Salam,
Selepas kecoh isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah bulan lalu, DAP terus ‘mempamerkan’ wajah sebenar mereka. Jika sebelum ini, mereka agak malu-malu, sejak akhir-akhir ini mereka sudah tidak malu lagi.
Di Selangor, Ronnie Liu memberi fatwa bir bukanlah arak dan bertindak mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan arak yang dirampas.
Di Pulau Pinang, Jeff Ooi membidas Mohd Razali Abdullah, ahli JIM hanya kerana JIM meletakkan visi melaksanakan syariat Islam menjelang 2020.
Terbaru, Look Siew Fook Ketua Pemuda DAP mengutuk Dr Ridhuan Abdullah ( dan Islam ) dengan kata-kata kesat dan lucah, hanya kerana mempertahankan ‘zuriat’ Teo Beng Hock di perut tunangannya!
Semakin hari, selepas kemenangan 8 Mac 2008 lalu, DAP terus giat menyerlahkan wajah sebenar mereka di persada politik tanahair.
- Apakah semua ini berlaku kebetulan kerana DAP merasakan mereka menjadi ‘BOS’ dalam pakatan pembangkang?
- DAP merasakan rakan pakatan mereka tidak akan berani berbuat apa-apa, hatta menegur pun sikap kurang ajar mereka kerana sudah mabuk kuasa?
- Atau DAP sudah mula melihat ‘buih-buih’ sedang pecah di depan mata mereka untuk diambil kesempatan?
Siapakah yang mampu menjawab persoalan ini?