Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Saturday, 7 December 2013

VIDEO & GAMBAR: TIGA LAMBORGINI HANGUS DI HIGHWAY SEREMBAN!

-KEMALANGAN SESAMA SENDIRI KERETA BERNILAI JUTAAN RINGGIT-

Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban pagi tadi, pasti terperangkap dalam jem teruk.

Puncanya macam biasa, kemalangan.

Tapi kemalangan di Kilometer 260 jam 9.55 pagi ini boleh kata agak ‘lain sikit’ kerana ia membabitkan tiga kereta mewah yang hangus terbakar.

Kereta mewah yang terlibat pula bukan calang-calang, Lamborghini yang dipercayai milik warga Singapura yang sedang dalam perjalanan konvoi ke Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, kemalangan dipercayai bermula apabila salah satu kereta terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakangnya terpaksa merempuh kereta berkenaan seterusnya menyebabkan kebakaran.

Dua jentera bomba bersama 14 anggota tiba segera berkejar ke tempat kejadian dan tiba tujuh minit kemudian tapi waktu ini tiga kenderaan mewah terbabit dah pun hangus terbakar.

Pemandu dan penumpang bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Kalau kereta mahal yang mempunyai sistem keselamatan baik pun kantoi dalam cuaca tak menentu sekarang, apatah lagi kereta ‘biasa’ macam kebanyakan kita guna.

Jadi kepada para pemandu, hati-hati sebab kemalangan tidak semestinya berpunca daripada jentera yang kita guna tapi mungkin juga keadaan jalan atau sikap kita sendiri ketika memandu.

Di bawah, kami sertakan gambar kemalangan Lamborghini pagi tadi. (sumber
1
1425800_10201860999719897_1637471118_n
1478967_473918539396358_565354455_n
1461022_662014547171527_375639388_n
599420_598475666868320_443573983_n
1450826_598475780201642_1514325425_n
GAMBAR + VIDEO: 3 Lamborghini Hangus Kemalangan Di Highway Seremban Pagi Tadi!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/535725_473918609396351_466714424_n.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/535725_473918609396351_466714424_n-150x150.jpgAuthor MNHUtama,
Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban pagi tadi, pasti terperangkap dalam jem teruk. Puncanya macam biasa, kemalangan. Tapi kemalangan di Kilometer 260 jam 9.55 pagi ini boleh kata agak 'lain sikit' kerana ia membabitkan tiga kereta mewah yang hangus terbakar. Kereta mewah yang terlibat pula bukan calang-calang, Lamborghini yang dipercayai...
Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban pagi tadi, pasti terperangkap dalam jem teruk. Puncanya macam biasa, kemalangan. Tapi kemalangan di Kilometer 260 jam 9.55 pagi ini boleh kata agak 'lain sikit' kerana ia membabitkan tiga kereta mewah yang hangus terbakar. Kereta mewah yang terlibat pula bukan calang-calang, Lamborghini yang dipercayai milik warga Singapura yang sedang dalam perjalanan konvoi ke Kuala Lumpur. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, kemalangan dipercayai bermula apabila salah satu kereta terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakangnya terpaksa merempuh kereta berkenaan seterusnya menyebabkan kebakaran. Dua jentera bomba bersama 14 anggota tiba segera berkejar ke tempat kejadian dan tiba tujuh minit kemudian tapi waktu ini tiga kenderaan mewah terbabit dah pun hangus terbakar. Pemandu dan penumpang bagaimanapun sempat menyelamatkan diri. Kalau kereta mahal yang mempunyai sistem keselamatan baik pun kantoi dalam cuaca tak menentu sekarang, apatah lagi kereta 'biasa' macam kebanyakan kita guna. Jadi kepada para pemandu, hati-hati sebab kemalangan tidak semestinya berpunca daripada jentera yang kita guna tapi mungkin juga keadaan jalan atau sikap kita sendiri ketika memandu. Di bawah, kami sertakan gambar kemalangan Lamborghini pagi tadi. - REM RAMZI
-UnReportedNews™®

Thursday, 7 November 2013

GANDA WANG DENGAN JIN?

-IMAM TERGODA IMAN NAK MENGGANDAKAN WANG DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN NYARIS TERTIPU! FUHH, KALAU IMAM PUN DAPAT TERTIPU, DALAM HAL SEBEGINI APATAH DAYA ORANG BIASA MACAM KITER NIH? KEKEKE!!!-

Dengan bermodalkan not USD5 juta, seorang lelaki warga Somalia cuba memperdaya seorang imam masjid untuk mendapatkan wang lumayan.

