Search This Blog

Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Monday, May 4, 2009

Katakan Benar Kepada Kebenaran!


Salam,


Apabila saya 'mengusik' tindakan kerajaan Sabah dalam soal pembelian kereta Volvo dan membandingkannya dengan keputusan kerajaan Kedah mengekalkan Proton Perdana V6, ia menimbulkan reaksi daripada beberapa orang sahabat.


Sebahagian meninggalkan komen tanpa nama, sebahagian pula menghantar sms dan membuat panggilan telefon. Mesej mereka sama, tulisan itu memburukkan imej kerajaan pimpinan Umno dan seperti menyokong PR!


Saya mentafsirkan reaksi sahabat ini sebagai kurang matang. Saya percaya sahabat-sahabat ini adalah ahli atau penyokong Umno. Jika pendirian begini diteruskan, nampaknya malanglah nasib Umno. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru? Kalaupun boleh, pasti bau busuknya dihidu jua!


Katakan benar kepada kebenaran. Ya blog ini akan terus menyatakan kebenaran, memuji yang terbaik dan menegur yang jelik. Jika kebaikan itu datang di pihak 'lawan', adakah kita mahu menafikannya?


Demikian juga, perkara yang jelik yang dilakukan oleh Umno dan pimpinannya wajib untuk seluruh ahli Umno menyatakan kejelikannya. Bukankah begitu teladan yang sudah ditunjukkan oleh Tun M, mantan PM dan Presiden Umno?


Lagipun, jika kita cuma rasa selesa apabila yang 'manis-manis' disebut, dikhuatiri kita sebenarnya sokong yang membawa rebah. Kematangan dalam soal ini harus menjadi prioriti, sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Memang sukar menerima hakikat, apalagi untuk menyatakan kebenaran kerana ia sangat pahit. Tetapi ia jauh lebih mulia daripada berdiam diri dan membiarkan sahaja tanpa menegur kerana sikap bacul dan dayus, apa lagi kerana ada kepentingan peribadi!


Dibimbangi, kesilapan berulang yang dilakukan hari ini - tanpa mengambil iktibar kesilapan lalu - akan menyebabkan kemusnahan yang lebih besar. Saat itu, segala penyesalan tidak akan berguna lagi...


Dan saya tidak mahu terlibat sama memusnahkannya!

Sunday, June 15, 2008

APA LAGI KATA MEREKA ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Sambungan post yg lalu, dinukilkan apa lagi kata mereka - pasal minyak.



Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengakui kerajaan sekarang tiada pilihan selain terpaksa mengurangkan subsidi minyak yg diberikan kepada rakyat bagi menampung kos kenaikan harga minyak mentah dunia. Beliau juga berkata, kerajaan terpaksa menampung subsidi yg terlalu banyak jika harga minyak tempatan mahu terus dikekalkan pada harga lama.


Lim Guan Eng, KM P.Pinang: Kerajaan Pakatan Rakyat mengakui tidak mampu menurunkan harga petrol dan diesel di negeri ini kerana tiada sumber kewangan mencukupi berbuat demikian.


Datuk Rahman Sulaiman, Pengarah di EPU, JPM: Apa pun satu perkara yg perlu disedari semua pihak ialah hakikat bahawa masalah dihadapi dunia sekarang berhubung harga minyak dan makanan sudah mencapai tahap krisis. Semua negara, termasuk Malaysia tidak mampu mengelakkan diri daripada kesan krisis itu. Oleh itu, apa saja bentuk tekanan, ugutan atau bantahan sebagai reaksi terhadap krisis itu tidak akan membantu mengubah keadaan. Sebaliknya, mengambil apa juga tindakan positif untuk menyesuaikan diri dengan realiti yang wujud adalah lebih produktif dan menguntungkan.
sekian, adanya...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin