Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR: Calon "Teruna" PAS Pandai Berceramah


PENGKALAN KUBOR: PAS menafikan calon parti itu yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim tidak pandai berceramah sehingga menjadikan suasana kempen 'lesu'.

Pengarah Jawatankuasa Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya mempunyai strategi tersendiri dalam berkempen iaitu mendekati pengundi di peringkat akar umbi dengan membuat lawatan rumah ke rumah.

"Tok Wan Di (Wan Rosdi) mempunyai latar belakang agama. Dia boleh berceramah, bagaimanapun kami menyimpannya seperti 'anak teruna'.

"Fokus calon kami adalah bertemu orang ramai, jadi kita tidak akan mengganggunya dengan program-progam kempen. Dia tidak akan memainkan isu," katanya pada sidang media harian di Markas Besar PAS di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kempen PAS yang dilihat tidak serancak Barisan Nasional (BN) kerana calonnya yang dilihat tidak agresif dalam berkempen, khususnya ketika menyampaikan ceramah.

Sebaliknya, Wan Abd Rahim berkata, slot kempen ceramah PAS akan diisi oleh penceramah yang terdiri daripada pimpinan tertinggi parti.

Mengulas lanjut beliau berkata, kempen secara senyap dan tidak mendapat liputan media adalah disengajakan.

"Bila calon kita pergi rumah ke rumah, ia tidak diberi fokus atau perhatian. Dia pergi secara senyap tanpa diketahui pihak media," katanya.

Menurutnya, PAS menyasarkan untuk berjumpa dengan 75 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Difahamkan, setakat ini PAS telah bertemu dengan 50 peratus daripada pengundi di DUN Pengkalan Kubor. -mStar

-UnReportedNews™®

Monday, 15 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR : PAS UMPAN RM300-RM2,000 BAGI SETIAP UNDI?


Sekarang ini sedang berlangsung hebat acara berkempen di seluruh Pengkalan Kubor. PAS bersungguh-sungguh mahu menawan kubu kuat UMNO selama tiga penggal berturut-turut itu dengan pelbagai taktik dan dakyah termasuklah menyerang peribadi calon BN dan juga memperlekehkan pondok pengajian yang dibina oleh calon UMNO itu.

Namun yang paling menarik adalah apabila Jentera PAS menjadikan golongan muda sebagai sasaran apabila mereka mula memainkan isu yang mempersoalkan kemampuan calon BN sekarang meneruskan legasi bekas ADUN Pengkalan Kubor dahulu. Jentera PAS turut mengugut pengundi sekiranya tuntutan royalti minyak berjaya diperolehi, kawasan Pengkalan Kubor yang dimenangi oleh UMNO-BN tidak akan menerima satu sen pun royalti berkenaan.

Sedangkan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri masih tercari-cari ruang dan kelemahan pada akta yang berkaitan untuk merealisasikan tuntutan mereka. Malah lebih tepat lagi, kempen royalti minyak sudah semakin hampir menyamai kempen HUDUD yang PAS pernah popularkan sedikit masa lalu sebelum PKR dan DAP mematikan kempen tersebut dengan ancaman, ugutan dan penghinaan ke atas PAS.

Daripada maklumat yang diperolehi, jentera PAS itu turut menawarkan pembelian ke atas Pemuda UMNO Cawangan dan PDM pada kadar harga antara RM300 sehingga RM2000 bagi memastikan mereka memberikan sokongan serta bekerja untuk PAS. Kerja utama mereka adalah untuk menarik pengundi-pengundi muda secara senyap sepertimana yang berlaku di Teluk Intan.

Untuk tujuan tersebut, PAS dikatakan telah memperuntukkan dana sekitar RM450,000 sehingga RM480,000 bagi memastikan golongan muda berpihak kepada mereka.

Manakala Jentera Dewan Muslimat dan Briged Muslimat pula bergerak dari rumah ke rumah dengan menjadikan golongan ibu tunggal, fakir miskin dan OKU sebagai sasaran. Mereka menggunakan slogan, UNTUK AKHIRAT.

PAS turut melakukan penyebaran risalah sekitar jam 4:30 pagi sehingga jam 5:30 pagi.

Pada masa yang sama, PAS juga sedang berusaha untuk mencungkil latar belakang peribadi calon UMNO-BN yang dikatakan pernah berkahwin sebelum ini tetapi tidak mempunyai anak. Bekas isteri calon UMNO-BN dikatakan telah menetap di Kuala Lumpur dan berkahwin lain.  

Tidak ketinggalan juga FITNAH yang sedang gigih dimainkan dan disebarkan oleh jentera propaganda PAS melibatkan kaum nelayan. Pengerusi Persatuan Nelayan yang pro-PAS dikesan memainkan isu bantuan one-off RM200 kepada nelayan. Menurutnya, bantuan itu sebenarnya berjumlah RM800 tetapi kerajaan dan Perikanan telah menyebat duit mereka sebanyak RM600. Oleh kerana itu, pihak kerajaan menurutnya, telah berhutang kepada setiap nelayan wang berjumlah RM600.

Dakyah tersebut dilihat memberi kesan apabila para nelayan yang kurang membaca sebaliknya sekadar mendengar cakap-cakap dan ceramah, mula termakan dengan hasutan berkenaan.

Nampaknya, PAS menggunakan apa-apa sahaja kaedah dan menghalalkan apa-apa sahaja cara asalkan matlamat mereka untuk menawan DUN Pengkalan Kubor tercapai! -The Flying Kick 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 26 August 2014

RAKAMAN SULIT: ANWAR PUNCA PAS KALAH PADA PRN SARAWAK YANG LEPAS


Audio rakaman suara yang dikatakan kepunyaan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan Ustaz Azariza Alawi pada (0:55) mendedahkan pengumuman Anwar Ibrahim yang Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika menang dalam PRN dulu yang membuat PAS kalah teruk di Sarawak.

Lantak koranglah PAS, "you play with the devil, the devil will get you for good," , itulah akibatnya jika bersubahat dengan jenis manusia durjana seperti itu ... kahkahkah!! 



-UnReportedNews™®

Friday, 27 June 2014

TEMENGGUNG DI SARAWAK GUNA GELARAN DATO' SRI PALSU?


Baru-baru ini UnReportedNews™® telah menerima satu email salinan surat dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Mohd Faudzi Che Mamat mengenai gelaran "Dato' Sri" yang digunapakai oleh Temenggung Tan Kian Hoo dari Kapit, Sarawak adalah tidak sah.

UnReportedNews™® juga di fahamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini Temenggung Tan Kian Hoo telah menggunapakai gelaran Dato' Sri dalam majlis-majlis formal di Sarawak yang didakwanya telah dianugerah dari Sultan Kelantan.

Semoga posting ini memberi pencerahan kepada rakan-rakan media serta orangramai khususnya di Sarawak and Malaysia amnya ke atas status gelaran "Dato' Sri" yang telah digunapakai oleh individu tersebut.

KUCHING, Khamis - Gelaran Dato ' Sri yang dipakai Tan Kian Hoo, seorang ahli perniagaan berasal dari Kapit didapati tidak sah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Mohd . Faudzi Che Mamat dalam satu kenyataan berkata, Sultan Kelantan tidak pernah mengurniakan darjah dan bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' Sri kepada ahli perniagaan itu. 

Menurutnya, semakan pejabat pentadbiran mendapati tiada terdapat Darjah Kebesaran Negeri Kelantan yang dipanggil Dato' Sri D' Raja dianugerahkan kepada lelaki berkenaan.

"Suka cita saya maklumkan bahawa mengikut rekod pentadbiran ini, tidak ada nama Tan Kian Hoo pernah dikurniakan apa-apa Darjah Kebesaran Negeri Kelantan yang membawa gelaran Dato' Sri," katanya.

Katanya, hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Al-Sultan Kelantan sahaja yang mempunyai kuasa hak mutlak untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan yang dipanggil Dato' Sri D' Raja.

Difahamkan, Kian Hoo yang juga merupakan pemimpin komuniti Cina Kapit menggunakan darjah kebesaran itu setelah dianugerah oleh Yang di-Pertua Persatuan Kerabat D' Raja DYMM Long Yunus, Tungku Panglima Raja pada 20 September 2012.

Bagaimanapun, gelaran dianugerahkan itu tidak sah mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembangaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang memperuntukkan bahawa: Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan Pangkat-Pangkat Kemuliaan, Pingkat-Pingkat Kebedaran dan Kehormaatan. (Utusan Sarawak MS 15, 27 June 2014)

PS: Kok ya pun nak meroyan sangat bergelar "Datuk" tu, tak payahlah carik title dari "jalan belakang", memalukan betul jer. Tengok macam aku, aku pun Datuk nih, dah bercucu nih! Kekeke!!! 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 29 October 2013

PRK SUNGAI LIMAU: PAS DAH SEDIA LANGKAH MAYAT KAPAL SINGH?