Suspek yang dikenali sebagai Mustafa, berusia 31 tahun itu mendakwa berkebolehan mengambil wang milik orang ramai yang tidak membayar zakat, kononnya menerusi bantuan jin.

Bagaimanapun, imam terbabit menyedari sesuatu tidak kena, lantas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuala Pilah.

Menceritakan kejadian, imam berusia sekitar 40-an yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku 25 Oktober lalu, apabila dia menemui Mustafa berseorang diri di masjid.

“Ketika bersembang, Mustafa beritahu kononnya dia berkebolehan mendapatkan wang dengan memanggil jin,” katanya.

Walaupun musykil, namun imam terbabit berkata, dia mahu melihat sendiri kebenarannya.

“Saya diminta menyediakan sebuah peti kayu empat segi bersaiz tiga meter, tiga meter kain merah dan putih beserta sebungkus lilin. Saya kemudian membina peti kayu itu dengan kos RM100,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di IPD Kuala Pilah, semalam.

Menurut imam berkenaan, selepas barang berkenaan sudah siap, lima hari selepas itu Mustafa berkunjung ke rumahnya.

“Mustafa masuk ke dalam bilik, tempat saya meletakkan peti kayu, kemudian menyuruh saya keluar dan memberikan masa setengah jam untuk dia memanggil jin,” katanya.

Kata imam itu, sebaik saja Mustafa memanggilnya masuk semula, dia terkejut kerana terdapat wang dalam peti itu.

“Saya tidak boleh pegang dan sentuh duit itu, hanya tengok sahaja dengan jarak satu meter. Lebih meyakinkan saya, dia memberi saya wang sebanyak USD400 untuk ditukarkan di bank. Ternyata benar kerana saya mendapat kira-kira RM1,300 tunai sebaik ditukarkan di bank,” katanya.

Bagaimanapun, imam berkenan berkata, Mustafa memberi beberapa lagi syarat termasuk membakar kertas yang dibaca dengan mantera.

“Selepas kertas dibakar, wang USD5 juta dalam peti kayu itu turut hilang. Jika saya mahu wang itu semula, saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM670,000,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa hari, Mustafa menghubunginya sekali lagi dan memberitahu terdapat syarat lain iaitu memberi RM8,000 kepadanya untuk menyembelih tujuh ekor kambing dan seekor lembu.

“Berikutan itu, saya membuat laporan di balai polis kerana percaya ada tidak kena dengan lelaki berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, modus operandi menggunakan pendekatan agama dan sihir adalah trend terkini digunakan warga Afrika.

“Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap Selasa lalu oleh sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah masjid daerah ini.

“Suspek kini direman sehingga Sabtu ini,” katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Thursday, 17 October 2013

VIDEO: LELAKI SERANG BEKAS TEMAN WANITA DENGAN TUKUL

-VIDEO YANG TERSEBAR DI LAMAN FACEBOOK DIPERCAYAI BERLAKU DI MALAYSIA DIMANA SEORANG LELALKI MEMUKUL SEORANG WANITA YANG DIKATAKAN BEKAS TEMAN WANITANYA DENGAN SEBATANG TUKUL! YA T-U-K-U-L= TUKUL! KEKEKE!!!-

Video seorang lelaki yang menyerang bekas teman wanitanya tersebar di Internet.

Lelaki tersebut bukan saja bertindak memijak badan wanita berkenaan tetapi memukulnya dengan penukul.

Video itu dipercayai dirakamkan oleh anak perempuannya.

Seorang lagi wanita cuba menghentikan pertengkaran itu manakala terdengar suara merayu supaya ianya dihentikan.

Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign itu dikongsi sebanyak 160 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Video itu yang turut dimuat naik dalam laman YouToube ditonton lebih 6,800 kali.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Ahad.

Beliau berkata insiden itu berkaitan dengan keganasan domestik dan suspek ditahan pada hari yang sama.

Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata

(sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 20 September 2013

VIDEO: PEGAWAI KESIHATAN BUBUH JENTIK-JENTIK FITNAH PEMILIK PERMIS!

-TERKINI, DIFAHAMKAN PEGAWAI KESIHATAN NEGERI SEMBILAN YANG DIDAKWA SENGAJA MEMBUBUH JENTIK-JENTIK KE DALAM CONTOH AIR YANG DIAMBIL DARI SEBUAH PERMIS PERNIAGAAN DI BAHAU TELAH DI GANTUNG KERJA! INDIVIDU SEBEGINILAH YANG MEMALIT ARANG DI MUKA AGENSI-AGENSI KERAJAAN! KEKEKE!!!-

Ini adalah sebuah klip dari rakaman kamera video tertutup (CCTV) yang telah disiarkan kembali oleh sebuah stesyen televisyen tempatan.

