GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label My Homemade Bakery Bussiness. Show all posts
Showing posts with label My Homemade Bakery Bussiness. Show all posts

Dec 21, 2016

Suatu Masa Dahulu

No automatic alt text available.

Salam Alaik
zaman aktif niaga kek..
zaman yang rainbow cake dengan red velvet cake tengah femes.
alhamdulillah, Allah lorongkan rezeki dan peluang masa tu kerana anak2.
masa tu semangat nak berniaga kuat kerana hilang satu punca pendapatan dalam keluarga kecil kami ni selama 1 - 2 tahun.
our "breadwinner" bertahan dengan pekerjaan yang hanya mampu bulan tu bayar sewa rumah sahaja.
tersenyum sendiri bila teringat jatuh bangun kami suami isteri kala tu.
hanya Allah sahaja yang tahu peritnya.
tak sangka boleh bertahan tanpa bantuan sesiapa.
mujur juga masa tu kereta yang bergerak tak ditarik bank.
Mujur ada motor usang buat mencari pekerjaan baru yang lebih baik oleh 'org umah'
Allah, Allah..
betapa kuasa Allah yang Maha Berkehendak dan Merancang.
Mujur kami bertahan dengan pekerjaan sekarang.
Tapi kesabaran ini terbayar sedikit demi sedikit
Takdelah kaya sekarang ni, masih tak mampu nak beli rumah.
Masih tak mampu nak melancong dalam negara pun
Masih tak mampu nak makan kat fancy restaurant
Masih tak mampu nak bermewah - mewah dan bermegah - megah dengan perhiasan atau dengan barangan terkini.
Hutang pun masih banyak kerana kegagalan kewangan masa lampau
Akan tetapi masih boleh ada beras dan lauk dan tempat berteduh, anak - anak bersekolah di sekolah yang baik.
Ada kawan - kawan yang baik dalam lingkungan pekerjaan, yang banyak membantu serba sedikit dalam urusan persekolah anak - anak.
Dalam lingkungan sosial itu lumrah kerana ada pasang surutnya, sebab status quo tu yang buat kita akan dijauhi dengan orang - orang yang hanya mahu keseronokan dalam pergaulan.
Sekarang ni memang tak menjual, sebab frasa sekarang menuntut lebihkan perhatian pada pengajian dan perkembangan anak - anak.
Masih juga ambil tempahan tapi bukan yang aktif / urgent.
Cuma selalu berdoa supaya kesihatan sekarang bertambah baik dan juga moga ada rezeki lebih dimana - mana yang hijabnya Allah tutupkan dahulu supaya dapat dikongsikan dengan yang lebih berhak.
Maaflah kalau celoteh terlalu panjang.
FB ni ada bagus bila kala kita tergelincir dalam menjalani hidup kita, kita rewind balik.. kita refresh masa kita takde sesiapa, tak punya sesiapa, dan kita bukan sesiapa pada mata dunia, pada mata manusia..apatahlagi pada sisi Allah.

Apr 4, 2014

Triple Choc Brownies dengan Strawberry Snowcheese Cake Leleh.



Salam jumaat guys
lama tak bersiaran
since orang umah dah tukar keje, rutin harian pun berubah
bangun sebelum subuh, kuar umah matahari baru nak timbul, blik malam - malam buta
yelah, demi nak mencari rezeki yang halal dan meningkatkan taraf hidup lebih baik.

Mood super saiya pun tadak untuk beberapa minggu ni
dengan cuaca sekarang tidak menentu
dengan tak cukup rehatnya
uruskan anak - anak
dengan perniagaan yang sedikit slow
tapi apa mau buat, paling tidak pun punya pekerjaan untuk menampung kehidupan


mekasih la korang ye sebab baca bebelan kami minggu ni
saja nak kongsikan jugak order dari customer
memang slow sekarang
maybe sbb kami tak rajin buat iklan kot?
entah...
enjoy.




Dec 31, 2013

Pahit Manis 2013 : Cerita Kami..Cerita Anda Pula Bagaimana?!

Salam Guys...
Selamat Hari Selasa..
esok dah masuk tahun baru 2014..
malam ni kalau boleh..
sudah - sudah la tu buat bedna2 lagha...
jangan sebab orang lain buat, kita pun seronok nak buat..
seronok tu abisnya sampai mana ye?
sampai ke akhirat ke?!
pikir - pikirkanlah..


Hari ni nak kongsi kisah suka duka sepanjang 2013
kehidupan ini kan normal bukan..
ade sedih.. ade gembira...
yang sedih itu..
biarlah rahsia kerana ujian Allah ini buat kita lebih menghargai kehidupan dan nyawa kita dengan sesungguhnya..

Sepanjang 2013
anak - anak tak ditimpa sakit - sakit yang kronik..
cumanya dak Ara terkena chicken pox.
diuji Allah untuk lebih sabar dan redha.
sakit  Molluscum Contagiosum dah berada dalam kadar 80% sembuhnya


Dak aqil plak asthmanya dah beransur sembuh.
tak bergantung lagi dengan penggunaan aerochamber
terkadang bila demamnya teruk dan batuk.
adalah sedikit penggunaan nebulizer tapi dengan pemantauan doktor di klinik


kisah kami pula?!
dah berjaya meminizekan pernggunaa antibitik setiap kali kena bisul.
makan alfafa shaklee sajalah
dan kalian kalau mahukan produck supplement shaklee dengan harga mampu milik..
boleh la pm atau email kami ya..


Selain dari itu..
perniagaan sambilan kedai cake online part time kami pun..
alhamdulillah
dimurahkan rezeki Allah melalui anak - anak ni
banyak jugak tempahan dari pelanggan yang kenal mahupun tak
yang dari kalangan blogger dan jugak tidak.
ada yang dapat dari cadangan kawan - kawan blogger lain..
jazakallah..
terima kasih buat kak e-car nazrin, Nad mamzn, Adlin Mama3k, Mamalizayati..
terima kasih..terima kasih sebab beri peluang dan cadangan
tak termasuk kawan - kawan lain dari blgo dan fb yang sama2 sokong dan beri panduan
Allah sajalah yang dapat membalas jasa kalian
diantara cake dan product yang telah terhasil; sebahagian dari jumlah yang telah dihasilkan
  • barbie cake / barbie muslimah doll cake (fondant atau butter-cream deco)
  • snow cheesecake leleh
  • butter fruit cake
  • wedding cake
  • engagement cake untuk hantaran
  • theme cake fondant ladybird + forest
  • pavlova and mini pavlova
  • spider-man 3d cake / spider-man cupcake (tiada dalam gambar)


*boleh klik untuk lain - lai gamabr produk..
*kalau berkenan dihati, bolehlah pm2 kami




sepanjang tahun 2013 ni juga...
dapatlah anak sedara yang 1st!
secara resminya kami dah jadi Mak Long!
namanya Wafiuddin
panggil Wafi..
comeykan?!kan?!


anak sedara dapat...
adik ipar baru pun dapat
- adik ipar perempuan





lain - lain pengisian Ilmu
dapat pergi kursus asas Daei
Friendly Competitive Religious
totally membuka persepsi saya tentang Muslim dan Islam
dan betapa taboonya Melayu dengan konsep Islam itu hanya untuk melayu bukan untuk bangsa lain.
astaghfirullah...
sedih bila kita sendiri juga melabel bangsa lain sebagai Islam 2nd class..
nauzubillah..
mintak dijauhkan dari keturunan kami selepas ni kalau ada niat memandang hina pada Islam bukan yang sebangsa.
Shah Kirit Kakulal Govindji
*speaker yang sangat saya kagumi
*kupasan tentang bible, kitab hindu..
*hafalan al quran beserta tafsir dan hadis - hadis yang sangat - sangat mengkagumkan.
*mudah - mudahan iman semakin baik dan jitu pada Allah
*insyaa Allah



selain dari itu...
ade 2 lagi berita gembira dan kenangan manis sepanjang 2013 ni

yang pertamanya 
penampilan dalam majalah jelita (sekalipun sisipan kecil, tetap buat berbangga dengan kemahiran sendiri)
terima kasih Mamatisya sebab jemput - jemput dan Camilia yang sama - sama menjemput juga

nak tahu cerita penuh?!
korang klik la pada gambar tu!!



kenangan manis seterusnya?!!


Menang 1st runner up dalam pertandingan mendekorasikan cake anjuran tempat keje.
thanks Ciciery for being my partner in crime.
Cici pun blogger jugak tau.
full story boleh refer kat sini ye korang:
dan jugak kat sini:



oklah kawan - kawan
sekian sajalah nukilan dari kami untuk sepanjang tahun ni
bab dukanya..
biarlah kami saja yang simpan kerana duka itu buat kekuatan dimasa hadapan..
semoga Rahmat Allah ada buat kalian selalu
semoga kalian juga berbahagia di dunia dan di akhirat
terima kasih buat kalian yang selalu singgah di blog kami
mana - mana tersalah kata dan bahasa
yang menyentuh secara lansung atau tidak emosi kalian dalam setiap penulisan kami
kami mintak di ampun dan dimaafkan.
jazakallah khayran khatira

Assalamualaikum



Dec 19, 2013

1st Time Wedding Cake Job in 2013


Salam Guys..
selamat aHri khamis semua..
payday kan arini?
huhuh..
just nak update 1st ever wedding cake job dari customer..
jazakallah...
alhamdulillah
syukran..
buat - buat tambah portfolio sebenarnya
terima kasih Qaseh As
5th dec 2013

type of cake:
7 inch rainbow cake
9 inch rainbow cake
both deco dengan creamcheese filling and fondant

30 pcs size s cupcake with buttercream deco



fuh..
minat nak order cake dengan kami?
minat nak mencuba set shaklee tapi dengan bajet rendah?1
boleh email kami or pm kat fb..
tq..

Dec 12, 2013

Blueberry Cheesecake Yang Fresh Meresh!!


Salam Guys..
Finally and finally..
dapat la bersiaran balik even sedang tak berapa nak sihat semula ni...
haih..kami memang tak boleh minum ais
sakit tekak melanda...
aiskan ade salmonella..

Hari ni nak citer ape ye?!
saje nak cerita pasal update order dari customer..
alhamdulillah..
selepas menang 1st runner up dalam satu pertandingan menghias cake baru - baru ni..
aura - aura postif tu makin bertambah dan makin banyak jugak order cake yang diterima..
syukur...
rezeki anak - anak semestinya..


buah strawberry fresh..
huhuuh...berbulu  - bulu jugak ye menda alah ni..


pakcik beri hitam...
sedap kalau  kena teknik buat jem,pergh..
berkeping - keping roti boleh makan..



buah kiwi..masam - masam..
kalau buat pavlova beso..confirm dah kena ramas - ramas...


ni la hasilnya cake blueberry cheesecake
lepas dah sejukkan...
tu yang bercapuk - capuk sikit cake boardnya..
sejuk punya pasal...
owh ye..kami tak jual yang non bake since kami sangat takut dengan bacteria transfers..
even ice cream pun reluctant nak makan sebab kebanyakkan ice guna raw egg or egg powder..
perut yang tak bape sihat ade gastic mcm kami ni
memang la avoid bahan- bahan tu
so, cheesecake yang kami jual semua jenis dibakar dan disejukkan selama 4jam ke 8jam sebelum dihidang


base dia kami guna biskut tiger je..
gaul dengan unsalted butter...
kadang - kadang tak paham juga dengan orang yang buat sambil lewa...
guna biskut mayat bawah dia lepas tu charge gile - gile..
haih..
niaga tak ikhlas tu
tapi korang jangan tak tahu
ramai je kat luar tu..buat malas tapi nak niaga...
lepas tu dok curi gambar orang  lain then proclaimed gambo produk dia
contoh mcm popia ketam mamalyna si ejan tu..
Masitah Mas punya cheesecake leleh..
sabo jelah...

Final Product! Tara!!
siap sudah...


* masih lagi asah skill menghias ni sikit2..
*semoga istiqamah selalu dalam minat ni..amin..

Sep 19, 2013

Spiderman 3D Cake : How To Deco


Salam GUys..
sepnjng ujung ogos dgn awal2 september ni..murah rezeki orang order cake dgn kami.
memula Adlin Mama3k
then Dalila. 
Dalila ni kawan Nad MamaZN
kebetulan plak ex studetn UIA
senang la nak citer plak ye

meh - meh kami nak share 1st time kami amik tempahan buat 3D cake spiderman ni
yelah, nak jadi engineer metal fabrication or keje jadi foreman kat loji tak dapat.
kita main la jadi engineering atas cake.
aci tak?!

memula bako cake coklat tu.sejukkan lepas tu crave la bentuk topeng ke muka spiderman tu


rolling la fondant tu.agak2 la.kami bancuh sendiri warnanya.coral pink campur hitam.makanya dapatlah kami warna ni



web dia kami buat dari fondant coklat.
tak susah mana pun..
gentel2 jelah..
yang rumitnya sbb benda ni leceh.nak pastikan dia tak lembik sangat, tak kering sangat.
malaysia ni kan cuaca dia tropikal sikit
then buat detail lain2 tu mmg rumit sikit.nak2 klu amatur mcm aku ni


tara!siap sudah...
fuh..1st time amik order yang meransang otak ni.


pose sikit..
glad Dalila suke.
alhamdulillah


sep 6th, 2013


Jul 25, 2013

Rezeki MemBaking Di Bulan Ramadhan


Salam Guys..
Arini Bulan Mengambang sudah..
mari kita tengok gaji!!
huhuhuh...
*intensif rm500 tuk raya. (alhamdulillah!)
*penjawat awam negeri selangor dapat sebulan bonus!!! (agak2 jeles disitu!!)
  • akukan manusia biasa.mestilah ade perasaan sebegitu.harap2nya rm500 tu dpt la cover ape yg patut tuk raya ni.ayam dah mahal.nasiblah..


Bukak Citer lain plak.
Bulan ramadhan ni alhamdulillah
dapatlah order membaking sebarang 1 - 2.
yelah
bulan posekan?!
manalah ade orang nak sambut besday sangatkan?!
but then dimurahkan rezeki oleh Allah
salah satunya dapat dari kak Ecar Nazrin
dia tak dapat nak tampung order sbb ade event pd masa tu..
makanya..
dapatlah rezeki order tu ke tangan kami
lebih jelas lagi
rezeki anak  - anak sebenarnya


Choc Cheese Cake
1.5kg
Ironman Edible Image (Custom made)
Thank you En Shah
21th July 2013


Blueberry Butter Sponge Cake
Blueberry Jam, Cherries, and Fresh Cream
Thank you Dr Hanan UIA
24th July 2013

*Dear Mummyayu and Zh-ena
*hadiah korang kami buatkan lepas raya ye..
*tak dan tangan ni..




Jul 23, 2013

Kalau Tak Pecahkan Ruyong, Manakan Dapat Sagunya.


Salam Guys..
Selamat hari Selasa semua.
semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna..

 buat kalian yang tahu aku menjual cake dan dessert
tahun ni jugak aku cuba - cuba jual biskut raya
takdelah banyak
4 jenis jer.
see..
mini production..
aku takde modal besar mana pun
cuma ade 2 bijik oven yg pernh beli dgn duit main kutu dan juga pemberian akak ipar aku

dah siap pun stok
yang ni tuk jual di bazaar ramadhan kat meru.
letak kat gerai adik2 aku

*Kalau Tak Pecahkan Ruyong, Manakan Dapat Sagunya.
*kalau tak berusaha lebih,manakan anak - anak merasa senangnya..
*Insyaa Allah

Jul 16, 2013

Tempahan Telah Ditutup!!

salam guys..
yup
dah ditutup...
insyaa Allah tahun depan ade lagi..
terima kasih pada sape - sape yang dah order.

*bermula edisi menyiapkan stok/order.
*aku takdelah berharap sangat banyak order sbb aku sorang2 je yg buat..
*semoga rezeki anak - anak bertambah dan makmur.amin.

Jul 15, 2013

Tempahan Biskut Raya Kini Dibuka!!



salam korang...
selamat pagi isnin
yup..
tempahan telah dibuka ni..
sape - sape yg dok sekitar lembah klang and selangor ni boleh la order.
tapi kenalah jumpa tuk amik.
ok?!
set la tempat pick up point korang...

 memandangkan tahun ni baru nak bermula berniaga...
makanya 4 jenis sajalah yang aku buat..
ini pun berdasarkan keupayaan dan kemahiran aku la.



yang ni Danish Cookies..
rasa dia?!
ala - ala vanila butter..
50pcs/rm20



almond kiss cookies..
rasa coklat dgn choc chip dan tentulah almond nibs yang enak..
70pcs/rm27



Neapolitan Heart 
hat ni ade batch yang bau blueberry, ade batch yang bau strawberry..ade batch yang bau vanilla.
bergantung la...
tak mahal..
50pcs/rm22 je



last but not least..
biskut sarang semut..
50pcs/rm24 sahaja...


*not include delivery cost
*email me iceboxrivet@gmail.com 
or call 012-2415873 or 03-61772959
all payment should be made 50% from the price
CIMB Samsul Jelani : 12480093841528
Public Bank Samsul Jelani: 4483868624
Bank Islam Ida Rahayu Yahya : 12010024479788

Jul 5, 2013

Biskut Sarang Semut dan Neapolitan Heart

Salam jumaat guys..
alhamdulillah..
rezeki nk masuk ramadhan..
2 bekas Biskut Neapolitan Heart dan Biskut Sarang Semut
Tempahan dari seorang staff kat Engineering UIA ni..


Neapolitan Heart:
biskut ni ala - ala warna warni
datang dengan 2 perisa..
blueberry / strawberry
sebekas RM22/50pcs



Biskut Sarang Semut
RM24/50pcs



Jul 4, 2013

CARS CAKE AND AND FONDANT SPIDERMAN CUPCAKES


Salam Guys..
just nak update latest order dari customer..
lately aku niaga cake slow sikit..
maybe sebab tak sihat sangat aritu kot that's why Allah nak bagi aku rehat..


choc cake dgn fresh cream
berat 800g
cars topper.
thanks Min Radzi..
staff educare


spiderman fondant cupcakes..
tq Mamaliza (Blogger)
25/pcs

Jun 26, 2013

Tempahan Coklat Raya Kini Dibuka

salam guys...
budak2 tgh tak sihat ni semalam
arini dah ok sikit
anto gi sekolah
jerebu punya pasal
just nak update psl tambahan product tuk kuih raya kali ni
coklat raya
ade isi oreo dgn badam
RM25/50pcs
boleh campur..
klu nak tempah boleh call or sms...
email pun ok..
tgk detail kat sidebar.
mekasih

Jun 12, 2013

Danish Cookies..Sape Nak Tempah..Boleh Je...

Salam Guys...
nak share resepi dan jugak amik tempahan kuih danish cookies ni...
resepi asal di ambil dari Kak Hasue



 Bahan-bahan 

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan *kami guna nibs..




 Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.
  2. Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  3. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan *kami buat 20min.
  5. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

 TARA!!


nak order pun boleh dari kami...
RM20/sebalang (45 - 50pcs.anggaran)

Jun 7, 2013

Ish - ish..dah xde keje ke nak buat sarang?!


projek kuih raya ni..
salam guys..
salam jumaat..
sape - aspe nak order dah boleh la tempah kot?!
entah..
yang pasti aku buat stok dulu..
tuk adik2 aku niaga kat pasar ramadhan kat kg.





beside..
semenya demi anak - anak..


RM24/50pcs je!!

Jun 6, 2013

Aik?!Play Dough ke?!!




Salam Guys...
selamat pagi..
selamat menjalani ibadah bekerja sesambil diiringi dgn yang lain - lain....
makan...
minum..
etc etc...

 baking project malam tadi
ni one of the kuih raya yang bakal dipromosikan dan dijual sempena perayaan tak lama lagi...
bukan play dough je..
even anak - anak aku seme dah gigih la nengok menda ni...


final product....
tara..


*nama dia dirahsiakan terlebih dahulu..Neapolitan Heart je..
*aku ni takdelah master mana pun tapi buat seme ni demi anak - anak...


RM22/50pcs.


Para Sarip and Saripah Janjang