Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Saturday, July 27, 2024

Lama tak ke sini...

 ya lah... lama sungguh tak singgah makan kat lanai kijang ni...

so ini kisah minggu lepas, on de way balik dari Keramat, kami pun decide nak singgah lunch kat sini.. minum juice tembikai less ice dan teh tarik untuk en asben..
sesekali tukar lah dari makan nasik kan...meatball pasta untuk kak rose
nasi goreng petai yang so so jer kata en asben.. tapi portion dia memang besarrrr lah
dan for the dessert, satu mangkuk sagu gula melaka untuk kami berdua.. 

lepas tu tapau yang ni untuk dinner pulak... 4 pack beef dan chicken lasagna done seharian tuutp dapo!

Friday, May 17, 2024

Bila tutup dapo...

Kita cari lah dapo dikedai pulak kan...

try nasi ayam kedai baru bukak disubang parade ni. 

So so jer lah pada kak rose

so no more next time lah gamaknya... mulanya nak makan kedai yang selalu g makan tu, tapi nak jugak lah mencuba kat tempat yang baru ni... ok lah dah tau ni.. thats it lah!
 

Thursday, September 21, 2023

Minum petang di Port Ngopi

mencuba ngopi kat sini... agaknya kena pergi masa cuaca redup kot. panassss sangat
dengan mee kari yang pedas ni, bertambah lah panasssss nya.
 

Friday, July 7, 2023

Makan di SR

 penat jalan2 so singgah kat sini... alas perut lah..

walau dah lepas nak jugak tepek kat sini makan makan kami berdua. sambil tunggu makanan sampai sempat lah nak amik gambo ni...service a bit  lambat sebab kami datang waktu lunch dan memang ramai lah yang sama menunggu hidangan sampai...so sabo2 je lah ya..
memula sampai dimeja... ipoh iced white coffee dan iced honey lemonade.
chicken balck pepper with fries untuk en asben. the ayam is sooooo tender
ni tuan tanah yang punya... suka dengan fish n chip yang garing diluar dan moist didalam macam ni. dan tambah sedap lagi bila perut tengah lapo dan ade orang yang tolong masak kan.. tukang dapo boleh gantung piok!
 

Saturday, June 24, 2023

Semuanya leftover!

 

ya. memang semuanya leftover.... nasi leftover kak rose buat lah nasi goreng bodo bodo cenggini. dan satay tu pun satay kajang leftover jugak. tu lah bila membeli memag tak beringat, so sudahnya sebungkus 20 cucuk memang tak berbuka dan terus simpan dalam freezer. dari dibiarkan berhari keras kejung dalam tu baik lah jangan membazir kan.. panaskan dan lunch pun ready.

nasi goreng bodo bodo dah siap, panaskan satay dan kuahnya. potongkan timun jepun untuk dayang si satay tu dan lunch pun ready. mudah kerja tukang dapo. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.
 

Friday, January 6, 2023

Makan makan hujung tahun lepas

tahun lepas, macam dah lama sangat kan. tapi sebenarnya belum seminggu pun kita ditahun baru. penutup 2023, luangkan masa bersama keluarga kecil kami untuk makan sama di ikea.. rasanya lama dah tak g ikea ni dan yang kak rose nak makan sangat ialah swedish meat ball ni... kalau dulu rajin lah nak buat sendiri, rasa puas hati bila makan yang kita masak sendiri kan. tapi sekarang ni kerajinan tu semua dah terjun ke laut dalam agaknya... so ada yamg mudah buat apa nak menyingsing lengan berkepok kat dapo kan... g jer sini, semua dah siap terhidang. makan lah sepuasnya.. oderlah lebih, kami share makan anak beranak...

dan sebanyak ini yang diodernya... memang tak terhabis lah. so sedia beli lah box untuk tapau tu, boleh lah anak bawak balik makan berulang di rumah pulak
 

penuh tray trolly untuk kami berempat! air tak amik lg tuh!

complete dah... 

boss kecik tak nak makan...
asik nak berlariiii jer... tal larat mamanek nak mengejornya!


Sunday, September 11, 2022

Complete seharian...

 Salam hujung minggu buat semua yang masih sudi singgah kat dapo kak rose ni. eh!!! ade lagi ke yang sudi menjenguk dapo yang dah bersawang ni? nyawa pun dah tenggelam timbul, tapi masih sayang jugak nak terus ditamatkan riwayatnya kan... so update bila rasa ada kerajinan je lah nampaknya..

berhujung minggu dan bertapa saja dalam rumah, tapi makan tetap jugak mesti ada kan... walaupun cuma roti boom frozen dan gulai kari ayam leftover untuk mulakan hari, sudah lebih dari memadai lah kan.. tak perlu nak keluar rumah, just reheat semuanya dan sediakan secawan nescafe o kosong untuk tuan tanah dan for my the other half sudah semestinya lah nescafe panas2. Alhamdulillah breakfast done.
untuk lunch pulak, ada satay kajang leftover gak... minggu lepas balik dari kampung mesti singgah di rnr dengkil dan semestinya lah makan dan tapau satay kajang ni. dan jugak nasi goreng bodo2 dan potongan timun jepun untuk digandingkan dengan satay ni. cukup untuk lunch sepinggan sorang...
petang pulak, goreng samosa kentang ni... frozen gak. just gorengkan dan minum petang a ka dinner pun ready. seharian duduk dirumah, menghadap pc dan kedapo jer lah kerjanya... esok lain cerita lah pulak kan..
 

Sunday, August 14, 2022

Sambung nyawa my kuali..

entah kemana lah agaknya kerajinan satu masa dulu yang tiap hari mengupdate dapo maya ni... semuanya dah sesat dan tak jumpa jalan pulang dah.. dan akhirnya ni lah nasib my kuali... hidup segan mati tak mahu, memang sayang lah kalau nak biarkan mati gitu jer kan.. so merajinkan diri mengupdate dengan hidangan lunch simple kami yang dah jadi baja dah pun... nasi goreng, daging bakar, fries dan timun jepun... cicah dengan sos cili thai perahkan asam limau dan bubuh sedikit daun ketumbar...

lepas ni harap adalah nampaklah jalan pulangnya... Aamiin
 

Saturday, March 26, 2022

Majlis Tahlil di kampung

Alhamdulillah... sampai jugak hajat nak buat majlis tahlil dan yassinan di kampung sebelum menjelang bulan puasa ni dan juga doa selamat untuk nanti nak duduk rumah baru dikampung. walaupun tak dapat buat dirumah macam dulu2, ketua muslimat cadangkan agar dibuat  majlis tu disurau je untuk kaum wanita dan untuk yang lelaki di mesjid pulak pada sebelah malamnya. syukur, semuanya berjalan lancar. laksa johor ni kak rose buat untuk majlis perempuan pada petang tu, untuk yang lelaki adik pulak sediakan nasi jagung, ayam masak merah dan pajeri nenas... tapi sayang sibuk punya pasal, satu gambo pun tak dapat amik... adudu!!!
kuah laksa dengan 7kg ikan selayang ni kak rose buat di kl dan frozenkan, bawak balik tinggal nak panaskan dan tambah santan jer. nasib baik lah dapat beli ikan yang beso2.. sekilo 4 ekor jer, kerja jadi mudah dan cepat kalau dapat ikan yang beso2 gini kan.
40 packs untuk majlis petang tu siap dengan bantuan adik2 dan anak buah yang datang tolong potong segala mak nenek condiments yang renyah tu. sambal belacan pun dia tolong buatkan dan pack sekali... maklumlah kak rose ni tak makan belacan apa lagi nak buat nya la hai...
dah ready untuk dipack bersama kurma ajwa, kuih2 dan air mineral dan bawak ke surau..
tuala mandi pun kak rose sediakan untuk 40 tetamu majlis yassinan tu, tapi sayang tak de gambar masa majlis. kira macam orang baru disitu, malu lah nak amik gambo kan. nasib baik ada adik yang tolong kenalkan dengan derang semua.  20pcs pulak untuk adik2 dan yang datang tolong siapkan semuanya... Alhamdulillah ramai yang bantu dan kerja pun jadi cepat jer siap.
adik sponsor kurma ajwa untuk dipack bersama laksa tadi. air mineral kok lupa nak amik gambonya..
anak buah yang rajin, sponsor kuih2 ni... seri muka pandan, koleh kacang yang sedap dan karipap. anak bujangnya yang tolong goreng... kalau tak itam nanti tak rangup katanya...
tuan tanah sempat bergambo dengan ketua muslimat dan anak buah. sebenarnya kak rose mohon maaf sesangat sebab hampir semua tak berapa kenal dengan yang hadir, maklumlah dah lama sangat tak bercampur dengan diorang semua... apa lagi dengan keadaan sekarang, muka bertutup dengan mask, memang susah lah nak kenal kan. Insya Allah nanti kalau dah dudk kampung muga akan terjalin semula persahabatn dengan jiran2 sekampung. 
 

Friday, January 7, 2022

Nasi Arab Ar-Rawsha

 x dapat nak dine in, kita oder jer lah...

nasi ayam mandhi.. nak oder untuk tiga portion, tapi tak de katanya... so empat portion terus untuk kami bertiga... ayam memang tak terhabiskan tapi nasi pulak yang tak banyak.. as if untuk dua portion jer  nasiknya, pack tu penuh dek ayam jer... so memang berbaki lah ayamnya!
lamb madghot untuk 2 portion... tapi sorang jer yang nak makan kambing ni.. yang lain memang tak gemor cik mbek ni... so memang berlebih lah portion yang ni.. leftover boleh ulang petang nnti kata tukang makan!
muwalah dan saltah yang sangat sedap... tapi bila nak makan kena panaskan balik muwalah tu sbb keras kejung bila dah sejuk... sedap makan masa panas2 tu.. tapi delivery pun amik masa kan.... sampai ketangan kita dah sejuk kejung!
kuah kari yang cair macam air dan sos harrah yang lagi sedap lah kalau kak rose buat sendiri... hihi. naik lift tekan sendiri lah kan...tapi tak rajin punya pasal, makan jer lah yang dah oder tu..
 

Thursday, December 9, 2021

Chicken lasagna

sesekali tukar menu... tak rajin masak kita ode jerrr...
Alhamdulillah, kena dengan selera kami walaupun cuma tambah dengan salad pun ok lah...
 

Saturday, December 4, 2021

Makan2 di oOchid Bistro

hot lemon tea and mango juice untuk basahkan tekak. bila dah penat berjalan meronda ronda, perut pun dah mintak diisi... meh ler kita try makan kat oOchid bistro ni. boleh lah untuk hilang lapo dan dahaga, nak kata sedap sangat tu mungkin tempat lain ada lagi yang lebih sedap kan..
Grilled chicken chop with fries and spaghetti aglio olio, portion yang sangat besoooo...
Thai dried chili chicken ni seakan chicken kung pao jer rasanya... tapi kan cashewnut tu sangat lah halusnya, hilang tenggelam dek ayam dan sayuran.. and rasanya a bit too sweet lah untuk tukang makan.

 sweet and sour chicken with rice, telo mata dan keropok

Friday, August 20, 2021

Nasi dagang warong ambo..

 Pasca covid, bila selera makan dah kembali... teringin nak makan nasi dagang pulak..





Alhamdulillah... bersera kami berdua menikmati nasi dagang ni... walaupun tak sesedap macam yang MIL buat tu... tapi cukup untuk hilangkan kerinduan sebab dah hampir dua tahun tak boleh balik ziarah mereka. nasib baik boleh vc selalu, dan semuga mek terus sihat dan kita semua dapat berjumap semula..