Destinasi pertama di Bandaraya Kuching tentulah Pasar Tamu Serikin yg cukup terkenal. Rezeki orang Kampung Serikin menjadi satu destinasi wajib pelancongan. Yang sebenarnya kebanyakan barang yang dijual di sini adalah produk Indonesia. Kebanyakan peniaga juga dari Pontianak Indonesia. Hasil perbualan dgn seorang makcik peniaga kain sarung, dia datang pada hari Jumaat dan balik hari Ahad tengahari.
Dari kampung Serikin 5km lagi adalah sempadan Malaysia - Indonesia. Tidak hairanlah kebanyakan kereta dan motorsikal di sini menggunakan pendaftaran Indonesia.
Rambang mata melihat begitu banyak barang dijual di sini. Harga boleh tahan murah, mau pandai tawar-menawar harga.Yang cuma difikir macamana mau dibawa balik. Lain kali datang sini bawa lori 3 tan, tapi masalah pula nak lalu negara Brunei. Kenderaan Perdagangan kena ada permit.
Kulit kambing pun ada dijual d sini. Memang barang jualan di sini pelbagai dan macam-macam. Orang saja rasanya yg tiada dijual...hehe
Sempat membeli dua pokok bibit Durian Thai bilang penjual tu.5 tahun bisa berbuah pak...katanya. Setengahari di sini balik semula ke bandar.
Singgah di Muzium Sarawak, sayang bangunan utamanya ditutup untuk penyelenggeraan. Tapi rasanya khazanah Sarawak yg begitu rencam dan pelbagai tidak memadai dgn bangunan muzium yg sedia ada. Sepatutnya muzium Sarawak perlu lebih besar dan canggih.
Dalam muzium jumpa 2 orang mamat dari Pontianak Indonesia. Bilangnya dari Kuching 4-5 jam lagi ke Pontianak. Banyak info dapat dari durang ni. Mana tau suatu hari nanti berpeluang pula ke Pontianak. Target 2019...
Adik Saidah merakam kenangan di perkarangan muzium...