Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Sunday, February 4, 2018

Bow tie pasta soup

bila tak rajin nam masak tapi nak jugak makan, selongkar apa yang ada dalam magic fridge. ayam ada keras kejung dalam freezer dan sedikit sayur apa yang ada... selongkar pulak drawer tempat simpan segala khazanah mee n pasta... jumpa bow tie pasta dan jugak spiral pasta yang belum guna pun... spaghetti pun ada empat packs tak guna lagi... ok lah, meh la rebus bow tie pasta ni... sambil tu buat kuah sup bodo2 dan bila pasta dah empuk, toskan dan masuk dalam pinggan, just curah kuah sup tadi.... lunch pun isap, nikmatinya lah dengan senang hati. mudahkan kerja tukang masak yang sendiri masak dan sendiri jugak makan... tak de orang nak kongsi makan sup kita!

Wednesday, August 9, 2017

Thursday, January 19, 2017

Bow tie pasta pulak...

 pasta sup sempoi yang mudah dimasak dan sedap dimakan... sebabnya memang sangat tidak rajin nak masak nasi bila tak de yang nak makan... memasing balik kerja dah lewat, so makan yang rengan2 jer la kononnya... mudah lah kerja tukang masak macam ni kan..

kak rose ni masak tak de resepi, asalkan rasa sedap buat kami sekeluarga, kira ok la tu kan.. bahan2 sama jer macam yang kak rose buat untuk spiral pasta tu cuma tukar jenis pasta dan tambahkan tauhu.... Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga.

Thursday, January 12, 2017

Spiral pasta sup

 bila datang kemalasan nak masak tapi nak makan... ni la jadinya... lebur jer semua dalam tu dah siap satu menu complete buat orang macam kak rose yang punya baaaaanyak sangat vit m tu. cepat dimasak sedap dimakan... hihi. untuk kami berdua, sepeket spiral pasta ni boleh buat dua tiga kali masak gamaknya... kak rose suka less pasta tapi sayur2 yang lebih.... banyakkkk.

untuk sup ni kak rose tak de sukatan resepi yang exact... cuma main masuk jer semua, buh la apa pun asalkan sedap pada cita rasa sendiri kan...

kak rose kongsikan bahan2nya ya..

spiral pasta - direbus
fillet ayam - potong kecik2
sedikit sawi
carrot - potong munger2 bagi cantik
taugeh
cili merah
bawang merah dan putih
kuib ayam maggi
air secukupnya

Cara:

tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi
masukkan fillet ayam, tumiskan hingga ayam bertukar warna
tambahkan air dan masukkan carrot
biarkan mendidih, masukkan juga kiub ayam
perasakan garamnya jika perlu sbb kiub ayam tu dah masin
masukkan daun sawi dan cili merah tadi dan padamkan api
akhir sekali masukkan tauge.... dah siap!

bubuh pasta dalam pinggan dan curahkan kuah tadi diatasnya
boleh lah hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup---> kak rose x dak!
kalau nak umpphhh lagi, makan lah dengan sambal kicap
makan hangat2... bepoloh2 wa cakap luuuu!


Tuesday, September 13, 2016

Spiral pasta goreng tomyam

 dah jemu makan rendang dan ketupat masa raya semalam? apa kata hari makan ala ala mata biru yang dah dimelayukan ni... spiral pasta goreng tomyam yang sedap dengan resepi adaptasi dari menu yang pernah kak rose buat gunakan spaghetti angel hair... kita yang buat diakan... so pepandai menderhakan resepi ni, asalkan saja sedap ditekak sendiri... bertambah sedap dengan pes tomyam yang juga kak rose buat sendiri, boleh tengok kat sini ya.... moh le kak rose kongsikan resepinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
(kak rose guna spiral pasta)
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus (x dek)
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa (x suka...gantikan dengan garam jer)
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x dak la)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (x de la pulak!)
Minyak zaitun untuk menumis
sedikit brokoli
 
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan pasta, brokoli, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

Saturday, July 30, 2016

Pasta sup pulak..

ari tu kak rose buat pasta goreng... kali ni buat sup pulak... ikut la tekak sendiri nak makan camner kan, dengan bahan dan sayur apa saja yang ada dalam fridge, jadilah pasta sup kak rose untuk lunch... kalau nak buat dinner pun boleh kan... just asingkan kuah sup dan pastanya... tapi yang best bila kita buat fresh from kuali n terus dinikmati... ada pulak sambal kicap jawa tu, memang berpeloh2 makan.

yang ni kak rose tambahkan telor dalam sup tu.... buat menambah lemak dan kolesterol gamaknya... dah la brisk walk pepagi tu tak stat lagi, sejak bercuti masa bulan puasa sampai la ni masih belum ada kerajinan nak memulakan.... tapi tang makan tu memang susah nak resist! kak rose tak de resepi yang spesifik, semua main taruk jer dalam kuah tu, so kalau nak buat tu pepandai lah nak mengadjust ikut tekak sendiri ya...sambal kicap tu memang sentiasa ade stok, senang tekak jawa ni nak makan gorengan nanti... cekodok manis pun tetap cicah dengan sambal kicap...kejawaan sungguh kan!


Monday, July 25, 2016

Spirals pasta goreng

 Asalamualaikum dan salam isnin, semuga semuanya ceria bagai matahari pagi ni yang bersinar selepas hujan subuh tadi... banyak kain baju diampaian, biarlah hendaknya panas hingga kepetang... pasta goreng ni kak rose buat 2 hari lepas.. kebetulan masa g beli spaghetti tu, ternampak lak yang spiral ni... so bli la sepeket.....

jom kita tengok resepi spirals pasta goreng ni...

Bahan-bahannya:

500 gram spiral pasta direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit cili sos (yg ni kak rose tambah)
sedikit sos tiram (yg ni tambah gak)
sedikit kicap masin
sedikit garam (tak yah letak dah....)
secubit gula (kak rose x letak)
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan
daging ayam dihiris

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, sos cili, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.

Tuesday, July 5, 2016

Bowtie pasta sup

 Bow tie pasta sup untuk iftar petang semalam... sebenarnya dah tak tau nak masak apa untuk iftar... dan ni hari kelima tak makan nasik dah... kuih2 pun dah tak rajin nak buat.. dan batuk yang tak kunjung hilang tu sangat lah tidak selesa semasa dalam puasa ni... setiap kali lepas meludah, pasti tekak jadi terasa sangat kering... dan batuk pun payah nak hilang... makan ubat masa berbuka dan sahur saja... atau ubat tu memang dah lali dengan batuk ni.. buah2 sejuk dan air yang sejuk memang tak usik la, tapi batuk tetap jugak ada walaupun tekak tidak seperit masa memula dulu tu..

 so kita makan yang panas2 saja, air pun memang kak rose tak amik air sejuk masa berbuka... cuma teh o kurang manis, dan makanan bergoreng juga kak rose elakkan kalau boleh... sup simple ni kak rose main taruk jer apa yang ada.... ayam dan sayur mayur tu... jadilah untuk menu berbuka kan..

 dan lepas solat maghrib, pekena pulak chicken foldover ni... memang terbuntang nak abeskan... kalau dulu kami beli satu untuk kongsi makan berdua, tapi bulan puasa ni takut nanti tak cukup pulak.. punyala tamak kan.. sudahnya tak terabeskan dan bila dah sejuk roti tu pun dah jadi keras... walaupun beli masa dah dekat waktu berbuka, tapi makan dah lepas pukul 8 pm.. apa pun syukur Alhamdulillah dengan rezkinya dan dapat meneruskan ibadah puasa sampai kepenghujung , Insya Allah.

syabas pada kawan2 yang masih rajin memasak dan ada banyak menu untuk dihidang untuk berbuka. salute pada you semua!

Sunday, November 29, 2015

Beef lasagna yang ohsem!

 Asalamualaikum dan selamat berhari minggu .... semuga kawan2 sentiasa dalam rahmat Ilahi hendaknya. Beef lasagna yang bukan buat sendiri.... nak yang mudah, so bila nak makan kita beli je yang readymade, balik rumah tinggal nak reheat dah ready untuk dingap. dan ni adalah lunch hari selasa lepas... kak rose memang suka sangat beef lasagna kat lanai ni, soooo rich dengan daging dan cheese nya... boleh menternak lemak dengan jayanya lepas makan tu..

beli dua pack untuk kami berdua...so puaslah dapat makan tanpa bersusah payah nak menyediakannya... dan harap2 lepas ni rajin lah nak berbrisk walk untuk nak buang balik lemah yang dah dikumpul dengan jayanya tu.

Thursday, June 4, 2015

Bowtie pasta sup

bowtie pasta sup untuk dinner semalam... tak tau dah nak buat kuih apa untuk minum petang aka dinner kami, barulah terpikir pasal bowtie yang ada dalam simpanan.... dan ini lah menu dinner untuk kami berdua malam semalam. sesekali buat sup cam ni pun sedap gak, n it is healthy too sbb guna sedikit minyak saja.

 simple yet soo fulfilling, ya lah kalau makan sampai 2 mangkuk tu memanglah full sangat2 kan... dan dalam sup ni kak rose cuma bubuh chicken fillet dan sayur2 sawi dan carrot... dan yang pastinya bowtie pasta yang direbus dulu dan masukkan dalam sup tu... siap dah dan boleh la menikmatinya dengan rasa tak bersalah sbb konon2 menu yang sihat for diet!

dan ini untuk dessertnya, buah mangga yang sangat manis ni sebenarnya sungguhlah membuatkan nombor di weighing scale tu sangat lajunya menaik mencanak2.... tapi sbb sedap, ignore nombor2 tu semua, boleh gitu?

Thursday, May 22, 2014

Swirl pasta goreng

 semalam punya menu. swirl pasta goreng ringkas dengan bahan apa yang ade jer.... kalau dah emergency, belasah jer la dengan bahan apa yang ade dalam fridge... kita yang buat dia, asalkan boleh dingap kira ok la tu kan.. tapi sempat jugak nak godek2 resepi....sbb x pernah buat goreng cam ni, kak rose lebih suka kalau ada kuah2 ala ala soup gitu... boleh hirup2 kuah tu kan...tp x pe la, goreng ni pun ok gak.

resepi sempoi ikut Anis' Diary punya makaroni goreng, meh kak rose kongsikan kat sini lak... ikut resepi ni, bila dah rebus punyalah banyak swirl pasta tu....so kak rose goreng separuh jer, dan separuh lagi ade bertapa dalam firdge!

Bahan-bahannya:

500 gram makaroni direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit kicap masin
sedikit garam
secubit gula
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan - kak rose gantikan frankfurters
daging ayam dihiris

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.

Thursday, April 10, 2014

Beef lasagna

lunch hari ni.... biru mata hitamku. he he he. beef lasagna yang bukan kak rose buat pun. Lanai mari punya. rasanya lama dah tak makan ni, nak buat sendiri tu mmg idok le ade kerajinan tapi makan mmg laju jer... incek asben belikan kat tempat kursus, apa lagi dengan senang hati panaskan dan ngap je la..

 sebelum pekena lasagna tu, amik buah2 dulu. ni pun nasib baik teringat, kalau tidak tu main belasah jer lepas main meal baru ingat nak makan buah! dah jadi kebiasaan, nak buat camner kan?

 untuk tidak merasa guilty sbb makan lasagna yang sangat rich dengan mince meat, white sauce dan cheese tu, kononnya potongkan timun jepun, daun salad n tomato untuk jadi peneman....

taburan cheese yang buat rasa bersalah.... tapi bila ngap dah lupa semua tu. laju jer menyuap!
 
beef lasagna dengan melted cheese yang sangat yummy....


Thursday, March 13, 2014

Lunch dengan leftover sup.

 Salam dan selamat tengahari.... masak apa kawan2 diluar sana? orang malas nak masak tapi nak makan ni mula lah garu kepala apa nak makan....yang cepat disediakan dan cepat jugak dapat ngapnya... kodek2 freezer, ade leftover sup tulang yang kak rose buat ari tu...apa lagi teruslah keluarkan dan reheat.....

sambil tu rebus san remo spiral pasta ni.....

dan.... lunch ready dah. cepat disediakan dan cepat dapat makan! jemput makan semua.

Monday, April 15, 2013

Bowtie pasta soup untuk lunch

 lunch yang simple dimple, asalkan perut kenyang... masak main belasah apa yang ada jer untuk buat sup ni untuk mengisi perut yang dah berlagu keroncong tp masih malas nak masak... so jerang air rebus pasta n buat sup ni...

 sendiri masak sendiri makan dan sendiri jugak kata sedap. Alhamdullilah kenyang sampai kepetang...

passionfruit juice yang sedap.... fresh from the garden kat rumah adik di seremban.

Friday, June 11, 2010

Beef lasagna


Salam dan selamat petang semua..... sejak dua menjak tekak asik nak makan yang ala2 western gitu.... dan yang sebenarnya nak cuba buat sendiri.... lebih2 lagi bila nengok kat rumah kawan2 yang tera2 masak tu jadi cantik je.... bila kak rose buat agak2 jadi tak?.... kawan2 tengoklah sendiri betapa sememehnya.... memang x reti nak buat.... tak cantik langsung walaupun rasa memang sedap.... pas ni kena g kat pizza hut sajalah kalau nak makan.... abis citer..... resepinya kak rose kopi kat rumah hana.... rumah dia memang dah jadi source of info for my masak2.... tq hana....

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original (kak rose x de)
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

x sempat nak tunggu sejuk.... panas2 lagi dah potong..... tambah sememeh jadinya!

sebelum dibakar.... tabur dengan cheese banyak2

kepingan lasagna yang kak rose guna..... kena rebus dulu.