Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 25 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Pakatan 7-BN 1



BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos: Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.


Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak.

"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah."

Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi.

"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."

ImageNada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.

"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."

"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."

"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."

Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.

"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."

"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga."

ImageBercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.

Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.

"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."

"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.

Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.

Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini. harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Pas menang besar

CALON PAS, Mohad Salleh Man berbuka puasa dengan memakan kurma selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja. _harakahdaily


Zamri lawan Nizar:75% keluar mengundi di Permatang Pasir

Penyokong-penyokong BN dan PAS kelihatan 'penat' dan hanya duduk di bahu jalan berhampiran pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow, Permatang Pasir. Suasana sekitar 12.40 tengah hari. Suara sorakan tidak kedengaran dan kehadiran pengundi juga kurang.
NASIHAT... Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abd. Rahim Mohd. Salleh menasihatkan penyokong PAS menanggalkan lambang parti itu pada topeng perlindungan pernafasan di kawasan Samagagah. Penyokong PAS ini pula berhujah ia cuma topeng perlindungan pernafasan bagi mengelak dijangkiti wabak influenza A(H1N1). SPR menguatkuasakan larangan mempamerkan lambang, logo dan bendera parti di kawasan sekitar pusat pengundian pada hari mengundi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

SEBERANG PRAI: Proses mengira undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sedang berlangsung dengan peratusan keluar hanya 73 peratus.

Peti undi pertama akan tiba di pusat penjumlahan di IKBN menjelang 7 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan paras itu sebagai memuaskan walaupun kurang sembilan peratus berbandung tahap dicapai pada Mac 2008.

"Apa sahaja paras melebihi 70 peratus kami gembira, kemungkinan 73 peratus ini kerana ramai pengundi di luar Permatang Pasir tidak pulang untuk mengundi, keadaan cuaca bukan masalah... cuaca baik," katanya. Proses pengundian berlangsung dengan lancar walaupun wujud ketegangan di sana sini, tetapi rata-rata penyokong parti menyifatkan sebagai "hari pengundian yang membosankan" kerana terlalu banyak peraturan dikuatkuasakan.

Pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.

Keputusan akan diumum pukul 8 malam ini.

BERITA TERDAHULU:

SEBERANG PRAI: Pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir sudah berakhir dengan peratusan keluar mengundi dalam lingkungan 75 peratus.

Proses pengundian berlangsung dengan lancar walaupun wujud ketegangan di sana sini, tetapi rata-rata penyokong parti menyifatkan sebagai "hari pengundian yang membosankan" kerana terlalu banyak peraturan dikuatkuasakan.

Pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.

Keputusan akan diumum pukul 8 malam ini.

BERITA TERDAHULU:

Dilarang rayu undi: Penyokong bosan, tinggalkan tempat undi

SEBERANG PRAI: Peratusan pengundi yang keluar mengundi mengalami peningkatan selepas tengah hari tetapi penyokong-penyokong parti yang bertanding pula sudah meninggalkan kawasan pusat pengundian ekoran penguatkuasaan peraturan-peratusan baru di Permatang Pasir.

Penyokong-penyokong parti yang bertindak sebagai perayu bertindak meninggalkan kawasan pusat pengundian sejak 1 tengah hari tadi, dipercayai selepas bosan kerana tidak boleh 'berkempen' dan merayu undi pada minit-minit terakhir kali ini.

Difahamkan ia juga ada kaitan dengan bulan Ramadan yang bermula 22 Ogos lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, jumlah yang keluar mengundi sudah mencecah lebih 60 peratus setakat 3 petang tadi.

"Sehingga 1 tengah hari, 53.3 peratus sudah keluar mengundi," kata beliau ketika dihubungi.

Kadar itu meningkat kepada 65 peratus setakat 3 petang.

Mengenai trend yang menunjukkan perayu-perayu sudah mula meninggalkan kawasan pengundian, Wan Omar juga mengesahkannya sambil menganggap ia sebagai perkembangan baik.

"Selain bulan puasa, kami juga telah meminta mereka meninggalkan kawasan pengundian. Malah, mereka juga merasakan apabila tidak boleh bawa lambang dan bendera, dan tidak boleh merayu undi, mereka pun sudah rasa bosan dan tiada semangat," katanya.

Kakitangan dan pegawai SPR dengan bantuan polis meminta penyokong-penyokong parti yang bertanding agar tidak menunjukkan lambang dan bendera sambil merayu undi.

Barong dan pusat semakan pengundi juga tidak disediakan kali ini.

Ia sebahagian daripada lapan peraturan dikuatkuasakan pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Suasana juga tidak ceria kerana kenderaan membawa pengundi tidak dibenarkan membawa bendera dan lambang serta logo parti.

Pergerakan lalu lintas yang sesak sebelah pagi juga mula lancar selepas 1 tengah hari.

Kata Wan Ahmad,jika cuaca adalah baik paras keluar mengundi boleh mencapai 70 hingga 75 peratus menjelang 5 petang ini.

Tinjauan mStar Online mendapati bilangan keluar mengundi mula cergas selepas 1 tengah hari tadi.

Difahamkan setakat 1 tengah hari tadi, 48 peratus pengundi Melayu dan 38 peratus pengundi Cina sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain bulan puasa dan hari bekerja kadar peratusan keluar mengundi yang kecil sehingga tengah hari tadi dipercayai berkaitan dengan kesesakan lalu lintas.

BERITA TERDAHULU:

47 peratus keluar undi, rendah daripada jangkaan SPR

SEBERANG PRAI: Hanya sekitar 47 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir setakat tengah hari.

Bagaimanapun paras itu lebih rendah daripada 50 peratus yang dijangkakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Cuma 41 peratus yang telah keluar mengundi setakat menjelang tengah hari. Tidak tahu apa sebabnya, mungkin lebih ramai akan keluar mengundi antara 12 tengah hari dan 2 petang kerana bekerja," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Angka itu meningkat kepada 47.2 peratus atau 9,573 orang pada pukul tepat 12 tengah hari.

Dalam pada itu, tinjauan mStar Online di kawasan pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lay Keow, Permatang Pauh mendapati para penyokong PAS dan BN yang berkumpul kelihatan letih.

Mereka yang bersemangat dan bersorak sejak 8 pagi tadi, sudah tidak bersorak dan hanya duduk di bahu jalan bermula tengah hari tadi.

Tengah hari tadi ada pekerja BN yang kedengaran sebagai berkata, "sudah 'boringlah' (sudah bosan), tak ada orang."

Kenderaan yang membawa pengundi juga sudah mula berkurangan.

Proses pengundian sedang berlangsung dengan lancar di sebalik kawalan polis yang ketat dan penguatkuasaan peraturan-peraturan baru.

Suasana itu turut diakui oleh Wan Ahmad dan wakil badan pemantau Mafrel, Harryzan Yaakub.

"Suasana tenang sehingga 11 pagi dan ia berlainan berbanding pilihan raya kecil sebelum ini," kata Harryzan ketika ditemui.

Wan Ahmad pula berkata, suasana proses pengundian adalah lebih baik berbanding dengan Manek Urai bulan lalu.

"Tiada pondok panas, tiada barong. Ini petanda baik.

"Tetapi tindakan berkumpul di sepanjang jalan di kawasan 50 meter dari tempat mengundi masih berterusan. Ini sukar untuk dikawal dan mungkin mengambil masa," katanya.

Tinjauan juga mendapati kesesakan tidak seteruk dijangkakan sebelum ini.

Tetapi ketegangan membabitkan penyokong-penyokong parti yang bertanding tercetus khususnya di kawasan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti - di Kubang Semang.

Kawasan Kubang Semang juga mengalami kesesakan teruk.

Seramai 20,290 orang layak mengundi.

Tujuh orang telah mengundi semalam.

BERITA TERDAHULU:

41 peratus keluar undi, rendah daripada jangkaan SPR

SEBERANG PRAI: Hanya sekitar 41 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir setakat tengah hari.

Bagaimanapun paras itu lebih rendah daripada 50 peratus yang dijangkakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Cuma 41 peratus yang telah keluar mengundi setakat tengah hari. Tidak tahu apa sebabnya, mungkin lebih ramai akan keluar mengundi antara 12 tengah hari dan 2 petang," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Proses pengundian sedang berlangsung dengan lancar di sebalik kawalan polis yang ketat dan penguatkuasaan peraturan-peraturan baru.

Tinjauan mendapati kesesakan tidak seteruk dijangkakan sebelum ini.

Tetapi ketegangan membabitkan penyokong-penyokong parti yang bertanding tercetus khususnya di kawasan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti - di Kubang Semang.

Seramai 20,290 orang layak mengundi.

Tujuh orang telah mengundi semalam.

BERITA TERDAHULU:

28.5 peratus keluar mengundi dalam 2 jam pertama

SEBERANG PRAI: Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir sedang berlangsung dengan lancar di sebalik kawalan polis yang ketat dan penguatkuasaan peraturan-peraturan baru.

Tinjauan mStar Online mendapati kesesakan tidak seteruk dijangkakan sebelum ini.

Tetapi ketegangan membabitkan penyokong-penyokong parti yang bertanding tercetus khususnya di kawasan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti - di Kubang Semang.

Dalam tempoh dua jam pertama, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 28.5 peratus atau 5,775 orang.

Seramai 20,290 orang layak mengundi.

Tujuh orang telah mengundi semalam.mstar

Zamri lawan Nizar:Permatang Pasir-Perkembangan terkini


Calon BN, Rohaizat Othman bersalaman dengan penyokong BN yang berkumpul di kawasan berhampiran pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow pada pukul 10.40 pagi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Beliau sempat mengangkat tangan calon PAS, Salleh Man yang bertanding di DUN Permatang Pasir. Turut hadir isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Foto THE STAR Oleh: MUSTAFA AHMAD.
Suasana tegang antara anggota Pemuda Umno dari Kepala Batas dan PAS yang berhimpun di kawasan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Polis dikerahkan untuk meredakan keadaan.
Kakitangan SPR membantu pengundi uzur dan berusia.
Penyokong-penyokong PAS dan BN berhimpun berhampiran pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang untuk meraih undi. Suasana pukul 8.20 pagi tad.

BERIKUT ialah perkembangan pada hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir hari ini.

2.45 petang: Kadar peningkatan peratusan keluar mengundi semakin mengecil sejak pukul 10 pagi. Ia meningkat sebanyak 13.9 peratus kepada 28.5 peratus pada pukul 10 pagi berbanding 14.6 peratus sejam sebelum itu; kemudian naik 10.4 peratus kepada 38.9 peratus (11 pagi), sebanyak 8.3 peratus kepada 47.2 peratus (12 tengah hari), 6.1 peratus kepada 53.3 peratus (1 tengah hari) dan sebanyak 5.7 peratus kepada 59 peratus (2 petang). Jika trend ini berlarutan, kadar keseluruhan keluar mengundi kemungkinan 72 peratus.

2.35 petang: Angka rasmi keluar undi setakat 2 petang - 59 peratus atau 11,979 orang.

2.32 petang: Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peratusan keluar mengundi meningkat, sudah hampiri 60 peratus setakat

2.30 petang: Jika cuaca baik kadar keluar mengundi akan mencapai 70 hingga 75 peratus menjelang 5 petang. Beliau juga akui bilangan perayu undi di kawasan pusat pengundian sudah menurun dengan mendadak kemungkinan kerana mereka merasakan bosan dan penat pada bulan berpuasa.

1.30 petang: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Seberang Jaya berkata, BN optimistik dengan hasil pilihan raya kecil kali ini. Katanya, sudah ada perubahan angin ke arah BN di Permatang Pasir.

1.20 petang: Difahamkan 48 peratus pengundi Melayu dan 38 peratus pengundi Cina sudah keluar mengundi.

1.15 petang: Seramai 10,812 pemilih atau 53.3 peratus sudah keluar mengundi setakat 1 tengah hari.

12.40 tengah hari: Penyokong-penyokong kedua-dua parti PAS dan BN kelihatan 'letih', setakat duduk di bahu jalan. Suasana riuh dan bersorak sudah tidak kelihatan. Kehadiran pengundi juga mula merosot, tidak banyak kenderaan membawa pengundi.

12.20 tengah hari: Lalu lintas semakin sesak, khususnya di kawasan Kubang Kerian.

12.15 tengah hari: Angka rasmi peratusan keluar mengundi 47.2 peratus atau 9,573.

