Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

PANAS: PAS MENEGASKAN SAPA-SAPA JE BOLEH JADI MB SELANGOR BARU KECUALI WAN AZIZAH KIPAS?!!!


Memang sudah pasti tebal muka Nuar Brahim bila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak mentah-mentah isterinya si Wan Azizah Kipas sebaliknya meminta nama calon lain untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru mengganti MB Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim!

Sumber mengatakan Hadi dipercayai telah berkata demikian kepada Anwar Ibrahim ketika dalam satu pertemuan di Terengganu semalam menegaskan PAS tidak bersetuju President PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai MB Selangor Baru.

(baca selanjutnya di sini

-UnReportedNews™®

NUAR BRAHIM KE TERENGGANU, NAK PUJUK HADI AWANG KER?


Pada ketika ini, Anwar sedang berada di Rusila, Marang, masih berusaha untuk bertemu dengan Hadi Awang, Presiden PAS. Jangkaannya, Hadi Awang menyambutnya di muka pintu, ternyata meleset sama sekali. Sebaliknya dia yang terpaksa menunggu Hadi Awang pulang dari masjid berdekatan, sekaligus memberikan isyarat kepada Anwar Ibrahim yang turut disertai oleh ADUN Bandar, Azan Ismail bahawa kedatangannya tidak begitu dialu-alukan oleh Presiden PAS itu.

Turut menemani Anwar adalah Saifuddin Nasution, orang yang paling kuat MENCELAKAKAN Hadi Awang selepas Hadi Awang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, Anwar Ibrahim yang mengharapkan Hadi Awang akan datang berjumpanya di Prince Court Hotel, ternyata hampa apabila Hadi Awang langsung tidak datang, malah Anwar sebaliknya diarahkan ke Marang. Hadi Awang dikatakan tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim yang pandai mengarah itu ini dan kemudian membelakangi PAS dalam segala hal, termasuklah KAJANG MOVE. (baca selanjutnya di sini

-UnReportedNews™®

Friday, 4 July 2014

GAMBAR: LELAKI DISYAKI CUBA MENCURI TERLEKAT KEPALA DILANTAI!



DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 5 November 2013

BAYI KOMA, TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA DILARIKAN

-DUA LAGI TERCEDERA DALAM KEJADIAN KERETA DILARIKAN OLEH SEORANG REMAJA 17-TAHUN!-

Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.

Kejadian yang bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma.

Bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, manakala Che Mastura yang patah tulang rusuk juga dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu melarikan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu.

“Kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan dan pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka bersama bayi itu di dalam kereta.

“Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu hari ini.

Beliau berkata, ketika remaja terbabit memandu kereta itu menghala ke Dungun, berlaku pergelutan antara remaja itu dan Abdul Pirhat menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Waja dan sebuah lori tanah dari arah yang sama.

Rempuhan itu menyebabkan penumpang kereta berkenaan dan bayi mereka tercampak keluar daripada kenderaan itu, katanya sambil memberitahu yang remaja terbabit sebelum itu cuba melarikan sebuah Proton Persona di R&R yang sama tetapi gagal.

Jamshah berkata, selepas kemalangan di Km88 Jalan Jerangau-Jabor itu, remaja terbabit menahan kereta Perodua Myvi yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan berpura-pura meminta pertolongan.

“Apabila wanita berusia 18 tahun yang memandu kereta itu dan ayahnya berusia 55 tahun keluar daripada kereta, remaja terbabit dengan pantas masuk ke dalam
kereta dan melarikan kereta itu bersama ibu, adik dan dua anak saudara wanita itu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Waja serta pemandu lori yang dirempuh remaja itu tidak cedera.

Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.

Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan.

Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan. –Bernama

-UnReportedNews™®

Tuesday, 29 October 2013

TIGA DITAHAN “COP” WANG PALSU

-SUSPEK TERMASUK SEORANG WANITA DI TAHAN DI KUALA BESUT, TERENGGANU BERSAMA RATUSAN KERTAS SIZE A4 YANG TELAH DICETAK WANG DOMINAN RM100! PAKCIK & MAKCIK NI NAK CEPAT KAYA YER? KEKEKE!!!-


Dua lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah dan mencetak wang kertas palsu di Kampung Nangka, Kuala Besut di sini malam tadi. 

Mereka yang berumur antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan ke sebuah rumah di kampung itu pada 8 malam hasil maklumat orang awam, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria. 

Beliau berkata hasil serbuan itu, polis merampas 40 biji pil methamphetamine, 181 keping kertas bersaiz A4 yang bercetak depan dan belakang RM100 dengan nombor siri palsu, 26 keping kertas bersaiz A4 yang bercetak bahagian depan RM100 bersiri, tiga keping kertas bersaiz A4 yang bercetak belakang sahaja RM100 dan dua keping kertas menyerupai wang kertas RM100 yang siap dipotong. 

Kamaruddin berkata turut dirampas ialah pemotong kertas, pencetak jenama Canon dan dua notebook jenama Haier dan Acer serta satu komputer jenama Dell. 

"Seorang lelaki yang ditahan itu tidak bekerja manakala wanita itu adalah peniaga kedai makan dan suaminya yang berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah itu merupakan seorang mekanik," katanya. 

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang ditahan itu positif dadah. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Sunday, 15 September 2013

AMUKAN "ORANG MINYAK" MENCARI ANAK DARA!

-SEORANG MANGSA DI MARANG, TERENGGANU MENDAKWA "ORANG LELAKI MINYAK" SEPARUH BOGEL DIATAS BADANNYA MEMASUKKAN MINYAK DICAMPUR DENGAN BAHAN LAIN KE DALAM MULUTNYA! NGERINYA! KEKEKE!!!-

“Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 9 August 2013

CINTA ABADI: PASANGAN WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA SELANG SATU JAM DI PAGI RAYA

-MANA-MANA PASANGAN SUAMI ISTERI MENGHARAPKAN AGAR PERKAHWINAN MEREKA AKAN KEKAL SEPANJANG HAYAT, SEHIDUP SEMATI BERSAMA PASANGAN MEREKA. KEMATIAN PASANGAN SUAMI ISTERI WARGA EMAS YANG MENINGGAL DUNIA SELANG SEJAM PADA HARI RAYA PERTAMA MEREKA SEMALAM BAGAIKAN MENTERJEMAHKAN SEMUA INI! AL-FATIHAH-

Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza semalam.

Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian.

Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, yang dilapotrkan Bernama sebagai berkata bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang Khamis selepas keadaannya makin tenat.

"Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.

Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini.

Beberapa penduduk kampung yang ditemui Bernama menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi.

Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit.

Katanya mereka itu terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang.

"...mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama," katanya.

Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Panchor Jerangau di sini malam semalam.

-UnReportedNews™®

Friday, 26 July 2013

IDENTITI ORANG DI UPAH CHE LONG JADI WAKIL JIKA MENANG DIKENALPASTI?

-PRK KUALA BESUT SUDAH DIMENANGI BN DENGAN BERGAYA TAPI NAMUN MUNGKIN RAMAI YANG MASIH TERTANYA-TANYA SIAPAKAH INDIVIDU YANG MAHU DI "UPAH" CALON PAS TERSEBUT MENJADI WAKILNYA SEKIRANYA BELIAU MENANG! JOM KITA BONGKAR BERSAMA! KEKEKE!!!-

Isu akan "mengupah" seorang wakil berbangkit apabila calon PAS Che Long atau Azlan Yusof yang telah kalah dalam PRK Kuala Besut baru-baru ni secara spontan menjawab pertanyaan media dalam satu temuramah.

Kenyataan beliau yang "meminta izin untuk berniaga" dan akan mengupah seorang wakil sekiranya beliau terlalu sibuk dengan perniagaannya nanti adalah sesuatu yang amat luarbiasa bagi mana-mana calon yang akan bertanding dalam mana-mana pilihanraya.

Jika dikaji secara mendalam, "kesilapan" beliau pada sesi temuramah tersebutlah yang benar-benar menyebabkann beliau kalah dalam PRK berkenaan.

Alhamdullillah, BN telah menang bergaya dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU ke 13 yang lepas dan PAS ditolak sekali lagi oleh penduduk Kuala Besut.

Hanya sekadar buat renungan, sekiranya tertakdirnya Azlan menang hari tu, ye ler YB sibuk berniaga, siapakah agak-agaknya akan diupah beliau ye?

Mungkin kah individu di bawah ni? Penat-penat beliau jadi Pengarah PRK PAS Kuala Besut kan? Maklumlah, kalau tak dapat jadi MP, jadi "wakil" kepada ADUN pun jadi ler ...


Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 25 July 2013

PRK KUALA BESUT: CALON PAS KINI BOLEH TUMPU SEPENUH MASA BERNIAGA!

-BAGAIKAN SEDAR AKAN KEKALAHAN YANG BAKAL DITERIMANYA, CALON PAS CHE LONG TIDAK MENUNJUKKAN MUKA APABILA PENGUMUMAN PEMENANG PRK KUALA BESUT DIADAKAN! SELAMAT MAJU JAYA DALAM DUNIA BISNES CHE LONG! KEKEKE!!!-

Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof serta penyokong parti itu tidak hadir di tempat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Besut.

Kelibat Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' tidak kelihatan ketika pegawai pengurus pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menjemput calon Barisan Nasional (BN) dan PAS naik ke pentas sebelum keputusan rasmi diumumkan.

PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi.

Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.

Secara keseluruhan Azlan hanya menang di lima saluran daripada 37 saluran dalam kawasan DUN Kuala Besut.


Lima saluran tersebut ialah satu saluran di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, serta masing-masing dua saluran di pusat mengundi Kampung Baru dan Bukit Puteri. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 24 July 2013

PRK KUALA BESUT: KEPUTUSAN PENUH

-TAHNIAH CALON BN TENGKU ZAIHAN CHE KU ABDUL RAHMAN! TAHNIAH PENDUDUK KUALA BESUT! TAHNIAH RAKYAT TERENGGANU KERANA KEKAL DIBAWAH KERAJAAN NEGERI BN SELEPAS MENANG BERGAYA DENGAN MAJORITI 2,605 UNDI (SECARA TAK RASMI) DALAM PRK KUALA BESUT SIANG TADI MELEBIHI MAJORITI DALAM PRU-13 YANG LEPAS IAITU 2,434 UNDI! KEKEKE!!!-




Pulau Perhentian - BN 454 / PAS 179 Maj. 275

Seberang Barat - BN 805 / PAS 452 Maj.353 

Kampung Nail - BN 822 / PAS 523 Maj. 299 

Seberang Barat luar - BN 1590 / PAS 821 Maj. 769 

Tok Saboh - BN 1534 / PAS 959 Maj. 575 

Kanpung Nangka - BN 524 / PAS 510 Maj. 14 

Kampung Baru - BN 1006 / PAS 979 Maj. 27 

Bukit Puteri - BN 967 / PAS 946 Maj. 21 

Undi Awal - BN 582 / PAS 319 Maj. 263 

Undi Pos - BN 9 / PAS 0 Maj. 9 

Majoriti keseluruhan: 2,605 undi

*Namun keputusan rasmi pada 10:20PM menyatakan BN menang majoriti  2,597 undi. BN 8,288 PAS 5,691. Tapi menang juga kan? Kekeke!!!

(sumber

-UnReportedNews™®

PRK KUALA BESUT: SIAPA YANG BABI SANGAT NI?

-SIAPALAH YANG BABI LAKNAT MENYAMAKAN TOK GURU NIK AZIZ & DATUK SERI HADI AWANG SAMA DENGAN KHINZIR! NI BETUL-BETUL DAH SAMA DENGAN TAHAP KURANG HAJAR IBLIS NI! SECARA OBVIOUS & LOGIKNYA, INI BUKANNYA "PERMAINAN BN"! HABIS SIAPA YA?-


Ini adalah cubaan reverse-psywar (tahap tadika) yang telah gagal memberi impak dalam kempen PRK Kuala Besut! 

Ianya adalah satu tindakan yang dianggap terdesak, yang begitu siknifikan sekali untuk menyemarakkan perasaan amarah dan benci pengundi kepada BN dan sebaliknya memberi sokongan kepada pihak lawan.

Alhamdullillah, pengundi-pengundi Kuala Besut tidak terumpan akan taktik kotor dan mereka sendiri dapat membuat pengiraan siapa yang bertanggungjawab ke atas perkara ini.

Persoalan kini, adakah empunya-empunya badan berkaitan mengetahui perkara ini namun terus jua merelakan mereka sendiri di"perbabi"kan sedemikian rupa demi untuk meraih undi? 

Barisan Nasional: Wallahi Wabillahi Watallahi, Barisan Nasional tidak pernah mengeluarkan risalah penghinaan sebegini melainkan fitnah semata-mata!

-UnReportedNews™®

PRK KUALA BESUT: JAM 3 PETANG NI, BN DAH SAH MENDAPAT LEBIH 3,000 UNDI!

-AHLI KELUARGA CALON BN TENGKU ZAIHAN CHE KU ABDUL RAHMAN TELAH BERIKRAR MENYOKONG BN! PAS BAGAIMANA PULA? STEADY PENGUNDI KUALA BESUT! CAYALAH! KEKEKE!!!-


Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mempunyai keluarga yang besar di Kuala Besut, sekitar 3,000 orang.

Malah mereka mempunyai persatuan keluarga yang dikenali sebagai “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long”.

Faktor keluarga menjadi penyebab kepada kekuatan Tengku Zaihan dan ia ternyata benar apabila usaha menghimpunkan ahli keluarganya menjadi sambutan.

Baru-baru ini satu perhimpunan keluarganya telah diadakan di sebuah rumah salah seorang keluarga Tengku Zaihan yang dihadiri oleh sekumpulan ahli keluarga mereka di kampung Nail, kampung kelahiran ‘Abe Ku’ calon BN bagi PRK Kuala Besut.

Dalam perjumpaan itu, semua sanak keluarga berikrar memberi sokongan dan akan bekerja keras untuk kemenangan calon BN, Tengku Zaihan.

Bahkan, mereka telah membentuk suatu urusetia khas untuk memantau dan memastikan semua ahli keluarga mereka yang ramai itu keluarga mengundi, termasuk pengundi luar dari keluarga mereka akan diusahakan agar balik mengundi calon BN, Tengku Zaihan. (sumber

-UnReportedNews™®

PRK KUALA BESUT: BELUM LAGI PENGIRAAN UNDI, PAS UMUM KEKALAHAN?!

-MASAKAN TIDAK, PELBAGAI FITNAH & PEMBOHONGAN DITEBAR OLEH PAS DI SEPANJANG KEMPEN PRK KUALA BESUT! MALAHAN HINGGA KE TAHAP BAGI MINYAK FREE KEPADA PENGUNDI (21 TAHUN KEATAS)! TERDESAK SANGATLAH TU! KEKEKE!!!-

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2. Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan ladang limau

9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 23 July 2013

PRK KUALA BESUT: HADI AWANG MEMFITNAH?!

-“SEBAGAI ORANG AGAMA, HADI TIDAK PATUT BUAT TUDUHAN TANPA BUKTI!” SEBENARNYA DI TERENGGANU, TIADA PAKATAN ANTARA PKR & PAS SEPERTI YANG DI LAUNG-LAUNGKAN PEMIMPIN ATASAN KEDUA PARTI SEBALIKNYA PAS HANYA JADIKAN PKR TERENGGANU “PAKAT TANG” SAJER! DAH LAMER TAHU SEMUANYA WAYANG JER! KEKEKE!!!-

Ini bukan cerita reka tetapi meletup dari mulut Pengarah Pilihanraya PKR Terengganu, Yahye Zakaria.

Katanya, di Terengganu tidak ada pakatan antara PKR dan PAS seperti pemimpin-pemimpin atasan kedua-dua parti selalu laungkan.

Apa yang ada katanya, adalah PAKAT TANG ..dalam loghat Terengganu bermasuk pakat hentam.

Dan dalam PRU 13, terbukti PKR kena ‘hentam’ dengan PAS yang mahu memonopoli semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.  

Menurut Yahye, sebelum pilihan raya umum Mei lalu, PAS sudah hantar memorandum minta PKR serahkan kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU 12.

Nasib baik PKR dapat juga tujuh kerusi untuk ditanding tetapi PAS sabotaj apabila berlaku pertindihan di beberapa kawasan dengan turut meletakkan calon mereka.

Antara kerusi bertindih di DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera dan DUN Seberang Takir.

Memanglah PAS serah tujuh kerusi tetapi hanya di DUN Bandar sahaja dimenangi Pengerusi PKR negeri Azan Ismail.

Semua DUN lain lingkup kerana dipercayai penyokong-penyokong PAS tidak menyokong calon PKR.

Bukan itu sahaja malah motif itulah juga dikatakan sebab Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan ada calon PKR mengedar pil kuda dan menggantung potret pemimpin komunis di ibu pejabat mereka.

Bagi Yahye semua itu usaha PAS untuk menyapu bersih kerusi DUN di Terengganu sekaligus mengenepikan pengaruh PKR di negeri tersebut.

“Pakatan hanya ada di negeri-negeri sebelah Barat saja. Di Terengganu hanya ada PAKAT TANG,” ujar beliau yang turut serta dalam sidang media bekas calon DUN Bukit Besi Shamsul Mat Akin di Kuala Besut pada Isnin.

Shamsul sudah membuat laporan polis dan bercadang menyaman Hadi kerana mengeluarkan kenyataan fitnah adanya calon PKR mengedar pil kuda.       

Selain Shamsul, calon PKR bagi Adun Kota Putera Mohamed Abdul Ghani Ibrahim dan Ahmad Nazri Mohd Yusof  (DUN Seberang Takir) juga akan mengemukakan saman atas kenyataan Hadi pada April lalu.

Dalam kenyataan itu, Hadi menjelaskan mengenai tindakan PAS untuk meletakkan calon menentang calon PKR di tujuh kerusi pada pilihan raya umum 5 Mei, termasuk menentang tiga individu tersebut.

Menurut Yahye, tidak ada perbincangan PKR dan PAS peringkat negeri Terengganu.

“Sebagai orang agama, Hadi tidak patut buat tuduhan tanpa bukti,” katanya.

Pada sidang media jelas terbayang kekecewaan Shamsul dan Yahye terhadap tindak tanduk PAS Terengganu dan Hadi.

Malah Shamsul beberapa kali menahan sebak ketika sidang media itu kerana seolah-olah rasa dianiaya oleh PAS dengan fitnah tersebut hingga memalukan beliau dan keluarganya.

Bahkan, kata Shamsul, seorang kontraktor ada jemaah di masjid tidak mahu bersalam dengannya lagi kerana percaya tohmahan Hadi.

Barangkali kerana kekecewaan itu, ketika Agendadaily bertanya, apakah itu punca PKR Terengganu tidak turun berkempen membantu calon PAS bertanding pada PRK Kuala Besut, Yahye jawab rengkas, “Faham-fahamlah,”.

Bagaimanapun, mereka berdua mengakui masih ahli PKR dan akan meneruskan perjuangan di Terengganu walaupun PAS akan terus PAKAT TANG mereka.

Ambil kira pendedahan ini, jelaslah cakap-cakap bahawa hubungan PKR dan PAS memang ‘rapuh’ dan semata-mata mahu ke Putrajaya sahaja sedangkan hakikat sebenar masing-masing bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Harap-harap Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ada jawapan disebalik pendedahan Yahye ini. (sumber)     

-UnReportedNews™®

PRK KUALA BESUT: HADIAH HARIJADI NAJIB & AKU!

-SECARA KEBETULAN HARI NI ADALAH HARIJADI PM DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK & AKU! IANYA TEPAT JATUH SEHARI SEBELUM HARI MENGUNDI PRK KUALA BESUT! AKU PERCAYA PM NAJIB TAK NAK APA-APA HADIAH & BELIAU HANYA MAHU PENGUNDI-PENGUNDI KUALA BESUT MENG"HADIAH"KAN "SATU MASADEPAN YANG LEBIH TERJAMIN" KEPADA MEREKA SENDIRI DENGAN MENGUNDI BN! ENCHANG BN ENCHANG! KEKEKE!!!-

SELAMAT HARIJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK & SELAMAT MENGUNDI RAKAN-RAKAN DI KUALA BESUT, TERENGGANU!


 "PASTIKAN CALON BN TENGKU ZAIHAN CHE KU ABDUL RAHMAN MENANG BERGAYA DI PRK KUALA BESUT!"

-UnReportedNews™®

Monday, 22 July 2013

PRK KUALA BESUT: "UNDI BN TAPI JANGAN LUPA AMBIL RM500 DARI PAS!"

-BOLEH PERCAYA KER SELEPAS PANGKAH PAS NANTI BOLEH DAPAT RM500 TUNAI? DIFAHAMKAN ITULAH TAKTIK TERKINI YANG DIGUNAKAN OLEH PERAIH-PERAIH UNDI PAS! JANGANLAH TERPEDAYA, GERENTI BAYARAN SESIAPA YANG MEMANGKAH PAS NANTI AKAN DI "KIV"KAN SEBELUM DI "BURN" ATAU DILUPAI BEGITU SAJA! BERBALOIKAN PENDUDUK KUALA BESUT MENERIMA RM500 TAPI "TERSIKSA" DIBAWAH PIMPINAN ADUN "BONEKA" NANTI SELAMA SEPENGGAL KELAK? KEKEKE!!!-

Haa..Ni Printsceen aku, aku dah pangkah dah! Mana RM500 aku? Kekeke!!!
Wakil PAS di Kampung Beris Lampu dikatakah telah menemui beberapa pengundi dari kalangan ahli UMNO setempat dengan menjanjikan bayaran sebanyak RM500 sebagai balasan mengundi PAS.

Difahamkan bayaran hanya akan diberi selepas mereka mengundi dan sebagai bukti pengundi harus mengambil gambar kertas undi yang telah dipangkah dan ditunjukkan kepada wakil PAS.

Dalam kes ini suami Ketua Puteri UMNO Kampung Beris Lampu, Rozita Ismail dikatakan telah didatangi wakil PAS dan dibayar RM500 agar mengundi PAS. (Klik sini untuk baca selanjutnya) 

PS: Janji pembangkang mana boleh pakai .. semuanya auta je! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

PRK KUALA BESUT: ANWAR "TERPAKSA" JUGAK TURUN BERKEMPEN AKHIRNYA

-BAGAIKAN GAYA "JAGUH KAMPUNG", NUAR BRAHIM TURUN KE KUALA BESUT & MENURUT RAKAN BLOGGER MPP ONLINE; 200 RIBU MEMBANJIRI CERAMAHNYA DI KUALA BESUT! KO NI BIAR BETUL BRO? KEKEKE!!!-

Bertempat di Kampung Pusu Tinggi, Bukit Puteri Kuala Besut semalam, Anwar bersama dengan Hadi Awang turun memberikan ceramah bagi membantu calon Pas yang bertanding di kawasan ini..

Ramai yang datang beb.. Dianggarkan hampir 200 ribu rakyat setempat serta dari luar hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Anwar yang baru saja pulang dari Umrah katanya..

Didalam ceramahnya, Anwar menolak kemungkinan Umno akan menang di Prk Kuala Besut kerana dia mendakwa politik yang dibawa oleh Umno sudah ketinggalan zaman.

Bagi Anwar, Pakatan lebih diyakini dan dipercayai oleh rakyat kerana mampu membawa perubahan dan juga lebih Islamik dari Umno yang langsung tak memperdulikan tentang hukum Islam.

Hadi Awang yang berceramah bersama Anwar juga menegaskan Umno tidak lagi layak menjaga orang melayu. Umno katanya hanya tempat untuk mengkayakan kroni serta orang-orang tertentu sedangkan rakyat terseksa tidak terjaga kebajikannya. 



Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

GAMBAR: ZAHID HAMIDI MELAWAT PEGAWAI POLIS PUTUS KAKI

-DIFAHAMKAN, MANGSA SEWAKTU DALAM KESAKITAN SELEPAS PELANGGARAN ITU BERKATA, “APA DOSA SAYA? KENAPA DIA LANGGAR SAYA?"-


Menteri Keselamatan dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Zahid Hamidi melawat Inspector Farid Husni Mamat di HUSM yang terlibat kemalangan semasa menjalankan tugas.

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Farid, 33, cedera parah dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Peroi di sini kira-kira jam 4.20 pada Julai 17 yang lepas.

