Showing posts with label KDN. Show all posts
Showing posts with label KDN. Show all posts

Saturday, 2 August 2014

ISRAEL TUDUH MALAYSIA UNTUK TUTUP MALU


KUALA LUMPUR: Tuduhan yang dilemparkan Israel ke atas Malaysia berhubung pejuang Hamas merupakan propaganda yang dirangka oleh agensi perisikan Israel Shin Bet untuk mencemarkan nama baik negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, propaganda kononnya Malaysia menjadi tempat melatih pejuang Hamas juga bertujuan menutup malu Israel kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza.

“Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.

“Setakat ini hubungan dan kerjasama Malaysia dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan, dan kebudayaan sahaja,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menuntut Israel membuktikan dakwaan serius itu yang sengaja ditimbulkan selepas masyarakat antarabangsa mengecam keganasan tentera Israel ke atas Palestin.

Beliau bagaimanapun mengakui Malaysia merupakan penyokong kuat pejuang Palestin daripada segi moral dan bantuan kemanusiaan.

Katanya, sokongan padu rakyat Malaysia itu kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang terjalin sejak sekian lama.

“Ada kemungkinan ini menyebabkan pihak Israel tidak berpuas hati,” katanya.

(sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 18 July 2014

TIADA KEJADIAN TEMBAK-MENEMBAK DI ESSCOM SEPERTI DIDAKWA


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat menafikan berlakunya kejadian tembak-menembak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi ini.

Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.

"Janganlah terlalu seronok untuk menyebarkan khabar angin dan berita palsu melalui media sosial yang boleh mewujudkan kebimbangan rakyat.

"Jangan suka mengeruhkan keadaan kerana pihak keselamatan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keadaan di kawasan itu selamat," katanya kepada pemberita selepas rakaman ucapan Aidilfitri di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik sepatutnya bersatu hati demi keselamatan negara.

Terdahulu Bernama melaporkan Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun turut menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina di kawasan itu.

Abdul Rashid meminta rakyat negeri ini supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan khususnya Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terkawal.

Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCom atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keselamatan di ESSZone. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Wednesday, 5 March 2014

POLIS TERKORBAN, PEMBANGKANG "GHAIB"?

-SELAMA INI, SEGELINTIR PEMBANGKANG MEMPERSOALKAN SOP POLIS KETIKA MENJALANKAN TUGAS LEBIH-LEBIH LAGI BILA BERHADAPAN DENGAN PENJENAYAH! SEKARANG, ANGGOTA POLIS DAH TERBUNUH & CEDERA, BELALAH LAGI PENJENAYAH ATAU PALING SENANG, LU ORANG SENDIRI PERGI BURU PENJENAYAH! KEKEKE!!!-

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar melawat Koperal Mohd Aidil Mustafa yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari menegaskan anggota polis telah mengikut "Standard Operation Procedure" (SOP) ketika menjalankan tugas dalam insiden di Klang dimana seorang anggota polis terbunuh dan seorang tercedera manakala dua orang suspek penjenayah ditembak mati.

Dalam kejadian tersebut, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 47, ketika ini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital sama.

Kedua-dua anggota dari unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada awalnya melihat sekumpulan warga asing, termasuk tiga wanita, sedang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan dan cuba untuk memeriksa mereka.

Kesemua mereka ini berjalan dalam satu kumpulan, selepas memeriksa dan cuba menahan tiga wanita daripada kumpulan itu, beberapa orang lelaki telah menyerang anggota menggunakan parang dan pisau rambo sebelum menikam Raja Aizam di bahagian kepala dan menetak muka Mohd Aidil.

Mungkin ramai, terutamanya pihak pembangkang tak terfikir yang setiap hari, anggota-anggota polis kita bagaikan memperjudi nyawa sendiri demi untuk menjaga ketenteraman awam. 

Adalah lebih baik bagi pembangkang agar cuba memahami tanggungjawab dan menghargai jasa pihak polis dari mempersoalkan cara polis menjalankan tugas! Pendekata, kalo dah pandai sangat, lu sendirilah pergi buru penjenayah, baru lu rasa! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 24 December 2013

CUBAAN PECAHMASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI GAGAL, TEMBAKAN DILEPASKAN

-POLIS TERPAKSA MELEPASKAN TEMBAKAN SETELAH DUA SASPEK CUBA MENYERANG MEREKA DENGAN PARANG! SYABAS PDRM!-


Niat dua orang pencuri untuk memecahmasuk ke dalam rumah Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terletak di jalan Tengah berdekatan dengan Bandaraya Kuching pada awal pagi tadi tidak kesampaian apabila kehadiran mereka di sedari oleh pihak keselamatan.

UnReportedNews™® di fahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.15 pagi semasa dua orang anggota PGA dan tiga orang anggota rela meronda berdekatan rumah tersebut sebelum terserempak dengan dua orang lelaki bertopeng telah masuk kedalam pagar kawasan rumah berkenaan.

Apabila diarah untuk menyerah diri kedua saspek yang masing-masing bersenjata parang terus meluru kearah mereka dan salah seorang anggota PGA melepaskan tembakan ke udara menyebabkan kedua-dua saspek melompat keluar pagar dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Pemeriksaan lanjut oleh anggota PGA telah menjumpai satu alat pemotong besi, satu besi berhulu kayu dan beg sandang hitam yang ditinggalkan oleh saspek.

Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini berada di London, United Kingdom mengesahkan kejadian apabila dihubungi UnReportedNews™® sebentar tadi.

-UnReportedNews™®

Monday, 11 November 2013

RAKYAT MALAYSIA MENOLAK JENAYAH KEKERASAN

-KECEKALAN & INISIATIF PIHAK POLIS SERTA MAKLUMAT DARI ORANG RAMAI ADALAH KUNCI KEJAYAAN POLIS MEMBERKAS SUSPEK YANG MEROMPAK & MEMBUNUH PEGAWAI AMBANK! TAHNIAH PDRM & RAKYAT MALAYSIA!-


Tidak kira betapa baik atau "up-to-date" kelengkapan PDRM namun tanpa bantuan atau maklumat orang ramai, PDRM mungkin akan menghadapi masalah dalam usaha menegak dan menguatkuasakan undang-undang.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini sambil menambah bahawa rakyat bukan sahaja perlu menghormati dan mematuhi undang-undang tetapi juga perlu bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam yang selamat dan negara terjamin.

"Agensi penguatkuasaan juga tidak boleh di mana-mana dan dengan itu orang ramai mesti bertindak sebagai mata dan telinga mana-mana pelanggaran undang-undang.

Junaidi berkata demikian ketika ditemubual oleh UnReportedNews™® menerusi telefon pagi tadi mengenai kejayaan PDRM memberkas suspek perompak yang membunuh pegawai Ambank semalam.

"Tindakan polis mesti disokong sepenuhnya kerana mereka adalah pertahanan pertama dan terakhir terhadap jenayah dan mana-mana perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan awam ."

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong kini dalam lawatan rasmi ke Singapura untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri negara tersebut berkaitan keselamatan dan penyalahgunaan dadah.

Beliau juga yakin rata-rata rakyat Malaysia menolak jenayah kekerasan dan boleh bekerjasama dengan PDRM dalam usaha membentras apa jua kegiatan jenayah.

Sementara itu, suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek dikenali sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, dari Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi.

Katanya, Laode Ardina menggunakan dokumen pengenalan palsu dengan nama sebagai Ardi Hamzah dari Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. 

“Beliau dikatakan membeli pengenalan palsu daripada seorang lagi warga Indonesia sebelum memohon pekerjaan itu,” katanya.

Laode Ardina menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Bakar pada 23 Oktober sebelum melarikan RM450,000 namun polis percaya sejumlah besar wang disimpan oleh rakan Laode Ardina, seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Joemar. 

Semalam, polis menahan Laode Ardina di Johor semasa cuba melarikan diri ke luar negara di sebuah jeti di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

“Kami tahu suspek yang berada dalam tahanan melakukan jenayah dengan bantuan seorang rakan yang masih lagi bebas,” tambah Khalid lagi pada satu sidang media sebentar tadi.

Awal pagi tadi, siasatan pihak polis terhadap suspek menjurus kepada penemuan senjataapi iaitu selaras pumpgun yang berisi empat peluru dalam sebuah longkang besar kira-kira 500 meter dari tempat kejadian yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut..

-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 October 2013

LAGI KES TEMBAKAN MELIBATKAN JAGA BANK

-BELUM REDA LAGI KES ROMPAK BANK & BUNUH PEGAWAI AMBANK OLEH SEORANG PENGAWAL KESELAMATANNYA SENDIRI, SIANG TADI SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN DILAPORKAN MELEPASKAN TEMBAKAN DIDALAM SEBUAH BANK DATUK KERAMAT, PULAU PINANG SECARA TAK SENGAJA DIMANA BELIAU BERTUGAS! SELAIN MUSIM MENGAWAN, MUSIM BUNGA DAN SEBAGAINYA, ADA JUGAK "MUSIM JAGA MENEMBAK" YER? KEKEKE!!!-

Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang pamnya, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau menambah pengawal telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meolak rayuan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lepas agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Siasatan awal polis mendapati suspek kes tersebut, yang dipercayai seorang warga Indonesia telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di syarikat tersebut.

Susulan kes tersebut, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana didapati melanggar beberapa peraturan melibatkan pengambilan pengawal keselamatan.

-UnReportedNews™®

Friday, 11 October 2013

MENTERI KDN TAK PERNAH SOKONG KUMPULAN KONGSI GELAP!

-SEKALI LAGI PORTAL PRO PEMBANGKANG, MALAYSIAKINI MENG"SPIN'KAN TEKS UCAPAN DS ZAHID HAMIDI YANG "BOCOR" SEWAKTU TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT TIDAK LAMA DULU & MENGGAMBARKAN BELIAU MENYOKONG BEBERAPA KONGSI GELAP!-

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi meminta wartawan yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataannya dalam sebuah majlis tertutup di Melaka, Sabtu lalu untuk menyiarkan penuh ucapannya. 

Menurut Zahid, ucapannya jelas bahawa beliau tidak pernah menyokong kumpulan berkenaan apatah lagi bersama dengan mana-mana ahli kongsi gelap yang ada. 

Namun jelasnya lagi, disebabkan hanya separuh sahaja kenyataan daripada ucapan tersebut dikeluarkan, mesej yang sampai kepada masyarakat lari daripada maksud yang asal.  

"Saya harap wartawan yang dapat rakaman itu sebutkan semua sekali ucapan saya, bukan ambil yang sekerat saja. Saya tak pernah menjadi penyokong mana-mana kongsi gelap, saya tidak pernah," katanya.  

Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat yang diadakan pada 5 Oktober lalu bertempat di MITC Ayer Keroh mengundang kontroversi apabila teks ucapan beliau bocor dan disiarkan dalam satu portal pro-pembangkang, Malaysiakini.  

Beliau dikecam kerana dilihat cuba untuk membela kumpulan kongsi gelap yang digelarkan sebagai 'Tiga Line'.  

Dalam ucapannya di majlis tertutup itu, Zahid menyarankan agar kumpulan kongsi gelap itu untuk "menjalankan apa yang patut", namun telah dijelaskan bahawa kenyataan itu hanyalah sekadar gurauan.  

"PEKIDA ini merupakan sebuah NGO, dan 'tiga line' ini merupakan serpihan kepada PEKIDA itu. Sebagai serpihan yang tidak didaftarkan, ianya tentu satu pertubuhan yang haram, sebagaimana 48 lagi pertubuhan yang disebutkan oleh Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. 

"Tetapi tiga lini kebanyakannya melakukan program-program kenduri-kendara atau kematian di kalangan ahli-ahli PEKIDA, atau dikalangan sedara mara mereka. 

"Saya memberikan amaran, walaupun saya tidak lazim memberikan amaran ini, kalau ada dikalangan mereka menjadi bouncer, saya sebut dalam ucapan itu, atau penarik kereta, atau melakukan perbuatan jenayah, saya akan minta polis melakukan tangkapan sama seperti ahli kongsi gelap yang lain, jelas," katanya lagi. (sumber)

-UnReportedNews™®

Saturday, 5 October 2013

VIDEO: ZAHID KASI "WARNING" PADA MALAYSIAKINI!

-MENTERI KDN DS ZAHID HAMIDI YANG NYATA SUDAH "NAIK ANGIN" PADA MALAYSIAKINI YANG DIDAKWANYA SENTIASA "SPIN" FAKTA & MELAPORKAN BERITA YANG TIDAK TEPAT MENGENAI BELIAU & KDN! TARIK BALIK LESEN PENYIARAN DIER ORANG BARU TAU! PADANLAH MUKA MALAYSIAKINI! KEKEKE!!!-

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat meluahkan perasaan geramnya terhadap Malaysiakini apabila menegur wartawan portal berita berkenaan secara berdepan dalam satu sesi temu bual yang turut melibatkan wartawan daripada media lain.

Berdasarkan rungutan yang diluahkan Zahid berkali-kali, beliau nyata tidak berpuas hati dengan Malaysiakini kerana didakwa sentiasa spin atau melaporkan berita tidak tepat tentang beliau dan KDN.

Keadaan tegang, boleh dikatakan bermula selepas wartawan Malaysiakini bertanyakan sesuatu melibatkan angka padanya.

Saat itu, Zahid bertanya wartawan tersebut dari mana dan apabila mengetahui dari Malaysiakini beliau berkata, “Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus.”

Amaran Zahid tidak berakhir di situ apabila beliau kelihatan agak terganggu dengan wartawan portal berkenaan yang tidak berputus asa mahu bertanyakan soalan meskipun beliau sudah memberitahu tidak akan melayan sebarang soalan daripada Malaysiakini.

Sampai satu peringkat beliau berkata, “Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain.”

Menjawab soalan berkaitan laporan audit, Zahid menyatakan kehilangan 1.3 juta senjata di bawah PDRM bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewengan dan unsur-unsur rasuah. Sebaiknya kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan termasuk melibatkan pihak lain seperti awam dan syarikat kawalan keselamatan.

Sebelum dan selepas kenyataan berkaitan audit ini diterangkan pun, Zahid masih berkali-kali menitipkan pesan supaya kenyataannya itu ditulis dengan betul oleh Malaysiakini.

“You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang.

“You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali,” kata Zahid yang kelihatan marah tapi terkawal.

Malah sebaik selesai sesi temubual, Zahid menuju ke arah wartawan portal berita berkenaan. Beliau menolak untuk bersalam sebaliknya menepuk bahunya.

“Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. I monitor,” tegas Zahid kepada wartawan Malaysiakini sebelum beredar. 



-UnReportedNews™®

Friday, 4 October 2013

AMBIK KORANG! PINDAAN AKTA PCA DILULUSKAN!

-SIDANG PERBAHASAAN MENGENAI PINDAAN AKTA PCA YANG SECARA TEKNIKAL TELAH DILANGSUNGKAN SELAMA DUA HARI DI PARLIMEN AKHIRNYA DILULUSKAN! PINDAAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU DITAHAN SELAMA DUA TAHUN TANPA BICARA SERTA TEMPOH PENAHANAN TAMBAHAN DUA TAHUN LAGI JIKA PERLU. PINDAAN AKTA PCA INI TIDAK MELIBATKAN TAHANAN POLITIK & KHUSUS UNTUK PENJENAYAH! PESANAN KEPADA YANG MENENTANG AKTA INI; NGAPER? ADA PERANCANGAN NAK JADI PENJENAYAH KER? KEKEKE!!!-

Bayangkan jam di dalam Dewan Rakyat terpaksa 'dihentikan' .Ini yang berlaku menjelang detik 12 malam Rabu.

Waktu itu sidang Dewan Rakyat dikira masuk ke dalam ' no time zone'. Ini bermakna sekalipun sudah masuk hari Khamis ia tetap dikira hari Rabu.

Langkah ini  terpaksa diambil setiap kali jika sidang hendak melangkah masuk ke hari lain. ali ini dari Rabu ke Khamis.

Kalau sudah ditetapkan urusan perbahasan hendak diselesaikan pada hari itu juga maka sudah menjadi amalan sidang Dewan Rakyat perlu bereskan semua urusan pada hari berkenaan juga.

Ia mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).

Begitulah halnya dengan pindaan keatas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dibahas sakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Perbahasan yang panjang dan meleret-leret keatasnya berlaku gara-gara Ahli Parlimen pembangkang menentang pindaaan dan sebaliknya Ahli Parlimen BN menyokongnya.

Pindaan keatas PCA itu dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi pada awal petang Selasa dan dibahaskan sampai 8.30 malam hari itu. Khamis perbahasan disambung dari jam 11.30 pagi.

Akhirnya setelah menempuh hari yang panjang pindaan PCA diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen BN pada jam 12.50 pagi Khamis yakni 50 minit melepasi hari Rabu.

Senario ini mengambarkan betapa panasnya ia diperbahaskan oleh puak pembangkang yang berusaha untuk memperlekeh dan mengagalkan pindaan keatas PCA yang kerajaan anggap penting untuk membendung jenayah di negara ini.

Perkara yang dipertikaikan oleh mereka ialah pindaan itu akan membolehkan penahanan tanpa bicara keatas penjenayah selama tempoh dua tahun  dan boleh disambung dua tahun lagi selepas itu.

Alasan yang dihebohkan ialah ia melanggar hak asasi manusia serta mendakwa ia sama macam ISA.

Sebaliknya Zahid berkali-kali menjelaskan pindaan berkenaan cuma melibatkan penjenayah dan tidak melibatkan orang politik seperti ISA.

Beliau menegaskan penahanan seumpama itu perlu kerana terdapat banyak kes dimana sekalipun diketahui seseorang itu penjenayah tetapi tidak cukup bukti untuk diheret ke mahkamah.

Menteri itu mengingatkan kerajaan sangat menentingkan keselamatan dan kenteramaan awam.

Zahid juga turut menjelaskan bahawa perbincangan terperinci telah diadakan antara Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dalam proses menggubal pindaan keatas PCA sebelum dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai rang undang-undang itu.

"Tidak benar tuduhan Peguam Negara tidak berbincang dengan kami. Malah kami adakan seminar dan forum dengan beberapa badan bukan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas.

"Kita sama-sama rundingkan kerana kita tidak melakukan sesuatu secara semberono kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang dibuat untuk menangani permasalahan penjenayah," katanya..

Beliau turut menegaskan pindaan yang dicadangkan itu tidak mempunyai niat tersurat untuk menahan mana-mana pemimpin politik yang mempunyai fahaman atau pandangan berbeza.

Zahid berkata menteri tidak lagi mempunyai kuasa berbanding peruntukan membenarkan kuasa mutlak menteri untuk menandatangani arahan penahanan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang telah dimansuhkan.

"Dalam pindaan ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.

Sikap Ahli Parlimen pembangkang yang kelihatan seolah hendak mempertahankan pembangkang mengunakan alasan hak asasi manusia telah membuatkan kalangan Ahli Parlimen BN bersemangat mematahkan hujah-hujah mereka.

Rabu...bukan sahaja kalangan Ahli Parlimen BN malam menteri,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbahasan.

Malah Najib tunggu hingga menjelang akhir sidang bila pindaan PCA diluluskan.

Tidak kurang menarik Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sendiri telah mempengerusikan sidang secara marathon selama lebih lapan jam.

Ini mendorong Zahid mengucapkan terima kasih banyak pada Pandikar semasa ucapan beliau sejurus pindaan diluluskan.

Selain dari kalangan Ahli Parlimen .. drama dan ketegangan perbahasan turut dirasai oleh para wartawan yang membuat liputan.

Ada juga kedengaran mengeluh melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang cuba sedaya upaya nak tonjolkan hujah negatif mengenai pindaan itu dan beri hujah sama berulang-ulang.

Antara yang paling vokal ialah Ahli Parlimen mereka yang kerja sebagai peguam seperti wakil dari PKR-Padang Serai, Kedah N.Surendran, PKR-Subang S Sivarasa dan PAS-Sepang Hanipa Maidin.

Di pihak BN pula Datuk Noh Omar BN-Tanjong Karang,Datuk Azalina Othman Said BN-Pengerang, Datuk Azeez Rahim BN-Baling, Datuk Bung Mokthar Raden BN-Kinabatangan bertindak mematahkan hujah-hujah mereka. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 17 September 2013

KERAJAAN HARAMKAM MANA-MANA PIHAK IKTIRAF CHIN PENG SEBAGAI WIRA!

-TIADA SEBAB MENGAPA CHIN PENG DIANGKAT SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN SEBALIKNYA, DIA HARUS KEKAL DI ANGGAP SEBAGAI KETUA PENGGANAS YANG MELAKUKAN BANYAK KEGANASAN TERHADAP ORANG AWAM, TENTERA & POLIS SEWAKTU DARURAT! HANYA ORANG YANG BUTA SEJARAH SAHAJA YANG BOLEH MENGGAMBARKAN BAPAK KOMUNIS INI SEBAGAI WIRA! KEKEKE!!!-

Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana kumpulan untuk mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua komunis yang meninggal dunia pada Isnin sepatutnya kekal dianggap sebagai seorang ketua pengganas.

"Dia mungkin mati, tetapi keganasan yang dilakukannya terhadap tentera, polis dan orang awam semasa Darurat tidak akan dilupakan.

"Kerana dia, ramai tentera dan polis terbunuh, isteri-isteri mangsa jadi janda dan anak-anak jadi yatim piatu," katanya ketika dihubungi di Melbourne.

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata adalah ironik Chin Peng meninggal dunia pada sambutan Hari Malaysia ke-50.

"Perjuangannya ke atas penjajah British bukan untuk menuntut kemerdekaan tetapi lebih kepada perjuangan menentang kapitalisme dengan harapan mewujudkan penjajahan baru," katanya.

Sanusi berharap ahli sejarah akan menulis versi yang betul mengenai apa sebenarnya yang berlaku dari awal pemberontakan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut bertegas bahawa mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara ini.

Beliau berkata Chin Peng merupakan seorang pengkhianat yang menjejaskan kedaulatan negara.

"Kematiannya tidak akan pernah dianggap sebagai satu kerugian berikutan pengkhianatan dan keganasan yang dilakukannya pada suatu ketika dulu.

"Dia dan pengganas PKM telah melakukan kekejaman, membunuh ribuan tentera, anggota keselamatan dan orang awam," katanya.

Hishamuddin berkata, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak bersetuju dengan permintaan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia di saat dia jatuh sakit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tunaku Jaafar berkata Chin Peng tidak pernah dikurniakan kerakyatan Malaysia di bawah perjanjian Kemerdekaan 1957.

"Dia patut dikebumikan di tempat dia meninggal," katanya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 11 September 2013

ELAK PERJALANAN KE ZAMBOANGA YANG KINI SEDANG BERGOLAK

-MALAYSIA MENGIKTIRAF & MENGHORMATI KEDAULATAN NEGARA RAKAN SE-ASEANNYA ITU & TAK SESEKALI AKAN MENCAMPURI URUSAN DALAMAN NEGARA FILIPNA NAMUN ATAS SEBAB KESELAMATAN, KERAJAAN MALAYSIA MENASIHATI AGAR SEMUA WARGANEGARANYA ADA PERANCANGAN UNTUK PERGI KE SANA MENANGGUH PERJALANAN MEREKA SEHINGGA KEADAAN KEMBALI PULIH! APASAL PLAK AKU TERINGAT PADA SI KIRAM YER? KEKEKE!!!-

Tiada rakyat Malaysia dikesan berada di kawasan pertempuran bersenjata antara sekumpulan anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pasukan keselamatan Filipina di Zamboanga, selatan Filipina.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini menyatakan walaupun demikian, Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City telah diarah mengambil langkah sewajarnya bagi membantu rakyat negara ini yang mungkin terjejas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang perairan Sabah bersempadan dengan selatan Filipina, jelas Anifah dan menambah, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke kawasan berkenaan juga diminta menangguhkan sementara perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan kembali pulih.

Menjelaskan sebagai fasilitator kepada proses damai antara Kerajaan Filipina dan MILF, Malaysia tetap komited dengan usaha ke arah penyelesaian konflik secara aman demi kebaikan semua pihak, beliau juga menyuarakan keyakinan Malaysia terhadap kedua-dua pihak akan meneruskan proses damai ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang perpanjangan di selatan Filipina.


"Pertempuran itu merupakan isu dalaman, Malaysia yakin keadaan dapat dikawal dan kedua-dua pihak mampu memulihkan semula keamanan di kawasan terbabit," katanya sambil menegaskan, Malaysia tetap menghormati prinsip dan semangat Asean untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara anggota.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 10 September 2013

MALAYSIA BERSEDIA TANGANI KEBANGKITAN MNLF JIKA CEROBOHI SABAH

-SUSULAN SERANGAN TERKINI PEMBERONTAK MNLF DI ZAMBOAGA-FILIPINA, MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN AMARAN KESELAMATAN & MEMPERSIAP-SIAGAMKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SERTA MEMPERTINGKATKAN KAWALAN DI SEPANJANG SEMPADAN PERAIRAN NEGERI SABAH UNTUK MENGHADAPI APA SAJA KEMUNGKINAN BERLAKU!-

Askar Filipina di Zamboaga menangangi pemberontak MNLF
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan di perairan pantai Sabah akan segera bertindak sekiranya wujud sebarang pencerobohan.

Laporan media pada Isnin menyatakan terdapat kira-kira 400 anggota bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) cuba memasuki pantai Timur Sabah ekor an pertempuran yang berlaku di Filipina dengan tentera kerajaan.

"ESSCOM bukan hanya terdiri daripada aspek ketenteraan, ia turut merangkumi polis, bahagian perisikan serta kerjasama serantau antara kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Filipina dan mereka sentiasa dalam keadaan bersedia. Kita akur keluasan pantai timur Sabah merangkumi ribuan kilometer persegi, namun bahagian berkenaan sentiasa dipantau oleh ESSCOM."

"MNLF sentiasa cuba memutar belitkan isu ini...Kita telah sebut ini banyak kali, tentera kita masih ada di sana. Jika mereka cuba ceroboh walau seinci tanah kita seperti mana yang berlaku di Lahad Datu, kita tahu bagaimana cara untuk perangi mereka," katanya dalam satu laporan berita di Petaling Jaya, Selangor semalam. 

Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan MNLF dilaporkan cuba memasuki pantai timur Sabah selepas menyerang bandar Zamboaga di selatan Filipina dan menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam insiden tersebut dan setakat ini dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Dalam perkara yang berkaitan, Malaysia telah mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan Sabah dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.

Nur Misuari
Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan MNLF menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan dan menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut dan dilaporkan juga sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad di Kota Kinabalu semalam dilaporkan dalam satu laporan berita memberitahu bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga. 

"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya dan dengan kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.

MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.

-UnReportedNews™®

Thursday, 5 September 2013

"GANGSTER" DALAM POLITIK DAH DIKENALPASTI!

-KDN SUDAH MENGENALPASTI ANGGOTA KONGSI GELAP YANG "MENYERAP" MASUK KE ARENA POLITIK NEGARA INI! JIKA DAH "BERSARA" & BERTAUBAT, TAK APA LER TAPI TAKUT-TAKUT JER KEDUDUKAN & PENGARUH POLITIK DISALAHGUNA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PEMBABITAN KONGSI GELAP KE TAHAP YANG LEBIH DAHSYAT LAGI! GODFATHER TU! KEKEKE!!!-

Kementerian Dalam Negeri sudah mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.

"Sekiranya ahli politik ini adalah bekas anggota kongsi gelap, mungkin mereka sudah bertaubat dan tidak adillah untuk mengaitkan mereka lagi dengan kongsi gelap. "Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan undang-undang." 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan Kota KInabalu.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan yang pernah menjadi ketua kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang. 

Dalam perkembangan berkaitan gangsterisma, kawalan disepanjang sempadan Thailand diperketatkan bagi mengelak ahli-ahli kumpulan kongsi gelap membuang tatu mereka di negara tersebyt.

Difahamkan polis Perak telah menubuhkan pasukan khas untuk mengawal kawasan sempadan dengan Thailand bagi mengawasi pergerakan ahli kumpulan kongsi gelap menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pasukan berkenaan ditempatkan di sempadan Pengkalan Hulu.

"Kami sedang mengawasi pergerakan mereka," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa ahli kumpulan kongsi gelap dikatakan menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka bagi mengelakkan mereka di tahan dalam Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

-UnReportedNews™®

Sunday, 1 September 2013

AHLI-AHLI KONGSI GELAP SARAWAK AKAN MULA DIBURU?

-KDN SEDANG BERUSAHA KE ARAH PENGUNAAN AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 YANG SECARA TEKNIKALNYA, HANYA BOLEH DIPERGUNAKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA UNTUK MEMBOLEHKAN IANYA DAPAT DILAKSANAKAN JUGA DI SABAH & SARAWAK! AMBIK KORANG! KEKEKE!!!-

Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sedang digunapakai pihak polis di sepanjang "Ops Cantas" dalam skala besar-besaran di seluruh Malaysia, khususnya di Semenanjung Malaysia bagi membentras ahli-ahli kongsi gelap akan di"lebar"kan perggunaannya di negeri Sarawak dan Sarawak, dalam masa yang terdekat ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, secara teknikal, Sarawak tidak "terikat" dengan akta berkenaan yang telah dilulus serta diwartakan oleh kerajaan pada tahun 1959.

"Akta Pencegahan Jenayah 1959 telah awal diwartakan sebagai undang-undang di institusi perundangan negara ini (Tanah Malaya)iaiu empat tahun (pada tahun 1963) sebelum Sarawak "bergabung" dengan Tanah Malaya, Sabah dan Singapura untuk membentuk Negara Malaysia."

"Dari segi teknikal, Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak meliputi Sarawak dan Sabah dan selama ini, ianya hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia," jelas Junaidi sambil menambah, keadaan ini telah mendorong Kementeriannya berusaha kearah penggunaan akta berkenaan akan dikuatkuasakan di kedua negeri tersebut.

"Keputusan ini (untuk mengusul cadangan meminda Akta tersebut untuk dipergunakan juga di Sarawak dan Sabah) begitu tepat pada masanya, selari dengan usaha kerajaan dalam memerangi jenayah terancang serta menjamin keselamatan rakyat pada tahap lebih tinggi."

"Disamping itu, ianya akan memudah dan memperkasakan pihak polis dalam menjalani tugasan mereka, terutamanya yang berkaitan dengan pencegahan jenayah," jelas Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong kepada UnReportedNews™® semalam.

Dalam perkara yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata "Ops Cantas" yang dilancarkan pada bulan ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dalam usaha membentras kegiatan jenayah kongsi-kongsi gelap di seluruh negara namun buat negeri Sabah dan Sarawak, polis telah menggunakan  pendekatan yang lain dalam usaha yang sama kerana Akta tersebut tidak meliputi kedua negeri di Pulau Borneo ini.

"Setakat ini, jumlah keseluruhan individu yang telah disoalsiasat  berkaitan jenayah kongsi gelap di Sarawak sejak Operasi-operasi Anti-Jenayah dilancar secara bersiri dari 19 dan 28 Ogos adalah 1,425 orang dan daripada jumlah itu, 55 individu telah ditahan bagi membantu dalam penyiasatan ke atas pelbagai spates jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan kecurian kenderaan," jelas Bakri kelmarin ketika dalam lawatan rasminya selama sehari di Sarawak sebagi tetamu terhormat di majlis penyerahan tugas antara bekas Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani kepada Datuk Muhammad Osman.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List