Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

ANWAR KUTUK PENGGULINGAN MORSI, YANG KO BERDEMO-DEMO TU HAPE?

-KATANYA, "PENGGULINGAN MORSI MENGENEPIKAN SUARA RAKYAT NEGARA ITU MELALUI PILIHANRAYA YANG ADIL & BERSIH!" NAMUN WALAUPUN RAKYAT MALAYSIA SUDAH BERSUARA PADA PRU-13 LEPAS MEMILIH BN, NGAPA MASIH TAK BERPUAS HATI? BERDEMO SANA SINI! CAKAP TAK SERUPA BIKIN BETUL LAH! KEKEKE!!!-

Pembangkang mengutuk tindakan penggulingan Presiden Mesir Mohamed Morsi oleh tentera Mesir.

Menurut laporan mStar, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, Pakatan Rakyat pada prinsipnya menolak penggulingan Morsi kerana mengenepikan suara rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang adil dan bersih.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mengharapkan masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan penggulingan Presiden itu.

Pada Pilihanraya Presiden Mesir 24 Jun 2012, Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi.

Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi.

Bagaimanapun, sejak seminggu lepas ketegangan berlaku apabila berjuta rakyat Mesir menuntut Morsi meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Lewat Rabu, AFP melaporkan menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menerusi televisyen mengumumkan bahawa Morsi telah digulingkan angkatan tentera Mesir.

Abdel juga mengumumkan perlembagan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan dan bakal mengadakan pilihan raya presiden dalam tempoh terdekat.

PS: Perlu di ingatkan Mesir menggunakan sistem pilihanraya Presiden manakala Malaysia nenggunakan sistem pilihanraya Parlimen, jadi bior leh PR menang majoriti undi, ianya tak boleh dipakai! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Friday, 10 August 2012

PESANAN WARGA POKOK SENA BUAT MP MEREKA MAHFUZ

-PESANAN KHAS BUAT MP POKOK SENA (PAS) MAHFUZ OMAR UMTUK SELESAIKAN MASALAH PENDUDUK SETEMPAT .. JADI PERINGATAN BUAT PENGUNDI-PENGUNDI DI SARAWAK ATAU "SEWAKTU" DENGANNYA YANG "BERNIAT" NAK PANGKAH SELAIN BN KLAK .. PEMBANGKANG NI, KALO BERJANJI MEMANG JUARA TAPI BAB NAK MEMENUHI JANJI TU ISK, PAYAH SIKIT! KEKEKE!-
Sebenarnya, posting ini, atas permintaan orang Pokok Sena sendiri.

Mereka mahu tahu, kemana hilangnya janji si Mahfuz Omar untuk selesaikan masalah tempat pelupusan sampah di Jabi?

Keadaan kawasan pelupusan sampah di Jabi tu amat parah sekali, malah sampah yang ditimbun hampir sama dengan bangunan setinggi 3 tingkat!

Baunya pula jangan cakap la. Kalau sekali angin lalu rasanya dekat 2 km boleh bau busuk sampah tu. Mc kesian pada penduduk sekitar tu.

Dulu depa ingat bagi undi kat Mahfuz boleh selesai masalah bau sampah ni. Rupanya dah 4 tahun tunggu, masalah sampah bukan selesai, malah makin teruk.

Nak kata dah Mahfuz tak mampu selesaikan, dia ahli parlimen Pokok Sena, nak kata kerajaan negeri parti lain, kerajaan negeri pun cop sama dengan Mahfuz.

Kalau dulu dia boleh komplain sampai bawa plastik sampah ke bangunan MBAS.

Awat kali ni tak bawa sampah berbakul-bakul ni pi pejabat MBAS sekali lagi?

Mahfuz pernah berjanji akan selesaikan masalah tempat pelupusan sampah.

Malah kerajaan negeri pun berjanji kononnya nak cari tempat pelupusan sampah yang baru. 

Namun 4 tahun sudah berlalu, janji masih lagi tinggal janji.

Mungkin selepas ini pencacai blogger Pas akan jawab, sampah diuruskan oleh 'kerajaan pusat' namun kawasan pelupusan sampah, selenggara dan pengawasan di bawah sapa?

Bukan PBT? PBT pulak bawah sapa? Bukan ka Exco? Exco pulak dilantik oleh sapa?

Oleh MB kerajaan negeri, kerajaan negeri tu sapa pulak? Bukan kerajaan negeri tu geng bulan purnama ka?

Soo.. masa berjanji, bukan main dahsyat.. masa nak tunaikan, sapa sekor tak mengaku, muka pun tak nampak.

Kat bawah ni Mc bagi lagi gambar untuk tatapan pembaca .. Air sampah mengalir ke longkang .. 
Longkangnya masyallah.. bauu.. 
sistem peparitan teruk, kalau hujan mesti melimpah .. Akibat tapak pelupusan yang penuh, sampah bersepah atas jalan .. Tengok gambar pun dah rasa loya nak muntah.

Cuba bayangkan baunyaa.. terukk.. punya la tak terurus keadaan di tapak pelupusan hinggakan sampah yang penuh bersepah diatas jalan.

Malah sistem peparitannya juga teruk. Mc diberitahu, jika hujan, air dari parit melimpah keatas jalan, baunya jangan cakap la.. boleh sampai ke kawasan penduduk yang terdekat.

Sampai bila agaknya keadaan kawasan pelupusan sampah kat Jabi ni akan jadi begini?

Kalau kerajaan negeri tak mampu nak tangani masalah sampah, Mc minta ada pihak lain yang prihatin untuk selesaikan.

Kalau harap Mahfuz, dia hanya pandai janji saja, cakap memang senang. 

Setakat cakap berapi, berkobar, baik tak payah.

Kerja belum tentu dia buat Rakyat tetap susah.

Insyallah Mc akan follow up pasal sampah ni pada kemudian hari..

McTheory: Nak uruskan sampah bukan senang, tapi YB macam sampah bersepah ada..

Sumber: Kedah Ke KL

-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List