Search This Blog

Showing posts with label Tenom. Show all posts
Showing posts with label Tenom. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Kerajaan BN Mempunyai Rekod Terbaik Bela Nasib Rakyat Sabah...KM Sabah

Ketika melancarkan Pesta Kalimaran yang diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Tenom baru-baru ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata rekod kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik kerana mereka berupaya untuk menyampaikan janji-janji pembangunan kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak prihatin dengan masalah rakyat di negara ini dan banyak peruntukan telah disalurkan kepada negeri untuk membangunkan negeri ini.

Menurut Musa, projek pembangunan seperti jalan raya dan jambatan juga diberi keutamaan untuk keselesaan rakyat di kawasan luar bandar, dan ini adalah jelas bahawa kerajaan BN adalah sensitif kepada keperluan rakyat. BN mendengar kepada rakyat dan memberi keutamaan untuk menjaga kebajikan rakyat di negara ini, katanya.

Beliau berkata usaha-usaha murni kerajaan, termasuk keamanan dan keharmonian, telah dirancang oleh pemimpin-pemimpin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat di kawasan ini termasuk kawasan pedalaman. "Saya juga berbangga dengan wakil-wakil rakyat BN untuk menjadi warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan wakil rakyat tidak melupakan tugas dan peranan mereka sebagai wakil rakyat. Saya mahu mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, "katanya.

Beliau juga mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dari parti pembangkang yang hanya datang untuk melihat orang ramai pada malam sebelum pilihan raya.
Beliau percaya rakyat Sabah, termasuk Tenom, pintar dan sedar pembangkang yang hanya datang ke kampung-kampung ketika pilihan raya untuk membuat janji-janji kosong bulan dan bintang.
Musa berkata kerajaan BN diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi pemimpin yang cemerlang yang mentadbir negara.
Sumber: Borneo Post

Wednesday, December 17, 2008

Taktik Zaman Purba - Masih Digunakan Lagi?

Salam,

Umno Bahagian Tenom, satu-satunya bahagian di Sabah yg masih belum mengadakan mesyuarat perwakilan, dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada 21hb ni.

Pertandingan merebut Ketua Bahagian akan menyaksikan psaingan dua penjuru, di antara Datuk Rizalman Abdullah, selaku penyandang akan ditentang oleh Datuk Rubin Balang, ADUN Kemabong.

Diharapkan plumbaan merebut jawatan di Bahagian Tenom tidak akan menjadikan, yang menang jadi arang, yg kalah mjadi abu. Sehingga Umno Tenom mjadi lemah dan mungkin Lembaga Displin pula kena bertindak.

Cuma yang sedihnya, dilaporkan sebelum ini, taktik mengurung perwakilan utk 'brain-wash' menyokong pemimpin tertentu masih diamalkan. Sudah tentu, perwakilan yg dikurung akan diberi habuan yg menyuburkan lagi amalan politik wang.

Taktik begini sangat popular suatu ketika dahulu di Sabah, tetapi kini agak bkurangan. Semua ahli Umno mungkin sudah menyedari taktik zaman purba ini sudah kurang bkesan lagi. Mungkin jasad perwakilan dapat dikurung, tp minda mereka utk memilih pemimpin pilihan hati tidak mungkin dapat dikongkong!

Lagipun, taktik kurung-mengurung ni ketinggalan zaman la. Sekarang ni org sudah boleh bfikir siapa yg patut dsokong, siapa yg patut dtolak ke tepi. Kepada para pemimpin, janganlah rendahkan pemikiran para perwakilan dgn menunjuk kehebatan diri melalui taktik lapuk yg kini mjadi jenaka anak-anak!

Kepada Lembaga Displin, apa lagi jalankanlah tugas, ambil tindakan, jika benar seperti yg dilaporkan. Janganlah banyak dalih, kata laporan palsu pulak, siasat dulu la....

Saturday, November 8, 2008

BINGKISAN UNTUK SAHABAT - JJ TENOM

Dikalungkan sejambangan TAHNIAH untuk sahabat bernama JAMAWI JAAFAR, yg dinobatkan sebagai KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN TENOM.

Dikirimkan sejambak harapan semoga perjuangan suci saudara akan diberkati-Nya. Semoga Pemuda Umno Tenom dibawah pimpinan saudara akan terus maju cemerlang.

Dititipkan sekudus doa, harap saudara akan beroleh kejayaan dan menggapai segala impian dan cita-cita suatu hari nanti.

Sekadar ingatan seorang sahabat : Pohon Timahar walaupun lembut, tidak sekeras pohon Belian, jika dicanai dgn baik mampu menjadi tiang seri, jika diukir dgn cantik boleh dibuat phiasan!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin