Showing posts with label Sushi. Show all posts
Showing posts with label Sushi. Show all posts

11 May 2012

MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS

Assalammualaikum
Buat sushi ni dah lama juga sebenarnya sampai dah lupa bila yang saya buat ni sebab gambar ni ada dalam laptop lama yang ada masalah batery hari tu. Lepas dah beli laptop baru saya pun dah tak kisah dengan yang lama tu lagi sampaila mr.hubby dah tukarkan batery baru dapatlah dibuka semula. Sekali tengok ada juga gambar masakan lama yang disimpan kat dalam folder tu. So..saya pun copy la utk save dulu. Bila dah save kena cari masa yang sesuai pula utk n3kan. 

Sekadar utk simpanan dan rujukan saya disini juga. Memang senang nak rujuk kalau simpan kat blog daripada simpan kat tempat lain. Oklah ceter pasal sushi ni simple jer nak buatnya. Banyak kali juga saya buat dan bahan tu terpulang pada kesukaan masing-masingla kan. Memula belajar buat sushi ni masa ikut mr.hubby posting kat Dhaka dulula. Masa tu juga baru saya belajar-belajar makan sushi ni. 

Resepi ni ambil dari dapur kak Hana masa kak Hana dok Jepun lagi hari tu sekarang dah balik Malaysia dah pun. Terima kasih berkongsi resepi ni yer kak Hana..Izinkan saya berkongsi disini pula



source : Kak Hana
Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun

  • 3 cawan beras jepun
  • 31/4 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sk garam
Bahan Makizushi
  • Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
  • Timun jepun - potong jejari
  • Salad lettuce
  • Crabstick (nieza tak bubuh tapi gantikan dengan ikan smoke salmon)
  • Mayonis
  • Seaweed secukupnya
  • Syouyu @ kicap jepun
  • Bamboo mat

Cara-cara
  • Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
  • Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
  • Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
  • Gulung dengan kemas kemudian potong.
  • Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.


11 Nov 2010

Sushi

Jom pi Jepun makan sushi!...hehe..homemade sushi ni dijamin 100% halal. dah lama tak buat sushi ni last buat masa saya ikut hubby posting kat Dhaka dulu...itupun belajar dgn my bos datin Jamilah iaitu wife duta Msia kat sana masa tu walaupun dah lama tak buat tapi cara buat tu saya masih ingat lagi....cuma saiz sushi ni nampak besar skit.... saya just  buat yg simple jer tak guna byk bahan.
Ok ceta pasal sushi ni adalah sejenis makanan Jepun yang paling terkenal sekali...kira mcm mkn tradisi lah....asal usulnya dikatakan berasal dari China dan diperkenalkan di Jepun pada kurun ke-7.Resepi asal mak datin dah terlupa saya copy dr blog norzailina  tapi lbh kurang sama jer....thanks minta halalkan yer.
Bahan-bahan
200 gm beras jenis Calrose
400 ml air
1 camb cuka
1 camt gula
garam secukupnya
1 camt mayonis
½ biji timun Jepun
2 biji telur – dibuat dadar
2-3 batang ketam (crabsticks) – dibelah 2 memanjang
4 keping nori...diperbuat dari seaweed atau rumpai laut

Cara membuatnya
1. Bersihkan beras kemudian tuskan.
2. Jerang dengan air, cuka, gula dan garam.
3. Bila kering airnya, tutup sebentar.
4. Gaul nasi suam dengan mayonis dan biar sejuk.
5. Ratakan sedikit nasi di atas nori.
6. Susun timun dan telur kemudian gulung kemas.
7. Buat pula berisi telur dan ketam. Ulang hingga habis.
8. Potong dan sajikan.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers