Assalammualaikum
Roti pun dah abis tapi baru nak tayang supnya ya..lambat pun nak sharekan jugalah mushroom soup yang saya makan bersama roti garlic roll. Memang sedap homemade sup cendawan ni..makan pulak time cuaca sejuk-sejuk kat sini memang bestla. Sebelum ni dah pernah buat sup cendawan ni boleh tgk disini.
Gambar yang diambil ni waktu ptng tapi dah gelap mcm mlm pula. Terpaksa la snap dengan menggunakan lampu syiling jerla tapi apa nak buat masa winter ni kul 10 pagi baru nk cerah pastu kul 3ptng dah gelap..memang susah nk jumpa matahari. Syukurlah negara kita Malaysia cerah dan kaya dgn sinar cahaya matahari kan...:D
Masih menggunakan resepi yang sama iaitu dari dapur CMG. Memang best resepi sup ni. Terima kasih pada CMG kerana berkongsi resepi sup ni dan izinkan sekali lagi saya berkongsi disini ya. Untuk resepi roti garlic roll ni boleh rujuk disini.
Sumber: CMG @ DTS
Bahan-bahan mushroom soup:
250 g cendawan butang jenis segar (boleh lihat contoh disini....)
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan
Cara Membuat
- Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. (nieza blenderkan separuh cendawan tu)
- Panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
- Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
- Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread tadi.