Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 6 Julai 2009

BALA TENTERA PAKATAN SERBU MANEK URAI



Para pemimpin PAKATAN RAKYAT bersama mengiringi ABE UJI, Calon PAS



Pimpinan tertinggi PAS bersama Calon PAS sebelum perarakan




Pemuda PAS bersemangat mengiringi calon PAS.....TAKBIR!!!




Pemuda PAS bersiap sedia untuk perarakan








Abe Uji diiringi Tok Guru kesayangan kita...


FRU bersiap sedia...



YB Ustaz Latif dan Abe Uji berucap selepas penamaan calon selesai.

TINGGInya Songkok...
Tapi ada jugak Penyokong UMNO sesak dalam ribuan Penyokong PAS...



Kelab Penyokong India pun hadir... siap bergendang India lagi..


Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim pun sempat beri kata-kata semangat

Abg Mat Sabu pun tak ketinggalan...

EXCO Pemuda PAS Pusat, Ust Ridhuan Mohd Noor

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad

"Saya sudah berTAUBAT... Penyokong UMNO bila lagi?"
Tanya Ketua Kelab Penyokong PAS Perak
Timbalan Ketua AMK Pusat, Cikgu Faris
PEMUDABESUT

Pertembungan tradisi PAS-UMNO di Manek Urai,satu lawan satu...

Abe Uji di iringi 2Tok Guru kita
Bersama calon BN Tuan Aziz Tun Mat
Nak minta maaf dengan Tok Guru kami ke,atau nak tunjuk baik ko ore Klate,tok payoh kawe kenal doh demo

Penyokong dari kaum Cina begitu bersemangat,KAMSIA
Penyokong kaum India
Lautan penyokong buat Muhyiddin nga Stopa Mamat kecut perut,terus bergegas jumpa Tuan Guru Hj Hadi
Puluhan ribu penyokog banjiri Kuala Krai

Hanya dua calon yang bertanding setelah tempoh penamaan calon berakhir jam 10.25AM.Setelah tempoh pameran dan bantahan berakhir,lebih kurang jam 11.30 pagi SPR mengumumkan dua calon bertanding, Fauzi Abdullah(PAS) dan Tuan Aziz Tuan Mat(BN).Calon PAS ke pusat penamaan calon diiringi oleh puluhan ribu penyokong. Gambar2 diatas menceritakan segalagalanya.

10 000 iringi calon pas di Manek Urai

Terkini:Manek Urai, 6 Julai :- Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).Idhamlim

Penamaan calon,Puluhan ribu dijangka banjiri Manek Urai



Esok pagi, suasana yang hangat telah dapat di bayangkan dalam benak kepala setiap umat yang mengikuti politik malaysia.

Parti BN yang telah meletakkan Tuan Azi sebagai kapla perangnya tentu akan mengerahkan seramai mungkin rakyat, bala tenteranya baik secara biasa atau luarbiasa. Pastilah suasana yang berbeza akan kelihatan di sebuah bandar kecik yang tecorot dari perhatian brother najib ini akan mendapat perhatian manusia malaysia.

Umno dengan puluhan ratus pembawa panji-panjinya akan berkumpul di satu lapang, sementara pembawa bendera pas dengan bulatan putih itu pula di satu lapang.

dikatakan, hukum yang baru ini tidak membenarkan para pejuang masing-masing parti duduk dekat, bimbang betul-betul mereka berjuang.

Kelibat topi merah sebagai PBB, dengan alat jenteranya pasti tercongok ditengah. Dengar khabar ribuan telah dikerah turun ke hulu kelantan ini. Dari bukit yang aman itupun dikerah mari, umpama nak jaga sekandang gajah.

Gelagat penyokong kedua-dua pasukan yang berjuang perlu amat dipantau kata BN. Takut, bimbang mereka bergaduh.

Parti Bulan dikatakan akan berkumpul segala rakyatnya yang hina dina di taman Chintawangsa, sementara umno di ibu pejabat warna biru ketu kata ore kelate.

Seawal pagi esok pasti, kedai, warung penoh dihinggapi manusia ada kaler hijau dan biru aje akan kelihatan dari kejauhan. Apabila kenyang masing2 akan menuju medan mereka.

Esok jugalah bermula lah perang besar antara penyokong biru laut dan hijau lumut itu secara rasmi, pesanku jangan menang sorak sudahlah.Kalau rasa pasukan sendiri goyah menentang arus, cepatlah bertukar panglima.Kraiutara

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....