Showing posts with label Event In Helsinki. Show all posts
Showing posts with label Event In Helsinki. Show all posts

7 Feb 2012

Chinese New Year Pot Luck 2012

Assalammualaikum
Minggu yang membusykan saya....mcm-mcm program ada menanti ni. Biasa awal tahun mcm ni la sibuk dengan aktiviti persatuan kat sini jer la. Sebelum aktiviti lain menyusul saya nak sharekan aktiviti saya minggu lepas ni dulu. Sambutan CNY potluck ni dianjurkan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia kat sini. Majlis ni dibuat pada hari sabtu  4 Febuari 2012 jam 1pm-4pm di Pejabat Kedutaan Malaysia di Helsinki. Memang saya agak sibuk pada minggu ni bermula dgn mesyuarat, persiapan majlis dan juga memasak makanan. 

Saya dan rakan-rakan ladies di embassy telah bergotong-royong memasak makanan utama pada majlis ni. Manakala dessert pula dibawa oleh tetamu yang datang.  Kebanyakkan menu utama makanan ni adalah chinese food yang dimasak oleh isteri duta dan dibantu oleh ladies kat sini. Walaupun duta disini berbangsa cina tapi beliau dan isteri amatlah mengambil berat bab makanan yang halal dimkn oleh org islam  dan semua ayam yang dibeli adalah dari kedai yang halal. Sehari sebelum majlis bermula saya telah ke rumah duta untuk membantu dalam persiapan memasak. Berpeluang juga belajar memerap ayam panggang chinese style yang resepinya dari TYT Duta sendiri. Memang sedap sgt ayam panggang tu. Nanti bolehlah saya cuba buat dan sharekan resepinya pula.

Majlis ni nampak sangat meriah dengan kehadiran tetamu seramai 120orang termasuk Malaysian dan Finnish disini. Ada juga cabutan nombor bertuah untuk semua tetamu yang hadir dan hadiahnya adalah tiket kapal cruise ke Stockholm...memang menarik. Oklah jom layan gambar kat bawah pula. Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan simpanan gambar untuk kenangan buat saya disini saja.

 antara tetamu finnish yang hadir..kebanyakkan mereka adalah yang berkahwin dengan org Malaysia.

 majoriti rakyat Malaysia yang tinggal disini adalah terdiri daripada bangsa cina ..melayu dan india tak ramai sangat.


TYT Duta memberikan hadiah cabutan nombor bertuah kepada pemenang

 TYT Duta juga bermurah hati memberikan ang pow kepada semua kanak-kanak yang hadir

 acara makan-makan pun bermula:D





 antara dessert yang sempat saya snap..actually ada byk lagi tapi tak sempat nk snap pic tgkdah abis.

 nasi ubi keladi

 mee goreng

 ayam panggang

 sayur campur

sambal tumis telur rebus
*
*
*
*
*
Cerita suhu pula...
Suhu yang paling sejuk yang sempat saya rekodkan di rumah saya pada hari ahad lepas. ni pun dah tgh hari dah kalau sebelah subuh dan awal pagi suhu lagi sejuk dan turun ke -31 degree C. Minggu ni nampak suhu dah kembali normal...harap tak sejuk melampau mcm ni lagi sebab saya dah tak tahan dengan kulit yang pedih disebabkan kering walaupun gunakan losyen.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers