Search This Blog

Showing posts with label Sibu. Show all posts
Showing posts with label Sibu. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Seekor Ayam Berkokok, Hari Sudah Siang?


"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.

Salam,

Momentum kemenangan BN di Bagan Pinang ( Umno ) dan Hulu Selangor ( MIC ), gagal diteruskan oleh SUPP di Sibu. Daripada kemenangan bergaya dengan majoriti 3235 pada PRU 2008, Sibu terlepas ke tangan DAP dengan majoriti 398. Apa yang ketara, ketika DAP menambah 2942 undi, BN kehilangan 691 undi.

Sebagai parti pemerintah, BN wajar menganalisa faktor kekalahan mengapa undi DAP bertambah dan umnid BN menurun. Peratusan yang keluar mengundi rendah bukanlah jawapan terbaik kepada persoalan kekalahan ini. Mungkin ada sebab yang lebih besar, yang gagal disedari oleh BN.

Post-mortem ini wajar disegerakan memandangkan PRU Negeri Sarawak bakal diadakan dalam tempoh terdekat. Kegagalan mengatasi permasalahan yang berlaku, mungkin akan menyebabkan BN berputih mata dan terpaksa menyerahkan kuasa.

Mungkin benar, seekor ayam berkokok bukan tanda hari sudah siang. Namun, jika tidak berjaga-jaga dan mengambil tindakan drastik, masih lena diulit mimpi, bagai tiada apa-apa yang berlaku, dibimbangi nanti bila hari sudah siang, semuanya sudah terlambat untuk berbuat sesuatu.

Sewajarnya mana-mana faktor kekalahan ini ditangani segera. Jika perlu ditukar YB yang tidak relevan lagi, tukar saja dengan orang lain. Jangan kerana seekor monyet yang makan nangka, habis semuanya terpalit.

Langkah awal dalam tindakan segera untuk mengelakkan nanah menjadi barah, mungkin Tan Sri Taib elok mengumumkan pelan peralihan kuasa seperti Samy Vellu. Biar rakyat nampak siapa pengganti yang boleh diharapkan...

Monday, May 17, 2010

PRK Sibu: Selepas Kalah, Apa Kata Mereka?


Salam,

Selepas dikalahkan DAP di PRK Sibu kita perhatikan apa kata para pemimpin BN.

1. Rasa tidak senang pengundi terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Sibu semalam, kata Presidennya Tan Sri Dr George Chan. "Lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP, sudah pasti kami perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya,” katanya

2. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata BN menerima kekalahannya itu dengan hati terbuka dan keputusan itu harus dihormati kerana ia adalah pilihan rakyat.
Taib, yang juga pengerusi BN negeri, berkata pilihan raya itu dijalankan dengan cukup adil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

3. PM Datuk Seri Najib Razak berkata, sebenarnya kekalahan itu terlalu tipis dan apa yang BN perlu lakukan sekarang ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk kepada jentera BN.

"Kita terima keputusan itu kerana sebagai sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen maka keputusan pengundi adalah keputusan yang perlu diterima dan dihormati," katanya.

4. Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bandingkan dengan yang ini: Alasan Mereka Yang Tewas.

Soalan: Yang menang terus diam tak terkata, SPR ok kali ini?

Sunday, May 16, 2010

Wakil Rakyat Tidak Akil Baligh Pada 16 September?


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai "tidak akil baligh" atau matang dalam politik.

"Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politikpun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik," katanya.

Salam,

Wakil rakyat dikata tidak akil baligh ini selepas Kerajaan Perak tumbang lebih setahun lalu. Hanya dikata selepas beberapa orang MP dan ADUN PKR dan DAP beralih arah. Ada yang melompat parti, ada yang menjadi bebas.

Gelaran ini timbul ketika khabar angin bertiup kencang, Kerajaan Kedah juga bakal tumbang.

Peliknya, dahulu semasa Anwar Ibrahim mempromosi Kerajaan Lompat 16 September 2008, tidak pula kedengaran tentang wakil rakyat tidak akil baligh?

Kalaulah benar ada MP BN yang melompat menyertai Kerajaan Lompat 16 September dulu, akil balighkah mereka?

Saturday, May 15, 2010

Panduan Untuk Pengundi Sibu...


Salam,

Pengundi Sibu jangan silap pangkah. Ikut panduan ini. Kesilapan memangkah di ruang yang salah akan menyebabkan rakyat Sibu merana. Lama lagi pulak tu untuk menukar semula.

Selamat mengundi!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin