Skip to main content

PASTRY FRUIT CAKES


Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Lama lyza tak update apa2 di sini. Rindunyaaa.. Oklah hari ni lyza nak tayang kek yg pena viral tahun lepas 2018.. cuma lyza je tertinggal bas. Ramai kwn2 blogger dan instagram yg dah mencuba kek Viral ni.. Fruit Pastry Cake dan semuanya menjadi dengan "jayanya". Lyza nak share jugak kek viral ni yg sempat lyza buat baru2 ni. Ni baru pertama kali lyza cuba. Lagi satu.. kena ikut betul2 cara2 membuatnya agar kek jadi elok dan buah2 yg dah disusun tak tenggelam nnt ye.

Kat sini lyza c n p resepi dari Azlina ina untuk rujukan. Juga tip2 supaya buah yg disusun atas kek nnt x tenggelam..




 - Jangan OVERMIX
Jangan overmix / terlebih pukul. Nanti kek akan jadi kering. Seelok-eloknya Tepung masuk yg last ye. Kaup dan balik buat manja2 je.

- Buah Kena Kering
Buah mestilah dilap kering, baru dipotong dan disusun (utk untuk elak buah jatuh).

- Saiz Acuan
Gunakan acuan/Loyang yg besar supaya buah tak jatuh ke bawah.

- Hentak Supaya Kek Sama Rata
Selepas masukkan adunan kek ke dlm acuan, hentakkan 2 - 3 kali supaya kek akan rata.

- Susun Buah Rapat Rapat
Akhir sekali.. susunkan buah2an rapat2 ye supaya kek naik sekata.




PASTRY FRUIT CAKES
Sumber Resepi : FB Azlina Ina



Buah-Buahan Segar:

Boleh pilih mana-mana buah-buahan yang sesuai seperti strawberi, peach, blueberries dll.

potong buah kecil-kecil dan nipis dan gaul dengan gula halus.



Bahan-Bahan A

1/2 cawan susu segar

1sb cuka masakan

1sk pasted lemon 



Bahan-Bahan B

2 cawan 1/2 tepung gandum ( ayak )

2 cawan tepung self rising 

250g butter pure ( baru sedap ) kalau guna majerin atau butter cup kek akan rasa mcm kek butter biasa

2 cawan gula halus

1sk esen vanila

Telur 5 biji (Gred A atau B)



Cara Penyediaan Pastry Fruits Cake Untuk Jualan

  1. Mix  butter dan gula smpai berkrim
  2. Masukkan campuran susu segar sedikit demi sedikit sampai habis.
  3. Kemudian,masukkan telur satu persatu sebanyak 5 biji
  4. Perlahankan mixer, kemudian masukkan tepung dan mix sekejap sahaja supaya sebati.
  5. Gaulkan buah-buahan segar dengan gula halus sedikit.
  6. Lapik baking paper atas loyang dan tuang adunan dalam loyang 8x8.
  7. Tabur atau susun buah-buahan segar tadi atas adunan.
  8. Panaskan oven dalam 5 minit terlebih dahulu.
  9. Bakar kek pada suhu 180 darjah dalam masa 45 hingga 50 minit.
  10. Tempoh masa 30 minit terakhir, buka oven dan tutup permukaan kek dengan aluminium foil atau loyang yang lebih besar untuk elakkan permukaan kek hangus ( sebab buah-buah manis cepat hangus ). Teruskan membakar kek sampai masak.
  11. Tabur snow powder atas kek bila kek sudah sejuk.



Comments

Popular posts

APAM PISANG GEBU

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  Petang semalam lyza cuba rajinkan diri buat apam pisang kukus yang mmg sedap.. sesuai sangat untuk minum petang. Tertarik dengan apam pisang kukus yang kak Azita buat hari tu.. nampak gebu dan montok jerrr.. Kebetulan ada beberapa ulas pisang lagi yang tak di usik. Terus lyza terfikir nak buat apam pisang kukus ni.. cara2 nya pon sgt mudah.. dan yg paling best sekali... apam pisang ni mmg gebu gebasss, lembut dan moist giteww. Seriously... i likeeee... anak2 pon suka.. insyallah bolehla buat lg lepas ni..8) Terima kasih pada   Kak Azita Zain  dan  Naz@CuteOven  berkongsi resepi ni.. lyza panjangkan resepinya kat sini pula ya.   Resepinya ada di bawah ni ye.. Selamat mencuba.. APAM PISANG GEBU Sumber:  Naz@Cute Oven, Small Kitchen dan  Azita Zain@Lestari kehidupanku) Bahan-bahan : 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan  4 biji telur A 1 ca...

PORTUGIS TART

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..  Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi.. Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie.. PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART Bahan Untuk Flaky pastry :  Bahan A 500g  Tepung gandum 250ml  Air 35g  Butter/marjerin 6g  Garam 15g Gula castor Bahan B 300g  Pastry Margarine Untuk buat crust : 1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau s...

Muruku meletoppsss

Assalammualaikum semua.. Semalam datang mood rajin pulak dan bermulalah operasi nak buat muruku meletops ni...satu adunan muruku ni boleh dapat banyak tau...rasanya 4 balang besar. Seisi keluarga dapat makan muruku ni puas2.. Tp letihnyaaa...alahaiii.. setelah seharian bersilat kat dapur. Hmmm...hasilnya pula memang berbaloi-baloi.. Resepi muruku meletops ni...lyza salin dari Facebook Chef Zubaidah Che Pa . Tq chef sebab sudi berkongsi resepi muruku yang mmg meletopsss ni.. dan sememangnya rangup dan sedap.. Krup..krap..krup..krap....mengunyah sambil tengok TV...sedar2 je dah satu balang abis..ngunyah mmg tak berhenti.. pic acuan muruku...amik dari google.. gunakan acuan 4 penjuru. MURUKU MELETUP SUMBER : CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB) BAHAN2 250gm Marjerin - cairkan dan sejukkan 1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda 2 bungkus @  500g + 500g Tepung pulut 2 biji Telur 30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus 3 sudu besar S...

Roti sosej

Assalammualaikum.. Salam sejahtera buat semua. Kali ni lyza saja nak share pics roti sosej yg lyza buat ari sabtu lepas. Jom kali ni kita meroti pulakkk...hihi. Mudah dan sedap. Lebih sedap kalu di makan panas2.. Request dari anak2..kebetulan ada sosej dlm peti sejuk. Resepi roti ni pula... mmg ada dlm simpanan lyza..memang berbaloi2..tak payah nak beli kat luar. Doh yang dihasilkan ada dlm 26 biji setelah ditimbang - 40g setiap doh. Klu x larat..doh yang telah siap diuli dan ditimbang tadi bolehlah disimpan dlm peti sejuk (bahagian beku). Klu nak guna barula keluarkan dan biarkan doh roti kembali lembut (suhu bilik)..pastu bolehla ulikan balik. Jom layannnn...8) Cara2 membalut & memotong. . Ambil sedikit doh yg telah diperap. Canaikan leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan  sebelum taburkan sedikit mixed vegetable......

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Hari ini lyza buat agar-agar santan pandan untuk pencuci mulut... salah satu agar2 yang memang tetap manjadi kegemaran anak2 selain agar2 santan gula melaka. Kalau buat je... kejap je dah licin. Memandangkan cuaca panas kat KL sekarang ni.. mmg menu nila selalu teringat2 kt kepala... hehe.  Makan pula sejuk2... perghhh...memang nyaman  je... masuk ke tekak. Ia juga mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba...8) AGAR - AGAR SANTAN PANDAN (sumber :  Mamadee's Kitchen ) Bahan-bahan: 20gm agar-agar tali 1 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air pandan (guna air 1 cawan dan dikisar bersama2 daun pandan dan ditapis - lyza guna 5 helai daun pandan) 1 sudu teh pewarna hijau epal 4 cawan air  2 cawan Santan (lyza guna 200 ml santan kotak+ 1 cawan air) 1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam (optional) Cara Penyediaan: Masak agar2, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air...

Potato Fritters @ Cucur Kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..  Sebenarnya dah lama nak mencuba Potato Fritters @Cucur kentang yang telah menjadi semakin popular di FB baru2 ni.. Ramai kwn2 blogger dah pon mencuba resepi Potato Fritters@Cucur kentang ni.. antaranya Kak Ina KL, Kak Yati (sinar kehidupanku) . Mmg rugi sape tak cuba.. tengok pon dah terliur.. Bahan2 penyediaannya pon sgt mudah, mmg cepat dan yang paling penting sedappp... Resepi ini dikongsikan oleh Noraida Durani ...mmg kreatif... rasanya sama macam kuih cucur. Terima kasih pada tuan empunya atas resepi ni..mmg terbaikkk... lyza mintak izin ye share di sini dan untuk rujukan akan datang.  Untuk penyediaannya.. adunan hendaklah dibuat leper ye...supaya adunan cepat masak dan rangup luar dan dalam. Kalau tebal.. ia hanya akan garing di luar dan tak berapa masak di dalam. ~  Selamat mencuba...  ~ Satukan semua bahan2 dan digaul rata.  Tunggu hingga minyak betul2 panas...barulah suduka...

Agar-agar Gula Melaka lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg sangat senang dan semestinya sedap...mmg x pena jemu2. Rasanya dh byk kali lyza buat agar2 santan gula melaka ni...siaran ulang tayang ye..hihi.. Untuk hasilkan agar2 ni mesti ikut teknik yg betul ye...barulah nampak lapisan santan tu. Lyza mmg suka guna resepi ni..dari blog kak yatie@Sinar kehidupanku dan Naz@Cute Oven. Lyza c n p dari rumah kak yatie.. Kalau nak lebih menarik.. boleh gunakan acuan yg lebih kecil.. maaf ye..lyza x rajin..sebab nak cepat dan x sabar nak makan agar2 yg mmg feberet den nie..8)  Agar2 Santan Gula Melaka Source :  http://yatiememories.blogspot.my Bahan-bahan : 1 paket serbuk agar-agar 10 gm -  (lyza guna agar2 tali (strips) 20gm)   1 liter air (4 cawan)  1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)  1/4 cwn gula pasir  250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara d...

APAM MAWAR

Assalammualaikum.. Pertama kali tengok APAM MAWAR ni.. terus jatuh cinta. Banyaknya munga2... suka sangat. Resepinya lyza dapat dari blog Kak Wan@ResipiCitarasawan (antara blogger yg mmg pemes ye). Terima kasih Kak Wan.. resipi ni lyza salin di sini untuk rujukan ye. Kalau ada waktu terluang nnt mungkin lyza akan buat percubaan yang kedua pula...  yang penting mestila ada tukang makan!  Okla... Selamat mencuba... APAM MAWAR Sumber  :   ResipiCitarasawan Bahan-bahan : 250  gm   tepung gandum  1/4  sudu teh   baking powder 150  gm   gula kastor 2  biji   telur A 1/2  sudu teh Ovallet 200  ml  susu cair (lyza gunakan susu segar) 50  ml  minyak masak 1/4  sudu teh  garam Pewarna & perisa yang disukai Acuan Mawar  -  gris dengan sedikit minyak Cara Penyediaan : 1. Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powd...

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....  Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg lemak berkrim ni..mmg lyza suka sgt agar2 ni..tambah2 lg cuaca yg semakin panas kat KL nie.. Kali ni lyza cuba resepi dari naz@ovenkecil . Ramai jugak kwn2 blogger dah mencuba resepi agar2 ni..antaranya Kak Yatie@"Sinar Kehidupanku"  dan Hana@(hanamemories) . Mmg senang sgt.. dan yummy..kejap je dah licin.  AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA Sumber : Naz@CuteOven Bahan-Bahan Bahan A 4 cawan air 250gm gula melaka - cincang sedikit gula pasir (jika perlu) 1 helai daun pandan (disimpul) Bahan B 10gm atau 11g serbuk agar-agar Bahan C 1 cawan santan @ satu kotak kecil santan KARA [200g] ( lyza gunakan 1 cawan air + satu kotak santan KARA [200g]) .  1 biji telur secubit garam   Cara-Cara Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan. Masak semula bahan A dan masukkan  bahan ...

Kek Pisang Lembut dan sedap..

  Assalamualaikum... Semalam misi menghabiskan baki pisang kat rumah.. Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang ni, memang senang, lembut dan sedap!! Resepi ni asalnya dari Selera Sakura .  Kak Azlita Masam Manis pon dh mencubanya.. Kek pisang ni mmg lembut dan moist je.. Thanks ye.. kongsikan kek pisang yg mmg mudah dan sedap ni.. Lyza simpan resepi ni untuk rujukan dan menambah koleksi kek pisang yang ada..8) So, jom tengok resepinya: Resepi: Selera Sakura Bahan-bahan: 4 biji telur gred A 8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan) 1 cawan gula kastor 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen pisang sedikit garam Cara-cara membuatnya:  Panaskan oven pada suhu 170 C. Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper. Tepung gandum diayak dengan bakin...