GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Kisah Dan Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dan Tauladan. Show all posts

Jan 17, 2012

What's Come Around Going Back Around



Life Vest Inside
Kindness Boomerang
One Day


lagu ni remind me to another Maher Zain song..
berbaik sangka,berbuat baik,bermurah hati dengan orang lain adalah lebih menggembirakan daripada melukakan hati atau memburukkan keadaan mereka adalah tindakan luar kawal seorang manusia..

choose your action...
you choose to be worse because you love to be hate or because you think you're right even though you're totally wrong.
or..
you choose to be kind because you want to be love or you just want to be who you are...


*let's the bangau's flyaway with their mentality!
*ade perbezaan besar antara,tidak mahu ambil pusing atau buat2 tidak ambil pusing..


Jan 12, 2012

Dijemput ILAHI


salam guys.
baru menerima perkhabaran duka.
kelmarin baru sahaja bercerita..
hari ini telah dijemput Ilahi...
Al Fatihah buat Mok De..
Semoga rohnya Dirahmati Allah..


*speechless bila dapat tahu dari Orang Tua tadi.sayu jer dengar dia kate:
"Kome dah takde Mak Sedara lagi."
*lagi sayu bila teringat malam tadi beliau menyanyi lagu sedih:
Sendiri
Menempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu...


Jan 5, 2012

Yang Baik Jadi Tauladan,Yang Buruk Jadikan Sempadan

salam guys..
salam pagi khamis...
hot issue since Monday in this week.
pada aku sendiri..
lebih kepada buat pengajaran dan pedoman..
menghina tidak,mengulas pun tidak..
yang pasti,ianya lebih kepada kepincangan masyarakat kita sendiri
lebih kepada muhasabah diri kita sendiri

anak orang yg kita kutuk - kutuk dan maki - maki itu semuanya masih lagi seorang anak kepada seorang ibu yang lain
kita juga punya adik,punya kakak..
yang pasti juga,ibubapanya masih gagal mendidik beliau menjadi seorang muslimah yang baik.
perkara asas pun gagal,apetahlagi yang lain - lain..
tapi,adakah kita juga nanti lebih hebat dalam mendidik anak - anak kita?!

ambil ianya sebagai panduan dalam kehidupan..
pada aku juga sendiri secara peribadi,mereka memilih untuk dikenali dari suatu segi yang tidak sempurna...
segi yang tidak lengkap kerna kononya ukuran manusia atas kepintaran di helaian kertas.
mereka memilih untuk sebegitu..
kita pun memang juga ke situ bukan?!

oh yer..
bile melihat kepincangan ini,aku teringat salah seorang manusia yang pernah aku kenali
rupanya kacak,malah hebat dalam pelajaran
dan sekarang adalah seorang yang mengemudi pesawat
akan tetapi disebalik semua itu...
masih tersemat lagi rahsia tak berpuasa di bulan puasa,bermain dengan rahim - rahim anak - anak gadis muda dengan berzina...
malah mahu mencuba rahim seorang perempuan lain yang sudah bersuami.

sadis bukan?!
kalau ditenung - tenung kembali..
bila kita dah berada pada tahap hidup yang boleh membuatkan kita berhenti sejenak..
pasti kita sedih dengan masyarakt kita kerna masih bergelumang dengan noda dan dosa...


*entry berat dipagi hari kerna aku tak punya daya hanya mampu berdoa...

Nov 10, 2011

BILA ANAK CHEF FEMES OVERSTATED Experience

kecoh jugak 2 -3 arini pasal kes ni..
bapak dia?!
kat pages orang tua tu dah mengamuk gila..
kadang - kadang letih mak bapak ajo,tapi dah buat silap..
nak buek mcmanakan?!
tapinya jugak,since MCM ni main kat astro...
Astro mmg mcm silet dgn boret!
aku tak nengok2 lagi la..
dengan kepochinya..dengan kereknya..
tu belum balik - balik muka same jer bagi komen.
balik - balik muka sama jugak yang menangis..
too much drama la...
orang nak tgk citer berkualiti...
bukan nak tgk popularity...
aku lebih rela ulang tengok  citer MCA dgn MSU ulang kali kat Starworld..
boleh jugak cuba resepi best...
hampeh la hampeh!
dah ala2 akademi fantasia...
phui!!

*orang muda..selalu buat silap.at least dia betulkan..tapi klu baca keluahan hati bapak dia,kalau budak ni tak reti nak betul2 insaf..aku tak thulah...
dunia - dunia...

*tetiba aku rasa lapar!!
makan beef wellington sedap nih!!

*malam ni baking ke nak cooking?!owh steak owh steak!!

beefwellingtoncut21

LAPOOOOOOOOOOOOOOO!!





Sep 13, 2011

KASIH IBU HINGGA AKHIR HAYAT..

