Bahan-bahan
150ml minyak..saya guna minyak jagung
150ml susu segar
150g gula kastor
100g telur
sedikit esen pisang
250g tepung gandum
15g serbuk penaik
80g pisang masak yang dilecek (pisang emas/ berangan)
2 s/b serbuk koko
Cara membuat:
1. Campurkan minyak bersama susu segar,gula kastor,telur dan esen pisang...kacau sebati.
2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik yang telah diayak bersama...kacau rata.
3. Masukkan pisang lecek dan kacau
4. Letak papaer cup didalam acuan mafin.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kertas.
6. Bakar 20 minit sehingga masak pada suhu 190degree celsius.