Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Wednesday, 10 August 2016

Pandelela-Jun Hoong Sumbang Pingat Pertama Di Rio


MALAYSIA merangkul pingat pertama dalam Sukan Olimpik Rio apabila gandingan penerjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menang pingat perak di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini, semalam.

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata. – BERNAMA

-UnReportedNews™®


Tuesday, 19 July 2016

Sarawak Raih Emas Pertama Sukma 2016

Atlet Sarawak, Agustine Rudy Grocer (kiri) bersama Nurul Hidayah Abdul Karim beraksi pada pusingan akhir acara Poomsae Taekwondo Campuran pada SUKMA Sarawak 2016 hari ini.
KUCHING: Pasukan tuan rumah, Sarawak melaungkan amaran awal untuk muncul juara keseluruhan apabila meraih pingat emas pertama temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di sini menerusi Taekwondo selepas menjuarai acara poomsae pasangan campuran.

Pasangan Augustine Rudy Grocer/Nurul Hidayah Abdul Karim mengumpul sejumlah 7.37 mata dalam pusingan akhir di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini. - Bernama

-UnReportedNews™®

Thursday, 17 March 2016

Alasan Penganjur "Tidak Cukup Dana" Tidak Munasabah, Memalukan Sarawak Saja..

 
Pembatalan Acara Berbasikal yang bertaraf Antarabangsa yang sepatutnya diadakan di Sarawak pada saat-saat akhir telah menjejaskan reputasi dan imej negeri ini.
 
Apatah lagi, banyak pasukan luar negara telah tiba di Sarawak bagi menyertai acara tersebut namun hanya dimaklumkan ianya telah dibatalkan disebabkan masalah penajaan dan kewangan.
 
Penganjuran siri jelajah basikal berstatus Union Cycliste Internationale (UCI) 2.2 itu sepatutnya bermula di Miri semalam sebelum berakhir di bandar raya Kuching, dengan beberapa lokasi seluruh negeri menjadi titik persinggahan tidak kesampaian apabila ianya dibatalkan.
 
Biarpun penganjur tersebut, mengadakan sidang media kerana "Atas Rasa Tanggungjawab" petang tadi, ia tidak mungkin dapat membersihkan imej Sarawak yang telah tercemar.
 
Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Miri, penganjur juga memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak, Persekutuan kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan Semua Pasukan dan Kelab yang bertanding.
 
Alasan penganjur atas pembatalan tersebut adalah kerana kegagalan mereka mendapatkan sumber kewangan yang dijanjikan oleh pihak penaja yang menarik diri saat-saat akhir.
 
Pihak penganjur juga ingin menjelaskan bahawa tidak menggunakan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) yang disalurkan melalui Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak.
 
Pihak penganjur juga telah memaklumkan tiada sumbangan dana dalam bentuk tunai diperolehi dari mana-mana syarikat swasta dan koperat untuk menjalankan kejohanan tersebut.
 
Persoalannya kini, jika menyedari tidak berkemampuan mengumpul sumber kewangan, mengapa tidak dibatalkan acara tersebut sekurang-kurang seminggu dari tarikh ianya diadakan, mengapa menanti sehingga HARI ianya diadakan agar tidak menyusahkan semua pihak?
 
Sepatutnya penganjur acara yang sebesar ini harus ada perancangan rapi untuk mendapatkan tajaan dan juga back-up plan sekiranya terjadi perkara yang tidak di ingini berlaku (seperti sekarang) bukannya ternganga menunggu habuan.
 
Sumber UnReportedNews™®  sebaliknya mendedahkan pihak penganjur yang terdiri dari empat beradik dari Kedah menerusi sebuah syarikat berdaftar telah mula mengumpul dan meminta dana dari beberapa kementerian dan agensi kerajaan, orang perseorangan dan syarikat bagi tujuan penganjuran acara tersebut sejak dari tahun lepas (2015) lagi.
 
"Dianggarkan jumlah yang telah terkumpul oleh syarikat berkenaan adalah melebihi RM1 juta dan mereka juga telah mendapat penajaan 1,000 kotak air mineral namun air kotak tersebut turut telah dijual oleh mereka (penganjur)," dedah sumber berkenaan lagi.
 
Ramai yang mengecam (Kerajaan) Sarawak diatas pembatalan acara ini tanpa mengetahui ianya adalah acara yang BUKAN dianjurkan oleh kerajaan. Dalam hal ini, kerajaan negeri Sarawak HANYA menyediakan VENUE bagi acara tersebut.
 
UnReportedNews™®  juga telah menerima satu kiriman senarai nama dan bayaran gaji beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam penganjuran acara tersebut yang mencecah jumlah keseluruhan sebanyak RM283,000 (yang enggan admin dedahkan buat masa ini).
 
Dalam sidang media tadi, penganjur mendakwa mereka telah menggunakan wang mereka sendiri hampir RM200,000 (sahaja) jadi, dari mana "dana" bayaran gaji tersebut  diperolehi sedangkan penganjur mendakwa mereka tidak mendapat sebarang dana dari sumber lain.
 
Namun sumber UnReportedNews™® mendedahkan, beberapa orang penaja acara tersebut akan tampil ke hadapan dalam satu sidang media dalam masa yang terdekat ini.
 
 
Sebentar tadi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga mengarahkan agar penganjur tersebut diambilkan tindakan dan disenaraihitamkan.
 
Semoga mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini diambilkan tindakan dan HUKUMAN yang sewajarnya jika didapati bersalah. -UnReportedNews™®
 

Wednesday, 19 February 2014

SUKAN: "L**CAU" HANYA SALAH FAHAM?

-YE KER NI? PEMAIN SARAWAK JOSEPH KALANG ADALAH SEORANG  PEMAIN YANG BERDISIPLIN & BERINTEGRITI, BUKANNYA UnReportedNews™® NAK MENGERUHKAN KEADAAN TAPI HARAPAN RAKYAT SARAWAK AGAR FAM BERLAKU ADIL & MENYIASAT PERKARA INI KE AKAR UMBI! JANGANLAH TERLALU MENG"ANAKTIRI"KAN SARAWAK FC!!!-

Kes pengadil Sukri Abdul Rahman mengeluarkan kata lucah kepada pemain Sarawak Joseph Kalang Tie tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanyalah salah faham.

Menurut sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), siasatan awal badan induk itu mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Sukri yang mengadili perlawanan Liga Super antara Sarawak dan Perak Sabtu lalu tidaklah seperti didakwa pemain tengah itu.

“Selepas perlawanan, Joseph menemui Shukri dan bertanya kenapa pengadil teruk malam ini? (Sabtu lalu), dan Shukri sekadar memberitahu ‘pemain-pemain selalu KACAU’ dan bukannya ‘L****U’ seperti yang didakwa. Bagi FAM ini hanyalah insiden salah faham,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Kancah bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan laporan mengenai dakwaan pemain Joseph terhadap Shukri yang dikatakan menyebut perkataan Hokkien ‘L****U Lu’ kepadanya sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Negeri.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM Datuk Astaman Abd Aziz mengesahkan pihaknya masih belum menerima aduan rasmi berhubung kes itu daripada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sehingga jam 3.00 petang semalam.

“Sehingga kini (semalam) kami belum mendapat sebarang aduan rasmi daripada pasukan Sarawak dan dakwaan itu hanyalah disiarkan dalam laporan akhbar saja, kami tidak boleh ambil tindakan berdasarkan laporan itu. Tapi sekiranya kami menerima aduan rasmi selepas ini, kami bersedia menjalankan prosedur siasatan,” katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak memandang ringan mutu pengadilan Liga M dan buktinya tiga pengadil sudah menerima hukuman kerana prestasi kurang baik musim ini.

“Setakat ini kami sudah menerima 3 aduan rasmi, tapi selepas disiasat kes itu dibatalkan kerana dakwaan terhadap pengadil terbabit tidak berasas. 

Bagaimanapun kami juga mengambil kira prestasi pengadil menerusi laporan pegawai penilai pengadil. Berdasarkan laporan pegawai penilai pengadil, kami sudah mengenakan hukuman gantung dua minggu kepada tiga pengadil setakat ini,” katanya yang enggan mendedahkan nama pengadil berkenaan. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 February 2014

SUKAN: ATLET TAEKWANDO SARAWAK RAIH 10 PINGAT DI BANGKOK

-DALAM PERSIAPAN BAGI SUKMA DI PERLIS, MEREKA BERTARUNG DALAM PERSAINGAN SENGIT YANG TELAH MELIBATKAN PENYERTAAN LEBIH DARI 100 PESERTA HANDALAN!-

Para atlet Sarawak yang kini menjalani latihan di Thailand sebagai persiapan bagi Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis, meraih dua pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada Kejohanan Taekwondo Sekolah Bangkok di Thailand baru-baru ini.

Pasukan itu yang diketuai pengerusi teknikal Persatuan Taekwondo Sarawak (PTNS) Tan Check Joon dan jurulatih taekwondo Sarawak bagi Sukma Kochphoom Nimmit gembira dengan pencapaian para atlet semasa kejohanan dua hari itu.

"Saya berpuas hati dengan persembahan atlet-atlet kita memandangkan kejohanan itu menyaksikan persaingan sengit dan mencabar kerana disertai lebih 100 peserta handalan," kata presiden PTNS Mohd Salleh Sani, Selasa.

Atlet Sarawak yang membolot pingat emas ialah Dayang Farhanah Abang Sazali dan Audrey Nu Alexander Mula manakala Mohd Amirul, Marena Tee, Leslie Kong dan Wong Siew Pheng meraih perak.

Gangsa pula diperoleh Tie Ton Siong, Cynthia Li, Enzo Scifo dan Virtlam Umpau. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List