TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, December 30, 2014

Pening mak bapak

Sekolah dibuka seminggu lewat daripada tarikh sesi persekolahan yang asal. Bagi para pendidik, perkara ini merupakan satu perkara yang baik. Bukan kerana seronok cuti dilanjutkan tetapi inilah antara waktunya para pendidik menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir semampu yang mungkin. Ada yang berpakat untuk berkonvoi ke kelantan untuk memberikan sumbangan tenaga. Yang tidak berkesempatan, menghulurkan sumbangan sebagai penganti diri.

Dan semalam juga saya mendengar keluhan ibu bapa bila cuti tambahan diumumkan. 
"Jenuhlah"
"Pening lagi seminggu"
"Cuti yang ada pun tak lalu nak kepung. Tambah cuti lagi."

Jangan melatah. Ini kes benar. Saya sendiri dengar dan terdiam tak kata apa-apa. Bila hanya memikirkan masalah sendiri. Allah hanya duga dengan keletah anak sedangkan mangsa banjir diuji dengan pelbagai ujian yang "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

Saya tidak mahu komen tentang keluhan tersebut. Apa yang saya nak utarakan ialah..
Jika ibu bapa pun pening nak jaga dan didik anak sendiri yang bilangan boleh dikira dengan jari..
Kenapa nak mengganggu tugas cikgu bila kami membantu mendidik dan membentuk kemenjadian anak-anak anda?