Menurut penjelasan di Youtube, kejadian dikatakan berlaku Selasa lalu (17 September) dan melibatkan dua individu yang disyaki Pegawai Kesihatan yang datang membuat pemeriksaan berkaitan pembiakan nyamuk aedes di kawasan industri Bahau, Negeri Sembilan.

Kalau dilihat kepada rakaman di bawah, pada saat ke 6 video itu, memang kelihatan tangan wanita itu seperti memasukan sesuatu ke dalam tangki yang ada.

Mengikut pemilik kedai berkenaan, wanita itu telah memasukan jentik-jentik.

Mungkin kedua pegawai berkenaan telah meminta duit kopi untuk mengelakkan diri daripada mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis berkenaan.

Perkara ini perlu disiasat secara rapi dan mendalam serta tindakan tegas perlu diambil jika benar kedua pegawai berkenaan bertindak seperti itu.

Ia umpama harapkan pagar, pagar makan padi.

TERKINI: Pegawai Bubuh Jentik-Jentik Digantung Tugas

(Petikan Berita Harian Online)

Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.

Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan.

Kerap ganti air

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam.

Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.

(sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 18 September 2013

KISAH POLIS TEMBAK ISTERI & MENTUA SEBELUM BUNUH DIRI!

-HUBUNGAN SUSPEK DENGAN ALLAHYARMAH ISTERINYA MEMANG DINGIN KERANA ISTERINYA DIKATAKAN TIDAK TINGGAL BERSAMA SUSPEK DI PONDOK POLIS FELDA CHEMPLAK, LABIS-

Lans Koperal Fadzly Omar, 29, yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak dirinya sendiri pernah menyatakan dia akan menembak seseorang sambil menunjukkan pistol dipinggangnya.

Perkara itu diberitahu abang iparnya Ezam Abdul Kadir, 34, ketika mereka bersembang pada hari raya bulan lalu.

Ezam memberitahu pemberita pada mulanya beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan adik iparnya itu tanpa mengesyaki apa-apa.

“Saya fikir dia mahu menembak penjenayah atau peragut. Saya tidak sangka dia benar-benar melakukan perkara itu,” katanya di rumah mayat hospital di sini.

Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 7.15 malam tadi itu, suspek bertindak menembak bapa mentuanya Abd Kadir Md Arif, 66, di rumah bapa mentuanya di Jalan Sialang, Padang Lerek 1 di sini sebelum menembak dirinya sendiri.

Sebelum itu suspek dengan menggunakan Revolver .38 menembak isterinya Norakmal Abdul Kadir, 28, di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis, Segamat sebelum memandu kereta dengan membawa anak lelakinya yang berumur dua tahun ke rumah bapa mentua yang terletak kira-kira 90 kilometer dari situ.

Ezam berkata sebaik tiba di rumah bapa mentuanya, adik iparnya itu lalu masuk ke dalam rumah dan meminta beliau dan adik perempuannya Norzafira, 26 keluar dan meninggalkan dia bersama bapanya di ruang tamu.

“Sewaktu saya di dapur dan baru hendak menyuap kuih ke dalam mulut, saya terdengar bunyi letupan seperti bunyi mercun. Saya menjenguk ke luar tingkap dan saya dapati tiada sesiapa pun yang bermain mercun.

“Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar dari dapur dan masuk ke ruang tamu dan ternampak ayah dan adik ipar saya terlentang berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata bapanya yang masih bernafas segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai dan meninggal sebaik tiba sementara adik iparnya itu mati di tempat kejadian.

Ezam mengakui hubungan antara suspek dengan isteri suspek agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis.

“Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah,” katanya.

Sementara itu ibu mentua suspek Rogayah Alip, 62, berkata menantunya itu seorang yang pendiam dan jarang bercampur dengan anggota keluarga mereka.

Beliau berkata semasa kejadian, beliau baru tiba di rumah setelah keluar membeli barang keperluan dapur bersama salah seorang anak lelakinya Mohamad Syarazi, 25.

“Sebaik keluar dari kereta, makcik terdengar bunyi dua kali letupan. Ingatkan bunyi mercun tetapi makcik terkejut apabila anak perempuan makcik Norzafira yang sedang bermain dengan anak lelaki arwah menjerit apabila ternampak ayah dan abang iparnya terbaring dengan berlumuran darah di dalam rumah,” katanya.

Jenazah Norakmal dan Abdul Kadir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gontang, Tangkak selepas waktu maghrib manakala jenazah Fadzly dibawa pulang ke Felda Palong 3, Negeri Sembilan.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List