Search This Blog
Wednesday, April 7, 2010
Nilai RM 100...
Datuk Shahrizat tidak perlu melenting dan marah-marah dengan Lim Guan Eng. Semua orang tau, pemberian Lim RM 100 setahun atau RM 8.33 sebulan untuk werga tua di Pulau Pinang memang tidak sebanyak mana. Berapalah sangat nilai yang dapat dengan duit sebanyak itu?
Lim Guan Eng pun tau. Tidak banyak yang boleh dibeli dengan wang RM 100. Barangkali cuma cukup untuk membeli beberapa dozen pampers dewasa. Semua orang tau hal ini.
Yang bikin gempak, Lim riuhkan pemberian ini. Buat promosi merata tempat, bagitau dia amat prihatin dengan wergatua. Dia jaga kebajikan mereka dengan bagi duit. Sedangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi jauh lebih banyak daripada itu.
Cuma yang membezakan antara Lim dan Kementerian ialah Datuk Shahrizat tak riuhkan pemberian yang lebih banyak. Ramai yang tidak tahu. Persepsinya seolah-olah Lim benar-benar prihatin jaga wergatua dan kementerian Datuk Shahrizat tak buat apa-apa.
Tak salah untuk Lim buat begitu. Datuk Shahrizat tak payah naik angin. Kerja politik memang begitu. Siapa yang lebih cerdik, dia akan mendapat laba. Nampak di sini, memang Kementerian Datuk Shahrizat kurang cerdik berbanding Lim Guan Eng.
Ditambah lagi dengan karenah birokrasi yang berlaku dalam permohonan, dalam meluluskan dan dalam melaksanakan segala bentuk bantuan yang diuruskan Kementerian ini. Dasar memang cantik, bab pelaksanaan hancus!
Ramai mengeluh, bantuan e-kasih umpamanya. Ramai yang tak patut dapat, dapat. Sementara yang patut dapat, melepas. Dan banyak lagi karenah yang menyebabkan imej Lim Guan Eng naik di mata wergatua...
Tuesday, February 16, 2010
Lim Guan Eng Yang Bertuah...
Salam,
Bayangkan jika 'syor' hendak menggantikan perarakan Maulidurrasul dengan perhimpunan perpaduan ummah ini dilakukan oleh KM Melaka...
Atau PM memutuskan perarakan mengusung kavadi di Bt Caves ditiadakan dan diganti dengan perhimpunan penganut Hindu saja...
Atau pun, MB Perak mengesyorkan supaya perarakan membawa berhala pada hari Chap Goh Mei di Perak digantikan dengan perhimpunan...
Tidak sukar membayangkan apa yang akan terjadi dan bagaimana respon pimpinan PAS PKR atau DAP. Pasti Umno akan dibelasah secukupnya. Pasti akan dilanyak habis-habisan.
Sebab itu, menjadi KM seperti Lim Guan Eng sangat bertuah. 'Syor' beliau untuk menggantikan perarakan yang sudah sekian lama diadakan dengan perhimpunan, bukan sahaja tidak dikecam oleh rakan-rakannya malah disokong pula. Alasannya, perarakan ini bid'ah.
Memang sangat bertuah menjadi Lim Guan Eng, tidak perlu pemimpin DAP berdiri mempertahankan pendirian dan 'syor'nya sebab tugas ini dilakukan oleh rakan pakatan. Hebatnya kerjasama mereka, pemimpin PAS bangkit mempertahankan beliau.
Seronoknya menjadi KM P.Pinang...memang bertuah menjadi Lim Guan Eng!
Wednesday, July 1, 2009
Cakap Memang Mudah...
Salam,
Kerajaan BN ditohmah dengan pelbagai kata nista apabila 'gagal' melindungi rakyat. BN dikata menyebelahi pemaju, apabila pemaju mahu mengambil tanah milik mereka untuk dibangunkan. Rakyat yang menduduki tanah pemaju secara haram dibela oleh parti pembangkang secara berterusan.
Pembangkang melabel kerajaan BN zalim dan menindas rakyat kerana tidak mempertahankan hak rakyat yang telah bertahun-tahun duduk di atas tanah milik pemaju.
Di Selangor kes pemaju mengambil tanah mereka menyebabkan rakyat bangkit menentang kerajaan BN pimpinan DS Khir Toyo pada tahun 2007. Walaupun sebahagian besar penduduk telah bersetuju untuk berpindah, namun dek kerana segelintir yang enggan, ditambah lagi hasutan pembangkang kesannya mungkin kejadian ini menjadi salah satu punca BN tumbang di Selangor pada 2008.
Hari ini, Kerajaan P.Pinang berdepan masalah serupa. Tanah yang hendak dimajukan di Kg Buah Pala, Bukit Gelugor mendapat bantahan penduduk kampung yang sudah duduk di situ sekian lama.
Antara kehendak pemaju dan kepentingan rakyat, yang manakah menjadi keutamaan Lim Guan Eng?
Jika selama ini pembangkang boleh mengata itu ini kepada Kerajaan BN, maka kini tiba masanya bagi mereka untuk membuktikan kata-kata manis mereka sebagai jagoan rakyat. Inilah masanya bagi Kerajaan Pakatan DAP dan PKR membuktikan janji manis mereka membela rakyat bukan retorik kosong semata-mata.
Dilaporkan Lim Guan Eng tidak turun berjumpa dengan penduduk kampung yang berhimpun di Komtar, hanya menghantar wakil. Apakah Lim takut berdepan dengan realiti? Risau tembelang janji kosong akan terbongkar?
Cakap memanglah mudah, berkata-kata itu ini memang mudah…yang payah ialah melaksanakannya!