Search This Blog

Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Tindakan Responsif Wajar Dipuji...


Salam,

Tahniah dan terima kasih diucapkan atas tindakan responsive kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan gas yang menjadi keperluan asas rakyat. Keprihatinan kerajaan dalam soal ini sangat dialu-alukan wajar diberikan pujian.

Sebarang kenaikan harga minyak dan gas pasti akan memberikan impak kepada kehidupan seharian. Bagi peniaga pula, kenaikan harga minyak pastinya dijadikan alasan untuk turut menaikkan harga barang keperluan. Kesannya beban perbelanjaan seharian juga akan meningkat naik.

Selaras keputusan kerajaan ini, seharusnya para peniaga turut melakukan tindakan bertanggungjawab dengan tidak menaikkan harga barang. Pihak penguatkuasa wajar bertindak kepada peniaga yang tamak haloba. Golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini harus ‘diajar ‘ demi kepentingan rakyat.


Saturday, December 6, 2008

Kalaulah Semua Macam Ni...Kan Senang!

Dilaporkan Persatuan Kereta Sewa Beaufort secara sukarela telah menurunkan caj tambang perjalanan Beaufort-Kota Kinabalu, drpd RM 19.40 ke RM 15.00 berkuatkuasa kelmarin.

Alasan yg diberikan ialah : penurunan harga minyak ketika ini, disamping membantu para penumpang mereka yg majoritinya penduduk berpendapatan rendah.

Baguslah, tindakan begini memang wajar kita sokong. Kalaulah semua peniaga dan pembekal perkhidmatan bfikir macam ni, senanglah kita semua rakyat Malaysia. Masalahnya, ramai yg bsikap tunggu arahan, tunggu kena ketuk!

Harga minyak sudah turun beberapa kali, harga barang masih macam tu jugak. Baru-baru ni berbual dgn seorang taukeh, kenapa harga barang masih belum turun. Jawapannya, barang masih stok lama. Saya kata: naik bukan main cepat, turun apasal lambat?

Thursday, September 25, 2008

HADIAH AIDILFITRI


Terima kasih diucapkan kepada kerajaan yg telah menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak 10sen lagi - menjadi 25sen keseluruhannya tambah dgn penurunan bulan lalu.


Biasak la, ada sebilangan manusia yg x pandai bersyukur tetap jua menghentam walaupun dalam hati gembira jugak bah...minyak turun harga.


Kurang-kurang penurunan harga minyak ni boleh la kita ibaratkan sebagai hadiah menjelang Hari Raya. Hari ni 25 Ramadhan, ertinya ada 4@5 hari lagi masa untuk berpuasa...


Dalam berpuasa, menjelang hari lebaran, minyak pula turun harga...Terima Kasih!!!

Thursday, July 17, 2008

DEBAT 2008


Salam

Agak lama tidak berkesempatan menulis di ruangan ini. Keterbatasan waktu dan kesibukan tugas harian, menjadi kekangan utama…

Kelmarin, selepas menghadiri dua mesyuarat penting pada sebelah petang, bergegas pulang ke rumah. Elok-elok sampai, jam di dinding menunjukkan waktu hampir jam 9.00 malam. Selepas, ‘berebut’ dgn anak-anak rancangan tv yg ‘mesti tonton’, semestinya TV9 pilihanku, rancangan Debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chek vs Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas sejam menonton tv, memang mengkagumkan…kepetahan berbicara ( baca : beretorik ) DSAI masih seperti dulu. Hebat juga…keberanian DASC berhadapan dgn pemimpin pembangkang ( baca: katanya PM in waiting ).

Hari ini jadi kerajaan, esok turun harga minyak. Kesimpulannya…bagi saya:

- Tiada benda / formula baru yg selalu diwar-warkan oleh DSAI semenjak sebelum pilihanraya yang lalu kecuali cadangan penurunan 50 sen.
- Sanggahan DASC boleh diterima dan meyakinkan tmasuk keperluan pensrukturan subsidi yang dlakukan oleh kerajaan.

Siapa menang? Pemenangnya ialah budaya baru apabila pihak yang bertentangan boleh berdiri di atas pentas yang sama, berhujah secara professional menegakkan pendirian masing-masing. Mungkin ini satu permulaan yg baik….

Wednesday, June 25, 2008

BAHAYA KHABAR ANGIN



Selalu diingatkan bahaya khabar angin. Banyak sudah contoh yg diberi akibat 'permainan' khabar angin.

Terbaru, kelmarin petang, 'permainan' khabar angin datang lagi. Dikhabarkan, minyak naik harga lagi dan stesen minyak ditutup tiga hari. Khabar ini tersebar luas dan umpama wabak, merebak dengan cepat.

Berpusu-pusu kereta kecil besar memenuhi stesen minyak, walaupun diumumkan di Sabah.FM khabar tsebut tidak benar, dan meminta pengguna bertenang.

Demikianlah terjadi, apabila orang tidak lagi menggunakan daya fikir secara rasional dan kritis, maka hilanglah pertimbangan. Berlakulah 'panic buying', menyebabkan banyak kesusahan. Tauke stesen minyak, tersenyum lebar...yang susah pengguna. Ada yg bertumbuk, ada yg accident, malah ramai la yg stress.

Moral: Lain kali, jgn la percaya khabar angin. Bila ada khabar berita, check dulu sumbernya, percayailah sumber yg sahih.
Apapun, mlm ni ramai2 kita sokong Turki, then mlm esok kita sokong Russia. Salam.

Thursday, June 12, 2008

APA KATA MEREKA?

Salam,

Seminggu telah berlalu, polemik pasal penstrukturan subsidi bahan api = kenaikan harga minyak, bukan sahaja belum berakhir tapi tiada tanda akan berakhir. Masing-masing ada hujah untuk mengiyakan alasan mereka: Di satu pihak menentang kenaikan dan di pihak lain memberi justifikasi kenaikan. Kita lihat apa kata mereka :

YAB PM : Subsidi yg kita belanja jika melebihi perbelanjaan operasi akan membawa masalah besar kepada kerajaan. Walaupun ketika ini kita anggap tidak apa-apa, suatu hari nanti ia membawa masalah besar jika tidak mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan subsidi daripada sekarang.

Datuk PHS Lim, Presiden, Persatuan Pelabur Malaysia ( MIA ): Kerajaan sepatutnya hanya memberi subsidi bagi bahan makanan dan pengangkutan awam, bukan terhadap bahan bakar kegunaan kenderaan persendirian kerana langkah itu mengakibatkan wujudnya ketidakcekapan dalam sistem ekonomi.

Nobou Tanaka, Pengarah Eksekutif, Agensi Tenaga A/bangsa ( IEA ): Subsidi memberi ruang kepada pengguna untuk terus menggunakan minyak secara tidak berhemat dan melonjakkan harga minyak dunia.

TS Hassan Merican, Presiden & CEO Petronas: Petronas akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi jika semua keuntungannya diserahkan kepada kerajaan bagi membiayai subsidi minyak.

Dr Mohd Ariff Abdul Kareem, Pengarah, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia ( MIER ): Mungkin dengan berbuat demikian ( mengatasi masalah ketirisan dan penyelewengan), kerajaan boleh membantu rakyat meringankan beban hidup yg kian bertambah, tetapi bukan dengan mengambil laba simpanan Petronas untuk membiayai subsidi penggunaan minyak semasa yg sepatutnya dibuat untuk generasi akan datang.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis: Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup.

Sekian, adanya...fikir-fikirkanlah.

Friday, June 6, 2008

MINYAK OH MINYAK!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sehari dua ni, topik yg paling hangat dibualkan ialah kenaikan harga minyak. Pd hari pengumuman tu, bertalu-talu sms menggegar telefon saya. Pelbagai reaksi yg diberi, seolah-olahnya saya la pulak yg bertanggungjawab menaikkan harga minyak. Walhal, saya juga membeli minyak yg sudah naik harga! Ringkasnya, saya titipkan sms yg masuk tu spt berikut:
@ SMS X RASIONAL
- Mengaitkan kenaikan harga minyak dgn kelemahan kerajaan
- Membandingkan harga minyak dgn Negara Brunei Darussalam
- X puashati dgn kadar subsidi harga minyak yg diberi malah minta ditambah lagi
- Menyokong PR yg katanya akan menurunkan harga minyak.
@ SMS RASIONAL
- Kenaikan x dpt dielakkan ekoran kenaikan harga minyak dunia
- Perbandingan harga minyak yg lebih murah di kalangan negara ASEAN kecuali Brunei
- Subsidi minyak dikurangkan tetapi disubsidi keperluan harian lain
Pendapat saya:
1. Siapa pun memerintah Malaysia hari ni, pasti tidak akan dapat lari drpd fenomena kenaikan harga minyak dunia. Nak menurunkan harga, ertinya menambah subsidi , bukanlah jalan penyelesaian tbaik. Apa pun caranya pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak.
2. Sebagai alternatif, mungkin kita kena mengubah cara hidup. Penggunaan kenderaan yg digerakkan oleh minyak mungkin boleh diminimumkan. Mungkin basikal sebagai alternatif bg pjalanan jarak dekat?
3. Saya lebih rela membeli minyak yg mahal daripada membeli keperluan harian terutama bahan makanan spt beras yg mahal, akibat tiada subsidi!
Salam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin