Ramai juga ahli UMno menentang UMno dan BN untuk bertanding tiket
bebas di kerusi Parlimen dan DUN. Bukti UMno BN lagi teruk daripada PR.
UMno hanya boleh berkata mereka akan dipecat. Menariknya ada yang
memecat diri terlebih dahulu sebelum dipecat seperti Datuk Kamilia
Ibrahim yang melepaskan semua jawatanya dalam UMno. Membujur lalu
melintang patah dan mereka tak kisah.
Mereka ialah 22 ahli UMNO, dua daripada Gerakan dan seorang daripada MCA.
- Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar
- Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor, DUN Sungai Dua
- Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang
- Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang
- Ketua Penerangan UMNO cawangan Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak
- Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak
- Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
- Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
- Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu