengan sedikit air panas
Tak perlu banyak sangat, agak2 cair sedikit


Gaulkan pes tadi dengan cili kisar  pada sotong



Serasikan gula dan garam ikut rasa dan masukkan perahan limau nipis untuk menambah perisa
Peramkan sotong 20 - 30min



 Panskan pemanggang ajaib dengan sedikit minyak



 Bolehlah mulakan sesei bakar membakar korang tu...



 Terbalik - balikkan ikut keperluan...
Jangan risau hangit sebab pemanggang ajaib ni memang tahan hangit...



Siap dihidang....



Selamat mencuba

Nov 6, 2013

Resepi Kari Ketam Nenas

Salam sejahtera buat kawan - kawan kami yang rajin singgah sini.
hari ni ari rabukan?!
bila ade masa sikti ni la..
curi - curi buat entry blog pagi - pagi.
resepi ni dah simpan lama kot dalam draft.
lama tak lama la.
ade la dalam 2 - 3 minggu juga lepas publish aritu gambo dia kat fb.
rasanya sekarang ni kalau ade FB lepas tu link ke Insta
follow instagram aku ye: http://instagram.com/iceboxrivet
ginilah hidup seorang mak yang de 2 anak dan suke masak.
gamaba ape jelah yang rajin uploadkan?!
bukannya bling - bling ke shopping or melancong kat mana2.
paling kuat pun tunjuk gambo anak - anak dengan masakan la ape lagi.
hihihih..

meh - meh nak share resepi kari ketam ni la..
asal molek org tua tetiba ngidam nak makan ketam!
haa kau.
mencarilah kat NSK selayang tu.


Resepi Kari Ketam Nenas




Bahan - Bahan
3 - 4 ekor ketam bunga (bersihkan, buang semua sepit - sepit dia yang tajam tu, belah dua.)
1 bijii nenas (kupas, bersihkan dan potong ikut suke)
1 pek kecil serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk kunyit
3 biji bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
1 sudu kecil buah pelaga
2 batang cili besar (belah 2)
1 inci halia (kisar)
1 batang serai (ketuk sedikit)
1 cawan santan
setangkai daun kari
sedikit daun limau purut


Cara - cara:
Tumiskan bawang putih, bawang besar, buah pelaga, halia, serai dan kunyit sehingga naik bau
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit
Kemudian masukkan nenas dan sedikit air
Renehkan sehingga nenas empuk
Setelah nenas empuk, masukkan ketam beserta daun kari, cili besar dan daun limau purut.
Biarkan sehingga ketam masak. Kalau air kurag, boleh tambah sedikit.
Akhir sekali masukkan santan dan serasikan garam dan gula kalau suka.

Selamat mencuba
Paling best kalau dimask menggunakan pemanggang ajaib.

Oct 28, 2013

Resepi Dari Pemanggang Ajaib : Blueberry Muffin (Langkah Demi Langkah)

Salam Guys
selamat bekerja di hari Isnin yang mulia ni
banyak sangat entry memasak dari kami since minggu lepas lagi
harap - harapnya kalian takdelah jemu baca
dah kami ni suke memasak untuk hilangkan stress/ utuk mengasah skill dan jugak selain dari tiba - tiba kepingin nak makan atau jugak sebab anak - anak request.

Kali ni resepi seperti biasa guna pemanggang ajaib
Berexperimentasi dengan menda aloh tu
and again.good investment.
tak payah pening kepala nak cari grill atau oven.
bak kate lecturer metal fabrication aku masa ngaji dulu:
KITA BUAT DIA, BUKAN DIA BUAT KITA.
see?!
selagi kita boleh alter,kita cuba.
kalau dah tak boleh daya kita, then we just rest the cased.
ehehehe





Blueberry Muffin (Langkah Demi Langkah)



Bahan - bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan icing sugar
1 sudu besar blueberry emulco
2 sudu besar blueberry pie filling



Cara - cara:

Ayak tepung naik sendiri dengan bp, sb dan secubit garam, ketepikan




Dalam bekas lain, satukan telur, susu, minyak masak dan gula.pukul sampai kembang




Masukkan blueberry emulco dan pukul sehingga kesemuanya hancur.





Kemudian masukkan tepung dan bluebrry pie filling.
Gaul sebati.




'Scoop'kan adunan tadi dalam kertas muffin yang diletak dalam tin kecil muffin
Tabur sedikit gula kasar pada permukaan adunan tadi
Bakar dengan api sederhana kecil selama 20min - 25min atau sehingga bila kita cucuk dibahagian tengah muffin tidak melekat.




Selamat Mencuba!!!



Para Sarip and Saripah Janjang