Showing posts with label Blog Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Blog Anniversary. Show all posts

4 Apr 2012

2nd Blog Anniversary



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog Our Journey Begins. Alhamdulillah tanpa disedari blog ni dah berusia 2thn dah. Sungguh cepat masa berlalu. Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog rojak saya ni..:D 


Blog picisan saya ni bukanlah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan blog yang lain tapi saya syukur kerana dengan blogging ni lah membuatkan hidup saya dirantauan ni sentiasa ceria selalu dengan kehadiran semua teman-teman blogger. Tak kira blogger yang lama atau baru amatlah saya hargai. Walaupun tanpa bersua muka dan mengenali hanya dialam maya tapi ukhwah yang terjalin begitu mesra sekali. 


Saya hanyalah insan biasa yang ada kelemahan dan kekurangan diri..mohon kemaafan sekiranya saya ada terkasar bahasa, menguris hati mana-mana pihak  kerana dengan menulis ni sukar utk kita buat tafsiran yang betul. Kekadang tu tak semua blog yang dapat saya singgah untuk beri komen tapi saya akan cuba juga membalas setiap kunjungan bagi mereka yang sudi singgah dan  meninggalkan jejak disini. Terima kasih juga pada semua followers baru yang sudi follow blog picisan saya ni. Mohon maaf  jika saya tak dapat follow balik kerana kekadang tu tak ada link yang betul utk saya follow. Minta berikan link yang betul dan saya akan follow balik nanti.


Apa saja yang saya kongsikan disini adalah lahir dari hati yang ikhlas bukan ada niat untuk riak dan menunjuk pandai pada sesiapa tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman bersama bagi siapa saja yang sudi. Dalam masa yang sama adalah untuk simpanan kenangan buat saya juga. Tak perlu juga saya nak cerita macam mana keikhlasan hati saya tu sebab ikhlas itu adalah rahsia Allah. Saya hanya minta redha Allah saja dengan apa saja yang telah saya lakukan. Semoga apa saja yang telah saya kongsikan disini dapat dimanfaatkan bersama oleh semua orang. 


Semua yang tercatat adalah sekadar coretan perjalanan hidup saya selama berada dirantauan orang serta dalam masa yang sama  berkongsi pengalaman memasak  dengan mencuba resepi baru. Alhamdulillah...banyak kelebihan yang saya dapat selama saya berblogging ni. Walaupun pada mulanya suami agak keberatan untuk membenarkan saya berkongsi diblog ni takut org menilai yang kita nak menunjuk atau riak tapi akhirnya dia telah memahami niat murni saya. Cuma kadangkala ada juga diingatkan saya supaya berhati-hati untuk menulis dan apa saja yang saya nak tunjukkan yang kita ada sebab kita tak tahu macam mana penilaian org lain nanti. Kalau yang memahami tak apa tapi kalau sebaliknya kita dikatakan nak menunjuk-nunjuk pula. Tapi hakikatnya semua tu hanya pinjaman yg sementara saja dan tiada satu pun yang akan kekal. Tak guna kita nak bangga sangat dengan apa yang kita ada sekarang ni. Saya bersedia dan terima segala teguran  secara positif kerana kekadang tanpa saya sedari saya mungkin juga lupa diri. Yang baik datangnya dari Allah swt dan buruk adalah datangnya dari kelemahan saya sendiri.


Maaflah panjang lebar pula coretan saya kali ni, Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada semu teman-teman blogger, teman-teman fb dan tak lupa juga semua silent readers yang sudi singgah ke sini. Kehadiran anda semua amatlah saya hargai. Tanpa sokongan anda tak cerialah blog Our Journey Begins ni. Saya juga tak pasti sampai bila blog saya ni dapat bertahan tapi selagi ada masa terluang dan diizinkanNya akan saya terus mencoret dan berkongsi disini. Salam sayang buat semua. Akhir kata terimalah 2 keping kad diatas yg simple dari saya dan bunga dibawah ni untuk tanda kenangan dan  penghargaan buat semua. Terpulang nak ambil yag mana satu yang anda suka kalau suka dua-dua pun boleh angkut bawa blk juga..:P


Bunga dlm kad tu adalah bunga original yang saya ambil semasa bercuti ke Holland tempoh hari...fresh dari ladang lagi tu:P

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers