2 large super supreme with extra cheese topping
tapi kan macam kureeeeng jer kan..
suka kau lah labuuuu... asal perut kenyang
dan tukang masak boleh rilex2, tak perlu bersilat didapo!
Alhamdulillah denga rezeki Nya.
mmg pun semua nak yg cepat dan senang kan…. buat apa nak keja yang susah2 kalau ada yang sangat menyenangkan…. macam x yah nak masak untuk lunch hari ni kan… cal je 1300882525 dan tunggu….siap hidangan tersedia atas meja…. ooooh! itu kilija sangat sinang ma.... tinggal nak ngap jer…
tapikan ….. depa ni dah x de ke box untuk large pan pizza ni? …. dipotongnya 8 pcs dan buh dalam kotak kecit2 cam ni? gasak la…. janji super supreme pan pizza ni dah ada depan mata… dan satu lg nak tanya wahai cik tuan puan tukang buat pizza nih…. kenapa topping tu sangat kedekut isinya?...apa yg super supreme sangat kalau gitu?....sapa nak tolong jawapkan? ataukah kak rose yg tamak nak banyak jer?... (ohhhh!!!! kena insaf diri dah makin kembang.....)
Bahan-bahanya
Untuk Doh Pizza ( pizza bentuk bunga dan di dalam crust ade sosej)
250gram tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sudu kecil yis ( ros guna dry yeast)
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin- boleh diganti dgn 2 sudu besar olive oil (guna olive oil)
sedikit oregano (x letak)
Untuk inti di dalam crust
4 sosej yang di rebus dahulu dan yang telah dipotong pendek. (k rose guna 5)
Untuk Topping
1/4 biji nenas saiz kecil dipotong nipis
100gram isi ayam bahagian dada, ( di saute perang dahulu)
hirisan bawang
hirisan tomato
sedikit mix cheese atau keju mozarela
( jika mahu letak tomato kechup atau pizza souce pun boleh juga)
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan doh dan uli hingga lembut dan elastik, kalau ade Bread Maker, tekan menu Dough dan ON, tunggu sampai siap. Kalau guna BM boleh skip langkah di bawah, dan bila Dough dah siap tu boleh terus bentukkan sahaja. (Kak rose x de BM, uli guna tangan je..... sampai naik muscle dilengan.... he he he)
2. Jika menggunakan manual, iaitu uli tangan, bila doh telah lembut, perap doh sehingga dua kali ganda, dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh bagi tujuan keluarkan angin, uli lagi selama lima minit, kemudian canaikan doh, dan ambil 1/2 bahagian doh dan ketepikan, separuh lagi boleh bentukkan untuk dasar pizza.
3. Separuh lagi, bahagi doh pada bahagian-bahagina kecil lebih kurang 18-20 saiz kecil, kemudian masukkan sosej yang telah dipotong pendek tadi, pastikan doh menutupi sosej. Ulang langkah tadi hingga sosej habis, kemudian atur di atas doh dasar pizza tadi, pastikan separuh crust tadi mengenai permukaan pizza dan separuh lagi biarkan terkeluar, jangan risau , apabila sudah kembang nanti semuanya akan bercantum, dan jangan di susun rapat sangat pastikan ada ruang sedikit untuk doh crust mengembang.
4. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali toppingkan pizza dengan ayam, nenas, bawang dan tomato serta taburkan keju di atasnya, bakar pada suhu 180darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan pizza perang. Selamat Mencuba.