12 tengah hari: Hanya sekitar 41 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir setakat tengah hari, kata Timbalan Pengerusi SPR

11.30 pagi: Seramai 7,894 atau 38.9 peratus pengundi sudah keluar mengundi setakat 11 pagi, tiga jam pertama.

10.40 pagi: Calon BN, Rohaizat Othman bersalaman dengan penyokong BN yang berkumpul di kawasan berhampiran pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow.

10.07 pagi: Peratusan keluar mengundi dua jam pertama 5,775 orang (28.5 peratus).

10.05 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihaknya sedang memantau situasi penyokong parti mempamerkan lambang dan bendera parti. Akan menasihatkan agar tidak berbuat demikian.

10.02 pagi: Kesesakan wujud tetapi tidak seteruk pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti.

10 pagi: Pertausan keluar mengundi sejam pertama - 14. 6 peratus atau 2,966 orang.

9.50 pagi: Penyokong PAS cuba 'merampas' kain rentang mengkritik pendirian yang dipamerkan oleh penyokong BN di kawasan berhampiran pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Samagagah.

9.30 pagi: Peratusan keluar mengundi satu jam pertama kira-kira 15 peratus, kata Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir. Proses pengundian berjalan lancar, peraturan baru diikuti di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat mengundi.

9.20 pagi: Cuaca mendung awal pagi tetapi cerah kemudian.

9.15 pagi: Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Naina Merican datang untuk menenangkan ketegangan membabitkan ahli Pemuda Kepala Batas dan penyokong PAS di kawasan berhampiran pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Katanya, polis harus memastikan penyokong PAS juga beredar, bukannya hanya ahli Pemuda Kepala Batas.

9 pagi: Pengundian satu jam pertama sudah berlalu. Sambutan pengundi keluar mengundi menggalakkan. Jumlah keluar mengundi meningkat.

8.50 pagi: Helikopter PDRM buat rondaan udara sejak 8 pagi.

Pada masa yang sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ab. Halim Ab. Rahman berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan larangan penggunaan lambang pada kenderaan bawa pengundi. Beliau berkata, BN menggunakan pelekat lambang warna biru dan nombor siri.

8.45 pagi: Polis mengarahkan sekumpulan kira-kira 100 ahli Pemuda Umno Kepala Batas yang memakai baju kemeja-T berwarna kuning meninggalkan kawasan berhampiran tempat mengundi Sek. Kebangsaan Seri Penanti. Tercetus ketegangan dan kekecohan.

8.40 pagi:Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lay Keow. Katanya, beliau gembira dengan suasana proses pengundian sebelah pagi.

8.35 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang. Calon PAS, Mohd. Salleh Man ikut sama.

8.30 pagi: Walaupun ada larangan, penyokong BN dan PAS dengan menggunakan lambang masing-masing meraih undi di kawasan berdekatan pusat mengundi. Ia kelihatan di kawasan Kubang Kerian. Ada penyokong merungut kerana penguatkuasaan larangan terbaru ini.

8.20 pagi: Kenderaan parti BN menggunakan pelekat warna biru yang bernombor siri. Ada yang menggunakan lambang dan bendera BN. Kenderaan PAS tidak guna pelekat khas.

7.50 pagi: Sekumpulan penyokong-penyokong PAS membuat semakan nama di pondok semakan/pondok gerakan yang terletak di kawasan Tanah Liat.

Seorang penyokong PAS mempamerkan poster calon PAS bagi menarik perhatian orang yang melalui jalan kawasan Tanah Liat.

7.35 pagi: Kehadiran anggota polis di setiap pusat pengundian kelihatan agak ramai berbanding pilihan raya-pilihan raya kecil yang lalu. Kemungkinan kerana lapan peraturan yang dikuatkuasakan oleh SPR hari ini.

7.30 pagi: Suasana sekitar Permatang Pasir kelihatan mula sibuk. Pengundi mula menuju pusat-pusat pengundian. Pengundian dibuka 8 pagi.mstar

Zamri lawan Nizar:Pas wajar terajui PAKATAN




oleh:tinta islam

Dahsyat! Itulah perkataan yang dapat menggambarkan situasi semasa politik di Malaysia. Kacau bilau, kucar kacir dan sedang menggelegak dengan berbagai-bagai isu baru setiap hari tambahan pula dengan adanya PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung esok. Barang harus diingat oleh semua jentera Pakatan Rakyat(PR), UMNO sememangnya pakar dalam merancang dan mencetuskan isu, dengan bantuan media-media utama, mereka mampu memanipulasi dan memprovokasi sesuatu isu bagi memberikan gambaran yang sangat buruk kepada PR.



Walaupun boleh dikatakan hampir seratus peratus pimpinan PR yang tidak menonton dan membaca suapan berita daripada media-media utama seperti RTM, TV3, Berita Hairan dan Utusan Malaysia, namun berapa ramai dikalangan para penyokong PR yang tidak mengikutinya? Kita yakin kesemua isu yang dibangkit tidak akan sedikitpun menjejaskan hubungan antara para pimpinan PR namun apa yang dibimbangkan adalah persepsi akar umbi terhadap keutuhan PR kerana merekalah yang memberi undi kepada PR.

Sejarah telah menyimpan segala taktik keji yang digunakan oleh UMNO bagi mengekalkan kuasa di persada pemerintahan negeri dan negara. Hari ini kita dapat melihat segala taktik ini dipraktikkan semula memandangkan keadaan mereka yang ibarat 'retak menanti belah' dan 'telur dihujung tanduk'. Namun apa yang boleh diperkatakan adalah misi PR untuk menggantikan BN bukan suatu yang mudah atau boleh dikatakan 'mission impossible' kecuali dengan kehendak Allah. UMNO telah menerajui negara sejak daripada merdeka sehinggalah kehari ini. Mereka mempunyai pengaruh yang amat besar didalam hampir kesemua badan dan institusi utama negara seperti kehakiman, polis, SPR, SPRM dan sebagainya. Ini bukanlah suatu tohmahan atau sekadar persepsi, tetapi hakikat yang dapat dilihat dengan mata kasar sesiapa sahaja, sudah terang lagi bersuluh.

Lihat sahaja bagaimana perbezaan badan-badan ini bertindak dalam sesuatu kes yang melibatkan pemimpin PR dan BN. Suatu diskriminasi yang sangat jelas dan nyata, tak perlulah disebut secara panjang lebar disini kerana terlalu banyak. Semua pihak sudah jelas bagaimana mereka menjatuhkan Kerajaan PR di Perak. Mereka menggunakan SPRM untuk mewujudkan kes dan mengugut ADUN untuk berpaling tadah. Modus operandi ini cuba digunakan lagi di Selangor dan Kedah, sasaran mereka adalah negeri yang memiliki jumlah ADUN PKR dan DAP yang agak ramai. UMNO memiliki seni ugut yang amat hebat dan mampu membuatkan sesiapa sahaja untuk 'turning over' 360 darjah.

Perhatikan bagaimana seorang ADUN BN Perak yang berhijrah ke PKR boleh di 'turning over' untuk kembali kepada BN dalam masa beberapa hari sahaja dan ini menjadi satu amaran yang menakutkan mana-mana ADUN BN yang mempunyai hasrat untuk keluar dari BN. Kenapa sasaran mereka hanya ADUN PKR dan DAP sahaja? kerana mereka mengetahui kekuatan akhlak dan jatidiri ADUN-ADUN PAS yang terikat dengan bai'ah sebelum diangkat sebagai pemimpin rakyat, ini terbukti apabila PAS berjaya mengharungi pemerintahan di Kelantan pada penggal yang lalu walaupun dengan hanya berkelebihan 2 undi.

PAS bergerak sebagai sebuah gerakan Islam yang bertunjangkan dasar Al-Quran dan Sunnah, menjadi satu-satunya parti Islam didalam kancah politik negara. Dengan pemimpin yang bersilih ganti, perkembangan PAS terus menjadi igauan UMNO yang mendakwa menjadi tonggak kekuatan Melayu walaupun pada hakikatnya hanya menjahanamkan Melayu. Kalau dahulu, walaupun UMNO kehilangan undi daripada pengundi Melayu, mereka langsung tidak gusar kerana sokongan pengundi bukan Melayu kepada MCA dan MIC begitu utuh. Pada saat itulah, mereka tidak merasa bersalah untuk menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat(SAR) dan diberikan kepada sekolah cina. Mereka tidak pernah menimbulkan isu 'ketuanan melayu' kerana bimbang kehilangan undi bukan Melayu.

Namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya, kedua 'kaki' mereka iaitu MCA dan MIC hampir lumpuh sepenuhnya malah semakin hari semakin membimbangkan UMNO. Isu 'ketuanan Melayu' dicetuskan untuk menarik semula undi dari pengundi-pengundi Melayu. Mereka tidak lagi mengharapkan undi bukan Melayu kerana hari ini hampir mustahil untuk mereka melakukannya, hanya orang Melayu sahajalah harapan UMNO untuk terus berkuasa. Dalam situasi seperti hari ini, tidak ada kelebihan bagi mana-mana komponen Pakatan Rakyat kecuali PAS, hanya PAS mempunyai kelebihan itu.

Berdasarkan kepada Pilihanraya Umum yang lalu, undi daripada kalangan pengundi Melayu tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara tetapi lonjakan undi dari pengundi bukan Melayu begitu luarbiasa. Memang PKR berjaya meraih kerusi terbanyak di Parlimen, namun umum mengetahui PKR didokong oleh kebanyakan bekas ahli-ahli BN dan umum juga mengetahui 'mereka-mereka' boleh di 'turning over' dengan sedikit habuan kebendaan, oleh itu PKR hakikatnya masih belum mempunyai kekuatan penyokong-penyokong 'totok' sepertimana UMNO dan PAS. Bagi DAP pula, mereka masih dilihat sebagai parti perjuangan komuniti Cina, tanpa sokongan PKR dan PAS adalah amat sukar untuk mereka mendapatkan undi orang Melayu.

Disinilah dikatakan bahawa PAS mempunyai kelebihan dari setiap penjuru. Kaum bukan Melayu melihat pemimpin PAS sebagai pemimpin yang bermaruah, berakhlak, bermoral dan bersih. Hasil daripada itulah maka wujudnya kelab-kelab penyokong PAS dari kalangan orang Cina dan India diseluruh Malaysia, suatu yang tidak dijangka hasil daripada pancaran akhlak kepimpinan Islam. Dari semua sudut PAS dilihat paling layak untuk menerajui PR namun oleh kerana dalam ruang lingkup demokrasi yang berpandukan kepada majoriti kerusi yang dimenangi maka PAS masih belum mampu mencorakkan PR. Oleh itu adalah penting satu jawantankuasa displin Pakatan Rakyat ditubuhkan agar sedikit sebanyak pengalaman PAS membentuk pimpinan dapat dimanafaatkan oleh PKR dan DAP. Walaupun setiap parti mempunyai jawantankuasa disiplin masing-masing, namun adalah penting untuk berkongsi dengan PAS yang telah terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh pimpinan yang bermaruah dan dihormati.

PAS perlu sentiasa dihadapan dalam menangani pelbagai isu yang timbul pada masa hadapan. Apa yang dapat dilihat hari ini hanya Mursyidul Am yang berhempas pulas menyelamatkan Pakatan Rakyat menyebabkan beliau menjadi sasaran serangan UMNO dan media. Tok Guru Nik Aziz adalah sosok yang sangat istiqomah dalam perjuangan dan persahabatan. Beliau tidak akan berdiam diri untuk melihat PR digoncang oleh UMNO, baginya selagi mana laluan dakwah Islam tidak ditutup oleh mana-mana pihak maka selagi itulah ia tidak seharusnya dikhianati.

http://jamaahkite.blogspot.com/

Beris Pak Abu kehilangan seorang warganya


Keuzurannya pernah mendapat perhatian Pas Beris Pak Abu melalui Unit Usrahnya


Al-Fatihah buat Hj Hussain Omar yang telah kembali ke rammatullah pada 24.08.2009 jam 9.05 malam akibat sakit tua.Beliau adalah antara pengasas Pas Ranting Beris Pak Abu dan Madrasah Hj Hussain yang di beri nama sempena namanya didirikan diatas tanah yang diwakafkan oleh beliau. Beliau yang berusia 91 tahun meninggalkan 7 orang anak dan berpuluh orang cucu.Menurut anak kedua allahyarham,Hj Said Hussain jenazah beliau akan dikebumikan jam 11.00 pagi esok di Tanah Perkuburan Bukit Puteri..Ambo bagi pihak Pas Beris Pak Abu mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat .

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....