Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 Mac 2013

[ Kemaskini ] Gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui anggota keselamatan

  

Lagi Bekas Jeneral Tentera Sertai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.

Perisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi 

Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).KD

Rintihan Hati Guru Yang Mendidik Anak Anak Sulu Di Sabah


Dipetik dari FB Qarin Uzzkarimal :

Inilah tempat kami mendidik anak2 sulu ini belajar membaca,menulis,mengira,memahami erti kehidupan,erti keamanan,erti perpaduan,erti persaudaraan sesama insan dan apatah lagi sebagai seagama ISLAM...
 
Tatkala anak-anak sulu bergaduh guru tolong amankan,mereka sakit guru tolong bawakan ke hospital,mereka luka guru tolong balut dan rawatkan,mereka menangis guru tolong pujuk dan berikan senyuman,mereka lapar dan mau pengsan ,guru tolong belikan sarapan dan makanan ke kantin walau mahal tak jadi kiraan....
 
Jadi kenapa sekarang ini wahai kaum sulu tergamak sungguh kamu.....penggal leher perwira yang isterinya seagama,sedara dan sebangsa denganmu,wahai sulu, tergamanya kamu mengerat-ngerat mereka walhal isteri dan anak2 mereka itu adalah guru kepada anak-anak kamu,

Wahai sulu,,tergamak kamu menembak anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga sanak saudara,anak-anak dan kaum kerabat kamu tatkala kamu bermandikan darah pahlawan yang kamu tumpahkan kini, wahai sulu,hentikanlah amukan amarah kamu itu,keberanian,kejagohan dan keperwiraan kamu itu sepatutnya di salurkan untuk menyerang seteru utama kamu di PHLIPINA.

Jessteru KENAPA GARA2 TANAH SEKENGKANG KERA INI KAMU MENJADI PEMBUNUH D MATA ALLAH YANG SATU .. TIDAKKAH KAMU TAKUT AKAN BALASAN ALLAH YANG AKAN MENGAQZABKAN KAMU D ALAM AKHIRAT NANTI...... SULU oh SULU.... 

Selangor beri peruntukan RM10 juta buat wira negara yang terkorban di Sabah

KUALA LUMPUR 5 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan nageri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.

Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.

“Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu,” katanya, dipetik Bernama.

Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.

Beliau berkata, melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.

“Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perludiberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita,” katanya.

Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.

Manakala dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....