Speaker DUN terpaksa mengadu ke mahkamah. SPR juga terpaksa ke mahkamah. Mahkamah pula terpaksa membuat keputusan.
Selesai membuat keputusan, mahkamah terpaksa lagi bersidang apabila SPR merayu keputusan awal. Akhirnya, mahkamah membuat keputusan juga. Hari ini jam 2.30 petang mahkamah bersidang lagi mendengar rayuan SPR pula.
Jika gagal dalam rayuan, SPR tiada pilihan. Terpaksa menjalankan urusan PRK untuk mengisi kekosongan kerusi DUN. Pengundi tiada pilihan, suka atau tidak akan menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat baru.
Pekerja parti pula akan berhempas pulas berkempen memenangi hati pengundi. Memastikan pengundi memilih calon yang diketengahkan.
Semuanya jadi kacau, gara-gara seorang YB yang sudah masuk penggal keempat ponteng sidang DUN dua kali berturut-turut. Diulang semula, YB ini sudah empat penggal menjadi wakil rakyat. Bagaimana dia boleh terlupa hadir ke sidang DUN yang memang menjadi sebahagian tanggungjawabnya?
Dicadangkan supaya setiap parti memberi kefahaman yang jelas kepada wakil rakyat masing-masing tentang pentingnya hadir ke sidang DUN. Harapnya, biarlah kes ini menjadi yang pertama dan terakhir dalam sejarah pilihanraya
Pilihanraya terpaksa diadakan hanya kerana YB ponteng…