Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Wednesday, 27 January 2016

Arab Saudi Sahkan Dana USD681 Juta Sumbangan Almarhum Raja Abdullah


Isu dana derma 2.6Bilion kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi alat politik pembangkang hingga terbawa bawa ke Parlimen Malaysia dan menjadi kontroversi dikalangan ahli UMNO yang tidak sabar untuk mencari salah mengasak Najib Razak lantaran termakan fitnah orang orang tertentu. 

Dana derma yang dicanang sebanyak RM2.6 bilion (jumlah sebenar RM2.08 bilion) akhirnya terjawab bilamana sumbangan ini disahkan diberi oleh pemimpin tertinggi Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah. (Bekas pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah.)

Dari jumlah itu dimaklumkan untuk membantu negera negara Islam sederhana agar tidak belakunya kejadian seperti di Mesir, Libya dan Syria dengan jolokkan nama 'Arab Spring'

Sebelum berlangsungnya PRU13 lepas, Ramai dari parti pembangkang yang membawa dakyah palsu dan bersifat anarki seperti fitnah "Isu Bangla 40 Ribu dan Blackout" yang jelas hingga kini tuduhan itu tidak dapat disahkan kejadiannya, meskipun pembangkang bersungguh sungguh menyatakan ia belaku (tuduh tanpa pembuktian). 

ini menimbukan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya saudara sesama Islam kita di Arab Saudi yang merasakan pembangkang di Malaysia berpotensi menghasilkan 'Arab Spring' di Malaysia yang juga dikenali sebuah negara Islam.

Hari ini media antarabangsa BBC.com menyiarkan laporan yang memetik sumber Istana Arab Saudi mengesahkan dana kempen pilihanraya yang dimasukkan ke akaun Najib Razak itu adalah sumbangan daripada bekas pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah.

Arab Saudi  dan kekayaan hasil minyaknya banyak disalurkan hingga mencecah ratusan juta setiap tahun kepada negara-negara umat Islam.

Memetik sumber Istana Arab Saudi, BBC.com mendedahkan sumbangan untuk dana pilihanraya tersebut dilakukan menggunakan dana milik peribadi Raja Abdullah melalui Bank Swiss cawangan Singapura.

Najib Razak dan Malaysia memang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga diraja Arab Saudi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib kerap melakukan kunjungan ke Arab saudi hampir setiap tahun bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara itu selain untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Tidak hairanlah pihak Arab Saudi sebelum ini bermurah hati memberikan kouta haji yang lebih kepada jemaah dari Malaysia.

Semalam (26 Januari 2016) Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan SPRM mengesahkan bahawa DS Najib Razak bebas dari dakwaan rasuah selepas siasatan mendapati wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi.

Almarhum Raja Abdullah meninggal dunia pada 23 Januari 2015 ketika berusia 90 tahun. AL Fatihah!

Rujuk artikel berkenaan dana pilihanraya : http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424 -UnReportedNews™®

Thursday, 16 July 2015

Video: Pengakuan Bekas Konspirator Sarawak Report


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.

Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.


Berikut ialah video terbabit:

MYKMU
-UnReportedNews™®

Video: Bekas "Editor" Sarawak Report Akui Skandal 1MDB Adakah Fitnah


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.
Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.

Berikut ialah video terbabit:
MYKMU
-UnReportedNews™®

Monday, 6 July 2015

1MDB: Taktik Terkini Sarawak Report Tidak Menjadi


Mungkin niat mereka menyebarkan gambar Najib dan Jho Low bersama sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB dilaksanakan dalam entri terkini mereka akan memberi persepsi negatif kepada umum namun taktik Sarawak Report kali ini tidak menjadi sebaliknya telah memakan diri mereka sendiri.. 

Tidak kira berapa kacak Jho Low dalam gambar ini, jangan lihat dia dulu. Tumpukan perhatian anda kepada lelaki macho yang tinggi di sebelah dia. PM Najib juga adalah seorang yang tinggi namun orang itu lebih tinggi daripada dia. Siapa dia?

Sarawak Report mungkin berfikir bahawa dengan menyiarkan gambar-gambar Najib sekeluarga bersama-sama dengan Jho Low pada Ogos 2009 sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB ditandatangani, ia akan merosakkan reputasi Najib.

Sebenarnya, ia adalah sebaliknya ..

Hari ini, Sarawak Report sebenarnya telah membuktikan PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki bin Abdullah Al Saud.

Malah, Sarawak Report sendiri telah menulis: "Dari kiri ke kanan adalah Putera Turki, pemilik PetroSaudi; Jho Low ..." (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 July 2015

Sarawak Report: Beza Orang Sarawak Dan Orang Semenanjung


Seluruh dunia kini sedang gempar dengan "pendedahan sensasi" Sarawak Report mengenai 1MDB yang kononnya wang berbilion-bilion ringgit di "songlap" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ironinya, Sarawak Report juga pernah (bertahun-tahun) menyerang bekas Ketua Menteri Sarawak (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak) namun serang-serangan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan tidak menjadi.

Persoalannya mengapa pula fitnah Sarawak Report ke atas Taib tidak menjadi dan mengapa pula fitnah terhadap Najib seakan "berjaya" pula? 

Jawapannya adalah kerana ramai rakyat Sarawak tidak percaya kepada media asing yang kesahihan maklumatnya amat di ragui dan kami penuh yakin dengan pucuk pimpinan kami.

Biarpun terdapat juga segelintir pembangkang dan rakyat Sarawak yang cuba membangkit isu-isu yang dimain oleh Sarawak Report namun keyakinan dan kesabaran kami membuahkan hasil dan Sarawak Report sudah berkali-kali didapati menipu dalam serangan mereka terhadap Taib.

Memang semestinya terdapat sedikit keraguan namun kami telah memberi ruang dan masa yang secukupnya bagi Taib dan Alhamdullillah, akhirnya segala fitnah dan serangan Sarawak Report tersebut terbukti tiada kebenaran langsung.

Kami sayang akan negeri kami, kami mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak, kami tak izin orang asing masuk campur hal Sarawak.

Berlainan dengan situasi yang di alami oleh Najib, sadisnya, ramai pula (bukan semua) rakan-rakan di Semenanjung sana terus percaya dengan tuduhan dan fitnah Sarawak Report.

Baru sekali jentik, terus percaya? Janganlah kerana hasutan orang asing kita terus seakan hilang pedoman. Janganlah kerana serangan dari "orang dalam" (orang yang berkepentingan) kita terus hilang kepercayaan kepada Najib.

Jelas, mereka-mereka (Sarawak Report dan orang-orang berkepentingan) ini tidak akan henti-henti menyerang Najib dengan apa jua cara pun.

Satu demi satu isu mereka pertengahkan, belum dijawab satu isu mereka dah mengeluarkan isu yang lain, tidakkah itu menjadi satu keganjilan?

Yakinlah dengan Najib, berilah ruang dan masa yang secukupnya bagi dirinya dan InsyaAllah, segalanya akan terhurai jua akhirnya.

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (Al-Quran: Surah Qalam – Ayat 11)."

-UnReportedNews™®

Friday, 3 July 2015

Tuduhan Ke Atas Perdana Menteri Adalah Satu Cubaan Sabotaj Politik


Dakwaan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu “sabotaj politik,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

The Wall Street Journal dan Sarawak Report menerbitkan artikel pada hari Jumaat mendakwa bahawa hampir US $ 700mil (RM2.63bil) dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri.

“Walaupun kepimpinan Perdana Menteri berjaya menghalangi kemerosotan ekonomi global terhadap ekonomi Malaysia seperti yang diiktiraf minggu ini dengan kenaikan taraf Fitch – ada usaha bersepadu oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi negara kita, menjatuhkan kredibiliti Kerajaan, dan juga cubaanm untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

“Dakwaan terkini, oleh penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada cubaan sabotaj politik ini,” kata PMO dalam satu kenyataan pada hari ini.

Ia adalah satu jenayah pemalsuan dokumen, pendoktoran dan pemerasan yang “mengelirukan media dan orang ramai”.

“Oleh itu adalah wajib bagi media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima sebarang dokumen tersebut sebagai tulen melainkan jika telah disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan bahawa 1MDB juga telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lebih awal pada hari ini.

Kenyataan Akhbar 1MDB

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Merujuk kepada laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin memperjelaskan bahawa syarikat ini tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report hari ini mendakwa, siasatan ke atas syarikat itu mendapati berbilion ringgit telah disalurkan ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.

Menurut 1MDB, laporan yang dikeluarkan beberapa agensi media dan blog seperti Sarawak Report adalah tidak benar dan merupakan tuduhan liar terhadap syarikat serta kerajaan.

“Kami terkejut apabila dokumen seperti ini, di mana kewujudan dan kesahihannya belum dipastikan, masih diguna untuk memfitnah 1MDB,” kata 1MDB.

WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1MDB.

WSJ melaporkan, dokumen menunjukkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi perdana menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan. - MYKMU 

-UnReportedNews™®

Thursday, 28 May 2015

1MDB: Sarawak Report Berbohong Lagi




Portal Sarawak Report menyiarkan maklumat yang salah dan dakwaan yang tidak berasas mengenai penyata bank dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

“Ini suatu pembohongan. Saya tidak pernah memberikan sebarang penyata kepada Bank Negara. Pihak yang mendakwa hal yang sebaliknya adalah ternyata palsu dan salah, termasuklah sebarang pertuduhan berdasarkan hal tersebut,” kata Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arul Kanda, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh dalam penyiasatan oleh Jabatan Audit Negara dan bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Siasatan PAC yang telus dan terdiri daripada pelbagai parti yang seharusnya mencari jawapan kepada pelbagai soalan yang dilontarkan kepada syarikat ini,” katanya.

Arul Kanda juga meminta semua pihak agar menunggu hasil siasatan bebas ini dan tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat dakwaan yang tidak bertanggungjawab serta tidak berasas buat masa ini.

Sebelum ini, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa Arul Kanda telah menyediakan memberikan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi menggambarkan bahawa 1MDB mempunyai simpanan tunai dalam akaun Bank BSI di Singapura.

Portal itu mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI, selain menyatakan terdapat bukti BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura. - Awani

-UnReportedNews™®

Thursday, 21 May 2015

Punca Sebenar Mengapa 1MDB "Diserang"?


Sebelum ini saya tidak bercakap sangat mengenai isu kontroversi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mengapa 1MDB? Apakah peranan 1MDB ini dan apakah sumbangannya terhadap ekonomi di negara kita?

Saya simpan segala maklumat berkaitan perkara ini tetapi hari ini, saya terkejut apabila mengetahui satu perkara yang disampaikan oleh rakan saya. Maklumat ini adalah sama dengan apa yang saya simpan selama ini.

Saya yakin maklumat ini tidak bersifat bias dan berat sebelah.

Selaku konsultan LNG, saya berpeluang berkomunikasi dengan Petronas, TNB, TNB Tenaga, PEMANDU, Suruhanjaya Tenaga dan agensi yang berkaitan untuk tempoh selama 3 tahun, mulai 2011.

Saya membantu memberi pencerahan kepada kakitangan PEMANDU, TNB dan Suruhanjaya Tenaga berkenaan satu sumber tenaga baharu – Gas Asli Cecair sebagai sumber bahan api untuk loji janakuasa dan kegunaan konvesional di bandar dan di rumah.

Pada 1990-an, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan konsep Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) untuk tujuan penjanaan kuasa eletrik.

Pemain utama yang memiliki IPP adalah Tan Sri Syed Mokhtar, Kumpulan YTL, Kumpulan Genting dan Ananda Krishnan. Sime Darby merupakan salah sebuah IPP tapi sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, tidak banyak perhatian yang diberikan.

Pemain-pemain ini memperolehi perjanjian yang paling menarik dan berat sebelah hinggakan bekas pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope iaitu seorang yang penuh intergriti enggan menandatangani perjanjian ini dan meletak jawatan sebagai protes.

Ia menyebabkan pembangkang menyerang kerajaan dan menyifatkan ia sebagai `perjanjian kroni’ malah tindakan kerajaan menganugerahkan subsidi yang banyak kepada IPP ini dipersoalkan.

Malah pada Mei 2011, salah seorang ahli parlimen pembangkang menyifatkan IPP sebagai ‘kilang dadah yang besar’ yang memerlukan jumlah subsidi yang sangat besar dari kerajaan, dianggarkan berjumlah RM19 bilion setahun.

Pada pertengahan 2011, saya dilantik sebagai perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang yang dimiliki sepenuhnya oleh Petronas.

Konsep penyimpanan LNG terapung ini menggunakan dua kapal LNG lama dengan sebuah jeti terapung, yang pertama seumpamanya di dunia, telah diutarakan oleh saya sendiri kepada CEO Petronas Gas.

Ia dapat menjimatkan Petronas namun disebabkan akibat ketidaksamaan harga LNG import dan gas tempatan, TNB yang memperolehi keuntungan yang sedikit dari IPP tidak dapat menyerap ketidaksamaan harga ini dan tidak dapat membeli secara terus gas LNG import ini, menyebabkan Petronas terpaksa bertindak sebagai pengimport dan pemberi subsidi.

Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan sebuah syarikat iaitu MyPower untuk merundingkan kembali perjanjian yang masih berbaki dengan IPP.

Selepas itu, 1MDB membeli IPP dari Ananda Krishnan pada Mac 2012, diikuti pembelian IPP Genting pada Ogos 2012.

Pada Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan perjanjian konsesi dengan IPP dan seperti yang ditetapkan, tempoh konsesi perjanjian dengan IPP yang dimiliki oleh Ananda tidak akan dilanjutkan, begitu juga dengan perjanjian baru konsesi dengan 3 lagi IPP.

Konsesi baru hanya diberikan kepada 1MDB dan TNB, bertujuan memastikan syarikat swasta membuat keuntungan yang berlebihan melalui subsidi kerajaan.

Kesilapan sejak 20 tahun lepas mengakibatkan Petronas dan TNB mengalami kerugian hingga RM100 bilion.

Sepatutnya pujian diberikan kepada PM Najib, Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB kerana menyelamatkan negara daripada subsidi berlebihan kepada syarikat-syarikat ‘anak emas’ rejim terdahulu.

Sepatutnya tarif elektrik untuk pengguna Semenanjung dinaikkan pada Julai tahun lepas dan Januari lalu, di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT) tetapi ia tidak berlaku kerana perjanjian baru ini lebih seimbang dan menguntungkan TNB.

Sebaliknya tarif elektrik diturunkan pada Mac lalu akibat penurunan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.

Melalui perjanjian ini juga, TNB mencatatkan keuntungan mulai 2012, 2014 dan suku pertama tahun ini dengan rekod keuntungan RM 2.3 bilion untuk 3 bulan pertama 2015.

Justeru pihak yang paling mendapat keuntungan dalam semakan perjanjian ini adalah TNB, pengguna dan Petronas.

Sementara pihak yang paling rugi pula adalah pemilik asal IPP, dan mungkin itu sebabnya mereka tidak gembira dengan 1MDB dan PM Najib, termasuk pemimpin kanan UMNO.

Isu mengenai Tun Razak Exchange(TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji pula tidak begitu signifikan berbanding jumlah yang berjaya dijimatkan melalui semakan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Sementara tuduhan pembangkang melibatkan penyalahgunaan dana oleh 1MDB, peranan dimainkan oleh Jho Low, kehilangan keuntungan dari pelaburan Petro Saudi dan yang terbaru, kontroversi pembelian sebidang tanah seluas 1.5 ekar bernilai RM 155 juta oleh anak syarikat Tabung Haji hanya bermula hujung tahun lepas ketika 1MDB tidak mampu menjana dana yang cukup untuk membayar ansuran hutangnya.

Isu ini semakin diputarbelit agar 1MDB dilihat kehilangan RM 44 bilion, meskipun ia tidak tepat.

1MDB tidak kehilangan RM 44 bilion sebaliknya mereka perlu mencari sumber lain untuk pembayaran semula hutang.

Akibat publisiti buruk ini, dikhuatiri Deutche Bank akan menuntut pembayaran hutang lebih awal.

Tetapi lebih baik jika kita tidak memuat spekulasi sebaliknya tunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka diperolehi pada Jun ini.

Selain itu, 1MDB turut mendapat perhatian peguam terkemuka dan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang tidak ketinggalan memberi ulasan dengan meminta Najib sebagai pengerusi 1MDB menjawab semua tuduhan yang dilemparkan.

Malah adik Najib yang juga pengerusi CIMB dalam satu mesyuarat juga menegaskan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB dan ahlinya perlu melakukan perkara yang sama.

Sebaliknya, kredit yang signifikan harus diberikan kepada kerajaan yang diketuai Najib untuk menyelamatkan negara ini tetapi beliau berdepan cabaran sementara akibat gangguan pembangkang.

Ironinya ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, pembangkang begitu lantang mempersoalkan layanan yang begitu istimewa dinikmati oleh IPP tersebut dan kini mereka sekali lagi cuba menggagalkan PM dan 1MDB untuk menyelamatkan negara dari menanggung subsidi yang terlampau banyak.

Tapi satu perkara yang pasti, agenda utama pembangkang adalah mencari salah dan melaungkan kesalahan itu, baik yang dilakukan oleh kerajaan atau pun syarikat berkaitan kerajaan. Ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan politik dan menarik sokongan pengundi ke arah mereka.

Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tinggalkan kepada para pembaca untuk membuat tafsiran sendiri terhadap isu ini. – FB Eol Zari



-UnReportedNews™®

Thursday, 6 June 2013

LAPAN LOGI AIR BERSIH BERNILAI RM16 JUTA DI SARAWAK

-KAMPUNG PULAU BRUIT DI PULAU BRUIT DI ANTARA KAWASAN YANG MENDAPAT BEKALAN AIR BERSIH-

1Malaysia Development Berhad (1MDB) membelanjakan kira-kira RM16 juta bagi membangunkan Projek Penyahgaraman Air Masin di lapan lokasi di negeri ini, sejak dua tahun lalu.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam 1MDB, Mejar (B) Datuk Zahari Sulaiman dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, lima dari lokasi itu telah dibangunkan iaitu di Beladin, Betong; Beting Maro, Batang Lupar Kampung Penipah dan Kampung Bruit di Daro serta Telok Melano, Sematan.

Katanya, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan di tiga lokasi iaitu Kampung Punan, Lawas; Kampung Lajong, Kuala Niah dan Lubuk Samsu, Simunjan yang dijangka siap hujung tahun ini.

"Kesemua projek itu dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi membantu dan meringankan beban penduduk setempat untuk menikmati kemudahan air bersih serta terawat.

"Apabila projek itu siap sepenuhnya, 1MDB bertanggungjawab menyelenggara termasuk menanggung setiap kos bagi tempoh dua tahun," katanya di sini hari ini. 

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List