Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 8 Ogos 2010

Perkembangan Terkini Kes Cerai Isteri Kedua Sultan Kelantan

KOTA BARU, 8 Ogos — Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini Abdullah Man akan menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra setelah menerima dua pucuk surat daripada Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, yang mendakwa surat itu daripada Sultan Kelantan berkaitan lafaz cerai isteri kedua baginda.

Abdullah, yang mendengar perbicaraan kes itu secara tertutup, membuat keputusan tersebut setelah menerima surat-surat berkenaan daripada plaintif, Nik Rorhana, 60, hari ini semasa perbicaraan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Peguam Elia Suhana, 31, Fakhrul Azman Abu Hasan ketika ditemui di luar mahkamah berkata kedua-dua pucuk surat tersebut dikatakan mengandungi titah Sultan Kelantan yang telah melafazkan talak terhadap Elia Suhana manakala surat kedua mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Azamli Jamaluddin mendaftarkan perceraian baginda.

Beliau berkata Abdullah memutuskan untuk menghadap sendiri Sultan Kelantan bagi mendapatkan pengesahan kandungan kedua-dua pucuk surat tersebut pada tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas mendapat kelulusan daripada pihak istana.

Nik Rorhana diwakili peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar dan Halim Bahari hadir pada perbicaraan itu.

Pada 30 Jun lalu, mahkamah tersebut menangguhkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap Elia Suhana selepas plaintif membuat permohonan pindaan penyata tuntutan berhubung lafaz cerai tersebut.

Bagaimanapun pada 25 Julai lalu, mahkamah tersebut menolak permohonan plaintif tersebut dengan alasan proseding pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut masih didengar di mahkamah tersebut.

Nik Rorhana telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga oleh Tuanku Ismail terhadap Elia Suhana pada 9 Mac lalu.

Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak itu pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tuanku Ismail telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 23 Disember 2007. — Bernama

Penyatuan: PAS bukan ego, Umno kena muhasabah

Hadi menegaskan kesetiaan PAS kepada Pakatan Rakyat. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak ego dalam soal perbincangan ke arah penyatuan orang Melayu tetapi tidak mahu Umno menggunakan pihaknya untuk “meringankan beban” akibat pentadbirannya selama ini.
Sehubungan itu Hadi juga memberitahu Umno juga perlu muhasabah dalam memperlihatkan keikhlasannya jika mahu menjalin kerjasama dengan PAS.
Hadi menjelaskan, PAS bersedia untuk menjalin kerjasama dalam soal-soal kebajikan, antara memerangi dan menghapuskan gejala sosial dan jenayah.
“Tetapi kerjasama untuk memikul beban dengan masalah mereka (Umno) dengan penyakit yang memarakkan rakyat seperti rasuah, dia (Umno) ajak kita (PAS) berkawan semata-mata untuk meringankan beban dia, ini kita minta maaf.
“Kita bukan ego, tapi kita pertahan prinsip yang dianjurkan Islam dalam bersatu dan bekerjasama,” kata beliau dalam temu bual terbaru disiarkan edisi baru Harakah.
Isu penyatuan Umno-PAS menjadi tumpuan sekali lagi sepanjang bulan bulan lalu, antara lain Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan sedia menjadi orang tengah ekoran permintaan beberapa pemimpin dari Umno dan PAS.
Sementara Umno mengalu-alukan langkah ke arah itu, PAS berdasarkan pengalaman masa lalu, menolak ajakan tersebut.
Misalnya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan parti itu tidak mahu digigit buat kali kedua dengan merujuk peristiwa 1978.
PAS menyertai Barisan Nasional pada 1974 dan keluar empat tahun kemudian.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Sedia Jumpa Soi Lek


KOTA BHARU - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw(gambar) menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bagi menerangkan kenapa beliau menyertai Pas yang diketahui umum menerapkan Islam sebagai dasar perjuangannya.

Menurutnya, pertemuan itu penting bagi menjelaskan kepada Soi Lek bahawa kenyataannya tidak tepat.

“Secara asasnya saya ingin jelaskan Islam bukan merujuk kepada orang Melayu sahaja, tetapi di Malaysia ia sudah menjadi sinonim kerana majoriti orang Melayu adalah Islam.

“Sekiranya beliau segan untuk berjumpa dengan imam di negara ini, saya cadangkan Soi Lek dibawa berjumpa dengan imam yang dibawa dari China untuk memberi penerangan berkaitan Islam, tetapi sekiranya tidak boleh, saya sendiri sanggup berjumpa dengannya dan menerangkannya dengan menggunakan bahasa paling senang difahami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Phang Chaw berkata, kenyataan Soi Lek tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau sedang berusaha untuk mengambil hati masyarakat Cina yang makin menjauhi MCA.

Menurutnya, Presiden MCA itu tidak senang dengan tindakan masyarakat Cina yang kini semakin menyokong Pakatan Rakyat khususnya Pas.SH

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Dan Amy Search

Sila lihat: Facebook - Amy Search

Mavi Marmara Kembali Ke Pangkuan Turki

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/mavimarmaradiIsrael.jpgKapal 'Freedom Flotilla' milik NGO IHH Turki, yang ditahan oleh pasukan komando tentera regim Israel pada 31 Mei telah tiba di pelabuhan Iskenderun, Turki sebagaimana dilaporkan laman televisyen CNN saluran Turki.

Pada 5 Ogos lalu, regim Israel terpaksa memutuskan untuk mengembalikan kapal penumpang Mavi Marmara akibat tekanan dari negara Turki dan antarabangsa yang mendesak Israel berbuat demikian.

Namun kapal kargo dari Ireland, 'Rachel Corrie' masih dalam genggaman regim Israel. (Gambar - Mavi Marmara ketika ditahan di Israel)

Menurut media Turki, sebuah kumpulan khas para pakar dan wakil daripada syarikat insurans akan menilai kerosakan kapal akibat serangan pasukan komando Israel.

Pada 31 Mei, lalu, dunia yang telah menjangka tindakan ganas Israel telah mengutuk serangan komando regim itu keatas armada 'Freedom Flotilla', kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan.

Serangan menggunakan kapal perang dan helikopter Israel itu telah mengorbankan 8 aktivis kemanusiaan rakyat Turki, dan seorang rakyat Amerika berketurunan Turki, yang menjadi penumpang diatas kapal Mavi Marmara.

Regim Israel menggunakan pelbagai alasan dangkal menutup kesalahannya, namun menurut saksi dari NGO Malaysia, Haji Jamiludin dari Yayasan Amal, jelas komando Israel melepaskan tembakan keatas mereka yang tidak bersenjata.

Insiden berdarah itu telah memburukkan hubungan antara Turki dan Israel, yang akhirnya terpaksa tunduk untuk bekerja sama dengan PBB untuk menyiasat insiden itu, seperti yang dituntut oleh Ankara.

Keberanian aktivis kemanusiaan berhadapan dengan maut menghadapi regim Israel telah membangkitkan kesedaran diseluruh dunia tentang kekejaman Israel laknatuLlah..

Hampir 10,000 aktivis dari Eropah dan Amerika Syarikat telah pun mendaftarkan diri dan 60 buah kapal dari 6o buah negara sudah bersedia untuk mengikuti misi 'Memecah Tembok Halangan Gaza' yang akan datang.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....