Salam hari buruh buat semua... jom sama2 amalkan...
Anak Dari Tak Dengar Kata Berubah Jadi Lembut
Hati, 13 Perkara Ibu Ayah Kena Belajar Amalkan!
13 cara ni mak ayah patut cuba amalkan.
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib
seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam
lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam
selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika
belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah,
banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah
dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan
nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu
tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering
dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu
nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat
semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati
termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat
ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak
meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi
air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada
otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan
minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar
Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia
anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu
malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah
atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif
dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar
otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima
benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta
keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang
berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra
nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu
agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita
secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling
kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki
hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara
menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat
sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat
fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari
setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR
setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai
pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah
SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum
tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan,
semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat
dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk
mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang
Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang
mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami
isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah,
langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti
enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Al Fatihah and Surah 3
Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada
gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain
dengan Al Fatuhah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat
Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai
sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar
dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada
semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan
masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan
bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya
berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak
melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal,
dan sebagainya
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar,
bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia
jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan
melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah
3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau
bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar,
baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah
hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah
Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh.
Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat
kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan
berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi
anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian
dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa
mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat
baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang
keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
terima kasih dengan perkongsian ini dan mohon nak share kat dapo maya kak rose ini
Sumber: Ahmad Mhd Mhd Muhayadi