-PANAS! KISAH SEBENAR DI SEBALIK 20 AKAUN RM3 BILLION.
BAGAIMANA AZMIN-SHAMSIDAR KUMPUL KEKAYAAN LUAR BIASA?-
Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun
1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin
yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR
ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang
menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha sulit
kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan)sumber kekayaannya amat diragui.
Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi
bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti
fizikal yang nampak di depan mata iaitu 'Kereta Mewah' dan 'Rumah Mewah'. Tiada
siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit,
kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan
semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar,
bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.
Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya
berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar
berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza.
Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak
sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti-bukti baru (pemilikan saham).
Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan
Shamshida mampu memberi kereta mewah dan rumah mewah.
Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan
khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan
kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari
Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan
Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal
dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di
syarikat-syarikat tertentu.
Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM
dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya
di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak
wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari
Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida
memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak
setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan.
Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai
lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang
jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun
1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk
membeli saham.
Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana
pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar ? Bagaimana pula
dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?
Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?
Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur
tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,
beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.
Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah
menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua
Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.
Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd
Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah
tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR.
Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan
badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen
hari ini ?
Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta
mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya
siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan
Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan
yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada
apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.
Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan
98 ?
Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995
dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu,
kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin
juga dilepaskan.
Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan
polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998,
Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan
maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri
Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah
pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.
Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan
itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta
Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang
menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.
Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang
bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas
penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.
Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan
untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan
dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana
Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida
yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.
Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana
orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida
Taharin.
Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin
semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat
pengakuan ekslusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi
apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela
Anwar pula.
Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang
bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis.
Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999.
Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir
mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.
Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim
Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada
tahun 2009.
Ada kes yang masih belum terbongkar
Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang
terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan
sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau
Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda
politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.
Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi
dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu
serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir rm30
ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangrap selepas Anwar
dipecat daripada Menteri Kewangan.
Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong
menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu
melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai
pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar
Phileo Allied Bank.
Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di
Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun
bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang
merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana
penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.
Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh
menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi
akautan/financial controller Phileo.
Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu
terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida
Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan
Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja. Tentu Wan Azizah juga
ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula.
Sumber: MyMassa