Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 15 November 2011
Gempar !!! Khalid Ibrahim Dedah Penyelewengan Satim Diman Dan Pemimpin Umno Selangor
Video Sidang Parlimen : YB Saifuddin Nasution Bahas Isu Fidlot RM250 juta
MP PKR Machang, YB Saifuddin Nasution Bahas Isu Fidlot RM250 juta kepada Keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 8 Nov 2011.
[ Video ] Facebook: Kementerian Pelancongan bazir RM1.8 juta
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dari DAP menjelaskan ramai rakyat negara ini mempunyai laman sosial tersebut dan memiliki ramai peminat tetapi beza rakyat Malaysia dengan Kementerian Pelancongan adalah mereka melakukan aktiviti kegemaran itu tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.
"Ini menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan adalah satu pembaziran yang besar, laman sosial FB adalah percuma tanpa memerlukan kita membayar apa-apa kos untuk memilik akaun tersebut.
"Dalam pada itu jika hanya untuk memuat naik aktiviti atau kempen pelancongan kita hanya memerlukan seorang pegawai sahaja, tetapi kos yang besar itu adakah kementerian menggunakan pegawai yang ramai hanya untuk melakukan kerja yang mudah," jelasnya yang juga Ketua DAPSY.
Beliau juga memberitahu pihak Kementerian Pelancongan perlu menjelaskan apa yang telah mereka belanjakan dengan peruntukan yang besar itu kerana ia adalah satu yang mustahil kerana untuk satu laman sosial FB kos sedemikian diperlukan.
Tambahnya lagi, melalui jawapan bertulis yang beliau terima dari Kementerian Pelancongan berhubung dengan perbelanjaan RM1.8 juta itu, kementerian memberitahu bahawa Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi laman sosial tersebut yang dilancarkan pada Mei 2011 mencapai 120,000 orang peminat pada Disember 2011.
"Saya melihat rakyat Malaysia yang mempunyai akaun laman sosial FB juga mempunyai peminat melebihi apa yang di sasarkan oleh KPI Kementerian Pelancongan, itu tanpa menggunakan apa-apa kos yang besar hanya sekadar mengisi masa lapang.
"Jadi apa yang ingin saya perkatakan Menteri Pelancongan perlu bertanggungjawab atas perbelanjaan yang besar ini dan beliau perlu memberi penjelasan kepada rakyat negara ini di manakah wang tersebut dibelanjakan," sambungnya lagi.Hrkh
Bekas Brigadier Jeneral TUDM Sertai PKR
Penduduk Islam berang tindakan edar video lucah di masjid
SEBERANG PERAI 15 Nov: Umat Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang berang dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan salinan VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, di beberapa buah masjid.
Pengerusi masjid Guar Perahu, Abu Bakar Dakilani Abu Hassan berkata, kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya di lapan masjid di kawasan itu.
Beliau berkata, ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD kerana menyangkakan ia merujuk kepada amanat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Sehubungan itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.
Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.
“Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral,” katanya.
Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.
“Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita,” katanya lagi.
Pada Mac lalu, video seks fitnah itu disebarkan oleh tiga individu yang dikenali sebagai trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Pimpinan KEADILAN bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan kepada susuk tubuh pelaku terbabit.
Anwar, yang turut berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis, namun kini disiasat atas dakwaan memberi “maklumat palsu”, satu lagi usaha yang dilihat untuk memenjarakannya.Keadilandaily
Video : Isu NFC,Bung Mokhtar mahu Shahrizat letak jawatan
Khairy telah mengakui bahawa pihak National Feedlot Centre (NFC) telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk NFC untuk membeli Kondominium itu.sila baca di (SINI).
Petang semalam pula Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin meneruskan serangan terhadap Shahrizat dengan memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.Saksikan video dibawah.. dengarkan berapa ramai yang setuju dengan Bung Mokhtar..
Pendapat aku.. sepatutnya bukan Shahrizat seorang yang didesak meletak jawatan tetapi Menteri yang mempertahankan Projek ini juga.. begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO yang jelas cuba memperbodohkan rakyat dalam hal ini..