-ADA BAWANG, ADER LER HALIA, ADA ORANG, ADER LER DIER! TINDAKAN NEGARA BRUNEI MELAKSANAKAN HUKUMAN HUDUD BAGAIKAN MENGUJA PAS KELANTAN MENYATAKAN “PENDIRIANNYA” UNTUK MELAKSANA HUKUMAN YANG SAMA! DAH 30 TAHUN LEBIH LAGU TU JER, TAK TAKUT KER DENGAN KAPAL SINGH ATAUPUN SEKADAR GULA-GULA PRK SUNGAI LIMAU? KEKEKE!!!-

Kerajaan Pas Kelantan nekad untuk melaksanakan hudud meskipun terdapat pelbagai halangan dari pelbagai pihak termasuk rakan pembangkang.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri Kelantan tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan.

“Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Hududullah negeri Kelantan di sini.

Tambahnya, sambutan hukum hudud itu dilaksanakan bagi memberi gambaran sahih terhadap pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat kerana ia bersifat mendidik dan bukannya menzalimi.

Sejak akhir- akhir ini, pelbagai kes jenayah berlaku yang menakutkan dan berpandangan undang-undang ALLAH SWT adalah pencegahan kepada umat Islam dan wajib memperjuangkannya untuk dilaksanakan di negara serta negeri.

Sebelum ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Pelaksanaan undang-undang Islam tersebut berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan. -Rakyat News

-UnReportedNews™®

Friday, 4 October 2013

JOM MELIWAT?

-SEORANG TUKANG KEBUN DI KELANTAN MEMPUNYAI SATU HOBI YANG BEGITU EKSOTIK IAITU MELIWAT KANAK-KANAK! SETAKAT INI SERAMAI LAPAN ORANG KANAK-KANAK DILAPORKAN KINI SUDAH TEMASUK DALAM "SENARAI KOLEKSI"NYA! ADA SATU JE HUKUMAN BINATANG YANG BERTOPENGKAN MANUSIA NI-POTONG KOTE HIDUP-HIDUP SEBELUM DIPANCUNG! KEKEKE!!!-

Seorang tukang kebun dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan meliwat dan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan satu, September lalu.

Bagaimanapun, Azmi Naman, 56, dari Kampung Padang Langkuas, Kelantan, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Firdaus Abdul Rahim.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Azmi didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa, 13, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, pada 1 September lalu, kira-kira jam 1 petang.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Azmi didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa di lokasi sama, pada hari dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu, Azmi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377 E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Muhammad Firdaus menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, Azmi turut berdepan tujuh pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan tujuh pelajar lelaki berusia antara 11 hingga 13 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Azmi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa, 13, dengan maksud untuk mencabul kehormatannya dengan cara memegang kemaluannya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, 10 Ogos lalu kira-kira jam 12 tengah hari.

Dia didakwa mengulangi perbuatan sama di rumah berkenaan pada hari yang sama kepada seorang lagi mangsa, pelajar tahun enam, kira-kira jam 4 petang.

Azmi turut didakwa melakukan kesalahan sama kepada tiga lagi mangsa, masing-masing berusia 11 dan 13 tahun, pada 10 Ogos lalu, kira-kira jam 4 petang; 28 Ogos lalu, kira-kira jam 5.30 petang dan 6 September lalu, kira-kira jam 2.30 petang, di kediaman berkenaan.

Selain itu, Azmi didakwa mengulangi perbuatan itu kepada dua lagi mangsa yang masing-masing berusia 12 dan 13 tahun, di Markas Barisan Nasional Cawangan Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, antara 19 April hingga 4 Mei lalu, kira-kira jam 4 petang.

Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu, Azmi berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen serta lantikan peguam.

Rozianti turut membenarkan Azmi dibebaskan dengan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin, dan menetapkan syarat bahawa kedua-dua penjamin mesti waris terdekat Azmi dan juga kakitangan kerajaan.

Pendakwaan kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 20 September lalu melaporkan, seorang tukang kebun di sebuah sekolah di sini, diibaratkan bernafsu songsang apabila dipercayai tergamak meliwat lapan pelajar lelaki, dalam kejadian berasingan di rumah sewanya.

Suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak Januari lalu dan berlarutan sehinggalah rahsia terbongkar selepas salah seorang mangsa menceritakan kepada ibu bapanya. -SinarHarian

-UnReportedNews™®

Wednesday, 28 August 2013

SELUDUP DADAH DAPAT "BONUS" PISTOL PERCUMA!

-SECARA TIDAK LANGSUNG, IANYA MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN JENAYAH BERKAITAN SENJATA API! SELAIN DARIPADA GANJARAN WANG YANG LUMAYAN JIKA DAPAT MENYELUDUP DADAH DALAM KUANTITI YANG BESAR, PENYELUDUP BERKENAAN AKAN DI "HADIAH"KAN SAMAADA SENJATA API JENIS BARETTA, SMITH & WESSO0N, GLOCK ATAU COLT! WOW! SEMACAM SISTEM JUALAN TERUS JER, ADA BAGI BONUS! KEKEKE!!!-


Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia. 

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus. 

Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt. 

“Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 11 August 2013

LELAKI TERBUNUH BILA BUNGKUSAN BERISI BOM MELETUP!

-ALLAHYARHAM YUSRIZAL MAT ZAIN, 32, MATI DI TEMPAT KEJADINA APABILA MENGAMBIL BUNGKUSUN YANG DILETAKKAN DI ATAS BUMBUNG MPV MILIK ABANG IPARNYA DIHALAMAN RUMAH MENTUANYA DI TUMPAT KELANTAN! HEBAT! PISTOL, BOM & BUNUH KINI JADI "BERITA" HARIAN DI MALAYSIA!-

Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng dilaporkan Bernama sebagai berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.

"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.

Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.

Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.

"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.

Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian.

Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-UnReportedNews™®

Saturday, 3 August 2013

KABOOM! JANGAN MAIN MERCUN!

-MANGSA MERCUN PALING SENIOR TERKINI DI KOTA BHARU-

Sekadar  gambar hiasan
Padah mencuba menyalakan mercun bola yang ditemui di luar rumah, seorang bapa tunggal empat anak cedera di tangan kiri dan badan, malah mengalami masalah pendengaran apabila mercun itu tiba-tiba meletup ketika dinyalakan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Lubok Jong, Pasir Mas di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa, Abdul Rasid Abdullah, 55, dipercayai mangsa mercun tertua di negara ini dibawa ke Hospital Pasir Mas oleh jirannya sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Menceritakan kembali kejadian itu, Abdul Rasid berkata, sebelum kejadian, dia sedang bersendirian di depan rumahnya dan ketika berjalan-jalan, dia ternampak sebiji mercun bola yang masih mempunyai sumbu.

Katanya, dia memberanikan diri dengan mengambil mercun itu dan memeriksanya sama ada masih boleh digunakan atau rosak.

“Saya menyalakan mercun itu kerana mahu menguji sama ada masih elok atau rosak. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 12 July 2013

PRK KUALA BESUT: PAS GANU DI BULI PAS KELATE!

-NAK TEMBERANG APA, PAS KELANTAN TAK PERCAYA DENGAN PAS TERENGGANU DI KUALA BESUT! PAS TERSILAP PILIH MEREKA YANG TERLIBAT DALAM PRK TERSEBUT, DARI PEMILIHAN PENGARAH PILIHANRAYA HINGGALAH KE CALON PAS DALAM PRK KUALA BESUT! KEKEKE!!!-


Benarlah seperti kenyataan seorang sahabat dari PAS bahawa pencalonan Che Long sebagai calon PAS adalah satu kesilapan besar. 

Begitu juga dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya PAS di PRK DUN Kuala Besut juga adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh PAS Pusat. 

Dan sahabat berkenaan menelah bahawa kehadiran dan perlantikan gerombolan dari Kelantan, hanya akan menyukarkan PAS di Kuala Besut.

Ahli-ahli PAS ramai yang tidak tahu tentang perkara berkenaan. SMS yang dihantar oleh Wahid Endut menyatakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan PAS Pusat untuk melantik Husam Musa atau lebih tepat lagi memberikan kuasa kepada PAS Kelantan untuk berkuasa di Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu juga mengungkit tentang kesamsengan PAS Kelantan dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu apabila PAS Kelantan dengan bongkaknya menghalang PAS Terengganu daripada masuk campur dalam urusan pilihanraya kecil itu.

Bagaimanapun, dalam PRK DUN Kuala Besut, lain pula ceritanya.

Sebenarnya bukan Wahid Endut sahaja yang tidak berpuas hati berhubung keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa dan gerombolannya dari Kelantan untuk bekerja dalam PRK DUN Kuala Besut. 

Sedar tentang hal berkenaan, pada 11 Julai 2013, lebih kurang pukul 2:00 petang di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Saboh, Wan Nik Yusuf Ngah yang merupakan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan telah mendedahkan rahsia bahawa perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK DUN Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat.

Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. 

Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

Menariknya, selain daripada menyatakan bahawa PAS Kelantan sedang berusaha menyelesaikan atau mengelakkan isu-isu yang akan digunakan oleh UMNO-BN dalam pilihanraya kecil itu, Wan Nik Yusuf Ngah secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

Bahkan Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

Pada masa yang sama, maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. 

Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. 

Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

Nampaknya awal-awal lagi calon PAS di DUN Kuala Besut sudah berhadapan dengan sabotaj daripada parti sendiri, bahkan PKR yang sakit hati kerana kerusi DUN Kuala Besut yang mereka rebut, kekal di tangan PAS untuk ditandingi, turut melakukan kekejaman yang serupa. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 July 2013

VIDEO: MENANGIS AKU!

-WOII .. BULAN PUASA NI WOI! TAK BAIK LER! MAAF LER, AKU TAU, TAPI AKU DAH TAK TAHAN GELAK SORANG-SORANG NI, SEBAB TU AKU POST TIME MALAM! KEKEKE!!!-




-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 June 2013

PENGENDALI LAMAN WEB JIWANG.ORG DITAHAN!

-SUSPEK DIPERCAYAI MEMPEROLEHI RATUSAN RIBU RINGGIT MENERUSI LANGGANAN & PENJUALAN RUANG IKLAN DI LAMAN WEB TERSEBUT DIBERKAS & PERALATAN ICT BERNILAI RATUSAN RIBU RINGGIT DIRAMPAS DALAM SERBUAN POLIS DI KELANTAN BARU-BARU INI!-


Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.

Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara ini.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin yang dipetik mStar sebagai berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.

"Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian," kata Roslan kepada pemberita di Putrajaya siang tadi.

-UnReportedNews™®

Thursday, 9 May 2013

NIK AZIZ SEBENARNYA DIPECAT SULTAN BUKAN BERSARA?

-PADANLAH MARAH SANGAT SAMPAI NAK MELUDAH MUKA ORANG, RUPANYA  MURSYIDUR AM PAS NI DIPECAT SEBENARNYA, DAH, DAH, DAH, TUHE TAK SUKE ORE MARAH-MARAH NI! SELAMAT -AHEMM-"BERSARA" POK NIK! KEKEKE!!!-


Sumber dalaman PAS di Kelantan yang mengatakan Nik Aziz sekarang ni tengah kecewa teruk sebab tak dapat sambung jadi MB Kelantan hingga hujung nyawa.

Tak dapat sambung jadi MB Kelantan satu hal..Calon pilihannya pun kena reject juga...

Khabarnya Nik Aziz memang berhasrat nak menjadi MB Kelantan satu penggal lagi dan kemudiannya menyerahkan jawatan tersebut kepada Husam, itupun kalau semuanya okay, kalau tak okay, jawatan tersebut akan diserahkan pada Husam seperti yang dijanjikan.

Tapi, ingatkan cerah hingga ke petang...rupa-rupanya hujan di tengah hari. Segala perancangan Nik Aziz hancur berderai. Nik Aziz dipaksa bersara awal dan kerana dilihat menjadi ejen kepada pepecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. 

Jadi tidak hairanlah mengapa penyokong Husam mengamuk sakan, menuntut penjelasan dan Nik Aziz hanya mampu menjawab, "itu bukan kerja saya"...

Patut la kenyataan Nik Aziz sampai sanggup nak meludah muka orang, rupa-rupa marah sangat setelah dicop menjadi ejen kepada pepecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 30 April 2013

PRU-13: SEMO NI FITNAH BELAKA ATAS AMBO, NAFI NIK AZIZ PADA DAKWAAN DIA MEMILIKI TANAH JUTAAN RINGGIT!

-MURSYIDUL AM PAS MALAH MEMBIDAS SEKIRANYA BENAR BELIAU YANG MEMILIKI TANAH SEPERTI YANG DIDAKWA, MEMANG SUDAH TENTU BELIAU SUMBANGKAN! TOKSE ROYAK LAGI TENTANG "AMAL-JARIAH" TOK GURU, KAWE & SELURUH RAKYAT MALAYSIA PAHE TOK GURU NI MEMANG SORE PEMURAH HATI, KALO TAK MASAKAN TANAH SELUAS 10,526 EKAR DI BUMI KELATE PUN TOK GURU "SEDEKAHKAN" PADA DUA ORE AHLI DAP TAK LAME DULU KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!-



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat siang tadi telah menafikan dakwaan beliau memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar yang bernilai jutaan ringgit.

Nik Aziz yang dipetik mStar sebagai berkata, dakwaan terhadap beliau itu hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan mahu menjejaskan reputasi dan nama baiknya.

"Jika tanah itu betul milik saya, dah tentu saya sumbangkan. Bagaimanapun, saya hanya pemegang amanah atas tanah itu bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kabel optik untuk Kota Baru dan Kelantan di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media pada Selasa bahawa calon Bebas dari Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mendakwa Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

Sungguh beruntungnya dua sepupu ni..Kekeke!!!
Nik Aziz didakwa memiliki 14 lot tanah di Bandar Baru Tunjong, manakala isterinya Tuan Sabariah memiliki 13 lot tanah di sekitar Kota Baru termasuk dua daripadanya dipajak kepada Petronas selama 40 tahun untuk membina stesen minyak Petronas di Pulau Melaka.

Pendedahan Ibrahim yang dibuat pada Isnin itu ekoran mendapat maklumat mengenai pemilikan tanah Nik Aziz sebulan lalu, selepas menerima satu sampul surat mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Menteri Besar Kelantan itu dan isterinya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertahankan Nik Aziz berhubung dakwaan itu berkata, tanah tersebut sebenarnya adalah milik PMBK selepas pembelian terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 dan 2007.

"Kesemua tanah tersebut berada dalam kawasan rizab Melayu dan di atas pegangan hak milik 'selama-lamanya'. Institusi PMBK tidak ditafsirkan sebagai "Melayu" menurut Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930.

"Bagi tujuan menjaga kepentingan PMBK dan mempercepatkan proses pindah milik, pengurusan PMBK pada 2007 membuat keputusan supaya Datuk Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Ibrahim Ali minta penjelasan atas pekara tersebut
"Bagi mengesahkan keputusan itu, satu Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 telah dibuat antara PMBK dan Datuk Nik Aziz. Surat Ikatan Amanah tersebut adalah kekal berkuatkuasa sehingga hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin mencabar Ibrahim untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dakwaan itu adalah benar.

"Saya cabar beliau untuk membuat laporan (SPRM) dalam tempoh 24 jam dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Saya juga menasihatkan beliau untuk memeriksa semua fakta dengan betul sebelum membuat kenyataan lanjut," katanya.

-UnReportedNews™®

Friday, 19 April 2013

PRU-13: PAS KINI SETARAF SEKUTUNYA; DAP & PKR MENGAMALKAN KRONISME!

-KETIGA-TIGA PARTI PEMBANGKANG INI SEBENARNYA SAMA-SAMA HEBAT KERANA MASING-MASING MEMPUNYAI PELAKON AKSI KLAS 18+ YANG BERBAKAT NAMUN BEGITU, PAS TETAP UNGGUL DALAM KLASNYA YANG TERSENDIRI KERANA MEMPUNYAI SATU KELEBIHAN YANG TAK MUNGKIN AKAN DAPAT DIMILIKI OLEH DAP MAHUPUN PKR IAITU SPENDER PUTIH STOPA! KEKEKE!!!-


Pas kini sudah sebaris dengan sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP iaitu parti 'anak-beranak' yang mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme terutamanya dalam soal pemilihan calon pilihan raya.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh yang dipetik Utusan Online mendakwa, perkara ini terbukti dengan keputusan Pas Kelantan yang mencalonkan anak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau mendakwa, semua orang tahu Nik Abdul Aziz sudah lanjut usia dan entah berapa lama lagi akan mampu bertahan, justeru itu, beliau awal-awal lagi mempertaruhkan anaknya demi memastikan ada keturunan mereka kekal dalam jawatan politik.

Datuk Mohd Fatmi
Katanya, budaya kronisme dan nepotisme yang mula diamalkan Pas itu membuktikan mereka kini sudah tidak ada beza lagi dengan PKR dan DAP yang sedia maklum sudah sekian lama mengamalkannya.

"Kalau kita lihat DAP, Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen, anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti. Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat.  

"PKR pula, penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen, anaknya Nurul Izzah juga ahli parlimen manakala Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terus kekal menjadi presiden parti. Ini parti anak beranak bukan parti rakyat. Nama sahaja Parti Keadilan Rakyat, tetapi sebenarnya parti anak beranak. Ini bukti yang patut rakyat nilai, termasuk di Kelantan sendiri," katanya pada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Mohd Fatmi diminta mengulas mengenai pengumuman calon Pas dan PKR untuk menghadapi PRU-13 yang dilakukan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di Machang semalam.

Kombinasi kedua-dua parti itu dalam PRU-13 ini menampilkan 16 muka baharu dan yang paling mendapat tumpuan adalah pencalonan Nik Abduh anak kepada Menteri Besar dan Musyidul Am Pas.

Tambah Mohd. Fatmi yang juga merupakan calon BN Parlimen Kota Bharu, budaya begini tidak pernah berlaku pada BN yang apabila pemimpin masih berjawatan mempertaruhkan anak mereka untuk bertanding pada pilihan raya.

"Sebagai contoh, Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa mereka memegang jawatan

itu tidak ada seorang pun anak mereka menjadi wakil rakyat.

"Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak pernah mempertaruhkan anak untuk bertanding pada pilihan raya. Ini bezanya BN dan Pakatan Pembangkang," katanya. 


-UnReportedNews™®

Saturday, 13 April 2013

KERJA JAHAT UMNO MENG"EDIT" GAMBAR MUSTAFA ALI!

-UMNO HARUS BERTAUBAT! JANGANLAH SAMPAI GAMBAR ORANG CARI MAKAN PUN KORANG EDITKAN! INGATLAH, SEBESAR MANA PUN DOSA MEREKA-MEREKA DI DALAM PAS INI, DOSA MEREKA DAPAT DI AMPUNI DENGAN SEDIKIT "PUTARAN" FATWA & DOA OLEH TOK GURU NIK AZIZ! KEKEKE!!!-

Bismill..
-UnReportedNews™®

Sunday, 24 March 2013

AWAS! GAMBAR AKSI YANG MENAFIKAN BN MERAMPAS KELANTAN PADA PRU 13!

-APABILA BEBERAPA HARI SAJA NANTI SEBELUM PILIHAN RAYA KE 13 INI, PAS AKAN MEMPERGUNAKAN IMEJ "IKON" MEREKA UNTUK MERAIH UNDI SIMPATI! KEKEKE!!!-


Setelah imej Ketua Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sedang berdoa sambil menitiskan airmatanya seperti ini akan disebar oleh cai-cai pembangkang selang beberapa hari sebelum mengundi kelak, maka luluhlah hati pengundi-pengundi di Kelantan yang pada mulanya ingin memangkah Barisan Nasional (BN) kerana sudah muak dengan pemerintahan selama 22 tahun PAS di negeri tersebut yang tiada membawa apa-apa pembangunan selain daripada satu masjid.

Adik-adik, abang-kakak, pakcik-makcik, sahabat handai, saudara dan saudari yang berada di Kelantan, tabahkan hati anda semua, nekadkan di sanubari, ini kali lah Kelantan akan berubah! Ini kalilah setelah dua dekad bersama PAS, anda semua akan memilih BN agar segala pembangunan di Kelantan selari dengan pembangunan di negeri-negeri lain di Malaysia.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 26 February 2013

UDAH-UDAH LAH TU POK NIK, BERSARALAH, USAHLAH BUAT DOSA-DOSA KERING LAGI!

-APAKAH PAS BUTA, TOLOL ATAU SENGAJA MENJADIKAN MUSYIDUL AM PAS DATUK NIK AZIZ SEBAGAI "KAMBING HITAM" DALAM MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN AGAMA? MASYAALLAH, KENYANYUKAN NIK AZIZ DAH DITAHAP KRONIK PUN TAK SEORANG PUN BERANI MENEGURNYA! KEKEKE!!!-

Kalau kata merapu...mungkin ada yang tidak sedap dengar tetapi terdengar ada kalangan wartawan yang buat liputan berbisik sesama sendiri ... sah merapu.

Menurut laporan Agenda Daily, Datuk Nik Aziz Nik Mat sepatutnya memimpin bacaan doa sahaja diakhir Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) tengahari Isnin. Sebelum itu manifesto PRU13 Pakatan Rakyat dilancar.

Namun beliau mencelah untuk berucap ringkas sebelum baca doa itu.

Pada kesempatan itu Musyridul Am PAS itu antara lain relaks saja mendakwa menjadi matlamat UMNO agar Islam tidak ada tempat diatas dunia.

Yang lawaknya beliau cakap begitu di depan pimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng yang turut hadir dalam konvensyen itu.

Bukankah Guan Eng yang cadangkan dibenar terjemah Kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu dan bukankah Karpal Singh yang kata langkah mayat jika PAS nak laksana Negara Islam di Malaysia.

Bukankah PAS dan DAP beberapa kali bergasak dan tidak selesai-selesai sampai hari ini bab itu?

Nampaknya Tok Guru tidak tengok kiri kanan ... nak melepas geram dan dendam kesumat tidak kena tempat apabila membebel begitu.

Beliau cuba mengambarkan bagaimana Islam tidak ada tempat di semua negara yang berbilang kaum di dunia ini.

Katanya pergi kemana-mana ke Amerika ... ke Eskimo .., akhirnya Islam tidak layak dimana pun.

Ini konon-kononya nak tunjuk PAS lah sahaja yang perjuangkan Islam diatas muka bumi ini.

"Ini kehendak UMNO ... UMNO kehendaknya  Islam tidak ada tempat diatas dunia ini yang berbagai bangsa ... apa bezanya dengan komunis ... komunis kata Islam tidak boleh ... komunis buat masjid juga ...UMNO buat masjid,"katanya.

Beliau sebelum itu dakwa PAS dan DAP semakin popular diterima di semua tempat sekarang berbanding waktu dulu.

Katanya perkara ini tidak dapat ditentang oleh sesiapa.

Dakwanya satu 'khianat UMNO' Islam tidak layak di Malaysia kerana berbagai bangsa.

Beliau dipercayai nak kata UMNO tidak terima Negara Islam dibentuk di Malaysia (seperti diwar-warkan oleh PAS)  kerana penduduk negara ini ada berbagai kaum.

Nampaknya Guan Eng dan Karpal Singh boleh tersenyum lebar dan buat kenduri besar-besaran meraikan  gelagat Tok Guru yang nampak kuman di seberang laut tetapi kelabu mata pada gajah dan harimau yang tengah mengaum di depan mata.

Apa kata Tok Guru tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR yang cukup takut undi bukan Melayu lari...mereka setuju tidak dengan hajat PAS nak tubuh negara Islam?

Suruh Anwar jawab dulu ( kalaulah beliau berani jawab ) ... baru Tok Guru boleh teruskan membebel.

Takdir...misalnya pakatan menang PRU13 .... cubalah Tok Guru hentak kaki kata PAS nak tubuh negara Islam sekarang.

Karpal Singh akan keluar taring...Guan Eng akan buka kuntau .... Anwar akan lari lintang pukang.

So please, Tok Guru ... cakap biar berpijak di bumi nyata.Kalau kawan sebantal pun tidak boleh terima hajat PAS itu,  kenapa hendak menjerit melolong pada yang jauh.

Kalau drama mengarut ini berterusan siapa agaknya yang malu ...dan dituduh ' jual' agama untuk tujuan politik? Jawabnya Parti Islam Semalaysia.

Lebih elok Tok Guru settle dulu dengan DAP dan PKR bab itu ... sebelum perang besar u see ( jika pakatan menang...dan PAS bertegas nak tubuh Negara Islam ) atau lebih lawak lagi PAS menikus saja selepas itu lupa terus gurindam itu kerana khayal berkuasa.

Kita tahu Tok Guru tak sekali-kali akan berani settle dengan mereka bab Negara Islam sekarang.

Sebabnya mudah...Pakatan Rakyat akan kecoh,kacau bilau dan berantakan menjelang PRU13.

Jadi bottom line.....bukan agama yang didahulukan...tapi undi.Tak gitu Tok Guru?

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List