Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

29 Jul 2012

PUDING CENDOL GULA MELAKA


Assalammualaikum dan salam ramadhan
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke10 kami berpuasa disini. Semakin hari masa semakin berganjak. Setiap hari masa berbuka akan berkurang 2-3minit awal dari masa kami berbuka diawal waktu puasa hari tu. So..waktu berpuasa selama 20jam juga akan menurun sedikit tapi sama jer la rasanya masib di waktu yang panjang lagi.

Ada yang bertanya mcm mana solat terawih pada waktu yang singkat ni. Jawapannya.. kami kat sini solat mcm biasa berjemaah di masjid juga tapi hanya dibuat 8rakaat dan campur witir saja. Solat pun kena cepat. Memang saya agak hairan juga bila pertama kali join solat terawih kat sini bila Imam membaca dengan cepat dlm solatnya. Biasanya abis solat terawih dan saya sampai umah dekat 12.45mlm dah. Manakala subuh pula dekat jam 3pagi dah sekrng ni so..sempatlah prepare msk bersahur pula. gitulah cabarannya.

Oklah sebelum beradu nak sharekan puding cendol yang saya buat juadah berbuka pada hari ke8 yang lepas. Agak kurang jelas sikit warna cendol tu sebab saya simpan dlm air dan maybelah sebabkan tu la pudar sikit. Nak abiskan stok cendol hari tu yang buat puding ni. Resepi ambil kat fb tapi saya buat 1/2 adunan saja dr resepi asal. Terima ksih pada penyumbang resepinya juga. izinkan saya berkongsi disini pula.


PUDING CENDOL GULA MELAKA
sumber: fb Maamon hj mohamad
Bahan untuk lapisan bawah:
120 gm agar-agar yang telah di rendam 
Seliter air
200 gm gula Melaka
Bahan-bahan lapisan cendol:
120 gm agar-agar yang telah di rendam
750 ml air
250 ml santan
120 gm cendol
Sesudu teh garam halus



 Cara-cara memasaknya:
Untuk membuat lapisan bawah: masak agar-agar bersama air dan gula Melaka sehingga larut.
Setelah larut tuang kedalam bekas atau acuan pilihan dan sejukkan.
Untuk membuat lapisan cendol: didihkan air bersama agar-agar sehingga larut.
Kemudian masukkan santan, gara dan cendol, kacau rata.
Setelah siap dikacau rata, tuangkan di atas lapisan bawah yang telah disejukkan tadi.
Sedia untuk dinikmati setelah disimpan didalam peti sejuk.


19 Jun 2012

Puding Sagu Pelangi

Assalammualaikum semua
Hari ni cerita n3 masak-masak pula yer...cerita summer holiday akan bersambung kemudian nanti untuk beri laluan pada n3 masak-masak ni dulu. N3 tertunggak yang tak sempat saya publishkan sebelum bercuti hari tu.

Puding sagu pelangi ni juga telah saya kongsikan bersama resepinya dalam majalah Aroma keluaran Jun  2012. Rasanya saya buat puding ni masa berbuka puasa hari tu. So...puding pun dah abis layan gambar sajalah yer.  Resepi asalnya dari Gert dan telah dikongsikan bersama oleh Kak Lina Penang dan Kak Yatie. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ni. Memang sangat sedap puding ni bila dimakan apabila disejukkan terlebih dahulu. Bagi peminat puding bolehlah mencubanya.


resepi asal: Gert
sumber:  Kak Lina PGKak Yatie,
Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
  • 3 jenis pewarna kegemaran

Cara Membuatnya
  1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
  2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
  3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
  5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.


NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku 


31 May 2012

Puding Susu Strawberry


Assalammualaikum semua
Terima kasih pada semua yang sudi memberikan komen dan ucapan tahniah di n3 yang lepas serta di fb juga. Saya rasa amat terharu dengan setiap komen dan doa  yang diberikan diatas perkongsian resepi yang telah tersiar di Majalah Aroma edisi Jun 2012. Satu penghargaan yang amat berharga sekali buat saya dan semua blogger masak-masak yang lain juga yang mana akhir-akhir ini ramai yang terpilih oleh pihak media untuk berkongsi resepi juga.

Saya tak pernah merasakan diri saya hebat sebab ada lagi orang lain yang hebat dan saya sedar banyak lagi kelemahan diri ini yang perlu saya perbaiki. Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan dari diri saya sendiri. Semoga apa yang saya kongsikan disini dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga nanti..InsyaAllah.

Hari ni saya nak sharekan resepi puding yang telah turut tersiar didalam majalah Aroma hari tu. Sebanyak 8 resepi yang telah tersiar dan 5 daripada 8 resepi telah pun saya kongsikan diblog manakala 3 lagi resepi baru yang saya telah cuba belum saya siarkan disini. 

Cerita pasal puding ni memang sedap.. saya pernah buat dah dulu yang versi pandan punya tapi sekarang saya tukar kepada strawberry pula. Walaupun simple jer tapi bestla kalau layan puding ni sampai tak sedar berapa ketul yg saya dah makan.



Resepi Puding Susu Strawberry
Adaptasi dari resepi puding susu pandan oleh Gert dan yg telah dikongsikan bersama oleh Kak Yatie
Bahan :
  • 600 ml air
  • 120 gram gula pasir
  • 10 gram serbuk agar agar
  • 300 ml susu segar
  • 300 ml santan
  • beberapa titik esen strawberry/ pewarna merah atau pink

Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen strawberry dan pewarna merah/pink, selebihnya biarkan warna asal.
  4. Tuang adunan strawberry kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding strawberry tadi .
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan ketika sejuk.
**Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba

Note: Mungkin hari ni n3 akhir saya buat minggu ni sebab hari jumaat 1Jun, selepas subuh sini saya dan suami akak terbang pergi holiday. Kira cuti masak la buat sementara waktu maybe dalam 1 minggu lebih mcm tu. Sekadar makluman saja sebab nanti ada pula yg tinggal komen atau jejak saya tak balas pulakan so..saya maklumkan dulula. Actually tak pergi jauh pun cuma bercuti dekat-dekat europe ni saja. Doakan semoga perjalanan nanti selamat pergi dan selamat balik. Ok.. kita jumpa minggu depan..InsyaAllah:D


9 Nov 2011

Puding Kasih Bertaut

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Buat puding ni untuk potluck sempena hari raya aidiladha di rumah seorang kawan kat sini. So...dah abis lah yer. Gambar pun kurang jelas....tak sempat nak snap banyak photo coz pepagi tu dah nak keluar solat aidiladha...ingat blk solat tu sempat la nak snap photo tapi ada tetamu datang umah terus saya terlupa. Dapatlah sekeping jer gambar ni.... tapi bolehla untuk simpanan saya disini. Oklah jom kita tgk resepinya.


Resepi puding ni daripada dapur kak Naz ...dah lama juga saya simpan tapi baru berkesempatan nak cuba. Ramai dah blogger yg cuba buat puding ni kan sampai tak leh nak saya senaraikan kat sini. btw, terima kasih pada kak Naz dan semua rakan-rakan blogger yang telah berkongsi resepi puding ni...memang sedap kalau dimkn bila disejukkkan dulu dan izinkan saya berkongsi disini pula yer.

Bahan-bahan A 
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B 
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais


1 Nov 2011

Puding Keju


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni baru berkesempatan nak share dessert yang saya bawa untuk potluck morning coffee minggu lepas. Sejak sibuk-sibuk dengan aktiviti luar dan persatuan ni mood nak menulis kat blog ni ada sedikit lemau. Masak tu masak juga tapi malas nak snap photo dan n3 jer....ditambah pula dengan cuaca  kat sini sekarang  semakin cepat gelap. Waktu dah berubah iaitu sekarang ni dah 6 jam lewat dari waktu Malaysia...dan tak lama lagi masukla musim winter dengan salji yang membeku tu....kalau tak suka pun kena suka jugalah.....sabar jer lah kan.:D


Oklah berbalik pada n3 hari ni saya ambik resepi ni drp dapur Kak Nor@ Secubit Garam...Kak Nor lak ambik kat dapur Along Roz. Actually, dah lama simpan resepi ni baru berkesempatan nak cuba. Ramai juga blogger lain dan mencuba sampai tak ingat dah kalau saya nak senaraikan.btw, terima kasih pada tuan empunya resepi, Kak Nor dan semua yang telah berkongsi resepi puding yang sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula:D


resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega


CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

Nota drp Kak Nor:
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

suka guna silicon mould bila buat puding sebab senang nak tanggal.

21 Jul 2011

PUDING JELLY OREN


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pepagi subuh kat sini dah n3 puding yer...tak pe la bila pun kan. Nak n3 ptg tadi tak sempat so...bila yang sempat jer lah yer.Ni pun sebelum masuk tido sempatlah n3 dulu. Puding ni memang best dan menarik dgn belang-belangnya tu ditambah pula dengan rasa oren dan susu tu memang sedapla.


Tapi warna belang di bahagian tgh puding ni jadi warna lain sikitla maybe pasal lapisan puding belum cukup beku sangat saya dah tuangkan lapisan ke-2..gara-gara nak cepat la. Tu sebab mcm bercampur sikit tapi tak apalahkan yang penting mkn sodap:D btw..Terima kasih pada tuan empunya resepi Juwita dan semua yang telah berkongsi resepi puding ni. Izinkan saya berkongsi disini pula.


resipi : Juwita Fariz
sumber : K.Nor@SecubitGaram,Kak Rose, Kak Yani 
Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan


lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan


cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

18 Jul 2011

Puding Strawberry


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bertemua kembali dengan menu puding pula...tgk sana sini dok tayang puding kan....so..saya pun nak tayang juga...memang best layan puding dikala cuaca yang panas sekarang ni. Makan puding yang disejukkan dalam peti ais ni terasa nyaman jer tekak ni.


Oklah resepi ni ambil kat dapur kak Nor@secubit garam yang telah diadaptasikan daripada resepi puding laici... saya pun tukar juga bubuh stroberi..so..terima kasih yer kak Nor berkongsi resepi puding yang sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula.


olahan dari Puding Laici
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
6 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
100gm strawberi ~ blend dgn sedikit air
sedikit pewarna merah


Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan buah strawberi yg diblend tadi serta pewarna hmerah. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan.

semua acuan ni guna silicone mould


8 Jul 2011

Puding Susu Pandan


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni cuaca kat Finland panas betul...dah rasa mcm dok kat Malaysia pula rasa panasnya. So....layan puding yang disejukkan dulu ni memang bestla. Puding ni memang sedap sangat dan tak jemu lak makannya...sampai tak sedar dah berapa ketul dah masuk mulut...:D

Resepi puding ni ambil kat dapur Kak Yatie yang menurut Kak Yatie asalnya daripa Gert. So...terima kasih pada kak Yatie dan Gert kerana berkongsi resepi puding yang best ni....izinkan saya berkongsi disini pula.


    Resepi asal: GERT
    Copy: Kak Yatie


    Bahan :
    • 600 ml air( saya tambah 100ml air)
    • 120 gram gula pasir
    • 8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
    • 3 helai daun pandan
    • 300 ml susu segar
    • 200 ml santan
    • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

    Cara membuatnya :
    1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
    2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
    3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.
    4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
    5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
    6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....
    **Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dlm acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan hijau beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.



    25 Jun 2011

    Eggless Caramel Pudding



    Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran di awal pagi subuh waktu Finland ni....bukan apa sementara menunggu masuk waktu subuh kat sini jam 1.47pagi sempatlah melepak kat blog kejap. Solat isyak tadi jam 12 malam....subuh pulak 1.47pagi. Memang jarak waktu yg tak jauh sgt dengan subuh so... tunggu lepas solat subuh baru tido. Macam tu la keadaan sekarang ni masa summer ni adalah merupakan masa siang yang panjang...kalau berpuasa time ni memang amat mencabar kerana melebihi 20jam untuk menanti waktu berbuka. 

    Oklah n3 hari ni nak ceter pasal puding yang saya buat masa bawa berpicnic hari weekend yg lepas tu..terlupa pula nak n3. Gambar pun tak cun coz nak cepat hari tu main snap jer dan puding pun dah lama abis..layan gambar jer lah. Tak pe la kan sekadar berkongsi disini. Resepi ambil kat dapur mamaolyn  yang menetap  di sheffield. Tertarik utk mencuba resepi puding caramel tanpa telur ni...nak buat pun mudah dan yang pastinya memang sedap...tapi saya buat kurang menarik sikit dipermukaan atasnya yg berlubang-lubang jadinya.Tak taula apa sebabnya....so..abaikan jer lah rupanya yer yang penting mkn sodap...:D btw terima kasih pada mamaolyn kerana berkongsi resepi ni..izinkan saya berkongsi disini pula.


    Source: Mammaolyn
    Bahan A 
    Gula 2senduk (guna senduk nasi)
    Bahan B  
    Serbuk Agar-agar 1 paket (7g)
    Air 4cawan
     Gula 21/2 senduk
    Bahan C 
     Susu cair 1tin (lebih kurang 400g)
    Tepung kastard 2sudu
    Vanilla 1sudu
    * Campur sebati semua bahan C


    1. Hanguskan gula spt buat karamel utk puding karamel yang lain gak... bila gula agak perang tuang air sikit.. pastu ketepikan.
    2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
    3. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. Bekukan dlm peti ais (saya bekukan semalaman), dan hidang. (lebih sedap dihidang  sejuk-sejuk)


    2 Jun 2011

    Puding Tembikai


    Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Selamat berpuasa bagi mereka yang berpuasa sunat hari ni dan juga hari esok yer.....selamat menyambut 1 Rejab bagi semua muslimin dan muslimat.....org kat Malaysia dah selamat berbuka dah yer....alhamdulillah. Saya kat sini belum berbuka lagi masih menanti lagi lbh kurang 6 jam lbh lagi.....cabaran dan dugaan yang paling lama saya rasakan berpuasa kali ni kira 1st time juga pengalaman berpuasa panjang mcm ni....melebihi 20jam. Waktu subuh tadi jam 2 pagi dan waktu maghrib pula nanti 10.35malam. Waktu nak masuk musim panas ni memang waktu siang yang panjang.


    InsyaAllah...mudah-mudahan puasa sunat hari ni dapat disempurnakan dengan baik....kalau kita fikirkan nasib org yang susah tak mkn sampai 24 jam lagila teruk kan so...bagi kita yang murah dengan rezeki makanan ni haruslah beringat akan kesusahan mereka. Pengalaman semasa mr.hubby posting di Dhaka,Bangladesh dulu banyak menyedarkan dan menginsafkan diri ini kerana selalu sangat tgk kesusahan kehidupan mereka disana. Syukur juga dgn kesempatan dan peluang yg diberikan untuk melihatnya walaupun disana bukanlah tempat menarik untuk org nak pergi selalu tapi semua ada hikmahnya apabila berpeluang mengikut suami bertugas disana dulu.


    Oklah ceter pasal n3 saya hari ni pula saya buat puding tembikai ni semalam lagi....tadi masa sahur sempat ler rasa sikit coz puding ni cepat sangat membeku dan mudah utk potong. Actually buat untuk juadah berbuka nanti....tgk ramai juga yang dah mencubanya so....saya pun teringin juga nak cuba...tak dapat makan tembikai makan puding ala-ala tembikai pun jadi lah yer...:D btw terima kasih yer pada semua yang telah berkongsi resepi puding yg sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula.


    Source: Kak NoormaKak IlahjyKak LinapgAnna Qawina
    Bahan-Bahan:
    • 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
    • 2 keping roti gardenia *
    • 6 cawan air (4cwn air) 
    • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
    • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
    • 1 cawan susu cair (sy tambah) *
    • 2 sudu besar mentega
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • cincau dipotong kecil
    • sedikit pewarna hijau /merah 

    Cara-Cara:
    1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
    2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
    3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
    4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
    5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
    6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikaiBiar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.


    15 Apr 2011

    Puding Roti Keladi


    Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.....terima kasih pada semua yang sudi berkunjung ke sini. Lately ni banyak tayangan ecard jer yer...apa nk buat bulan ni banyak betul hari bersejarah. Sebagai tanda ingatan dan kenangan nak juga saya coretkan di blog ni untuk tatapan dan kenangan dimasa akan datang. 

    Oklah dah banyak hari tak tayang gambar makanan 2-3 hari lepas saya demam tapi mujur tak melarat ...tapi temp yg saya check 38 degree C jugalah... demam mlm pulak tu.So...masa rasa bdn panas tu cepat-cepat mkn ubat dan banyakkan minum air. Alhamdulillah sekarang dah baik cuma sakit tekak dan batuk jer belum hilang lagi...ingat malas nk jumpa doc tapi mr.hubby pun risau dan dia dah buat appointment dah pun...so.. kena pi jugalah ptng nanti. Kat sini kalau nk jumpa doc bukan boleh suka hati terus pergi kena call dulu dapatkan appoinment dulu.

    Oklah berbalik semula pada n3 hari ni layan puding jer lah sempena my birthday semalam...org mkn kek saya mkn puding haha apa nk buat sakit tekak punya pasal kan...ada hikmatnya Allah bagi kita sakit ni...so..syukur jugalah...hmmm maybe hikmahnya tak boleh mkn ni boleh slim sikit kot..:D


    Ok resepi asal daripada kak Hana yang sekarang menetap di Kuantan..haha apa ceter yer akak kita tu...bz yer biasalah kalau blk M'sia sure la bz ngan keja pulak kan...saya pun agaknya mcm tu la kot nanti...tak taula kan. Resepi ni  saya copy kat dapur kat Yatie...nampak kak Yatie tayang hari tu terus berkenan..suka colour purple ni....btw tqvm pada kak Hana dan kak Yatie kerana berkongsi resepi yer..izinkan saya berkongsi disini pula.

    Source: Kak Hana
    Copy: Kak Yatie
    Bahan-bahan
    4 keping roti
    • 2 biji telur
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 170ml susu cair
    • 8 gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
    • 1/2 cawan gula
    • 2 sb butter/marjerin dicairkan
    • 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
    • sedikit perisa keladi dan pewarna unggu.


    Cara membuatnya:
    1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
    2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
    3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
    4. Bahagikan kepada 2 bhgn, satu bahagian warna asal dan satu bahagian letak pewarna unggu.
    5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan tak berketul2.
    6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna asal dan sesenduk warna unggu, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
    7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk


      Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

      Bookmark and Share

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails

      My Blog Anniversary Day

      Daisypath Anniversary tickers

      Our Wedding Anniversary Day

      Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers