Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 6 Mac 2011
Gambar : Bongkar !!! Wajah Sebenar Perempuan Biadab Yang Samakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin
Perempuan macam ni nak cakap soal agama?diri sendiri pun tak betul nak keluarkan kenyataan kondem Tok Guru Nik Aziz...cittt !!! podahhhh !!!!
Terkini : Keputusan Tidak Rasmi,BN Menang Di Dun Merlimau Dan Kerdau
Jumlah undi rosak diterima ialah 132.
Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.
Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,589 undi.
BN memperolehi 4,793 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,204 undi.
Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.
Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004 – sebanyak 24 undi.
Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau.
KEPUTUSAN PENUH DISINI
Terkini : Keputusan Tidak Rasmi,BN Menang Di Dun Merlimau Mendahului Di Dun Kerdau
Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.
7.58pm (Tidak rasmi)
BN: 5,060
PAS: 2,336
Majoriti: 2,724
7.43pm (Tidak rasmi)
PAS: 2,204
BN: 4,793
Majoriti: 2,589
Terkini : Keputusan Tidak Rasmi PRK Merlimau Dan Kerdau
Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi. Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.
KERDAU
8pm Proses penjumlahan tamat. Keputusan bagi semua saluran diterima.
7.58pm (Tidak rasmi)
BN: 5,060
PAS: 2,336
Majoriti: 2,724
7.46pm: Calon PAS kini keluar menonton skrin besar di depan markaz induk parti itu. Beliau kelihatan tenang dan berborak dengan penyokong parti itu seperti biasa.
PAS: 2,204
BN: 4,793
Majoriti: 2,589
BN: 4,486
PAS: 2,161
Majoriti: 2,325
7:36pm Sebanyak 17 peti undi telah diterima di pusat penjumlahan. Baki sebanyak enam peti lagi masih belum diterima.
7.31pm Calon PAS akan mengadakan sidang media di markaz induk parti itu di kawasan Kerdau pada jam 8 malam.
7.30pm (Tidak rasmi)
BN: 4,074
PAS: 2,002
Majoriti: 2,072
7:27pm (SPR)
PAS: 1,453
Majoriti: 1,881
BN: 3,777
PAS: 1,776
Majoriti: 2,001
Video & Gambar : Kekecohan Pada Hari Mengundi PRK Kerdau
Kekecohan berlaku apabila ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said tiba di pusat mengundi kira-kira jam 9 pagi tadi.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila kedua-dua penyokong bertindak sedikit agresif sehingga berlaku tolak-menolak dan kata-kata kesat dilemparkan.
Polis kemudiannya bertindak pantas dan ketegangan itu reda 10 minit kemudian.
Keadaan itu menyebabkan lalu lintas menuju ke Sekolah Kebangsaan Kerdau sesak sepanjang 2 kilometer dari kedua-dua arah, iaitu dari Desa Murni dan Kuala Tekal.
Sementara itu, jumlah peratusan keluar mengundi di Kerdau meningkat 75.62 peratus (6,805) sehingga jam 2 petang tadi.
Walaupun kesesakan teruk menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau, ia tidak mematahkan semangat pengundi untuk keluar mengundi.TVS
Fitnah: Tuan Ibrahim saman Utusan, TV3
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.
Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.
Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.
Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.Hrkh