Salam Guys dan selamat hari selasa KHAMIS (macamana aku boleh typo?!nampak sangat bz nau)
alhamdulillah arini dipanjangkan umur lagi tuk buat entry dan berceloteh moteh
sorry la arini lambat sikit kuar entry sbb gi sekolah ara kejap tadi
ada sambutan harijadi anak2 bulan april kat sekolahnya
makanya entry arini tertunda sedikit
Baiklah..
hari ini nak kongsikan resepi mudah je dan kacang buat kawan - kawan yang suka baking dan suke memasak
ala, baking simple - simple je
insyaa Allah satu family kenyang janji ikhlas dan penuh kasih sayang.
Bahan - bahan:
4 biji telur
1/2 cawan gula pasir (castor sugar)
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair / marjerin cair
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung *diayak
1/2 cawan serbuk koko*diayak
1 sudu teh baking powder *diayak
oreo cookies *ikut suke korang la nak banyak mana
cara - cara:
pukul telur dengan gula sampai kembang, masukka minyak/mentega/marjerin cair dan pukul lagi sehingga sebati
masukkan adunan tepung tadi dan esen vanila
pukul lagi hingga sebati
tuangkan batter dalam loyang size 12 inchi atau 10 inch yang telah digriskan
bakar pada suhu 175 degree celsius selama 20 - 25min
pastikan oven telah dipanaskan selama 10minit (minimum) sebelum membakar brownies anda
boleh la hiaskan dengan caramel coklat buatan sendiri atau coklat cair.
Selamat Mencuba!!