Motor yang ditunggang mangsa, seorang pegawai trafik yang bertugas dalam PRK di sini dan berasal dari Melaka telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan dan ketika kejadian sedang membuat rondaan biasa bersama seorang rakan.

Menurut saksi kejadian  pemandu kereta tersebut telah memotong satu kenderaan lain di garisan berkembar sambil  menggunakan talipon. 

Pemandu kereta tersebut dikatakan terkejut apabila bertembung dengan pihak polis dan terus memecut keretanya lalu melanggar mangsa. 

Mangsa tidak sempat mengelak  dan tercampak hampir 10 meter. Motor dan mangsa telah terkena  tembok sekolah.

Mangsa telah mengalami cedera parah apabila kaki kanan mangsa telah terputus telah dikejarkan ke hospital Jertih. 

Pemandu kereta yang melanggar mangsa telah menghilangkan diri namun suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kemudiannya berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan.





-UnReportedNews™®

Friday, 19 July 2013

PRK KUALA BESUT: NIK AZIZ BUANG TABIAT MINTA CALON BN UNDI PAS!

-BIAR BENO NI? TOK GURU NIK AZIZ SERU CALON BN UNDI SUPAYA DAPAT MASUK SYURGA? TIKET SYURGA TOK GURU SENDIRI, HUSAM MUSA & MAT SABU “DAH TEMPAH” KER? ALLAH SAJA YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA TERMASUK SESIAPA YANG AKAN MASUK SYURGA NANTI, BUKANNYA KERANA SESEORANG ITU DARI PAS MAHUPUN UMNO! KEKEKE!!!-

Pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut digesa supaya menolak calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno kerana parti itu didakwa tidak memperjuangkan ajaran Islam.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laporan mStar mendakwa, perjuangan Umno di atas semangat kebangsaan untuk membela bangsa Melayu tidak akan membawa ke syurga.

"Umno tolak Islam...ambil (semangat) kebangsaan. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris...tapi nak bela orang Melayu.

"Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat nanti bila ditanya...kamu bangsa apa? Melayu...haa boleh masuk syurga. Senang la macam tu.

"Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat, sebab itu Nabi Muhammad SAW bukan pembela bangsa Arab tapi pembela Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Beris Pak Abu di sini, Khamis malam.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu juga dilihat mengingkari janji PAS untuk berkempen secara sihat dan berhemah khususnya ketika Ramadan apabila menuduh parti lawan dengan pelbagai dakwaan.

Katanya Umno merosakkan pemikiran rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk masjid hingga menyebabkan umat Islam menjadi kedekut.

"Umno suruh buat masjid, tapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja.

"Kenapa saya kata tidak akan buat masjid? kerana Umno khianat kepada otak orang Kelantan. Mereka buat banyak masjid, surau. Akhirnya orang Kelantan menjadi kedekut.

"Cari duit hanya buat rumah, beli tanah, beli kereta...masjid tak buat. Ini satu kecelakaan yang menimpa," katanya.

Menerusi ceramahnya Nik Aziz turut menggesa pengundi termasuk calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman supaya mengundi PAS.

"Tolonglah...bukan sahaja orang PAS, tapi saya nak minta calon Umno sendiri undi PAS.

"Apa yang tak kena dengan PAS? PAS sebut tentang Islam...yang tolak Islam bukan Cina, tapi Umno yang menolak Islam," katanya.



PS: Kehadiran Tok Guru Nik Aziz di Kuala Besut men"kompom"kan lagi kekalahan PAS dalam PRK Kuala Besut secara rasminya. Selepas "ketelanjuran" Azle, calon "cari make" PAS menyatakan hasratnya akan "mengaji wakil' menjadi wakil rakyat jika beliau menang nanti kerana terlalu "sibuk dengan urusan perniagaan",  ceramah Nik Aziz semalam bagaikan memukul paku terakhir di keranda PAS menutup sebarang peluang untuk mencapai kemenangan. Nik Aziz, yang sudah begitu sinonim mempergunakan umpanan balasan syurga pada siapa yang menyokong PAS serta menggambarkan sebaliknya kepada yang enggan meyokong Pas pula sehinggakan lagak beliau persis bagaikan seorang penjaga pintu syurga yang bertauliah pula! Wallahu'allam.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List