Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 Mac 2013

Kemaskini : Seorang Anggota Tentera Terbunuh Dalam Pertempuran Di Lahad Datu


LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10.45 pagi itu, prebet berkenaan dikenali sebagai Ahmad Hurairah Ismail, 24, bersama beberapa anggota lain dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Tawau sedang menjejak saki baki pengganas yang sebelum itu, pada kira-kira jam 7.45 pagi bertempur dengan mereka di Sungai Nyamuk.

Mangsa yang cedera di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum diterbangkan ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, dalam pertempuran kedua itu, pasukan keselamatan berjaya menembak mati tiga pengganas terbabit manakala dua lagi melarikan diri manakala seorang anggota keselamatan terkorban.

Katanya, anggota terbabit sebelum itu sedang melakukan kerja penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk sebelum terserempak dengan saki baki pengganas terbabit.

"Saya sendiri melawat Kampung Tanduo dan kerja pembersihan sudah selesai dijalankan," katanya.Difahamkan, jenazah Prebet Ahmad Hurairah dijangka diterbangkan ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan, malam ini.

Berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah :

Abim pula saman Utusan

KUALA LUMPUR: Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Saman ini dibuat berdasarkan kepada artikel bertajuk “PAS BENARKAN TARIAN LUCAH, ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?” yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari 2013 yang lalu.

"Abim menilai penyataan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan berniat jahat serta ingin menjatuhkan kredibiliti Abim selaku pertubuhan Islam utama di negara ini," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Sehubungan itu, Abim telah memanggil satu sidang media esok, 13 Mac bagi menjelaskan tindakan ini.

Ia akan diadakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....