This is a true story of Mother’s Sacrifice during the Japan Earthquake.
After the Earthquake had subsided, when the rescuers reached the ruins of a young woman’s house, they saw her dead body through the cracks. But her pose was somehow strange that she knelt on her knees like a person was worshiping; her body was leaning forward, and her two hands were supporting by an object. The collapsed house had crashed her back and her head.

With so many difficulties, the leader of the rescuer team put his hand through a narrow gap on the wall to reach the woman’s body. He was hoping that this woman could be still alive. However, the cold and stiff body told him that she had passed away for sure.
He and the rest of the team left this house and were going to search the next collapsed building. For some reasons, the team leader was driven by a compelling force to go back to the ruin house of the dead woman. Again, he knelt down and used his had through the narrow cracks to search the little space under the dead body. Suddenly, he screamed with excitement,” A child! There is a child! “
The whole team worked together; carefully they removed the piles of ruined objects around the dead woman. There was a 3 months old little boy wrapped in a flowery blanket under his mother’s dead body. Obviously, the woman had made an ultimate sacrifice for saving her son. When her house was falling, she used her body to make a cover to protect her son. The little boy was still sleeping peacefully when the team leader picked him up.
The medical doctor came quickly to exam the little boy. After he opened the blanket, he saw a cell phone inside the blanket. There was a text message on the screen. It said,” If you can survive, you must remember that I love you.” This cell phone was passing around from one hand to another. Every body that read the message wept. ” If you can survive, you must remember that I love you.” Such is the mother’s love for her child!!



#aku teringat time aku darjah 2 dulu,mak aku pregnant 7 bulan kayuh basikal sejauh 6 -7 batu bawak gi sekolah agama.
AKU SAYANG MAK!!

May 23, 2011

Rantaian Peristiwa: Kalau Bukan Rezekiku,Baruku Teringat..Tahu - Tahu Muncul Depan Mata,Cuai Atau Leka?!Dan KU check Semula Listing,Memang Tak dapat!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!;

baru pagi tadi beli nasik untuk makan dan jugak membawak segelas air teh o limau untuk diminum.
gatal pulak dalam hati cakap mahu tumpah air nih.
baru saje abis ayat dalam hati..
memang betul- betul air teh itu tumpah atas meja.
mujur tak kena nasi tadi.
kalau bukan rezekiku,memang bukan rezekiku.
yang menjadi sayang itu sebab tumpahnya ke lantai..
bukan ke mulut kucing..
adeii....

sambil - sambil pula makan..
hati ini masih lagi terpikir sesuatu..
'bila agaknya budak IP nak datang repair lampu kat lab aku?jgn bisingnya lebih,kerjanya tidak.'
tahu - tahu bile bergerak keluar dari kafe,budak IP yg aku umpat dalam hati tadi,muncul depan mata.
'kak,nanti saya nak datang update pasal lampu tu dengan nak mintak sign keje repair tandas aritu.'
huhuhuh..

astaghfirullah...memang kebelakangan ini,ati aku penuh curiga.
tapi seperti biasa..
budak tu masih lagi pot pet pot pet.
adeii!!tepuk dahi sajalah aku sambil melayan lebih kurang.
bukan apa,hati masih sebel memikirkan teh o tadi yg tumpah.
istighfar lagi aku dalam ati.
memang bukan rezekiku arini.

dan cerita budak IP tadi..
moralnya,jangan berburuk sangka...
selalunya,orang kita rasa penuh dengan khilaf itu semestinya biasan diri kita yg khilaf juga.

dan kesudahannya?!
Allah balas cash juga disitu.
kurang 10 minit...

balasannya?!
dalam bentuk kecuaian atau kelekaan.
hukuman?!
kuku kaki ni dah terkopek dan berdarah sebab tersandung masuk dalam bilik di lab ni.
haaa kan?!
Allah itukan Maha Adil.
Pengajaran?!
sepanjang melalui perjalanan..kosongkan hati dan pemikiran.
harus waspada dengan persekitaran demi keselamatan.
motip sebenarnya jugak,jgn byk berfikir dan berkhayal!


dan kursus yg aku beria - ria nak pergi,kena reject last minit..
huhuuh..
sedih?!!
tidak jugak sebab dah bukan rezeki...
aii....
tidak mengapa...
ade lagi aku pergi...
btw,cukup2lah nih....



#Ya Allah,maafkan hambaMU ini...
#orang tua yg kecewa bila dengar berita yg akhir itu.Babah,takper.Ibu ok jer.dah takde rezeki,nak buat macamana.redha sajalah.



May 20, 2011

Moga Jannah Untuk Dia: Kasih Rafidah ke hujung nyawa



ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.
Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.
Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.
Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.
Api menyambar tubuh
Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.
Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.
Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.
Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.
Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.
Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.
“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.
Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.
Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.
“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.
Jeritan sayu Rafidah
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.
Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.
Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.
Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.
Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.
“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.
“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.
Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.
“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.
Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.
“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.
Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.
Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.
Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.


(menitik airmata aku...)
sumber: kosmo

Para Sarip and Saripah Janjang